Merhaba Turki Part 6.2! Berdiri bulu romaku di Bolu

Wednesday 11 January 2023

Baca ni dulu : 

Part 4.2

Part 4.3








Sedar tak sedar, trip Turki hampir sampai ke penghujung. Dari Istanbul kita datang, dari Istanbul juga kita pulang. Instead of direct ke Istanbul dari Ankara, kita pit stop dolu di Bolu.

Hari tu ada blogger tegur, eh tak habis lagi? Haha, memang lambat habis sebab aku tulis entry travel wajib banyak episod. Ni consider sikit sebab travel ikut agen. Takde cerita sesat / nyaris kena scam/ tak tahu nak makan mana/ masam muka dengan travel partner/ salah naik public transport etc. Rindu nak travel DIY. Rindu nak buat research berbulan-bulan tapi still sesat lalu belakang rumah orang. Hehe. Travel dengan agen ni thrill dia tak sama.

Anyway, sampai Bolu pun dah Maghrib, so terus check in Hizel Hotel. Aku tak sempat ambil gambar bahagian luar hotel, kita pinjam gambar Trip Advisor ye.


Bilik untuk tiga orang tapi aku tidur sorang je





Hizel Otel ni not bad lah bagi aku. Katil selesa, selimut tebal, bersih dan toiletries lengkap. Macam biasa, sama macam hotel-hotel lain kecuali Hilton Istanbul, Hizel pun takde iron. TV tu walaupun ada tapi aku tak bukak sebab instruction dalam bahasa Turki. Aku rasa maybe sebab Bolu bukanlah destinasi popular bagi pelancong luar negara. Directory telefon dan inventori barang-barang dalam bilik pun sama.

Bolu is one of the most enchanting provinces of Turkey located approximately half-way between Istanbul and Ankara. Bolu is famous for its dense forests, fauna, modern hot spring facilities, and best chefs of the country.

The history of the province dates back to Phrygians around 1200 BC. Then the Persians, Alexander the Great, Romans, Seljuk and Ottomans have left their traces. During the Hellenistic period the area was called as Bithynia, then Romans called it Claudio Polis, and finally named as Bolu by the Turks.


Lepas letak beg, kami pergi dinner dalam hotel. Ke dinner dulu baru letak beg. Eh, aku dah lupa. Hahaha. Gambar makanan pun lupa nak ambil. Apo lah. Ni gambar dari Trip Advisor. Dining hall Hizel ni luas sangat. Breakfast pagi pun selesa takde berlanggar dengan orang.


Walaupun internet kata Bolu ni famous dengan alam semulajadinya tapi sebab dah malam, takde maknalah nak pergi explore. So kitorang jalan-jalan je dekat kawasan pekan berhampiran

Gemuk cilinya. Buat solok sedap ni


Aneka cheese dan buah zaiton


Kitorang tak buat apa pun di pekan Duzce ni. Pusing-pusing area hotel je. Tengok minimart masih bukak so singgah beli ubat gigi sebab ubat gigi aku tertinggal kat Cappadocia. 
 
Lepak minum kat sini


Cuci mata je. Dah lewat malam takkan nak makan kek
.
Menjawab soalan blogger Kakmim yang tanya famili yang selalu hangout dengan aku tu Melayu ke, ya memang orang Melayu dari Malaysia. Group aku ni memang semua Melayu. Gambar ada, tapi aku tak suka upload gambar stranger tanpa kebenaran di blog. Kalau blurkan muka sama saja macam tak tunjuk.

Nampak bas comel depan kedai kopi tempat kami lepak.

Berdiri bulu romaku di Bolu bukan sebab brother kedai kopi tu comel tapi sebab Bolu ni malam-malam sejuk macam di Cappadocia jugak walaupun takde sandstone. Maybe sebab Bolu dikelilingi gunung. Kalau travel DIY bolehlah explore Bolu dengan lebih mendalam tapi sebab ikut group, pagi-pagi esoknya dah kena checkout pulang ke Istanbul. Harap kali ni ada peluang nak masuk Hagia Sophia. Last time dah frust.

Nak tau kali ni frust lagi ke tidak, jemput baca next entry ye. Thanks for reading! 

41 comments

  1. ada jumpa mamat hensem macam pelakon turki tak? haha:P

    ReplyDelete
    Replies
    1. eh mestilah ada, tapi siapalah kiter diorang tak pandang pun.hehe

      Delete
  2. still sesat lalu blkg rumah org... mcm ku kenal situasi ini😉😉

    ReplyDelete
    Replies
    1. aku rindu lalu kedai Portugis kat Macau. tiberrr

      Delete
    2. keee kedai beg Shenzhen? hahahahahaa

      Delete
    3. haha, Moschino ok. Ada hati masuk hotel mahal bawak beg tiruan.

      Delete
    4. x pe tak penah dibuat org hehehehe

      Delete
  3. ko dah smpi turkiye pun tak bleh renggang dgn Mamu ke?😂😂😂

    ReplyDelete
    Replies
    1. ingat nak try teh tarik satu tapi mamu ada teh epal je

      Delete
    2. mamu persis Hakan Sukur ke? hahahahaha

      Delete
    3. Kalau persis Hakan Chalhanoglu nak jugaklah ajak selpie

      Delete
  4. hahhaha comel gila bas tu... hotel dia nmpk kemas je...!! puas bergolek ye :p

    ReplyDelete
  5. Laaaaa berdiri roma sebab sejuk....ingat kan misteri nusantara ke apa terjumpa kak pon ke sampaikan berdiri romaku...hehehehe tapi hotel tu nampak best

    ReplyDelete
    Replies
    1. kak pon dekat Malaysia sahaja. huhu, tak pandai lah nak buat tajuk entry

      Delete
  6. Replies
    1. tak tau lah pulak sebab tak tanya. orang Turki dahla jenis tak display harga

      Delete
    2. sik baik turkiye tak ada KPDNHEP hahahaahah

      Delete
    3. itulah. semua kena pm tepi kalau nak tau harga. haha

      Delete
    4. semua PM tepi payah ler hahahaha

      Delete
  7. nampak menarik makanan yg dijual di Bolu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jualan makanan di Bolu bukan untuk attract tourist sangat tapi ok lah, harga pun harga local

      Delete
  8. Bolu sejuk sgt ya sal merinding roma

    ReplyDelete
  9. Geram tengok cili dia tu Sal. Buat solok lada tu sedap. Gemoks2 cilinya.. ;)

    ReplyDelete
  10. Yelah, geram tengok cili tu. Gemuk dan nampak segar.
    Buah zaitun pun ada banyak jenis.

    ReplyDelete
  11. Suspen je meremang bulu d Bolu ingatkan ada kisah mistik td... bas comel tu dah mcm tuktuk pun ye jugak.. haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha, Alhamdulillah sepanjang pergi Turki tak jumpa sebarang unsur mistik.

      Delete
  12. waduh cakes tu mengundang ehh hhahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nasib baik akak bukan kaki makan dessert. memang nampak sedap

      Delete
  13. Untunglah dapat kuasai bilik seorang.
    Besar ruang makan hotel.

    ReplyDelete
  14. Sudah boleh buat buku.. jual, dapat duit . Hehe

    ReplyDelete
  15. Lagi adventurous kalau pegi travel sendiri. Kalau jenis penakut baik pegi dengan travel agent. Risau kena tipu la, penyeluk saku, halangan nak berbahasa lagi. Kena baca semua entry travel ni.

    ReplyDelete
  16. Bestnya dapat jalan kat luar negara macam nie..

    ReplyDelete
  17. Wah.. Kek.. sedap tu dessert malam-malam.. hehehe..

    ReplyDelete
  18. oo ingatkan berdiri bulu roma sebab ada han8&* hihi.. rupanya sejuk

    ReplyDelete
  19. kadang kala tempat di turki yg tak famous tulah sebenarnya ada yg menarik cuma kena explore sendiri. bestnya kalau DIY di Turki

    ReplyDelete
  20. kekadang sejuk sgt pun tak syok, kan?
    jadik mcm sesuatu badan kita ni.
    apapun, kena enjoy kan.
    tido sorang? amboi. aman la, katil besar.
    terasa tak selesa,pindah katil sebelah :) ha ha ha ah ha...

    ReplyDelete

Your comment is highly appreciated. Komen dengan berhemah