Teater 'Moyang Salleh' dibatalkan. Kalau tau baik aku beli tiket konsert Billie Eilish

Friday, 19 August 2022


Mula-mula ingatkan berita palsu, tapi rupanya betul. Dah bersemangat beli tiket awal sebab ada discount early bird. Lagipun tengok seat laris dengan pantas walaupun tak sepantas jualan tiket konsert Black Pink. 

Rindu teruk nak tengok teater. Rasanya last tengok tahun 2019, 'Lawak Ke Der'. Lepas tu 2020-2021 takde show sebab Covid. Ni baru Istana Budaya nak bernafas semula sekali buat hal pulak. 



Dengar cerita bukan dibatalkan tapi ditangguhkan ke 23-25 September. Masalahnya tarikh tu aku takde kat KL. Haraplah boleh refund. Kalau tak boleh kenalah kawan aku cari orang lain ganti. 

Aku memang suka tengok teater walaupun kadang-kadang harga kasar sikit. Hobi mahal orang kata. Tapi takdelah selalu. Setahun 2 kali je gitu. So far paling best aku pernah tengok adalah teater 'Natrah' dan 'Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck'.

Teater Tun Siti Hasmah. 2012. Lisa Surihani dan Nazim Othman jadi pasangan Tun M dan Tun Siti Hasmah masa muda. 

Semalam dapat email dan wasap dari 'penjual tiket' mengatakan yang diorang masih dalam proses mencari jalan penyelesaian. Kita tunggu dan lihat jelah. 

Lupa dah ni masa tengok teater apa. Berisi sikit. Tangkap gambar kat tangga Istana Budaya tu wajib. 

Kecewa sebenarnya sebab dah plan nak pakai baju mana nanti. Haha. Nampak tau orang dah lama pendam rindu nak OOTD kat Istana Budaya. Masa muda pun pakai biasa-biasa ko dah kenapa dah tua baru nak melaram Sal oi!

Haraplah ada rezeki tengok. Kalau takde kita berhuhu jelah sampai ada teater best dan mampu beli muncul lagi. Kalau macam harga tiket Liverpool lawan Man United kita baca review jelah.

P/s: Billie Eilish tu lagu dia yang best tajuk apa? Maaflah tak follow sangat artis-artis baru. Radio pun dengar Sinar FM

24 comments

  1. Itulah baru Billie Eilish daripada kumpulan Black pink.
    Ala ditangguhkan yang tidak bagus itu. Orang pandang serong.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup. Mesti orang akan ingat ada kontroversi dengan pelakon etc

      Delete
  2. oo..nak kemana bln September tu...hehe..tak pernah gi IB..huhu..lagu Billie yg pernah dgr 'No time to die' tapi cover by orang lain...sedap gak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh ye ke. Ok nanti nak dengar. Tengok ramai peminat mestilah suara or lagu best kan

      Delete
  3. Takpe Sal, harap2 ada rezeki tengok lain masa. Saya pun tak tau ada konsert Billie Eilish rupanya. Tau pun baca headline kata yang beli tiket dia macam kena scam ye..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun baru tau semalam sebab ramai bising seat jauh dari stage. Tak tahu sangat lagu dia, tapi dia famous dengan imej boyish dia tu

      Delete
  4. Haa... kami dua kak ret pun plan nak tgk teater moyang salleh ni. semalam kak ret ada jugak fwd pasal ura2 pementasan ni akan dibatalkan. Kita tunggu & lihat je la.

    Last sekali tgk teater Puteri Gunung Ledang masa mula2 keluar dulu. Seronok, lagi2 sbb tiket korporat (company bagi tiket free) dapat la makan2 free sblm mula teater. First time tgk teater meremang bulu roma.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Puteri Gunung Ledang sampai sudah takde rezeki nak tengok. Terpengaruh tengok teater Moyang Salleh ni pun dari blog kak Ret. Hihi

      Delete
  5. Pernah tengok teater lama dulu, zaman belajar di KL. Tak ingat tajuk apa. Pelakonnya Marlia Musa, Ahmad Tarmimi Serigar, Fauziah Nawi dan entah siapa lagi... lupa. Lepas tengok teater terus pergi klinik, gastrik menyerang!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wah.. Pelakon-pelakon legend semua tu. Dari muda sampai sekarang masih hebat

      Delete
  6. Sama laaaa kita pun br dpt wasap dr tiket agen tu.. X tau menahu pun psl pembatalan teater ni.. Baru je jenguk fb diorg
    . Alahai dh semangat tau nak tgk feager muzikal ni.. Sama la lama gak x tgk feater kan.. Rasa frust sgt.. Tp harap jgn la cancel.. Tukar tarikh ke september ke? Iskk

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tukar tarikh tu, harap lah ke tarikh yang kita free. Kalau tak dah jenuh nak cari orang ganti pulak.

      Delete
  7. rajin Sal ye. tapi dah kena batal pula .. tak pe Sal mesti ada hikmah tu hehe :)

    ReplyDelete
  8. ohhh mujur jugak diorang tak batalkan terus ek..tangguh aje..mudah2an ada jalan penyelesaiannya nanti..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tangguh pun takut tarikh tayangan nanti saya tak available pulak. Teater biasa tayang 3 hari gitu je

      Delete
  9. Bilie elish tu sapa...huhuhu baru kuar gua. Bagus ek sal minat tenguk teater. Akak huhuhu apa pun tak tahu apa di minatnya. hehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha. saya pernah dengar je nama Billie tu. Lagu dia saya tak tahu. Bukan level umur saya kot

      Delete
  10. Siyes akak x kenal Billie Elish tu...terkejut gak bila baca kisah semua tak puas hati x dapat tengok dekat...maybe level2 teenager nyer artis la ni kot...akak ada tanya Dania..dia pun x kenal katanya..hahahha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maybe music dia bukan taste kita kot. Ada je kawan saya yang kenal so takdelah faktor usia rasanya

      Delete
  11. kisah perselingkuhan yang membuat hati dag dig dug saja film ini

    ReplyDelete
  12. tak kenal billie elish hahaha.. alah xdpt sal nk selfie puas2

    ReplyDelete
  13. boleh pulak sesuka hati nak batal ye kesian org mengharap

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah. dah plan baju nak OOTD. sib baik dah dapat refund

      Delete

Your comment is highly appreciated. Komen dengan berhemah