Kanu Maxim Coffee Mint Choco Latte - Mimpi apa aku tetiba minum kopi Korea?

Thursday, 4 August 2022

Aku pun tak ingat sejak bila item 'Maxim Kanu Latte Mint Choco Korea Coffee Mix 8T' ni ada dalam cart Shopee aku. Yang aku ingat aku terbaca entry masa blogwalking yang mention coffee brand ni diminum oleh watak drama bersiri Vincenzo or something like that. Aku bukan peminat drama tu tapi bila aku baca je 'mint flavor', tangan tu auto cari dalam Shopee. Sape sini minat mint/pudina jugak? Angkat tangan! 

Harga agak mahal (masa tu) so aku peram je dalam 'troli'. Baru-baru ni saja check cart Shopee, tetiba nampak tinggal 2 kotak dan ada promo so terus beli 1. Nak beli 2 terus takut tak menepati citarasa.

Satu box ada 8 sachet instant coffee. Harga aku beli RM11 satu kotak. Itu pun harga promo ye. Harga asal RM26.40


Hanya tambah air panas

Agak lama juga menanti sebab pos direct dari Korea. Teringin nak rasa mint coffee punya pasal. Tunggu jelah.

Dapat sekali free gift paket macam maggie. Asalnya aku pun tak tahu isi paket tu. Terus whatsapp sorang member sama department sebab dia dah banyak kali gi Korea dan ada mak angkat Korea (orang cakap la. Aku tak rapat sangat dengan dia. Dah work from home mana nak mesranya). Anyway, colleague aku tu yang cakap paket tu berisi seaweed yang digoreng dengan minyak bijan dan selamat dimakan.  Memang selamat anak-anak sedara aku habiskan.

Dah beberapa teguk baru teringat nak ambil gambar

So..sedap ke Maxim Kanu Latte Mint Choco Korea Coffee Mix ni? Bolehlah tahan. Boleh rasa berangin mint tu. Bau pun wangi. Tak berapa manis dan rasa mint choco mengatasi rasa kopi. Tak  strong sangat so tak digalakkan untuk pengemar kopi tegar. Aku minum petang pun malam tu aku tidur lena. Maybe kalau bubuh ais lagi best dan nyaman. Aku lagi suka hot coffee berbanding cold unless kalau cuaca tengah panas membahang.

Kanu Maxim Coffee ni ada flavour lain jugak iaitu Vanilla Latte, Tiramisu, Double Shot Latte, Latte, Iced Latte, Dark Roast dan macam-macam lagilah. Korang cari sahaja di Shopee ke Lazada ke, banyak je. Boleh feeling minum bersama oppa Song Joong Ki. Gitu...

Nasib baik lah aku bukan jenis kaki tengok drama Korea. Jenuh kalau semua makanan dalam K-Drama aku terpengaruh pastu cari. Tahun 2022 ni aku tengok full series 2 drama je. 'Silent Sea' dengan 'Squid Game'. Both drama tu takde tunjuk makanan sedap. Orang bergaduh berebut makanan dan air adalah.

OK lah tu je nak cerita. Pageview drop, earnings pun merudum. Apalah nak jadi..

18 comments

  1. Wah, jauh perjalanan kanu maxim coffee mint choco latte tu ye Sal.

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah. kopi je senang nak cross border. tak payah mohon visa

      Delete
  2. Ha'ah bila tambah ais memang lagi sedap. Rasa happy bila minum seteguk sampai lah ke titisan akhir gituhhhh!

    ReplyDelete
    Replies
    1. baru teringat. rasanya entry pasal Vincenzo tu akak baca di blog awak. sekarang cuaca sejuk. kurang minum ais. hehe

      Delete
  3. Dah tidak minum kopi. Baca sahaja. Hehe kalau pudina tiadalah minat sangat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. oh ya. bagusnya dah tak minum kopi. saya tak mampu

      Delete
  4. Bestnya sesekali layan kopi korea. depa kreatif kan pelbagai perasa dia jual. Kena test satu demi satu ikut tekak tapi jenuh le nak order. Tak boleh jadi ni....kena cari tapi akak suka yang maxim kopi beli kat jeju dulu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha..tu tanda akak kena gi Korea lagi. haha. seingat saya masa di Jeju minum kopi di cafe hotel saja. tak tanya pulak nama kopi apa

      Delete
  5. Tengah layan youth of may kat 8tv....ingatkan citer lama rupanya baru...sebab cerita dia zaman dolu2 tahun 1980 macam cerita benar sikit lah .tenguk komen kata best tapi akak tenguk aloooo lambatnya cerita sampai tertidur2 tenguk....hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. lamanya tak tengok 8TV. Huhu. cite Korea ke? saya kureng sikit drama Korea. ke dah tua ni malas nak menungu drama

      Delete
  6. Tahun 2019 dulu first time melancong ke Korea. Bila cuba minum kopi baik di kafe atau beli di vending machine, saya rasa kopinya manis sgt2, sampai tak dapat nak telan. Kopi ni manis tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. mint ni takdelah manis sangat. or maybe sebab saya taruk air banyak kot. boleh telan sebab saya tak suka manis

      Delete
  7. Benda baharu ni. Kena cuba la. Nampak mcm sedap je.

    ReplyDelete
  8. Menarik jugak kan, tak payah terbang tapi boleh minum kopi dari sana.

    ReplyDelete
    Replies
    1. nak masuk ke Korea banyak sangat aturannya

      Delete

Your comment is highly appreciated. Komen dengan berhemah