Assalamualaikum dan hai semua. Baru nak reda Covid-19, kita disambut pula dengan penyakit Hand, Foot and Mouth Disease (HFMD) / Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut; dan baru-baru ni Monkeypox/ Cacar Monyet pulak. Sewaktu entry ini ditulis belum ada sebarang kes Monkeypox yang direkodkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) so harapnya penyakit tersebut tak datang negara ini langsung. Amin Ya Rabb.
Cuma yang ditakuti ia dibawa oleh pelancong asing atau penduduk Malaysia yang baru balik oversea. Kena aware kalau ada sebarang gejala atau tanda-tanda jangkitan Monkeypox terutama ruam makulopapular dan terus laporkan pada fasiliti kesihatan kerajaan berhampiran.
Kalau ada perancangan nak ke luar negara atau baru balik, kena alert. Walaupun kerajaan dok kata 'jangan panik' tapi last time masa Covid-19 pun cakap benda sama jugak. Huhu. Macam dalam filem Hollywood, Presiden akan keluarkan statement supaya rakyat bertenang, tetapi lepas tu mesti ada malapetaka jadi. Contohnya filem Independence Day, Contagion dan 2012. OK lah aku mengaku aku banyak tengok TV. Haha.
Apa pun, kita kena rajin membaca. Jangan percaya berita palsu dan jangan paranoid tak tentu hala. Kalau nak pergi oversea tu janganlah main jamah je makanan eksotik terutama daging haiwan liar. Jaga kebersihan terutama bila pergi zoo. Pastu nak beli tiket flight tu jangan lupa ajak aku. Eh.
Boleh baca info lebih lanjut di sini : Soalan Lazim tentang Monkeypox. Bila baca penerangan CPRC KKM ni kuranglah sikit rasa takut tu.
semalam dengar radio..doctor tu kata kita kat Malaysia ni takyah risau sangat tentang Monkey Pox ni sbb biasanya tersebar dikalangan wild life je ataupun those yg memg ada direct contact dgn hidupan liar ni
ReplyDeleteya betul. lagipun gejala dia ketara. boleh nampak kalau orang tu memang dah sakit
DeleteItulah…sekarang kehidupan dah berjalan seperti biasa, jadinya kemungkinan virus ni masuk negara kita adalah tinggi. Memang kena bersedia dengan cara berjaga-jaga.
ReplyDeletesetuju. kena kawal dengan baik di border. melancong pun kena jadi pelancong yang bertanggungjawab
DeleteItulah macam-macam penyakit ambil alih populariti Covid.
ReplyDeletepenyakit paling popular jangan dilupakan - denggi
Deleteharap-harap negara kita dijauhkan dari bala penyakit ni.
ReplyDeletemacam-macam bala dah kat Malaysia ni. moga Allah kasihankan kita
Deleteaamiin..moga dijauhkan la kan..risau...
ReplyDeleteApapun kita kena bersiap sedia
ReplyDeleteKena sentiasa cakna. Dari ambil tahu hal artis baik ambil tahu pasal penyakit ni
Deleteseram sangat ni... nak tgk gambar pun x sanggup
ReplyDeleteHa.. Gambar tu memang ngeri.
DeleteKobit belum reda monyet pok pula melanda
ReplyDeleteWP ada banyak haiwan peliharaan kena jaga kesihatan diorang jugak
Deletepenyakit bahaya ni mohon dijauhi jadi wabak
ReplyDeleteDoa je senjata kita kak PI
DeleteSeram juga lagi2 ada yang sebarkan gambar budak kecil kena monkey pox nih. Memang boleh buat panik. Last2 KKM kata tak ada pun penyakit tu di rekodkan macam dalam gambar yg viral. Cumanya berjaga-jaga jela kan..risau tengok keadaan pesakit.
ReplyDeleteBerita palsu tu biasalah. Kena pandai tapis yang mana betul yang mana gambar ambil google. Harap kita di Malaysia terlindung dari penyakit ni
Deleterisau sungguh dgn pelbagai penyakit ni..bimbang nanti ada pulak vaksin yg kita kena ambil...semoga kita terus dilindungiNya
ReplyDeleteAdeh x larat dh tua2 nak vaksin. Tapi kalau untuk baby mungkin ada kebaikannya
DeleteLepas satu, satu penyakit datang. Risau pulak. Harap ada ubat untuk penyakit ni.
ReplyDeleteTakut KJ suruh tadah bahu je. Tapi rasanya terkawal buat masa ni
DeleteKann. Nasib masih terkawal.
Deletekene selalu baca doa tolak bala dan wabak penyakit nih.. huhuhu
ReplyDeletesetuju Wak. itulah sebaik-baik senjata
Deleteharitu baca pasal monkeypox ni kalau segera dapatkan rawatan dia tak lah life threatening tapi meghenyam macam small pox lah. Lagipun KKM dah masukkan dalam MySejahtera untuk individu yang datang dari negara yang ada penyakit ni so tak la risau sangat. fake news tu mesti akan bersepah untuk takutkan orang lain hmm
ReplyDeletetakut jugak kalau kena, mau berparut muka yang memang tak flawless ni. hehe
Deletesemoga x masuk negara kita, risau jg depa yg gi oversea, bawa balik yg ni pula..
ReplyDeletekita nak pi obersea pun rasa ragu2..tunggulah next year....oo ada di netflix ya, tapi movie mcm ni buat stress..hehe..
movie macam ni selalu buat saya menyampah je sebab Amerika selalunya hebat selesaikan masalah dunia. padahal in reality..hurm
DeleteKak PC jadikan COVID19 sebagai pelajaran dan pengajaran. Walaupun cacar monyet [monkeypox] setakat ni tak ada lagi di negara kita, tapi tidak mustahil boleh ada bila masing-masing sambil lewa.
ReplyDeletesetuju! kena sentiasa alert. dari dok baca gosip artis, baik baca pasal berita kesihatan ni
DeleteYa Allah. Aku berlindung kepada-Mu dari pelbagai penyakit yang berbahaya.
ReplyDeleteRisau sungguh dengan kemunculan pelbagai jenis penyakit yang aneh dan pelik!
Aamiin...semuga kita semua rakyat malaysia di lindungi Allah
Deletemoga kita semiua terlindung dari bahaya penyakit ini
ReplyDeleteMudah-mudahan tak dapat masuk Malaysia lah hendaknya. Risau juga ni.
ReplyDeleteakhir zaman ni macam2 jenis penyakit muncul.. semoga kita dijauhkan
ReplyDeleteNauzubillah Minta dijauhkan ya allah
ReplyDelete