Ini ke punca McDonald's Drive-Thru di mana-mana rancak?

Thursday, 5 May 2022

Walaupun raya kali ni tak balik kampung, tapi tetap kena lalu highway bila nak pergi beraya dalam KL/ Selangor ni. Setiap kali lalu McD Drive Thru, aku perasan punyalah panjang kereta beratur. Agaknya McD di highway PLUS macamana lah rupanya.

Musykil jugak aku. Hari raya pun diorang ni makan McD ke? Pergi beraya takkan tak kenyang? Eh sibuk pulak aku. Sukatilah orang nak makan McD ke, KFC ke, Burger King ke.

Menu Mc Donald

Sebenarnya aku pun rindu nak makan McDonald's. Rindu nak makan Mc Chicken, BigMac or at least aiskrim McD.

Punyalah lama tak makan McD aku sampai tak perasan yang sekarang tak boleh order McD melalui Grab or Food Panda. Kena guna apps McDelivery. First order free delivery tau. 

Aku syak McD Drive-Thru Carnival jadi punca kereta beratur panjang. Tapi sayang by the time aku tau pasal benda ni, promo pun dah habis. 4 May 2022 last day. Hari ni dah 5 May. Terlepas. Alah kalau tahu pun belum tentu aku sanggup beratur. Drive pun malas. Kalau boleh nak cepat sampai sebab stress dok pegang stereng. Nasib baik adik aku dok offer jadi driver raya ni. Dia malas lah tu aku drive slow.


Menarik juga drive thru carnival ni. Pakai baju raya, beli melalui drive thru pastu jerit 'Selamat Hari Raya' pada staf McD. Imagine kau beria jerit tapi voucher dah habis sebab sehari limit 100 kereta je. Hahaha.

Teringat zaman kerja retail. Kena naik kerja seawal raya kedua sedangkan ahli keluarga dan kawan-kawan dok beraya lagi. Pedih je telinga bila customer tanya "Tak cuti ke dik?". Korang yang dapat cuti time raya ni jangan gatal tanya soalan tu dekat orang yang kena kerja. 

Cakap pasal kerja, aku pun dah start kerja balik hari ni. Masih work from home entahlah sampai bila. Aku layan je sebab memang takde hati pun nak kerja. Work from home ni rileks sikit tak payah kalut bangun awal or membazir masa dan duit commute pergi balik. Musim raya ni aku set up PC dalam bilik jelah instead of depan TV di ruang tamu. Jenuh wei kalau orang datang. Buatnya bawak anak, lagi lah tak senang nak buat kerja.

Simpan sini buat kenangan. Lama tak keluar paper

Nasib baik ada cuti labour day yang jatuh pada hari Ahad. Dapat replacement jadi merasa cuti raya sampai 3 hari instead of 2. Department aku kerja sekarang terlibat dengan daily newspaper production so tak boleh staf cuti semua. Bagilah peluang dekat orang yang nak balik kampung. Kita hari-hari jumpa mak ayah kat rumah, tak apalah tak cuti pun.

Jimat sikit cuti. Manalah tahu nak berhenti. Atau travel oversea. Eh.

Sebenarnya aku pun tak tau motif entry ni apa. Sejak PPV dan Adsense menjunam teruk, aku cubalah jugak up new entry dengan lebih kerap. Ingat nak update cerita raya tapi sebab tak ambil gambar rasa macam tak seronok bercerita. Maka terhasillah entry takde pekdah ini.

OKlah nak pergi beraya rumah kawan sekolah rendah. Mini reunion katanya. Dah siang kita kerja, malam lah baru dapat beraya.

Korang pulak bila kena kembali bekerja?

35 comments

  1. wah keluar paper tu salam aidilfitri sal n fmili maaf zahir batin

    ReplyDelete
    Replies
    1. kita kerja paper dapat keluar paper jela. kalau unit TV dapat keluar tv

      Delete
  2. sama lah... dah lps date baru tau ada promo. so smlm nak ubatkan duka lara... singgah laa beli sarapan kat mekdi... hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. pagi-pagi mekdi penuh tak? kalau penuh baik gi makan kedai mamak je. hehe

      Delete
    2. drive thru x ramai... tp dlm resto ramai... yg x best ada menu x de stok. raya kan...

      Delete
    3. pernah sekali nak order dia cakap ada nasi lemak je.nasi lemak baik beli kat gerai. kiter nak makan burger

      Delete
    4. moral of the story, jgn g drive thru time raya. kompem adaaaaaa je alasan dia. tak cukup laa habis stok laa...haihhh

      Delete
  3. Sha akan mula kerja minggu hadapan..
    Okay je entry Sal ini.. syok juga baca celoteh santai Sal.. Hehehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe. thank u Sha. selalu gitulah, nak tulis cerita lain sekali eh termelalut cerita entah apa-apa

      Delete
  4. patut la cari dalam grab tadi tak jumpa. hehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. cari masa tak boleh puasa hari tu. baru tau dah tak ada

      Delete
  5. da kerja since semalam 5/5 hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. samalah kita. hari ni sambung raya balik

      Delete
  6. Fast food penuh minggu ni. Raya kedua dah beratur dekat drive thru. Okay je entri kali ni Sal.. blogging untuk expression sedap sikit berbanding untuk impression.

    ReplyDelete
    Replies
    1. fast food aje yang bukak kan, tak pun mamak. majoriti peniaga makanan semalam baru start balik

      Delete
  7. Dapat kat akak langsung tak tahu! Selalu dapat cerita bila dah hujung-hujung begini jelah :)

    Puas akak pakai susuk (baca: spek mata) besarkan skrin nak cari Sal. Selamat Hari Raya, Sal! Maaf zahir dan batin! Selamat kembali bekerja.

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha. nasib baik saya duduk depan, kalau tak sampai sudah akak cari tak jumpa.

      Delete
  8. Best ni dpt jumpa kengkawan sek... Kita ni ntah bila dpt reunion raya ngan kengkwn sek kt jb nun hehehe.. Jumpa kt yg kt kl 2 3 kerat aje la. Itupun payah nak gather2 heheh.. Pape pun samat hari raya sal

    ReplyDelete
    Replies
    1. majoriti kawan-kawan sekolah saya duduk dekat-dekat sini je. tu pun tak semua datang. yang dah berkeluarga susah sikit

      Delete
  9. patutlah pjg berjela kereta q kat mekdi kuale hari rabu haritu...bagus mekdi buat promo mcm ni..bagi happy krew yg kena keja time raya...ok je entry ni..esok start kerja InshaaAllah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. harap berbaloi la penat diorang dan dibayar triple. alang-alang untung banyak tu

      Delete
  10. kt utara ni pun sama.. hari2 Q. entah apa yg dorang order. kalau masuk ke mall kurang sikit tp beratur panjang

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau kat KL ni mall memang memanjang penuh. padahal kata orang semua balik kampung

      Delete
  11. lately raya ramai tak buka kedai mkn. ramai yg makan fast food

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah. orang kelantan semua balik kampung, tu yang takde kedai bukak. haha

      Delete
    2. tak silap org kelantan ni kalau raya haji lg meriah dr raya aidilfitri

      Delete
  12. kat sini mmg setiap kali raya mcd x penah susut... bln posa dh mula dh... umh kazen sebelah mcd je tp tetap jugak beli guna grab sbb x tahan beratur panjang tp mslhnya order ptg utk berbuka sampainya mlm boleh buat moreh... so ari raya ni akak mkn BK je sbb mcd mmg xleh dirapat... hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mcd tetibe jadi hot stuff time puasa dan raya kan. Aduh malam baru dapat, kenyang dah lah

      Delete
  13. Dah lama tak beli paper jadi tak nampak le gambo sal. Bukak besar sikit baru nampak nasib dok depan dan comel je. Selamat ahri raya sal

    ReplyDelete
  14. Mcd ni sedap berger je kalau ayam ahkak lebih suka kepci. Dah kenyang dengan ketupat dan rendang syiok layan berger tu yang manjang ramai orang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ayam kepci pun dah kureng sekarang. Saiz makin kecik. Ayam mcd saya tak tahan pedas sangat

      Delete
  15. awak di Marketing Dept...ntah2 kita pernah deal kot masa ammi nak advertise court memo

    ReplyDelete
  16. Ohh mungkin jugak tu. Patutlah perasan McD manjang panjang que. Ayam KFC pulak sold out tak habis habis. Apa pulak takde pekdahnya, ada jugak infonya Sal :)

    ReplyDelete
  17. oh yer ke? x tau pun tapi memang panjang que drive thru time raya hari tu...
    pernah gak kuar paper....colum Salam dari perantauan tu..sekali tu je la.. he he he...

    ReplyDelete

Your comment is highly appreciated. Komen dengan berhemah