Tahun ni tak dapat tengok sangat Sukan SEA ke-31yang diadakan di Hanoi, Vietnam. Kalau tak memang aku bertunggu bertangga depan TV. Nak buat macamana, busy beraya. Tak sempat tunggu depan TV sebab asyik berada belakang stereng menghadap traffic jam. Tak pun melayan tetamu yang datang ke rumah. Walaupun masih work from home, tapi PC aku dah alihkan ke dalam bilik sebab kadang-kadang hari bekerja pun ada tetamu datang. Geng orang pencen mak ayah aku lah tu. Hahaha. Before this PC depan TV so boleh jeling-jeling. Dalam bilik nak jeling cmane. Kerja pun banyak betul lately. Blog pun terabai.
Kalaulah badan ni boleh dibelah-belah. Punyalah stress dan penat sampai period pun awal seminggu. Stress sebab kena driving dengan kerap kot. Aku dahlah tak suka drive. Nasiblah. Tak suka pun kena buat sebab tanggungjawab. Padan muka sape suruh takde laki kan dah kena drive sendiri.
Memori tengok Sukan SEA 2017 boleh baca di sini : Bila Kaki Bola Tengok Hoki
Piala Thomas jelah dapat layan sikit-sikit. Tengok pemain Malaysia main alahai lemah-gemalai. Tengok ranking top 20 pemain badminton dunia pun dah tau siapa yang berharap Malaysia menang tu delusional je.
Tahniah India menang Piala Thomas 2022. Pasni bolehlah buat filem. Kalau Rajkummar Rao jadi hero aku tengok.
Nasib baik aku sempat tengok Malaysia menang Piala Thomas tahun 1992 walaupun aku baru kenal ABC je time tu.
Apa pun good luck team Malaysia! Akan cuba catch up apa yang termampu. Sis bukan tak support ye. Korang jangan kata game Liverpool aku sanggup tengok walaupun habis pukul 3 pagi tapi atlit Malaysia tak ambil port. Bukan Salah Mohamad Salah tau timing tak cantik.
Malaysia Boleh! tapi bolehkah aku?
betul laa kita pun terlepas juga... klu tak tu mmg suka tgk sukan air hahha
ReplyDeletesaya pun. tapi renang jelah. terjun seksi sangat la. akak malu dik.
DeleteSama. Tak sempat layan sukan. Badminton pun tak layan mana tahun ni. Piala Thomas/Uber tahun ni tak tengok langsung. 😂
ReplyDeletebaguslah tak tengok thomas/uber tu. buat sakit hati je. haha
DeleteTiap tahun diberi harapan palsu. Sekarang negara kita masih tak mampu nak bawak balik Piala Thomas. Piala Uber, macam jauh panggang dari api. 😅
Deleteselalu macam tu lah. seorang dua je yang mampu tumpang point. yang lain bagi lingkup. malas dah lah nak berharap
Deletedulu2 mmg minat sukan..sekrg ni dah kureng..
ReplyDeleteSeru ya, ananda Sal. Sempat nonton tomas cup tahun 1992.
ReplyDeletemasih kanak-kanak lagi masa tu. tengok sebab takde hiburan lain
Deleteciksal, ramai je org dh kawen tapi bini drive sorang2 jaga ank.. huhuhu
ReplyDeleteiyelah kan. dah ada anak lagi kena cekap driving, nak ambik anak sekolah or kalau ada emergency
DeleteWak pun dah lama tak nonton sukan
ReplyDeleteSuka dengar keputusan aje
itulah. tau keputusan pun kadang-kadang dah lambat
DeleteTak menyempat nak layan sebab sibuk dengan raya je kan. Gengla kita
ReplyDeleteSal busy beraya, akak langsung tak beraya kecuali masa balik kampung aritu ðŸ¤
ReplyDeletePiala Thomas 1992 tu akak tengok, pihak sekolah kasi can budak2 menonton tv kat bilik tv asrama sampai habis game. Memang meriah dengan sorakan jeritan.
ala, nape tak beraya kak Ujie? saya budak je lagi time tu. tengok bukan faham pun. haha
DeleteTak dapat layan sangat sukan jugak baik Sukan Sea @ Piala Thomas time raya . Asyik redah jem je untuk beraya huhuhu
ReplyDeletekita sukan gak tu..acara redah jem. haha
DeleteWah Sal peminat Sukan SEA.
ReplyDeleteKena tengok ulangan sahaja Sal.
Akak lama tidak ikuti.
ulangan feelnya tak sama macam tengok live sebab dah tau result
DeleteMacam tu jugalah kaklong PC.. Syawal ini sangat-sangat mencabar perasaan kami sekeluarga.
ReplyDeleteAllahu. semoga dipermudahkan urusan
Deletesempat jugak nengok badminton kt umh mak ari tu... sesambil layan tetamu yg bertandang sempat jugak jeling²
ReplyDeletextengok pun sukan sea tahniah kpd pemenang
ReplyDeletex sempat tgok sbb kerja sek byk. cuma tgok highlight je...
ReplyDeletetak tengok tv langsung masa raya. hahaha. jangan harap boleh duduk dpn tv bila ada anak
ReplyDeletetunggu anak pandai tengok tv. tengok rancangan dia jelah nanti
Deleteheh sama lah memang tak tertengok langsung sea games kali ni
ReplyDeletedgr dlm radio je update pingat..and thomas tu tgk gak la a few game sbb ayah & Ian memang layan... plus kat bangkok, kawan2 kat sana ramai yg update...
ReplyDelete