31st SEA GAMES yang hilang..

Tuesday, 17 May 2022

Tahun ni tak dapat tengok sangat Sukan SEA ke-31yang diadakan di Hanoi, Vietnam. Kalau tak memang aku bertunggu bertangga depan TV. Nak buat macamana, busy beraya. Tak sempat tunggu depan TV sebab asyik berada belakang stereng menghadap traffic jam. Tak pun melayan tetamu yang datang ke rumah. Walaupun masih work from home, tapi PC aku dah alihkan ke dalam bilik sebab kadang-kadang hari bekerja pun ada tetamu datang. Geng orang pencen mak ayah aku lah tu. Hahaha. Before this PC depan TV so boleh jeling-jeling. Dalam bilik nak jeling cmane. Kerja pun banyak betul lately. Blog pun terabai.

Kalaulah badan ni boleh dibelah-belah. Punyalah stress dan penat sampai period pun awal seminggu. Stress sebab kena driving dengan kerap kot. Aku dahlah tak suka drive. Nasiblah. Tak suka pun kena buat sebab tanggungjawab. Padan muka sape suruh takde laki kan dah kena drive sendiri.

Memori tengok Sukan SEA 2017 boleh baca di sini : Bila Kaki Bola Tengok Hoki

Piala Thomas jelah dapat layan sikit-sikit. Tengok pemain Malaysia main alahai lemah-gemalai. Tengok ranking top 20 pemain badminton dunia pun dah tau siapa yang berharap Malaysia menang tu delusional je. 

Tahniah India menang Piala Thomas 2022. Pasni bolehlah buat filem. Kalau Rajkummar Rao jadi hero aku tengok. 

Nasib baik aku sempat tengok Malaysia menang Piala Thomas tahun 1992 walaupun aku baru kenal ABC je time tu.

Apa pun good luck team Malaysia! Akan cuba catch up apa yang termampu. Sis bukan tak support ye. Korang jangan kata game Liverpool aku sanggup tengok walaupun habis pukul 3 pagi tapi atlit Malaysia tak ambil port. Bukan Salah Mohamad Salah tau timing tak cantik.

Malaysia Boleh! tapi bolehkah aku? 

29 comments

  1. betul laa kita pun terlepas juga... klu tak tu mmg suka tgk sukan air hahha

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya pun. tapi renang jelah. terjun seksi sangat la. akak malu dik.

      Delete
  2. Sama. Tak sempat layan sukan. Badminton pun tak layan mana tahun ni. Piala Thomas/Uber tahun ni tak tengok langsung. 😂

    ReplyDelete
    Replies
    1. baguslah tak tengok thomas/uber tu. buat sakit hati je. haha

      Delete
    2. Tiap tahun diberi harapan palsu. Sekarang negara kita masih tak mampu nak bawak balik Piala Thomas. Piala Uber, macam jauh panggang dari api. 😅

      Delete
    3. selalu macam tu lah. seorang dua je yang mampu tumpang point. yang lain bagi lingkup. malas dah lah nak berharap

      Delete
  3. dulu2 mmg minat sukan..sekrg ni dah kureng..

    ReplyDelete
  4. Seru ya, ananda Sal. Sempat nonton tomas cup tahun 1992.

    ReplyDelete
    Replies
    1. masih kanak-kanak lagi masa tu. tengok sebab takde hiburan lain

      Delete
  5. ciksal, ramai je org dh kawen tapi bini drive sorang2 jaga ank.. huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. iyelah kan. dah ada anak lagi kena cekap driving, nak ambik anak sekolah or kalau ada emergency

      Delete
  6. Wak pun dah lama tak nonton sukan
    Suka dengar keputusan aje

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah. tau keputusan pun kadang-kadang dah lambat

      Delete
  7. Tak menyempat nak layan sebab sibuk dengan raya je kan. Gengla kita

    ReplyDelete
  8. Sal busy beraya, akak langsung tak beraya kecuali masa balik kampung aritu 🤭

    Piala Thomas 1992 tu akak tengok, pihak sekolah kasi can budak2 menonton tv kat bilik tv asrama sampai habis game. Memang meriah dengan sorakan jeritan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ala, nape tak beraya kak Ujie? saya budak je lagi time tu. tengok bukan faham pun. haha

      Delete
  9. Tak dapat layan sangat sukan jugak baik Sukan Sea @ Piala Thomas time raya . Asyik redah jem je untuk beraya huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. kita sukan gak tu..acara redah jem. haha

      Delete
  10. Wah Sal peminat Sukan SEA.
    Kena tengok ulangan sahaja Sal.
    Akak lama tidak ikuti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ulangan feelnya tak sama macam tengok live sebab dah tau result

      Delete
  11. Macam tu jugalah kaklong PC.. Syawal ini sangat-sangat mencabar perasaan kami sekeluarga.

    ReplyDelete
  12. sempat jugak nengok badminton kt umh mak ari tu... sesambil layan tetamu yg bertandang sempat jugak jeling²

    ReplyDelete
  13. xtengok pun sukan sea tahniah kpd pemenang

    ReplyDelete
  14. x sempat tgok sbb kerja sek byk. cuma tgok highlight je...

    ReplyDelete
  15. tak tengok tv langsung masa raya. hahaha. jangan harap boleh duduk dpn tv bila ada anak

    ReplyDelete
    Replies
    1. tunggu anak pandai tengok tv. tengok rancangan dia jelah nanti

      Delete
  16. heh sama lah memang tak tertengok langsung sea games kali ni

    ReplyDelete
  17. dgr dlm radio je update pingat..and thomas tu tgk gak la a few game sbb ayah & Ian memang layan... plus kat bangkok, kawan2 kat sana ramai yg update...

    ReplyDelete

Your comment is highly appreciated. Komen dengan berhemah