Salam Eid Al-Fitr. Wish awai tak kalut

Saturday, 30 April 2022

Assalamualaikum dan Salam Ramadan ke-28. Sedar tak sedar tinggal 3 hari je lagi kita akan berhari raya. Kebanyakan kita dah mula bercuti, tapi ada juga yang masih bertugas kerana dah memang tanggungjawab macam anggota keselamatan dan kakitangan kesihatan.

Bulan puasa kali ni terasa cepat berlalu. Tahun ni aku langsung tak berbuka di luar dengan kawan-kawan. Entahlah, mungkin bilangan kawan aku makin sedikit. Yang tinggal sedikit tu pun, jadual tak selari. Aku senggang, diorang busy. Diorang free, aku pulak ada hal. Know know je dah nak habis Ramadan. Biasalah kan, makin bertambah umur makin banyak kewajipan dan kena fikir orang lain jugak sebelum buat keputusan.

Masih bekerja di rumah untuk kesekian kalinya. Aku suka jugak sebab kurang letih. Tak mengantuk bila terawih dan senang bangun extra awal untuk sahur. Biasalah bekerja di KL ni. Letih perjalanan pergi balik mengatasi letihnya bekerja. Tapi itulah, bekerja di rumah terlalu lama membuatkan aku jadi malas dan lemau. Itulah hidup. Setiap benda ada pro dan kontra. Terpulang pada kita nak adjust cmane ikut keperluan diri.

Ramadan yang masih bersisa, jangan dibiar sia-sia. Sempat lagi nak pulun last minit. Manalah tau ini Ramadan terakhir. Paling penting doa banyak-banyak agar segala dosa kita diampunkan dan amalan-amalan semua diterima.  Amin..Amin..Ya Rabbal Amin. Jangan jadi orang yang rugi, keluar dari Ramadan dengan dosa dan tabiat lama.

Buat yang bakal pulang ke kampung, semoga selamat pergi dan balik. Check segala pintu dan suis elektrik. Baju raya jangan tertinggal.

Cakap pasal baju raya...Aku tahun ni tak beli baju raya. Atas alasan baju raya 2 tahun lepas pun jarang-jarang pakai. Tapi memang ye pun. Sesetengah baju tu aku sampai lupa pun kewujudan dia. Hari tu masa nak photoshoot di opis, aku punggah baju-baju dalam almari baru perasan. So, jimat sikit tahun ni. Almari pun dah nak muntah. Rileks dulu. Mungkin akan beli baju baru kalau office buat jamuan raya walaupun siapalah aku dibanding staff-staff lain yang memang sentiasa bergaya terutama dari unit iklan dan TV.

So..Salam Aidilfitri buat semua pengunjung blog senduku ini. Mohon maaf segala salah silap kalau-kalau jari lagi laju dari otak, menulis atau mengomen yang membuatkan korang terguris hati. Wish awal..takut nanti busy. Atau malas. 

Semoga lepas raya nanti momentum blogging akan kembali. Tak sabar nak baca cerita raya korang!




24 comments

  1. Betul betul awal ni. Senang tak kalut kan. Tahu tahu dah nak raya dah. Kena tunggu pengumuman raya tengok anak bulan dulu. 2 Mei ke 3 Mei. Apa yang ada je lah tahun ni kan. Lebih kepada nak jumpa berkumpul ramai ramai. Belum balik kampung lagi. Esok pagi baru gerak. Cantik baju Sal.

    Saya pun nak wish awal jugaklah. Selamat hari raya Sal. Maaf jugak jika ada tersilap kata terguris hati. 0-0 ye. Semoga happy² di hari raya :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saspen tu kalau tiba-tiba raya 2.5 terutama yang 2.5 baru nak balik kampung. Baju kurung biasa je Fizah. Ingat nak pakai kebaya masa photoshoot tapi tak selesa sebab period. Huhu

      Delete
  2. ni baru lps hantar baju2 terpakai dr almari. lega jap. x tau laa mn dtg laa baju2 tu🤭🤭

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tulah ko, banyak sangat shopping. Baju liverpool kalau banyak sangat meh sedekah kat aku

      Delete
    2. yg tu x boleh. tu kena simpan utk tatapan generasi akan dtg heheheh

      Delete
    3. hahaha. jersi baru jangan lupa beli. jersi quadruple *yakin macam biasa*

      Delete
  3. p/s mat ri ye... salam 3-0 laa (hatrik)😅

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yakinnya kamu.. Haha. Harap boh Mane sebiji, Salah sebiji, Keita sebijik. Barulah raya

      Delete
    2. tanpa keyakinan mana mungkin kita akan sampai di Paris. ehh...

      Delete
    3. macam tagline filem Soal Hati pulak..tanpa keberanian, mimpi tidak bermakna. Gitewww

      Delete
  4. selamat hariraya maaf zahir batin ciksal tuuh.. maaf kalo ada komen2 wak yg merapu ye 😅😅

    ReplyDelete
  5. Selamat Hari Raya Sal. Kita pun buat persiapan ala kadar, baju raya utk anak2 je sebab dieorang membesar. mak pak recycle baju2 raya selagi benang tak tercabut & masih muat kita pakai je hehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha. budak-budak tengah membesar kan, memang tiap-tiap tahun lah tukar. mak pak tak apa, tapi badan kena mantain la

      Delete
  6. Selamat Hari Raya SAL n family... :)

    ReplyDelete
  7. selamat hariraya ciksal yg kiut miut ittewww., maaf zahir batin kalo wak ada tersilap kasar bahasa dlm komen2 blognisalpunya ye., aminn

    ReplyDelete
    Replies
    1. samalah kita Wak. kalau-kalau ada komen berbentuk speku. haha

      Delete
  8. Sha sebelum Ramadan dah settle beli baju raya.. sepasang sahaja, sedondon dengan dua anak dara.. kikiki..

    ReplyDelete
    Replies
    1. bagus tu beli awal. sebab bulan puasa boleh fokus beribadah. ewah

      Delete
  9. singgh entri ni hehe..yaya pula xsempat wish awai raya...kalut sungguh aihhhh =p

    ReplyDelete
  10. Sal wish awal, akak yang datang lambat.

    ReplyDelete
  11. sama la bulan puasa dpt berbuka dgn kwn sorang jelah itu pun sbb pi kl. hahaha. kwn2 kt penang tak dpt

    ReplyDelete

Your comment is highly appreciated. Komen dengan berhemah