Antong Coffee Mill Taiping - Kilang Kopi Bersejarah

Wednesday 13 April 2022

Assalamualaikum dan hai semua! Masih lagi cerita di Taiping. Hari kedua, lepas sarapan di homestay, kami ke Antong Coffee Mill. Kilang kopi Antong merupakan salah satu tarikan di Taiping kerana kaya dengan sejarah.


Aun Tong Sdn Bhd was founded in 1933 in Taiping, Perak. Its founder, Mr. Tiah Ee Mooi has made his coffee a popular drink among the locals, with his signatured product “Antong” remains a favorite brew among coffee lovers, both local and abroad.

After half a century, Antong Sdn Bhd has grown from strength to strength developing into a modern coffee roaster. Researching the best business practice, Antong is capable of producing 10 tons of roasted coffee beans per day.

Today, after 80 years in the coffee trade, Antong has perfected the art of coffee roasting to accommodate customers’ expectations and satisfy multiple demands.

Sumber: Laman Web Rasmi

Memanglah bersejarah lah kan, dah wujud hampir 90 tahun (Official website tak  update). Ini kali pertama aku melawat kilang kopi, so nak tahu apa yang best ada kat sini.


Rumah berwarna kuning dalam gambar di atas bukanlah kilang, tapi 'Aun Tong', rumah di mana Chen Cuifen dan Dr. Sun Yat Sen menginap semasa berada berada di Taiping. Dr. Sun Yat Sen merupakan figura yang amat terkenal di China kerana mendiang merupakan orang yang mencetuskan revolusi di China dan menggulingkan Dinasti Qing. Kalau melawat negara-negara yang ada ramai kaum Cina macam Hong Kong, Macau dan Taiwan pasti akan jumpa memorial atau rumah peringatan Dr. Sun Yat Sen. 

Chen Cuifen pula adalah wanita yang tiada siapa tahu apa hubungan sebenarnya dengan Dr. Sun Yat Sen. Ada yang kata kekasih gelap, ada kata kawan baik dan juga teman seperjuangan. Boleh baca di SINI kalau nak tau lebih tentang sejarah mereka berdua. Kisah yang menarik, tapi sebagai wanita, rasa kesian pun ada.


Aun Tong kini dah dijadikan muzium. Nak masuk muzium kena melalui kedai kopi Antong dahulu. Pintu depan tak bukak. Boleh pilih Kopi O Kaw atau White Coffee. Ada juga jual kopi panas yang diorang brew sendiri. Nak yang sejuk pun ada. Tapi tak bubuh ais lah. Diorang letak dalam fridge. Somehow aku lupa ambil gambar. Huhu.


Credit Pix : FB Antong Coffee
 
Kita shopping kemudian ye. Jom melawat muzium dulu. Kedai kopi dan muzium bersambung.

Teruja tengok barang-barang antik yang ada dalam muzium ni.





Dalam muzium ni jugak boleh lihat gambar-gambar dan news clipping tentang Chen Cuifen dan Dr. Sun Yat Sen. Ada juga tentang sejarah kilang kopi Antong.

Lepas beli kopi, boleh duduk-duduk minum di kawasan lapang yang disediakan.




Apa rasa kopi Antong? Pada pendapat aku, kopi dia rasa asap/salai. Biji kopi dipanggang dengan cara tradisi meggunakan dapur kayu, jadi rasanya berbeza dengan kopi lain yang ada di pasaran. Personally aku kurang suka sebab bau dan rasa asap tu kuat. Mak ayah aku suka. Kitorang beli a few pack bawak balik, abang ipar aku pun suka. So bergantung pada orang.

In every cup of Antong coffee, you will enjoy the rich aroma from our original coffee recipe. Roasting coffee beans in wood fired oven by men, our coffee beans are roasted to a perfectly deep, dark color that will surely awaken your senses as you indulge in the smooth flavor. Sumber : FB Antong Coffee

Tapi kopi dia memang kaw tau. Aku minum sikit je tapi cerah biji mata.

Kopi Antong ni takde pulak aku nampak jual di kedai-kedai di KL. Mungkin jugak aku yang kurang alert sebab aku bukanlah hantu kopi. Kalau korang berminat nak rasa, boleh beli online di SINI. Di Shopee pun ada.


Kalau nak melawat kilang kopi, boleh ke bangunan di sebelah.



Antong coffee halal status is stated here



Memandangkan kami datang hari Ahad, kilang kopi tak dibuka kepada pengunjung. Sayang jugaklah. Kalau berpeluang ke sini lagi, aku harap dapat melihat proses pembuatan kopi Antong yang rasanya unik ni.

Coffee Production Tour Operation Hours (Monday-Saturday, close on Public Holidays) 
: 8.30am-11.30am
: 2.00pm-4.00pm 

Aku rasa kilang kecik dan klasik ni setakat untuk demo kepada pengunjung sahaja. Ada sebuah lagi bangunan putih besar bersebelahan Aun Tong yang tidak dibenarkan masuk. Di situlah pengeluaran kopi berskala besar dilakukan. Rupanya brand Aun Tong ni popular juga. Aku baru kali ni tahu. Selalu minum Starbucks 434 dan Kopi Hang Tuah sahaja.

Untuk yang berminat melawat Antong Coffee Mill ni, bolehlah singgah di :

Antong Sdn Bhd
8A, Jalan Syed Burhan, Assam Kumbang, 34000 Taiping, Perak DR, Malaysia.
Tel: +605 807 5189 / +605 807 3526
Fax: +605 806 4645
Untuk lawatan berkumpulan: +6014 900 0055

Dibuka setiap hari dari pukul 8.30 pagi - 5.30 petang.

Bagi aku tempat ni menarik dan ada parking yang luas. Sesuai untuk penggemar fotografi. Serius aku cakap. Kalau orang minat tangkap gambar, bawak DSLR, mahu berpuluh-puluh gambar boleh diambil.

OK lah tu je nak share. Thanks for reading!

34 comments

  1. wowwww x pernah gak sampai kilang kopi, betul2 sejarah ni kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sayangnya datang time kilang tutup. Next time nak target datang kilang dia dan join lawatan

      Delete
  2. Mak aihhh 90 tahun dah. Memang kopi legend atok atok ni. Tapi itulah baru pertama kali dengar nama antong coffee ni. Ini kalau datang, habis bateri phone. DSLR nan hado. huhu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mungkin kopi ni famous di Taiping atau among kaum Cina kot Fizah. Mestilah laku keras,kalau tak macamana boleh tahan sampai 90 tahun

      Delete
  3. Macam menarik je ada ke kopi ni kat pasaran? selalu akak beli 434 ngan Aik Cheong je...x pernah nampak Antong ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun x perasan sebab saya minum je apa mak saya beli. Dia penggemar kopi tegar rumah ni. Tapi ada jual online. Tak lengkap entry ni. Nanti saya update

      Delete
  4. Teringin juga hendak lawat kilang dan muziumnya
    Itulah tidak pernah lagi minum kopi Auntong.

    ReplyDelete
  5. Menariknya cerita pasal Antong Coffee Mill ni..Nanti nak cuba lawat juga kalau ke Taiping. Tq share.

    ReplyDelete
    Replies
    1. cubalah lawat kilang jugak. nanti share ye

      Delete
  6. jenama kopi asli yg sedap bagi penggemar kopi

    ReplyDelete
  7. Replies
    1. Taiping memang banyak tarikan klasik macam ni

      Delete
  8. Comel posing tepi cawan tu.. Suka tiffin anyaman haha.. Menarik sejarahnya.. Kopi memang sebahagian hidup..

    ReplyDelete
    Replies
    1. posing menahan panas lepas minum kopi yang agak strong bagi saya

      Delete
  9. penuh sejarah..ada kaitan dgn Dr Sun Yat Seng..kt Penang byk rumah/markaz Dr Sun ni..

    bau asap tu yg tak best..

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha. mungkin best bagi orang yang suka.

      Delete
  10. 90 tahun. Lagen dan klasik ni. Mesti ada peminatnya yang tersendiri ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulah. kalau tak macamana nak bertahan walaupun ada banyak brand kopi dalam dan luar negara

      Delete
  11. Ramai blogger yang share pasal Perak dan memang Perak kaya dengan sejarah yang menyumbang kepada apa yang Malaysia ada sekarang ni. One fine day, nak bawa anak bini keliling Perak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup, industri perlombongan di Perak antara yang banyak menyumbang pembangunan Malaysia lepas Merdeka dulu. Pedagang kaya dari China pun gemar ke sana

      Delete
  12. hebat ko! minum kopi secawan gedabak mcm tu! tau laa marahkan maguire...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ko jangan sebut-sebut maguire. pagi esok nak jumpa

      Delete
  13. abe kie meme suka minum kopi utk sarapan supaya tahan mengantuk esp pd bln Ramadhan ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. bulan Ramadan tak boleh sarapan abam kie...haha

      Delete
  14. Menarik ni Sal! Taiping memang banyak tempat yang menarik, rasa macam kembali ke zaman lalu je kalau ke sana.

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup..Taiping kan bandar warisan. banyak industri lama tapi masih kekal sampai sekarang. kak Ujie dekat je kan? nanti bolehlah pergi

      Delete
  15. macam dekat Muzium Tentera Darat Port Dickson, ada jual kopi 3 in 1 dekat tepi muzium tu tapi takde kilang lah..kalo ke Port Dickson mesti nak singgah beli kopi tu sebab sedap...

    ReplyDelete
  16. kopi cmtu sedap bau tu..tp buat bau je..kalau minum yaya pun xlalu kot kalau pekat kopi nya jenis mcm Sal bgtaau tu..heee

    ReplyDelete
  17. Bagus sungguh setiap perkongsian Sal, lengkap segala maklumat. Terima kasih banyak Sal.

    ReplyDelete
  18. wah rupanya banyak tempat lawatan kat taiping ye. lain kali nak request anak buah tempat viral kat taiping.

    ReplyDelete
  19. Mesti wangi dengan bau kopikan.. Kena gi jengah juga ke sini nanti..

    ReplyDelete
  20. tak tau lah bau kopi mcm mana sbb di salai. yg suka mesti akan borong beli kopi.

    ReplyDelete

Your comment is highly appreciated. Komen dengan berhemah