The King's Man Movie Review

Sunday 2 January 2022

The more you fear something, the more likely it is to come true

Filem ketiga dalam francais The Kingsman ini bukanlah sambungan kepada Kingsman: Secret Service (2014) atau Kingsman: Golden Circle (2017) tetapi prequel atau backstory. Peminat Eggsy (Taron Egerton) harap maklum yang watak dia takde ye.

Berlatarbelakangkan England tahun 1910-an, filem ini mengisahkan Orlando Oxford lakonan Ralph Fiennes, seorang bapa yang sangat protective kepada anak lelakinya Conrad Oxford (Harris Dickinson). Orlando sebenarnya adalah agen British yang turut dibantu Polly (Gemma Aterton) dan Shola (Djimon Hounsou). Disebabkan Orlando sangat protective, beliau melarang Conrad dari menyertai tentera walaupun setelah melepasi umur 18 tahun.

Konflik tercetus apabila watak 'Shephard' muncul. Shephard ingin mencetuskan perang antara kuasa-kuasa besar dunia seperti Jerman, England dan Rusia. So tugas Oxford dan team adalah untuk menghalang orang-orang suruhan Shephard dari meneruskan agenda jahat diorang dan menghalang perang dari berlaku.


Best villain in this movie for me : Rasputin

Berbeza dengan filem Kingsman terdahulu, filem yang ini boleh dikatakan gabungan spy/war movie. Ia ada kombinasi fakta dan fiksyen. Pendapat aku ia agak 'mudah' untuk ditonton sekiranya korang ada basic knowledge tentang Perang Dunia Pertama. Kalau tidak mungkin kena beri perhatian lebih untuk faham jalan cerita.

Filem ni macam nak buat plot twist tentang siapa 'Shephard' sebenarnya tapi aku rasa setengah jam pertama penonton boleh agak dah siapa sebenarnya di sebalik karekter mastermind tersebut. Obvious sangat. As always since filem ni merupakan produksi English so orang English nampak mulia je walaupun umum tahu yang negara Eropah sendiri banyak tak suka England. Rating filem ni 18 sebab bahasa kasar dan aksi ganas. Typical filem-filem The Kingsman terdahulu. Cuma tak banyak fancy gadget.

Susah nak cakap aku suka ke tidak filem ni since aku kurang gemar filem perang tapi aku suka filem spy/aksi. Interesting combination. Buat aku teringat pada filem The Man from  U.N.C.L.E dan Sherlock Holmes arahan Guy Ritchie. Bezanya both filem tu takde scene battlefield.


Jangan frust Eggsy takde. Conrad pun comel jugak. 

Entahlah nak rekemen ke tidak. Aku rasa if korang memang peminat francais The Kingsman, penggemar filem Matthew Vaughn (Lock, Stock and Two Smoking Barrels; Stardust; Rocketman), peminat Ralph Fiennes dan suka filem bergenre sejarah/perang then boleh tonton filem ini di pawagam terdekat.

Filem ni ada after credit, tapi tak berbaloi pun nak stay. But it's up to you. Remember the important thing - Manners Maketh Man.


35 comments

  1. cita cita sejarah mcm ni, mmg kenal tul2 minat baru leh layan kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya betul. If tak minat maybe tak faham jalan cerita

      Delete
  2. Salam sal... Happy New year 2022 🌹🌹 InsyaAllah kalau semua okew boleh tgk movie 😘😘

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hepi new year to you too. Ni first time tengok movie new normal. Seronok jugak. Haha

      Delete
  3. Hehe memang tidak ikuti Kingsman. Baca ulasan macam cerita biasa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau tak ikuti pun boleh faham sebab jalan cerita tak berkaitan

      Delete
  4. Bagus reviewnya Sal. Btw Selamat Tahun Baru <3

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih singgah sini. Selamat tahun baru to u too

      Delete
  5. menarik ulasan sal tapi dh lama xnonton film

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya pun kali pertama ke panggung wayang sejak pandemik

      Delete
  6. Yang baru punya ke? Eggsy tak ada malaih ler.. Haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha. Conrad pun comel jugak walaupun takde Eggsy

      Delete
  7. saya baru minggu lepas tengok filem ini..memang best juga sebab nak tengok zaman dulu-dulu

    jalan cerita sekadar boleh tahan...not bad

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya..kalau minat cerita sejarah mesti suka filem ni. tapi tulah takde elemen saspen sangat

      Delete
  8. Tak follow movie kingsman huhuuhu... Baru-baru ni tengok movie Spiderman away from home best tak rugi tengok

    ReplyDelete
    Replies
    1. kurang minat Tom Holland as spiderman. Tunggu kat Netflix jelah nanti. hehe

      Delete
  9. ooo tunggu masuk netflix la kalo gini..hahahha

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak pasti francais Kingsman ni ada ke tidak dalam netflix

      Delete
  10. Pandai Sal review, dan kongsi rating 18 sebab bahasa kasar dan violent, senang dah tahu. Sal suka villain ye, sekarang dah ada movie khas tentang villain macam Cruella dan Loki.

    ReplyDelete
    Replies
    1. villain dalam filem je suka. in real life tidak. hehe. King's Man banyak villain. watak Rasputin bagi saya paling menarik

      Delete
  11. genre spy/war movie..war x minat tapi suka spy..kat netflix takde..huhu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya pun berbelah bagi. satu genre saya suka, satu lagi tak

      Delete
  12. Rasa macam penah tgk ni. Best gak citer nya

    ReplyDelete
    Replies
    1. maybe mama tengok yang first or second kot. king's man ni baru lagi kat wayang

      Delete
    2. oo baru ke. kompem la mama tgk yg no 1 kot

      Delete
  13. Dah nak seminggu baru sempat wish - Happy 2022, Sal! Moga tahun ni lebih baik dan indah.

    Kingsman ni akak tengok yang pertama je rasanya…

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pertama yang paling best bagi saya. Second pun tak berapa

      Delete
  14. Ahkak peminat cerita Combat dolu2. Tapi sebenornya dah lama tak tenguk movie cam ni. Masuk panggung pun rasa dah berkurun je. Last rasanya tenguk Jumanji. Ala depa tu kalau buat movie mesti lah nak angkat depa punya bagus padahal emm sama je hampeh juga. eh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha. Itu biasalah.orang jahat balik2 Rusia or Islam

      Delete
  15. Kingmans ni jarak dia jauh jugak gak kesinambungan dia. Rasa pernah tengok Kingmans sebelum ni. Tapi ingat ingat lupa. Confused pun ada! macam cerita John Wick dan Matrix baru ni sebab imej dia rambut panjang. Pening pulak nak ingat semula.

    ReplyDelete
  16. bestlah.. boleh tengok.. kebetulan tgh bosan balik kje xde movie nk layan

    ReplyDelete
  17. dulu x minat langsung cita mcm ni, pas tu layan ngan arwah suami..baru minat skt..but kena ada org cita lah. now ganti ngan hero bujang plak... tapi tu la, tgk mood jugaks..

    ReplyDelete
  18. Kak Amie suka tonton filrm genre sejarah.

    ReplyDelete
  19. Dh tgk.. kesian conrad mati sblm sempat selamatkan negara. Overall nina bg 4 stars

    ReplyDelete

Your comment is highly appreciated. Komen dengan berhemah