Jute Bag Famsymall dan Salam Sayang Media Prima

Wednesday 1 September 2021

Assalamualaikum dan hai semua! Tak tau nak letak tajuk apa. Idea menulis pun hilang entah ke mana. Agak cranky mood aku lately. Takkan la side effect vaksin kot. 

Kali ni nak share hadiah yang aku dapat sempena birthday. Tapi bukan birthday aku. Ajaib kan, orang lain punya birthday, orang lain yang dapat hadiah. Aku cuba nasib teka tarikh hari jadi Blogger Notie. Eh tak sangka betul. Kak notie pun tanya aku apa warna kegemaran dan nak letak nama apa pada jute bag. 

Thank you so much kak Notie! Happy Belated Birthday. Semoga dimurahkan rezeki dan diberi kesihatan yang baik. Semoga cepat berakhir covid 19, boleh kita balik Muo sama-sama. Ha.. Korang kalau nak baca catatan travel merata dunia bolehla follow blog kak Notie. Merata dah dia sampai. 


Hadiah dari kak Notie - Jute Bag Famsymall

Abby tu nama panggilan dalam family. Entahlah mana datang nama tu. Arwah Mak yang start panggil kalau ikut cerita makcik aku. Gegirl sangat design bunga pink dan merah. 

Banyak juga produk menarik lain di Famsy. Bukak website dia, terus aku terpikat tengok tiffin carrier@mangkuk tingkat yang boleh personalize taruk nama. Design pun pelbagai.


Dapat facemask kain jugak. Warna pun pink

Entahlah bila baru dapat guna beg ni. Kalau pergi surau ke, picnic ke boleh lah guna kan. Selangor ni masih tak bebas. Sempadan Selangor-KL pun ada roadblock. Padahal orang rentas KL-Selangor tu untuk keje. Ingat sesaja ke. Lainlah kalau jalan naik ke Genting Highland, tu padan la nak kata orang nak bersuka ria.  Tak apalah, polis tu pun ikut arahan je kan. 

Isnin lepas aku bekerja di opis sebab nak hantar PC pada department IT. Hard drive crash, terpaksa reformat. Nasib baik lah keje aku semuanya save dalam drive, jadi kalau hilang fail-fail dalam PC tu takde masalah sangat. Cuma kena install balik segala software dan link shorcut yang penting. 


Goodies raya dari Media Prima. 

Punyalah lama goodies bag Salam Sayang ni terperuk dalam laci aku kat opis. Bila dah kerja di rumah, memang berat berkilo-kilo lah kemalasan nak pergi opis. Dapat masa bulan Syawal, sekarang dah Muharam baru ambil. Tu pun asbab PC crash, kalau tidak entah-entah tahun depan baru pergi. Aku prefer kerja dari rumah, sebab kalau kerja opis, 2 minggu sekali kena buat swab test.

Eleh Media Prima..ye ke sayang? Kalau sayang, naikkan lah gaji aku. 5 tahun dah ni tak gerak!

Doakanlah aku dapat kerja lain walaupun susah nak cari keja baru di musim pandemik ni. Sedih bila kawan baik (lah sangat) aku perlekehkan aku bila aku bagitau dia aku masih jobhunting sebab dari dulu aku dok ulang ayat sama.  Aku sendiri pun kadang-kadang rasa nak give up, tapi as member tak salah kan kalau bagi kata-kata semangat. Ada ke dia kata dah memang takdir aku mereput kat situ sampai kiamat. Eh ingat aku sejenis manusia yang tak nak maju dalam hidup macam dia ke

Banyak sangat makan cempedak goreng agaknya aku ni. Asyik nak naik angin je. 


62 comments

  1. Wah tahniah.. Best dpt hadiah hehee knret pun suka masuk famsy tu hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Best kan, masuk cuci mata. Tetibe tercuci poket jugak. Haha

      Delete
  2. Ooo.. Kerja di Media Prima eh. Bahagian mana tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Suratkhabar - pengiklanan. Tak glamour pun department saya, tak keluar TV. Hehe

      Delete
  3. Akak doakan Sal dapat kerja baru yang lebih baik. Amin.
    Mula tengok jut tulis nama Abby ingatkan siapa tadi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya lah tu. Barang nama Sal or Salbiah dah banyak

      Delete
  4. Menarik design jute bag & face mask . Tema flower . Cantik .

    ReplyDelete
  5. Lama tak dpt tgk blog dan komen.. huhu. Alhamdulillah tahniah Sal. Murah rezeki tu. Semoga dipermudahkan urusan cari kerja. Memang susah skrg ni nk cari kerja lain.

    Biarlah org nk perlekeh, rezeki di tangan Allah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi Nina. Lama tak nampak. Busy ek keje? Itulah, pandai pulak orang nak cakap pasal takdir.

      Delete
    2. Dh resign due to covid kes yg teruk kt penang ni. Risau anak. Mulut manusia abaikan jelah

      Delete
    3. Takpelah, kesihatan diri dan keluarga lebih penting. Kilang memang lubuk virus. Nanti keadaan dah reda boleh cuba lagi

      Delete
    4. Itulah sal.. skrg kilang jd lubuk virus. Merata2 iklan jawatan kosong tp org tak nak.

      Delete
  6. tahniah dpt adiah! rezeki tu.. alhamdulillah..

    lama betol goodies raya tu terperap kat ofis..
    dh abs raya haji dh.. haha

    kalo member jenis xsupport elok jgn kwn..
    nyakitkan hati je.. huhuuu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha, tulah. Lama nau. nasib baik opis sejuk kalau tak ketupat tu rebus sendiri dalam locker

      Delete
  7. ALHAMDULILLAH TAHNIAH REZKI SAL

    ReplyDelete
  8. Alhamdulillah..rezeki birthday girl dikongsi bersama. Cantik Jute bag dan face mask tu. Mak kita ada je gelaran nama manja kita. Comel lah nama abby tu. Jauh betul dengan nama Sal. Ini kalau tak bagitahu ingat orang lain dah.

    uishh lama betul goodies raya tu Sal. Kene sehabis belek tu lama ditinggalkan kat office. Setiap orang ada rezeki dan kejayaan masing-masing. Tak baik betul orang yang suka merendah rendahkan rezeki orang lain. Sekali Allah tarik semula apa yang dia ada, baru dia tahu.

    Semoga Sal dapat kerja baru yang lebih baik dari sekarang. Aaaaminn...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks atas doanya Fizah. Itulah memang belek segala expiry date. Sayang nak dibuang, makan jugaklah biskut tu sikit-sikit. Hari tu lagi banyak, tapi yang mudah expired dah bagi pada kawan yang rumah berhampiran opis

      Delete
    2. mek kuih raya yg sedap tu simpan sket tau

      Delete
    3. Haha. Kuih dah lama lah, takkan nak bagi orang. Nanti kita gi makan kat luckin kopi. Hehe

      Delete
    4. Sayang kan yang nak expired tu. Okaylah tu bagi member member yang mudah nak ambil.

      Delete
  9. Alahaiiii malu ahkak bukannya merata sangat travel, tu pun kadang merapu je tulis. Sweet apa corak gegerl tu hahahaha awak bukan boboi ya. Seronok kan sal kita piknik kat tepi sungai muar kat Tanjung Mas. Sekarang kat tanjung dah cantik apa lagi malam. Aduhaiiii rindu balik kampung.

    ReplyDelete
    Replies
    1. jauh lah jugak travel berbanding saya. hehe. tapi jauh mana pun, kampung halaman tetap dirindui

      Delete
  10. Apa lah kawan awak tu patutnya doakan lah kawan dapat kerja baru. Insya Allah ada rezeki yang lebih baik buat sal dalam pekerjaan nanti. Aamiin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. entahlah kak notie. kawan saya tu dah bosan kot dengar saya ulang ayat sama

      Delete
  11. bestnya dpt beg tu sal.. eh, sal ke abby ni? heehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha. di blog biarlah Sal. kalau dipanggil Sal nanti saya jadi manja macam saya dengan kakak saya. menyampah pulak kakmim nanti. hihi

      Delete
  12. Cantikkkannnn jute bag ni. ada nampak a few blogger malaysia dapat juga. lawaa boleh reuest nama sendiri. Tahniah kak sall power lahhhh

    ReplyDelete
    Replies
    1. rezeki Ain, masa menjawab tu pun main teka je tarikh. tak sangka tepat

      Delete
  13. Alhamdulillah dapat beg jut cantik. Abby nama timangan arwah bonda. InshaAllah dipermudahkan urusan Sal mendapat kerja yang terbaik dan membahagiakan. Tahniah dapat banyak hadiah tu. Bestnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. membahagiakan atau tidak belum pasti lagi kak. sekadar mencuba nasib. terlalu lama di persekitaran sama membosankan juga

      Delete
  14. Orang rajin join giveaway ada la rezeki dpt beg lawa tu..mak ni mls terok..

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah PKP ni mak, takde keje lain mengadap blog pagi petang kalau tak busy dengan keje. nak berjalan tak boleh. huhu

      Delete
  15. Saya pun suka tengok bag dekat famsy tuuuu, rambang mata. Tapi memikirkan takde pergi mana mana, kita tak beli lagi. Takut berhabuk je nanti beg tu duduk dalam bilik hahaha. Lama benor hadiah media prima tuuuu bertapa dalam ofis kak sal, nasib baik la elok lagi makanannya hahaha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha lama kan. Elok lagi makanannya belum expired, so makan la slow slow, takkan nak buang

      Delete
  16. Cantik pulak tengok bag tu. 👍

    Rezeki ada di mana-mana. Yang penting kita kena usaha sebab hasil sesuatu perkara bergantung pada tahap usaha kita.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu BK. Setuju sangat. Doa sahaja tak usaha pun tak ke mana

      Delete
  17. Alololo jangan risau, Sal. Insya-Allah takkan mereput punya. Allah akan beri sesuatu yang terbaik apabila tiba masanya. Akak datang bawa sepanduk dan pom pom ni nak cheer bagi semangat! Sanggup nak tengok ke idak? Hahahaha

    Oh by the way, cantik sungguh beg dan face mask tu. Selamat bergaya sedondon ya!

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha. boleh-boleh, suruh Yuri sekali pegang pom pom

      Delete
    2. Set! Tapi tunggu akak minta Anies kaitkan baju cheerleader untuk si Yuri dulu. Gimme S! To the A! To the L! SALLLLL!

      Delete
  18. Semoga Kak Sal dapat kerja lebih baik dari sekarang. Sementara tu, semoga terus tabah dan kuat ya. By the way, cantik sangat jute bag tu.

    ReplyDelete
  19. Wah! Beg cantik...warna cantik! Tahniah Sal.
    Lepas ni bolehlah sesekali panggil nama Abby ye Sal.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Abby tu nama manja, kak. Nanti kalau keluar perangai mnaja saya orang menyampah pulak. Haha

      Delete
  20. Cantiknya fm tu suka dgn corak Dan color dia. Waa goodies mp best sgt

    ReplyDelete
  21. Sweet bunga2 & nama Abby..tahniah ya dpt hadiah..

    Semoga Sal dpt kerja yg lbh baik..InshaaAllah, ada rezeki di masa depan..

    ReplyDelete
  22. cantiknya face mask tu!

    sama lah, bila da lama WFH, rasa malas nak pergi office...buat kerja kat rumah lebih fleksibel dan tak payah nak bersiap..hahahahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha. Nak keluar rumah tu rasa berat je kaki

      Delete
  23. Jute Bag tu memang lawa.. Tahniah menang hadiah.. Berbunga la hati dengar..

    Psst~ media prima bukan channel no.1 malaysia ke.. haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha. Itu luaran je. Lagipun saya bukan orang TV.

      Delete
  24. Lawa jute bag tu...kenan plak tgk haaa

    ReplyDelete
  25. Lawanya jute bag dia.. Sha pakai pergi kerja Sal.. dah kena masuk opis ini memang ada can lah melaram.. kikiki..
    Aduh.. lama sungguh hamper tu bertapa dekat pejabat ye.. kikiki..
    Dont worry Sal.. InsyaAllah, bila sampai masanya pasti Sal akan jumpa juga kerja baru.. Abaikan je kata-kata negetif yang tak membantu tu.. Dont give up.. Semoga Allah permudahkan semua urusan Sal dalam mencari kerja yang baru.. Aamiin..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Beg tu baru nak rasmi hari ni. Kerja dari rumah tak dapatlah pakai

      Delete

Your comment is highly appreciated. Komen dengan berhemah