Hansel and Gretel Witch Hunter (2013)

Monday 13 September 2021

 Do not enter a house that was made from candies




Idea fairytale diaplikasikan dalam filem dah kerap kali diulang pakai penerbit-penerbit filem Hollywood. Contohnya Enchanted, Beastly, Mirror Mirror, Red Riding Hood, Snow White & The Huntsman, Shrek dan banyak lagi. Sesetengah tu box-office, ada yang gagal dan ada yang takat pulang modal. Hansel and Gretel Witch Hunter adalah filem tahun 2013 yang dah beberapa kali aku ulang tengok. Personally, aku suka filem ni. Kenapa suka? Jemput baca review. 

Mesti korang familiar dengan dongeng kisah kanak-kanak dari negara Jerman, 'Hansel and Gretel' tentang dua beradik yang ditinggalkan di tengah hutan,  jumpa rumah gula-gula, kena tangkap ahli sihir dan akhirnya mereka sendiri bunuh ahli sihir jahat tersebut. Filem ini mengambil template asal karya tersebut, tapi diolah agar lebih berkonsepkan 'dark and twisted'. Pelakon utama adalah Jeremy Renner sebagai Hansel dan Gemma Aterton sebagai Gretel.

Filem ini dibuka dengan kisah dua beradik ini terjebak dalam dunia pemburuan ahli sihir.  Agak tercuit hati aku bila Hansel mention yang dia ada 'sugar disorder' sebab kecik-kecik ada witch bagi dia makan candy hari-hari. Filem ni berlatarbelakangkan tahun 1830-an tapi insulin dan machine gun antara props yang dipakai. Insulin dicipta pada tahun 1920 dan machine gun sudah wujud sebelum 1890-an. Tak apalah kalau tak logik sikit, nama pun filem kan. Selain ahli sihir, juga terdapat kewujudan makhluk fantasi iaitu troll bernama Edward. Haha, nama nak Twillight aje. 


Tak pakai panah, kali ni pakai senapang

Bayangan karekter 'Hawkeye' bila aku tengok Jeremy Renner memang kuat even masa first time tengok filem ni di wayang. Terbayang dia as pemanah cekap bernama Clint Barton dalam filem Marvel Cinematic Universe, Thor (2011). Gemma Aterton pula aku pernah tengok dalam filem 'Prince of Persia'. Chemistry diorang as adik-beradik tak berapa kuatlah bagi aku. Rupa pun takde iras. Huhu.

Filem ni diklasifikasikan sebagai 18+kerana banyak babak yang gruesome. Get ready untuk tengok kepala pecah kena pijak, badan meletup sampai usus melimpah, orang makan ulat, kepala kena penggal, bakar hidup-hidup dan banyak scene yang aku tengok dari celahan jejari aku yang keding. Kalau pregnant atau senang loya mohon jangan tengok. Fighting scene dia awesome. Lakonan cast dia semua mantap dari sekecik-kecik watak sampailah lead. Jalan cerita dia simple dan senang faham. Tak banyak twist , agak straight to the point, tapi still ada elemen surprise, berkaitan parents diorang dan watak perempuan yang suka tolong Hansel.

Walaupun aku rasa filem ni best, tapi tengoklah sendiri. Taste orang tak sama. 

Tonton filem ni jika korang suka filem seperti Red Riding Hood, Abraham Lincoln Vampire Hunter, Van Helsing dan Underworld.

49 comments

  1. Banyak scene yg sadis ke..akak pantang tgk kepala berkexai..darah berterabur..

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah kak. kalau tak suka filem ganas tak disarankan untuk menonton

      Delete
  2. Patutle macam pernah nampak rupanya pemanah terhebat. Tapi rasanya dia lagi macho lah kalau jadi pemanah tu. hehehehe Paling akak suka enchanted walaupun hero tua tapi yang heroin dia tu cantik lagi dengan lagu dia pun best rasa macam nak nari-nari kat taman sama. Fairy tale depa ni kadang best kadang tenguk sedar2 eh dah habis....hehehehe nampak no dah bosan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Encanted pun saya suka. Setiap kali tayang saya ulang tengok. haha. ada jugak fairy tale yang tak best macam 'Into the woods'. Menguap saya bila tengok

      Delete
  3. best ni SAL, kak ana apa sahaja epik fairy tales ni memang suka sangat tonton

    ReplyDelete
    Replies
    1. Suka tengok diorang olah cerita asal. Kreatif sungguh kan

      Delete
  4. Belum pernah tengok, kalau 18+ kalau tak da scene yang romantik ok, jika tidak tak larat duk censor depan screen. Macam best Sal cerita, nak tengok la nanti.. Thanks for sharing.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak ada scene 18SX kak, tapi 18SG. Anak masih kecil tak sesuai lah. Lagipun ada unsur tahyul sikit. jenuh nak explain

      Delete
  5. Dah tengok filem ni tapi ingat ingat lupa. Memang best tak sempat bosan.
    Aduiii cakap pasal Edward, rasa macam nak marathon sequel Twilight dia pulak. Nak tengok Jacob. Hahah..

    Gemma Arterton best gak dia berlakon. Selit lawak lawak sikit dalam movie ni okay lah. Taklah heavy dengan ganas ganas je. Lupa gak cerita Prince Of persia tu. Cerita lama ingat ingat lupa lah dia.

    Eh tapi betullah kan, tengok Jeremy Runner dengan pakaian macam tu memang terbayang hawkeye..character tu pun dah takde dah sama dengan black widow. Huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. karekter Hawkeye tu dah sinonim sangat dengan dia kan. Haah, filem ni ada jugaklah scene kelakar dia dalam dok ganas tu.

      Delete
    2. Betul, lagi lagi dengan suit hitam tu. hahaha..masing masing tak nak kalah tunjuk kehebatan masing masing.

      Delete
  6. tak sanggup tengok scene horror..huhu..

    ReplyDelete
  7. sesekali suka gak tgk cerita cam gini.

    ReplyDelete
  8. filem ubahsuai kisah dongeng mesti ada tragedy yg xlogik biasalah tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nama pun filem fantasi kan. Mesti lah banyak temberang

      Delete
  9. Filem kegemaran juga ni walaupun berdarah-darah badan meletup semua. Konsep dia menarik sbb fairy tale campuran zaman dulu-dulu tapi teknologi senjata taknak kalah siap jampi bagai. Troll tu comelll sbb baik je dengan white witch tu haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah. Suka tengok berlawan dengan witch pakai senapang. Edward tu pun comel, tapi sekali dia picit kepala je berkecai

      Delete
  10. Alamak kita samalah kak sal part tengok melalui celahan jari keding kalau keluar scene yang macam ngeri sikit, tapi tetap suka tengok hahaha. Okeyyy nanti saya try cari dan tengokkk. Baca review kak sal macam menarik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha. Takut tapi nak tengok. Cite hantu pun selalu gitu.

      Delete
  11. Ini kiranya Hansel & Gretel versi sudah dewasa. Ok juga tidak ikut jalan cerita kebiasaan, orang tidak boleh jangka bagaimana cerita berjalan.
    Siapa suka aksi terlebih tidak logik mesti suka cerita begini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Trauma kena kidnap ahli sihir masa kecik, tu dah dewasa jadi witch hunter

      Delete
  12. kene cari cerita ni..harap2 line internet tak tersengguk2 bila tengok. boleh potong stim

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha tulah. Internet tersekat hilang mood layan movie

      Delete
  13. Fairytale seronok ditonton. Tapi babak ngeri tu, memang akak pun kena nyorok jap 😂
    Kelmarin tonton Don’t Breathe 2, best tapi tulah ada babak yang akak ngeri.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wah.. Don't Breathe ada sambungannya ye. Nak tengoklah nanti

      Delete
  14. citer ni sal! fav! ulang 100 kali pn syok tgk..shida suka citer mcm ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ramai jugak ye minat citer ni. Tak sangka. Nampak shida lemah lembut je

      Delete
    2. Macam mana sal boleh nilai shida lemah lembut ni hahahaaa gelak guling kiter..prasan tak..shida suka citer seram dan action..lembut apaa camni ^_^

      Delete
  15. Selamat menonton dan semoga bermanfaat.. ;)

    ReplyDelete
  16. Betul cakap Sal. Ni Hansel & Gretel versi dark! Akak pun rajin juga ulang cerita ni buat tengok-tengok sambil buat kerja.

    ReplyDelete
  17. Oh lupa plak ... Jeremy Renner tu sangat helok dalam cerita ni. Comel je kena inject 'insulin' hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulah. kecik-kecik banyak makan candy, kan dah kena diabetes

      Delete
  18. Rasa nk tgk balik pulak, cita ni mmg best, tapi mmg ganaz sgt babak dlm tu, xsesuai lngsung knak2 nk tgk, nightmare!

    ReplyDelete
  19. Aduh.. rasa macam belum tengok lagi.. suka mamat hawkeye tu..
    Versi twisted macam nie menarik sebenarnya.. kikiki.. 😂

    ReplyDelete
  20. Mrs. A pun suka fairytale tak kisah citer apa sumer fairytale suka hiks!
    Okay nanti nak tengoklah citer ni, asyik layan citer korea jer... huhuu

    ReplyDelete
  21. Alamak... kalau ada aksi ganas-ganas ni cancellah nak tonton.
    Tengoktajuknya pun dah lain macam, ingatkan Hansel & Gretel saja, rupanya ada tambahannya.

    ReplyDelete
  22. Mama baru tgk citer ni. Ganas haha.. jgn samakan dgn fairy tale hensel grwtel mmg jauh langit dgn bumi

    ReplyDelete
  23. dulu masa dia memula keluar wayang, memang terus tengok...best gila!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Samalah. Kali pertama saya tengok filem ni pun di wayang

      Delete
  24. den tgk intro je laa nmpk nya selebihnya pejam mata hhehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. game Liverpool lagi seram dari cerita ni

      Delete
    2. yg tu dah laa seram kena carut pulak tu hahahahahahahaahahah

      Delete
  25. Suka sgt tgk movie ni sampai ulang 3x.. kenapa la ahli sihir baik tu mati.

    Pengajaran jgn mkn benda manis banyak2 kan dh kena diabetes hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha. Kesian la Hansel tu sebab dia kena paksa, bukan dia yang nak

      Delete
    2. Itulah.. tak fair kakak dia tak kena diabetes

      Delete

Your comment is highly appreciated. Komen dengan berhemah