Wednesday, 16 June 2021

Review Lucky Blog by Alien Oren

Assalamualaikum dan hai semua. Ingat tak aku ada join Lucky Contest by Alien Oren? Antara 'hadiah' yang dijanjikan oleh AO sebagai penganjur contest adalah blog semua peserta akan direview, tak kisahlah menang atau tidak. Contest yang lain dari yang lain sebab guna konsep ' kumpul point' untuk tentukan pemenang.


Punyalah takde luck aku kali ni sampaikan AO eja lucky pun tertinggal huruf 'y'. Hehe. Takdelah, bukan takde luck tapi aku akui di hujung-hujung contest aku kurang online padahal aku antara peserta terawal join. Begitulah asam garam dunia, nak berjaya kena usaha yang istiqamah. Leka sekejap dah dipintas orang lain. Aku ibarat arnab yang tertidur. Lol.

Review AO tentang blog aku memang jujur dan spot on. Blog aku memang klasik nasional. Hahaha. Nak baca review sila klik SINI. Rupanya AO ni Sofie Adie. Dulu-dulu rasanya ada juga berbalas kunjungan. 

Blog aku ni sememangnya perlukan sentuhan profesional. Ko tengok, kat header pun ada watermark PhotoBucket. *Tepuk dahi* Sejak rumah ni takde PC, takde dah godek-godek template. Ni pakai PC ofis. Bukak blogger memang OK, tapi bila klik 'view blog' dia keluar gini:


Server ofis memang strict. Ada link boleh bukak, ada yang tidak. Sabar jelah. Makanya online kena guna HP. Doakan ada rezeki lebih boleh beli laptop.


Thanks for the digital card ye AO. Dah habis raya baru update entry. Tengok gambar masjid, rindu nak gi sembahyang raya cam dulu-dulu kan. 

Bercakap tentang masjid, marilah kita doakan Covid 19 segera diangkat pergi agar masjid-masjid dapat diimarahkan seperti dulu terutama sekali Masjidil Haram. Dan marilah kita doakan pembebasan Masjidil Aqsa dari cengkaman Zionis. Paling penting buat yang beragama Islam, jagalah solat walau kita tak dapat pergi ke masjid.

Jauh nau aku pergi ni. Thanks Alien Oren review my humble blog. Jangan serik ye.


35 comments:

  1. tu laa gigih AO review satu satu blog kan hahaha :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan.. Malu jugak bila baca kena puji. Blushing. Hahaha

      Delete
  2. tahniah!!..impian kita semua moga dapat hidup seperti biasa..sedih dengar mereka yg kehilangan ahli keluarga kerana covid..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah. Letih dah baca berita kematian dan ekonomi yang makin merudum

      Delete
  3. Tahniaj . Best blog kena review ni . At least boleh tahu apa kekurangan blog kita dimata pembaca kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu. Kalau tak kita syok sendiri jelah selama ni. Hihi

      Delete
  4. alhamdulillah terbaik ada yg rajin review blog

    ReplyDelete
  5. Hehe akak punya blog pun klasik. Tidak tukar-tukar sejak 2010.
    Amin moga Sal dapat PC/laptop baru.
    Insya Allah harap dapat solat masjid semula secara biasa.

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah.. Saya pun takde laptop..cuma desktop cabuk jem. Hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya desktop pun takde. Adik guna untuk exam online. Gunalah PC opis pinjaman selama WFH ni.

      Delete
  7. tahniah SAL rindu kan pada kehidupan kita yang sebelum ini.. semoga semua ujian ini akan berakhir dengan baik2.. aamiin

    ReplyDelete
  8. Rajin kan AO review setiap seorang peserta punya blog.
    AO tertinggal y tu kak sal hahaha, tak ada rezeki kita kan, mana tahu next time ada rezeki lain menanti hehehe :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha. Tau dia tertinggal Y tu x sengaja, saja nak menyakat kot la dia terbaca entry ni

      Delete
    2. Ya Allah serius AO tak perasanπŸ˜…πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚ memang tergelak saya baca entri kak sal. Aduh tepuk dahi betullah! Maaf kakk...satgi saya ubahla tu...adoyaii

      Delete
    3. Eh takde apalah, small matter. Tak kisah pun. Biasalah tu typo, semua blogger buat

      Delete
  9. Memang terbaiklah AO..
    Tahniah Sal..

    ReplyDelete
  10. Senang nak masuk rumah Sal walapun rumah klasik. Yang penting isi dalam rumah tu orang suka baca heheheee.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya memang make sure blog saya tak berat dan mobile friendly sebab saya pun selalu guna hp untuk online. Senang hati baca orang terhibur dengan tulisan saya. Barulah ada mood nak menulis lagi

      Delete
  11. AO memang rajinlah review blog semua contestants #luckyblog dia.
    Statement klasik nasional tu comel hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha. Comel macam tuan punya blog la kan

      Delete
  12. Terima kasih kak sal balas review kita. Baru perasan entri ni ha...πŸ˜‚ moga murah rezeki selalu ya!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama-sama. Maaf la lambat buat entry. Hihi

      Delete
  13. Tahniah Sal :) Best bila ada org review blog kita
    so dari situ kita boleh tahu mana yg boleh diperbaiki utk lebih baik :)

    ReplyDelete
  14. wahh dua dua blohgee hebatts2 nih.. πŸ˜…πŸ˜…

    ReplyDelete
  15. Hebat lah kena review haha. Kad raya tu kalau print memang chantik

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kedai print tutup la plak, non essential katanya. Hihi

      Delete
    2. Hahaha simpan thn depan

      Delete
  16. Bagus AO review satu-satu blog yang join. Eh eh kenapa baru tahu AO tu Sofie Adie. Confused dah sbb macam ada banyak nama. Semoga Sal ada rezeki dapat lappy baru nanti. Aaaminn...

    Hikmah duduk rumah dapat solat jemaah dengan keluarga. Semoga saudara kita di sana dilindungi Allah dan bebas dari cengkaman Zionis.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Baru tahu AO ni Sofie Adie sebab dia mention dalam entry review tu. Nama lain x tahu la pulak.

      Amin YRA

      Delete
  17. perghhhh kena review ni mencanak laa PV pasni😊😊

    ReplyDelete
  18. Best blog direview.. Tahniah Sal..

    ReplyDelete

Thanks sudi baca. Komen je apa-apa korang suka. Lagi panjang lagi best

 

Template by BloggerCandy.com