Pages

Friday, 21 May 2021

NZ Souvenirs Giveaway by SitiYangMenaip

Assalamualaikum dan hai semua! Minggu ni keje opis so tak dapat nak blogging sangat. Begitupun, jemputan dari cik adik manis bernama Siti Humairah supaya join GA dia tak mungkin aku hampakan. Rindu sangat tau dengan dia. Antara rakan blogger yang asal kenal dari dunia maya, jadi kawan rapat di dunia nyata. Pernah travel sesama beberapa kali, local dan oversea.

Kak Sal pilih Category 1

Trip Siti ke New Zealand ni aku nyaris ikut. Sayangnya masa tu aku ada komitmen kewangan lain. Lagipun takut bos tak approved cuti lama-lama. 

Kalaulah aku tahu Covid 19 akan melanda pada tahun 2020 confirm dah lama aku redah jugak. Sekarang hanya mampu sendu sendan tengok gambar travel lama-lama. I is sedey. Rindu nak terbang. Huhuhu.

Dah terkeluar tajuk nampaknya entry ini. Hahaha. Meh la join jugak. Syarat penyertaan simple, hadiah pun menarik.

Klik banner untuk join!

53 comments:

  1. Goodluck and all the best kak sal! :)

    ReplyDelete
  2. hihih.. rinduuu gak T.T kita ni dekat je tapi tulaaa SOP memisahkan..
    sabar naaa kita tunggu semua reda nnt kita pi jalan2.. dekat2 pun jadila..

    thank you Kak Sal sudi join GA saya =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tulah. Dekat je kita ni tapi apakan daya. Kita sabar sikit

      Delete
  3. Semoga berjaya.. 👍🏼

    ReplyDelete
  4. Alamak hampir ikut rupanya.
    Harap Sal bernasib baik menang untuk hibur hati.
    Semoga berjaya.

    P.S: Baru tahu penuh SitiYangMenaip.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tertinggal perkataan nama sebelum penuh

      Delete
    2. Takde rezeki lagi nak sampai NZ. Insha Allah in the future

      Delete
  5. InshaAllah lepas covid berakhir boleh plan travel dengan SYM lagi. Semoga ada rezeki Sal menang hadiah GA SYM ni. Aaminn...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Doakan larat lagi nak backpacking. Kalau x guna ejen jela. Hehe

      Delete
    2. pasti larat lagi. Sal dan travel berpisah tiada :)

      Delete
  6. barang yg lps jgn dikenang�� good luck��

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak Liverpool la kalau tak kenang kisah lalu. Hehe

      Delete
    2. selamat datang ke history channel

      Delete
    3. Next year will be our year

      Delete
  7. Semoga berjaya sal.. meriah ga sym ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan.. Tu yang tumpang sekaki bagi meriah lagi

      Delete
    2. Hehehe..meriah blog dr tak ada idea nk update kan

      Delete
    3. Tapi kalau blog Sal bukan sebab takde idea, tapi sebab malas

      Delete
    4. Ala jgn malas2 skrg kan cuti 2 minggu hehe

      Delete
    5. Cuti lah sangat. Haha. Kerap layan Netflix tu yang blog tak berusik

      Delete
    6. Meh la share tgk cerita ap. Hehe skrg layan korea blog tak tgk sgt

      Delete
    7. Kena buat review nampaknya ni.

      Delete
  8. Good Luck sal! :)
    Im back :)heheee

    ReplyDelete
  9. hai kak sal! lamanya tak dtg melawat sini, haiii, selamat hari raya kak sal!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat hari raya timm! Haah la akak pun dah lama tak pergi blog awak. Selamat hari rayeeee

      Delete
  10. selamat maju jaya Sal! Good luck...

    ReplyDelete
  11. Bertabah la sal.. melancong dlm rumah aje yg boleh skrg ni.. good luck ye

    ReplyDelete
    Replies
    1. Melancong ke dapur, ke bilik tido. Kalau keluar pun gi kedai runcit

      Delete
  12. mana entry baru ni Sal hehehe...
    all da best!! Lagi beberapa hari nak dapat result ni :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tuan punya blog malas nau. Huhu. Update dah tapi cite bola jela

      Delete
  13. Good luck Sal. NZ memang dlm list nak jelajah, tapi masa belum mengizinkan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Samalah kita. Nanti kita g sama-sama. Hehe

      Delete
    2. nak ikutttttt kita pun teringin nak ke NZ

      Delete
    3. ajooommmmm! vaksin pun dah dapat 2 dos hihihiiiii.

      Delete
    4. Mudahan Allah rezekikan kita semua pergi NZ. Aamiin doa pagi jumaat mudahan Allah makbulkan.

      Delete
    5. Saya belum inject vaksin lagi. Tungguuu

      Delete
  14. Good luck untuk GA ni, Sal :)

    ReplyDelete
  15. alamakkkk kita terlupa nak join GA siti ni aiyakkkkk

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alamak.. Takde rezeki. Tunggu saya pulak balik NZ nanti. Hehe, berangan

      Delete
    2. ee eeehhhhh kan kita nanti pi NZ sama-sama...kah!

      Delete
    3. entah si sal ni nak tinggal kan kita berdua lah pulak mana aci mana aci

      Delete
    4. Haha. Ya.. Mari kita buat rombongan

      Delete
  16. Meh tgk siapaaa yang kena 😀😀

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eh eh, dengar kata mak si Harraz yang kena. Hehe.

      Delete

Thanks sudi baca. Komen je apa-apa korang suka. Lagi panjang lagi best