Wednesday, 27 January 2021

Ke mana nak kubawa hati?

Kita semua mesti ada lagu sendu kegemaran masing-masing. Bila dengar rasa macam lepas putus cinta padahal laki kau elok je tengah main phone kat sebelah. Haha. Kadang-kadang rasa sebak tu datang sebab teringat orang yang dah tiada lagi di dunia, rasa rindu pada rakan dan keluarga yang jauh ataupun teringat kenangan pahit apatah lagi yang manis.

As for me, ada satu lagu yang bila aku dengar je terus rasa sebak. Melodi mendayu dan lirik puitis menjentik jiwa. Kali pertama dengar terbayang lagu irama tradisional tahun 70an.

Credit: Youtube


Bimbang Serumpun Kasih Terbuang - EYE

Ke mana nak kubawa?

Hati ini hancur tak terkata

Kiambang nan terapung

Akar tak jejak ke dasar gayanya


Namun 'ku masih keliru

Bila engkau mencurahkan kata

Kita harus berpisah

Apa benar atau kau bersenda?


Kasih, katakanlah

Bicaramu itu hanya gurauan

Hanya engkau sahaja idamanku

Payah kutemu


Bimbang, aku bimbang

Engkau hilang bawa serumpun kasih

Yang telah kusemaikan di hatimu

Hanya untukmu


Ke mana nak kubawa?

Hati ini hancur tak terkata

Kiambang nan terapung

Akar tak jejak ke dasar gayanya


Kasih, katakanlah

Bicaramu itu hanya gurauan

Hanya engkau sahaja idamanku

Payah kutemu


Bimbang, aku bimbang

Engkau hilang bawa serumpun kasih

Yang telah kusemaikan di hatimu

Hanya untukmu



Apa pulak lagu sendu korang? Sharelah di ruangan komen. Boleh kita sendu bersama-sama. Haha. Sendu sekejap-sekejap bolehla. Jangan layan sangat rasa tu, takut merana jiwa OK. Ewah, pandainya aku nasihatkan orang!

Kalau tak kerana PKP, rasanya dah jauh bawa hati...

47 comments:

  1. cheer up!!..lagu2 70'an, 80'an..kenangan lama..

    ReplyDelete
    Replies
    1. 70 an tak lahir lagi. hihi. tapi still best nak layan walaupun takde kenangan

      Delete
  2. Memang ada dengar lagu, hati rasa sayu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ops lupa jawab lagu sendu saya ialah 'More Than Words'

      Delete
    2. saya pun suka lagu tu. teringat zaman sekolah masa lagu tu tengah femes

      Delete
  3. dh ada laki kt sebelah ni tak sendu2 dh. kang dia tanya asal tiba2 menangis. tak pasal kena gelak

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha. ajak dia join sekali nangis. orang pulak pelik asal lak laki bini ni

      Delete
    2. hahah.. dh buang tebiat ke laki bini ni.

      Delete
  4. Teringat seni kata lagu nyanyian Noorkumalasari.... ke manakah kan kubawa hati yang rindu, tapi tak ingat dah tajuknya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. 'Ke mana ku bawa diri' tak silap saya tajuk lagu tu. saya minat gak lagu-lagu beliau. taste orang lama

      Delete
  5. AHA btul kan mesti ada satu lagi buat kenangan ...
    kalau dengar balik cam ermm....ok x yah igt2 dah le hehe..move on

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha. betul2. baik move on. layan lagu kejap je pastu teruskan hidup

      Delete
  6. Legend lagu ni Sal. Betullah Sal, mesti ada lagu jiwang, sendu yang ada kisahnya dalam hidup kita. huhu..takmo ingat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul la tu. Kadang-kadang sebab tak nak ingat, sanggup tukar lagu lain. Huhu.

      Delete
  7. Alahai.. sendu² pulak sal ni... tp lagu lama² mmg mendayu² kan? kakmim x boleh pikir lg ni apa lagu sendu kakmim sbb mgu ni pun x buat lagi kisah dalam lagu.. x larat nk fikir sbb sgt benda dlm kepala ni.. hihi

    anyway, happy holiday ye.. tak ingat pulak sana PH.. kami sini x PH keja je mcm biasa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha tulah, saya pun suka baca entry kisah dalam lagu kat blog kakmim. Macam segmen radio plak

      Delete
    2. Mcm lama dh x buat post psl lagu kt blog kakmim.. hehehehe

      Delete
  8. Lagu-lagu EYE memang jiwang tangkap leleh betul! Gelak-gelak akak baca dua ayat pertama tu. Lagu sendu akak 'Sepenuh Hati' - SPOON. Ntah kenapa lagu ni setiap kali dengar memang boleh sendu bawa jiwa lara bagai walhal tak ada apa2 pun ahaks

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lagu Sepenuh Hati tu memang sendu. Suara arwah Along buat suasana lagi sedih dari biasa

      Delete
  9. fuhhhh lagu Kilauan Emas punya ni😊😊😊 lagu sendu sy aemestinya....


    when you walk through the storm.... hold your hand up high....


    mmg syahdu tangkap lentok sendu proton sedan masa jaman 2010-2012 dulu... x leh dgr lgsg... sebak nau2...🙈

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lagu tu memang sendu. Nak lagi sendu, dengar sambil tengok gambar atok Roy. Meleleh air hidung

      Delete
    2. sampai skrg ssh nak move on wpn dah mandi bunga tahi ayam...

      Delete
    3. Kena brighton up your day la nampaknya

      Delete
  10. lagu sendu ? hmmmmm tatau la.. mcm byk jerrrrr tapi klu dgr lagu 90s! rasa mcm wahhhhh mengulit kenangan

    ReplyDelete
  11. Lagu tahun 80an lah akk rasa byk lagu jiwang2, tapi zaman tu akk tgh budak awal remaja, ada minat tapi takdelah sampai layan sangat.
    Akk suka lagu mood happy mcm lagu jejaka idaman by raja ema.

    ReplyDelete
  12. Lagu sendu akak ialah Pasti - oleh Mega. Sebab ada kenangan yang terpalit time tu. Tapi yang buat memori dapat lagu hajat - nyanyian haida dari abang kastam huwaaaaaaa nangis bucu katil beb. hehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wah.. Power abg kastam nyanyi lagu Hajat. Susah kot lagu tu. Rasa nak terbuang hajat

      Delete
    2. hahaha dia bukan nyanyi dia suruh dengar senikata lagu hajat tu....huwaaaaa memang kena toing-toing le kat muka sebijik. huhuhu

      Delete
    3. Oh ye ke. Sedih lagu tu. Kisah percintaan antara 2 darjat

      Delete
  13. Sebenarnya tahun 70an 80an 90an lagu-lagu dia tak jemu bila di dengar. Melankolik bila sesekali mendengarnya. Sebab tu akak selalu layan KLFM petang-petang slot klkl kenangan lalu kuala lumpur. Lagu lama-lama pun sedap halwa telinga mendengarnya. Layan jiwang jap. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Suria cinta tak layan ke? Dah la malam2, bikin sendu satu rumah

      Delete
    2. malam ahli rumah layan klasik nasional terus mata ngantuk bukan sendu lagi.....hahahahahaha

      Delete
    3. Tak sempat nak sendu dah terlelap ye

      Delete
  14. hai sal. sy ni kalo hati tgh sendu sedih, mmg lagu hindustan tangkap nanges layan walaupon luaran nmpk mcm kasor kehkehkeh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun suka layan lagu hindustan. Tak faham lirik 100% tapi sedihnya kemain

      Delete
  15. kalo wak nyanyi lagu ssndu camni leh buat orglen sentap.. huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aduh wak, jangan sampai isteri (yang itu) sentap dah la

      Delete
  16. Adoi.. sayu pilu lagunya..
    Lagu-lagu lama ini feel dia lain macam.. Menusuk ke hati..

    ReplyDelete
  17. Tu la pasal laki elok je kat sebelah tapi bila dengar lagu sendu pujaan tangkap leleh huhuuu...

    lagu sendu Mrs. A tajuknya Allahyarham Tan Sri P.Ramlee 'Di mana kan ku cari ganti'

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lagu tu pun sedih. Teringat orang-orang yang dah pergi dulu daripada kita

      Delete
  18. Uii lagu lamaa... Lagu lama ni memang lain feeling dia kannn

    ReplyDelete
  19. Eza suka lagu Bunga Angkasa. HAHA. Sendu ke ni? Tak tahu kenapa suka. Suka lirik kot. Entahlah. Macam lebih ke jiwang je ni. HAHA

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha. Lagu tu tak sendu, tapi jiwang karat

      Delete
  20. alamak, sedih sangat lirik dia tu..patut la sal touching kalo dengar..huhu

    ReplyDelete
  21. This is good example of content writing, you have done good job, and I am expecting more Good content writing from you. I have also something to share here. satta king has turned into a real brand to win more cash in only a brief span. Subsequently, individuals are so inquisitive to think about the procedure of the game. Here we have brought a few procedures that will help you in understanding the best approach to gain cash by the sattaking. Also find the fastest satta king result & chart online at Online Sattaking

    ReplyDelete

Thanks sudi baca. Komen je apa-apa korang suka. Lagi panjang lagi best

 

Template by BloggerCandy.com