Assalamualaikum dan Salam 1 PKP. Rasa macam nak update entry baru tapi mata agak penat mengadap pc. So duduk minum green tea sambil makan kacang Nature's Wonders - The Royal Mix beli kat Watsons. Ada kacang cashew, badam, macademia, dried cranberries, walnut dan pistachio. Memang sedap krup krap di petang hari.
Minum green tea sebab dah petang sangat nak minum kopi. Minum kopi sekarang nanti malam jadi burung hantu. Green tea pun sedap tau. Aku kalau minum memang taruk gula sikit je. Perasan healthy padahal jap lagi dinner nasi 2 pinggan. Ada lauk ikan mayong masak asam pedas, mak aku beli untuk dia dan bapak aku berbuka. Aku tumpang sekapal. Kawan mak aku yang jual and dia masak memang sedap. Tapi mak aku masak lagi sedap la kan. Semua anak akan cakap macam tu.
Lama tak puasa sunat. Next week nak start lah. Biasakan badan menjelang Ramadan. Nampak gaya macam Ramadan and raya at home lagi la tahun ni. Tengok daily case meroket, cam takde harapan nak raya meriah macam dulu-dulu.
Dapat lawak ni kat group Whatsapp. Terhibur kejap bila baca. Walaupun geram jugak bila teringat prestasi Liverpool lately.
Oklah dah nak maghrib. Lama tak taip entry tanpa proofread macam ni. Tulis je apa terlintas nak tulis. Thanks baca aku membebel. Jaga diri gais!
Teh hijau memang sedap. Pernah minum tanpa gula.
ReplyDeleteHehe boleh Liverpool kejar kalau hendak.
Allahu, game pagi tadi pun kalah. Harapan la nak kejar
DeleteAda juga kawan burung hantu Kak Amie.
ReplyDeleteSesekali layan juga kopi sebab tak sanggup bersabar dengan aromanya, tapi minum pagilah jadi malam boleh tidur.
Minum pagi bagi bertenaga. Aroma kopi tu memang menggoda, tapi kalau petang sangat kena elak. Nanti geng burung hantu
Deleteamboi ada juga match bola nya yer, kak ana pun duk sesaja ni rasa nak puasa sunat semula Sal :) in shaa Allah
ReplyDeleteTulah kan kak Ana. Bulan Rejab pun dah dekat ni
DeleteWak pun suka layan teh hijau ni
ReplyDeleteMinum teh hijau sambil tengok pemandangan hijau. Tenang je rasa
DeleteSALAM JUMAAT SL
ReplyDeleteSalam Jumaat kak PI
Deletesnack sihat Sal. Makan kekacang dengan green tea less sugar. bab makan nasi tak boleh nak tolak. hihi
ReplyDeleteNampak gaya macam tu lah, sayup sayup dendang perantau.
haaa dah kenapa tactical tak menjadi ke tu
Makan nasi kena bagi kenyang, barulah takde rasa nak makan junk food atau makanan manis
DeleteDendang perantau tu saya simpati pada yang kena raya sorang-sorang.
Entahla. Pass sana sini, depan gol tak score jugak. Lama nau tak jumpa famili kot, semua stress
game malam tadi pun..aduhaiii..bertabah lah ye fans Liverpool
DeleteSyarat wajib nak sokong Liverpool kena tabah ye. Haha. Ni macam zaman hampeh dulu. Kalah itu pasti, menang Insha Allah
DeleteHaha..kekalahan MU dah terbalas game malam tadi. Mungkin sedap sikit hati fans Liverpool tengok kekalahan MU :)
DeleteYezza. Ada peluang nak kejar
Deletegreen tea sihat! then wahh rajinnya layan bola
ReplyDeleteSedapnya kacang tu. Sesekali layan jadi burung hantu ok juga tu apalagi kalau tenguk game bola.
ReplyDeleteGame bola selalu awal pagi. Tido dulu, nanti nak qiam
DeleteHehe, lawak juga troll pasal Liverpool tu kan. Saya pun suka minum Teh Hijau.
ReplyDeleteKena troll kita gelak jela, padahal sakit hati gak. Haha
Deletehehehe.. terbalik lak kalau saya.. lepas minum kopi panas je mesti mata nak pejam.. hehehe
ReplyDeleteUish rare betul tu. Maybe sebab Sha dah biasa minum kopi kot
DeleteMungkinlah.. hehehe
Deletesodap kekacang watson tu 😋 alalalalala, sedih la kalau raya pkp lg huwaaa
ReplyDeleteMemang sedih, tapi apakan daya. Raya makan kacang jelah kalau kes covid tak turun2
Deletealaa padahal pg pg esok ko sediakan seteko tgk game ehem ehem
ReplyDeleteAku saja tak tengok sebab ko kata kalau tak tengok mesti menang. Rupanya ilmu ghaib aku dah berkarat
Deletetu jaman atok roy punya ilmu ko tuntut. jaman dato seri klopp ni, kite kn������
DeleteBasi dah ye ilmu tu. Sempena nak ke London pagi Jumaat aku akan guna mandrem baru. Tunggu ye
Deletepssttt.....ko tabur garam byk sket kt tiang gol tu.... campur skali biji lada itam
DeleteGaram, gula, kicap semua aku taruk nanti. Tengok nanti Kane sepak sampai bulan
DeleteEntah kenapa, saya baca "Kau sabar jap" dengan penuh emosi. Hahahaha
ReplyDeleteHaha. Tuan punya blog memang beremosi pun masa menaip entry ni. Kira sampai la tu
DeleteLiverpool tebar selimut buruk nampaknya hahaaa ^_^
ReplyDeleteramai duk troll gambar tu (jgn marah) ^_^
Hahaha. X marah la. Dah biasa kena troll
DeleteLama dah tak minum green tea
ReplyDeleteHai... Cik Sal... Cikbunga dtg sini🌹🌹
ReplyDeleteHai cikbunga. Sihat ke?
Deletegreen tea pun sihat dr kopi.. byk caffein. kacang tu kalau dpt tak tinggal makan semua. hantu kacang ni
ReplyDeletesama la, sambil wfh dalam sehari boleh habis
Deletecuba cari kacang ni dlm shopee mana tau lebih murah. haha
ReplyDeletebrand sama harga tak beza banyak. tapi kalau beli by kilo n takde brand lagi murah.
Deletemenaip tanpa proofread tu maknya menulis dr hati sal.. liverpool merudum benar season ni... asik kena troll je... hihihi
ReplyDeleteTulah. Macam liverpool 2,3 tahun lepas. Biasalah ada masa di atas, ada masa di bawah. Kena troll tu sengih jela
DeleteTerus akak rasa nak mengunyah tengok kacang-kacang tu.
ReplyDeleteDah berjaya pintas ke belum Sal?
ReplyDelete9-0 macam main netball depa buat. Mujurlah bukan Liverpool hiks!
Mana ada pintas. Baru kalah dengan penuh bergaya.
DeleteHehe green tea tanpa gula sedap!!!
ReplyDeleteNampaknya begitulah. Ramadhan dan Raya masih lagi macam tahun lepas. Aaaa sedih lah. Lama dah tak balik kampung ni. Tapi baju raya mak ayah dah belikan dah. Cuma tau tak dapat beraya sama.
ReplyDeleteHa kan. Takde mood dah nak raya. Boleh nampak pattern kat Malaysia ni. Asal nak perayaan je dia ketatkan SOP
Deleteitu lah, tahun ni macam tak dapat raya kat kampung jugak..kalo case terus banyak macam ni, nak beli tiket flite balik sarawak pun gerun..nanti burn gitu aje huhu..
ReplyDeletetahun lepas tak dapat balik kedah, tahun ni mungkin tak dapat balik sarawak pulak..adil lah untuk dedua 😅
Kesian orang yang jauh dari ibu bapa macam cik sun n husband. Kita doa je cik sun. Manala tau keadaan reda once dah start program vaksin
Delete