Rekemen Movie - The Help

Monday 21 December 2020

You is kind
You is smart
You is important 

Assalamualaikum dan hai semua. Antara aktiviti PKPB aku paling utama adalah menonton filem. Lagi-lagi masa MKN tak benarkan rentas negeri. Aku pulak 100% bekerja dari rumah, jadi boleh menyambil sementara tunggu tugasan masuk.

Movie aku nak rekemen adalah The Help filem tahun 2011.  Berlatarbelakangkan tahun 1960-an di Mississippi, US tentang seorang gadis bernama Skeeter (Emma Stone) yang baru tamat pengajian dan bercita-cita menjadi penulis. Skeeter memilih untuk menemuramah wanita kulit hitam di kawasan kejiranannya untuk buku pertamanya. Wanita-wanita tersebut menghabiskan hidup dengan  mengurus keluarga golongan kulit putih. Awalnya hanya Aibileen (Viola Davis), salah seorang 'Help' yang setuju untuk bekerjasama . Tetapi lama-kelamaan, kolaborasi mereka berdua menarik lebih banyak pembantu rumah kulit hitam untuk tampil dan berkongsi kisah masing-masing termasuk Minny (Octavia Spencer).

Filem ni  tak sekejam dan serius macam '12 Years a Slave' atau 'I Am Not Your Negro'. Kalau nak dibandingkan mungkin seperti 'Hidden Figures' (filem ni pun aku rekemen) dan 'The Hate You Give'. Filem tentang racism, tapi ada jugak watak orang kulit putih yang baik dalam filem ni. Walaupun bukan 100% kisah benar tapi ia berdasarkan realiti tentang sekumpulan manusia yang membeza-bezakan satu sama lain berdasarkan warna kulit.

Dah kata pun rekemen movie, so of course aku rekemen korang tengok filem ni. Ada babak yang buat korang geram, ada babak happy, ada jugak babak sedih. Filem ni menang 80 awards tau.

Korang ada ke yang dah tengok? If dah, sharelah review dalam komen kat bawah. Till then, thanks for reading!

43 comments

  1. Orang lain bergasak-gasak tenguk movie online....akak cuma terjebak Kdrama ja. Entahle mood ke laut dalam sungguh tenguk movie ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha. Saya plak dari dulu tak minat kdrama. Lagipun malas nak follow series ni. Filem sekali tengok, habis cerita

      Delete
  2. Menarik. Kena cari untuk tengok.

    ReplyDelete
  3. alolo... da keje, sal.
    so, tonton kdrama aje kat iqiyi.
    weekend baru la tgk movie kalau free :)

    best nyer dpt keje kat rumah sambil nonton.
    like it.

    ReplyDelete
    Replies
    1. now da PKP. aida carik semula movie yg direkomen blogger.
      dpt la layan jap lagi citer ni, in shaa Allah.

      Delete
  4. Tak pernah tengok. tapi memang tercari cari movie best untuk ditonton.

    ReplyDelete
  5. ooh wak x tgk lg., thanks for the info ciksaal itteww ;p

    ReplyDelete
  6. ISI MASA PKPD NI FREE TONTON FILM JE YA SAL

    ReplyDelete
  7. ok sal tq nanti kak ana cari hehe :)

    ReplyDelete
  8. Eza nak tengok jugak la cerita ni nanti. Tunggu long weekend minggu ni. Tq sangat tau sharing :)

    ReplyDelete
  9. wow..banyak award nihh... mesti best sungguh,,

    ReplyDelete
  10. hi im new follower #438 salam kenal .

    I love bila cerita tu berkisahkan so many races

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam kenal. Thanks follow sini. Nanti saya follow balik ye

      Delete
  11. wahh ada Octavia Spencer tu. Suka tengok lakonan dia. Latest movie yang saya tengok dia jadi grandma dalam The Witches tu. Nak cari jugalah cerita ni walaupun tahun 2011. Dapat 80 awards lak tu. confirm best!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nanti nak tengok la The Witches tu. Octavia tu lakonan dia memang menjadi kan.

      Delete
    2. Silakan. cerita kanak-kanak yang best. santai santai tengok :)

      Delete
  12. kadang2 saya ada mood nak tngk film genre macam ni.. tpi most of the time saya nak tngk yang comedy sbb nak gelak2 hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Akak pernah jugakla kena kutuk dengan adik sebab selalu tengok cite serius macam ni. Haha. Patut tengok komedi lebih kerap kan. Kurangkan stress

      Delete
    2. ehehe tapi itula minat kita lain2 kan selera beza2.. tpi yes saya nk tngk comedy sbb tanak pening2 fikir citer yang heavy. nak santai2 je..

      Delete
  13. Thank u for sharing this..mood masi dlm anime mood ni haha 😂😅

    ps sy kalau wfh hari2 kena hantar report which is yg ada record jam bgini buat apa, jam.bgitu buat apa so mmg xdptla mau buat benda lain selain kerja..huh tu yg sukanya wfh 😵🥴

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau boleh memang nak buat kerja non stop, tapi kerja tak ada. Huhu. Bukan saja nak curi tulang, tapi dah tak tau nak buat apa

      Delete
  14. Pergh!! 80 awards dia.. dasyat..

    ReplyDelete
  15. woo terimakasih recommend movie nya kak

    boleh lah nanti nonton di malam tahun baru

    ReplyDelete
  16. Movie online Mrs. A jarang sangat tak pernah lagi kot layan online movie.
    Selalu nonton movie di panggung dan TV aje sih eh! drama yesss

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rindunya nak tengok wayang. Huhu. Saya pun jarang tengok online. PKP ni je baru try sebab dah bosan sangat duduk rumah. Tv dok ulang filem sama, drama pulak saya tak minat

      Delete
  17. Baru nak berjinak-jinak menonton movie.

    ReplyDelete
  18. sama la dgn abe kie pun. download filem di telegram byk2. tp x sempat nk tonton semua...

    ReplyDelete
  19. Ok, sudah masuk senarai tontonan akak.

    Hi, Sal! Apa khabar?
    Maaflah lama dah akak tak datang bertamu di sini. Moga Sal baik-baik sahaja :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya sihat je kak Farrah. Thanks singgah sini ye

      Delete
  20. wow 80 awards!! wajib tengok ni

    emma stone pun lawa gilosss

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul2. Emma stone tu cantik yang unik. 80 awards takdela semua Oscar. Ada juga dari independent dan critic

      Delete
    2. ikut makcik dia la pelakon jugakkan. mcm award kt mesia lah. mcm2 ada

      Delete
  21. sy x penah tgk xleh nk bg review... hehehe.. sy ni bkn kaki movie sgt pun.. lama sal x update... bz wfh ke tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. bz buat benda lain kakmim. Semalam baru dapat update entry pertama di tahun 2021

      Delete
  22. menarik...kalau ada cameo Sadio Mane tentu lg best kan? larikkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk

    ReplyDelete
  23. Menarik jalan citer dia. First time mama dgr movie ni tq sal for sharing

    ReplyDelete
  24. Fuyooo byknya award filem ni menang .

    ReplyDelete
  25. Boleh try tengok movie ni.
    Saya lama duduk di rumah sebab sekolah belum start.
    Banyak masa tengok movie di Netflix.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat kembali ke sekolah 20 hb ni. Pas ni kena belajar pulak, kurangkan netflix ye

      Delete
  26. Mama xpenahntgk lagincite ni. Penah ternampak sinopsis je

    ReplyDelete
  27. Macam menarik, Bolehlah tengok ni tentang penulis, movie the help, berbagai kaum di negara orang, harap makin muhibbah.

    ReplyDelete

Your comment is highly appreciated. Komen dengan berhemah