Saturday, 19 August 2017

Only love can hurt like this

Assalamualaikum..

Sebuah perpustakaan
19.8.17
4.00 pm
Alone

"Kenapa kerja? Hari ni kan Sabtu?"

Itu soalan retorik untuk orang yang bekerja di syarikat suratkhabar. Like for real kau tanya soalan ni?


Hari ni tak sibuk. Sekadar standby kalau-kalau ada request dari bahagian editorial. Aku menulis di meja kaunter sambil-sambil menonton Sukan SEA di Astro Arena. Mujur ada TV. Tak adalah sunyi. Staf syif petang sampai lewat sikit katanya. Tak apalah, dia pun penat. Seminggu ni masing-masing bekerja macam orang gila. Aku sendiri boleh dikatakan hari-hari balik lewat. Letih.

Punca letih bukan kerana kerja yang tiba-tiba banyak. Sibuk di bulan Merdeka bukan perkara baru. Tambah pulak Sukan SEA. Kau patut tengok kami masa musim pilihanraya.

Sukan SEA. Ah..teringinnya hati ni nak ke stadium. Merasai kemeriahan majlis pembukaan. Tapi apakan daya. Terikat dengan komitmen kerja. 'Pekerjaan' di zaman ini adalah suatu komoditi. Kalau kau ada, kau kena jaga.

Begitupun, ia bukan halangan untuk 4 orang colleague aku ambil skim bersara awal (VSS). VSS ni sakitnya pada yang ditinggalkan. Yang pergi dapat duit dan masa senggang. Yang tinggal merana sebab kehilangan orang-orang kuat yang berpengalaman, kehilangan rakan dan pastinya workload akan bertambah. As for me, aku kehilangan 4 orang 'Abang'. Yang banyak ajar aku pasal kerja, pasal kehidupan dan tahan dengan kerenah aku. Ya, jadi betullah kata Haji Bakhil pada Cikgu Morni. "Orang banyak umur tu banyak experience". Kat office ni aku sorang je anak dara. So walaupun dah tua dan takdelah lawa mana, tetap aku jadi 'rebutan'. Mujur saja aku masih tau jaga batas.

Buat masa ni aku kena buat kerja dua orang. Ada kalanya aku begitu tertekan. Tambahan pula dengan masalah peribadi. Aku cuba untuk tak nak menangis. Untuk pura-pura kuat.

Tapi hari tu gugur jugak air mata aku. Adik aku accident jatuh motor sebab mengantuk masa balik kerja. Adik yang aku maksudkan ni adalah adik aku yang kahwin baru ni. Lama sangat darah manisnya. Haha. Aku yang selama ni acah-acah wanita tabah, menangis bila tengok dia atas katil hospital. Bukan menangis sebab dia patah riuk atau koma. Dia OK, boleh bercakap, boleh bergerak, takde concussion dan hanya luka-luka sikit. Tangisan aku sebab aku tak boleh bayangkan dunia aku kalau aku kehilangan dia. Dalam tak sedar aku membebel, suruh dia jaga diri. Jangan risaukan aku.


Padahal tengah cari alasan untuk menangis. Minggu yang letih. Letih badan, letih fikiran dan letih emosi.

Lega rasa dapat lepas gian menulis. Insha Allah akan kembali aktif blogging. Doakan aku kuat mental fizikal dan pastinya hati. I'll be back.

44 comments:

  1. Apa pun masalahnya, moga dimudahkan segala urusan...aamiin

    Jangan sedih2 kay...

    ReplyDelete
  2. Sabar2... Jangan cepat mengalah... Allah takkan uji hamba Dia kalau Dia tau hamba Dia tak mampu... Dia tau awak mampu... Jangan stress... Kang awak plak sakit...

    Jemput jalan ke blog saya...

    https://sihatbertenagabyfarhah.wordpress.com/2017/08/19/ovarian-cyst-ketika-mengandung/

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks jalan-jalan sini n thanks untuk kata2 semangat sis..

      Delete
  3. Kuatkan & tabahkan hati ya cik sal.. tulis je.. luahkan je di melalui penulisan.. kita akan rasa lebih lapang & lega..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu..bila menulis baru rasa lega sikit.walaupun tak dapat luahkan semua

      Delete
  4. semoga adik Sal cepat sembuh.. sal pun kena jaga kesihatan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. huhu..kan. asyik kerja aje, badan pun dah lunyai

      Delete
  5. Replies
    1. Thanks abang MKL. Adik saya dapat jumpa wife dia, sihat dah tu nampaknya..hehe

      Delete
  6. Replies
    1. u too..syok baca cerita Europe abang MKL dan kak Cinta

      Delete
  7. Replies
    1. terima kasih..akan cuba cari kegembiraan itu

      Delete
  8. hai sal. hermm betul part kerje "sedihnya pada yang ditinggalkan".

    ReplyDelete
    Replies
    1. mana-mana pun kan, orang yang kena tinggal tu lagi sedih rasanya kan.terasa macam diorang ada

      Delete
  9. sebenarnye kalo setakat nak kena buat 'KERJE' kita, takdelah letih mana sgt kan.
    tapi bila dah kita ditinggalkan dgn workload yg pelbagai , iu sgtlah meletihkan :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan..kerja kita pun tk terbuat, lagi mau buat kerja orang..jangan haraplah kan

      Delete
  10. mcm aku sendiri, nama je bekerja DUA ORANG tapi segala beban kerja cuma aku sorang yg tanggung & settelkan. MANUSIA yg lagi sorang datang goyang kaki layan wifi saja setiap hari. untungla herghh~

    ReplyDelete
  11. eh lupa psl adik Sal. moga dia baik-baik aja. dan moga kakak dia kuat utk tempuh hari-hari mendatang walaupun mmg selalu 'LETIH' hadap kerje & manusia-manusia yg hermmmm ~

    ReplyDelete
  12. Mmg kalau dah letih sgt mcm Tu la.. take 1 day off and have me time dear

    ReplyDelete
  13. Mesti dekat nak periodkan, tak pun tgh period. Fahamnya.....namanya pun manusia, kita ni bukan robot. Tulah tu... bila masalah datang bertimpa timpa, tambah pulak dgn work load yg bertambah, emosi jadi tak stabil... Tu yg rasa nak menangis tu. Sabar ye Sal.

    Moga adik cepat sembuh Sal.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu mak, memang nak period ni emosi dia lain macam. bukan nak nangis lagi, memang nangis dah.aduh, malu kalau dikenang

      Delete
  14. teringat adik lelaki wak dulu pun eksiden pas baru kahwin., siap ade aerial tv kat dua2 tangan yg patah tuuh., 20 tahun yg lampau., skrg anak dh 5 org.. baru kene stroke pulak., this is life yg fragile,. semoga cepat sembuh utk adik lelaki sal yg berdara manis tuu., amin yg robbal alaminn

    ps. sebenarnya wak nk komen nakal, tp takut ade org yg meroyan pulak nnti., hahar2 xperla

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha, jangan nakal2 wak.biasalah hidup kan, kita x tau apa yang bakal jadi.mungkin saya yang overreact, taulah tengah penat, moody, dugaan kecik pun nak nangis. huhu.

      Delete
  15. betul tu ciksal kadang kita nak menangis tapi tanpa alasan, kadang penat sangat penat fizikal dan mental rasa nak menjerit tapi entah pada siapa pun nak diluahkan,pendam sendiri sajalah..

    akak doakan moga ciksal sentiasa sabar dan tabah dalam menghadapi setiap ujian yang ada.

    perasaan menghadapi adik yang eksiden tu akak boleh bayangkan sebab pernah alaminya juga, kaki adik patah sampai sekarang tak dapat berjalan dengan betul, sedih tak tahu nak cakap sebab kita tengok dia sejak lahir sempurnakan..ok lah cik sal lama2 akak pulak tumpang menangis kat blog ciksal nih

    ReplyDelete
    Replies
    1. huhu..biasalah kan,sapelah x sayang family kan kak

      Delete
  16. alahai napa ni.. takmo sedih2. ok.. chill senyum..

    ReplyDelete
  17. mental exhaustion tu... tak pe kalau menangis pun... cuma harapnya PRU bukan bln depan waaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa ceq boleh mental jd nyer

    ReplyDelete
  18. penulisan yg indah cik sal...tersenyum baca ayat.."walaupun aku tak lawa mana..tetap jadi rebutan.."hehehe...apapun..betul tu pak vss n mss adalah pada yg ditinggalkan...moga bertabah lah ya..insyaAllah ada ganjarannya dr Allah.moga adik cik sal segera sembuh..aamin.kesian mengantuk sampai accident ya

    ReplyDelete
  19. Bertabahlah Sal, setiap orang lain dugaannya.
    Jangan kuat sangat bekerja sampai abaikan kesihatan tau..
    Take care Sal.. Semoga urusan Sal sentiasa dipermudahkan. Amin.

    ReplyDelete
  20. semoga adik Kak Sal cepat sembuh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. sihat dah Siti.Alhamdulillah.kali ni ada orang tolong jaga, cepat sikit sihatnya..haha

      Delete
  21. Semoga dipeemudahkan segala urusan dan semoga semuanya sihat hendaknya.

    ReplyDelete
  22. suka ayat walaupun dah tua and bla bla bla bla...

    setiap orang ada unik dia kak..maybe kak tak nampak, tapi kite nampakkkkk.. ngeh ngeh ngeh

    ReplyDelete
    Replies
    1. ugh..diorang ni hanya sekumpulan orang tua gatal..hahaha. usik2 takde makna pun Firah.

      Delete
  23. nangislah kak.. mata tu pun dah penat... air pun dah bertakung lama, pecah jugak empangan tu nanti, so sebelum pecah, bak bukak airnya.. I'm here if you need someone

    ReplyDelete
  24. Kite pun terasa berat bahu, apatah lagi hati yang memendam... nak luah ngan tak luah sama banyakkkk.. but kat luar semua nampak macam nothing happened... :)

    ReplyDelete
  25. bila banyak sangat kerja memang akan rasa stress ... campur dengan masalah peribadi lagi, memang nangis ... bertabahlah. semoga dipermudahkan semuanya

    ReplyDelete
  26. Akak doakan segala yang terbaik buat Sal. Moga diberikan kelapangan dan kelancaran melunaskan lambakan kerja,..moga dikurniakan kesihatan yang baik buat Sal dan keluarga.

    ReplyDelete

Thanks sudi baca. Komen je apa-apa korang suka. Lagi panjang lagi best

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Template by BloggerCandy.com