100 Wishlist Part 3 - Kalau Aku Kaya

Friday 14 October 2016

Assalamualaikum semua. Bertemu kita lagi dalam sesi 100 Wishlist before I die. Ni semua sebab kena dera ngan Huda. Hahaha.

Part 1 aku dah taip 33 wishlist yang aku rasa obtainable, asal kena dengan gayanya.

Part 2 pulak 33 wishlist yang aku dah berjaya capai.

So, tinggal lagi 34. Aku takde idea nak jadi kreatif,so aku listkan sahaja 34 wishlist yang macam melampau gila, tapi aku nak jugak berangan iaitu:

  1. Nak belanja semua sedara-mara aku gi Umrah
  2. Tengok sendiri keadaan Palestin dan masuk Masjid Al-Aqsa 
  3. Bawak my whole family bercuti ke oversea. By oversea I mean Europe. Muahaha.
  4. Belikan rumah seorang sebijik kat adik-beradik
  5. Belanja kekawan gi holiday.
  6. Belanja officemate vacation ke mana-mana. Company kedekut, takde buat trip.
  7. Seketul penthouse di Dubai
  8. Tapi kalau penthouse cmane nak ada kebun bunga sendiri. Berangan gak tu.
  9. Kalau rumah besar mestilah nak bibik yang ramai.
  10. Naik flight first class siap baring tido semua tu
  11. Lagi best kalau ada jet peribadi. Tak payah susah booking Air Asia
  12. Owning a football club. Tapi nak develop player muda dari negara-negara kecil dan local talent. Tak naklah stail Roman Abramovich, Sheikh Mansour or TMJ. Ehhh
  13. Tak dapat beli football club, dapat taja pun cukuplah cam Dato' Vida. 
  14. Bungee jumping walaupun takut tinggi
  15. Ada driver sendiri so tak payah drive seumur hidup
  16. Tapi teringin nak ada seketul VW Beetle lah pulak
  17. Ada perunding imej sendiri macam retis
  18. Ada P.A. Senang hidup makcik.
  19. Ada Event Company sendiri. I'm so into organizing. Keeping things in order is my fetish.
  20. Takpun buat pet hostel. Bila orang balik kampung or travel boleh drop sini.
  21. Buat hospital dan klinik-klinik yang lengkap untuk tempat-tempat ramai orang miskin dan jauh dari pembangunan 
  22. Tolong semua orang miskin dan melarat kat Malaysia ni
  23. Owning my private boat. Pastu bawak sendiri ke tengah laut cam cite omputih
  24. If kahwin, teringin nak ada anak sepasang. 1 boy, 1 girl
  25. Jadi blogger femes ames. Tak payah kerja dah, tulis blog je. Lagi best kalau travel blogger
  26. Pastu dah femes mestilah ramai orang taja itu ini. Ngeh ngeh.
  27. Nak tengok Harimau Malaya layak ke Piala Dunia !
  28. Writing my own book. Tapi tulah kau, update blog pun malas
  29. A pair of designer stilletos. Jimmy Choo ke, Christian Louboutin ke..
  30. Original handbag LV satu!!!
  31. Seketul TV yang besar nak mampus supaya boleh buat live viewing big match. Tak payah gi mamak dah
  32. Cipta mesin lipat baju.
  33. Sambung belajar kat luar negara. Too little too late?
  34. Kerja di luar negara
Rasanya tu jelah sesi mengarut aku. Yay...dah cukup seratus. So, sesiapa nak buat silakanlah. Mari berangan bersama-sama!

53 comments

  1. #32>> i like
    cepat la cipta alat tu,boleh zie beli, jimat tenaga ..huhuu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kena bukak balik buku Fizik kalau nak cipta alat tu..huhu

      Delete
  2. no.3>>> i one of ur family
    #mengakusedara
    nak ikut gi Europe..hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha..tetibe je kan.saudara seagama lah tu kira sedara

      Delete
  3. #24>>zie doakan cepatla dipertemukan jodoh,
    tingin nak makan nasi minyak...amin

    ReplyDelete
    Replies
    1. amin..nanti bolehla kita berbesan. Eh, ke situ plak

      Delete
  4. Pergh.....mmg mengarut sungguh wishlist kali ni. Kalau berniat nak belanja kaum kerabat nampaknya kena jadi paling kurang pun Dato Vida tau Sal!

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihi kali ni wishlist tak terjangkau dek fikiran. mudah2an ada yang berjaya sal

      Delete
    2. dapat satu pun cukuplah kan..ni angan-angan Mat Jenin

      Delete
    3. insyaAllah sal, saya doakan especially no 24

      Delete
  5. saya doakan sis dapat nombor 25 tu. amin ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak payah gi kerja ngadap blog je kan best..hehe

      Delete
  6. No 24, tu in sha allah.. maybe it is around the corner.. doakan untuk akak... aminnnn

    ReplyDelete
  7. No 25 tu.. version Zaf nak jugak.. hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha, tu dah tahap blogger legend kahwin naik heli

      Delete
  8. No 33.. when there's a will, there's a highway.. ehh ! salah.. when there's a will, there's a way.. in sha allah ~ one fine day

    ReplyDelete
    Replies
    1. malas dah sebenarnya nak belajar ni..tapi who knows kan? nak belajar tak kenal usia

      Delete
  9. ni memang tahap kaya tak hengat kan.. tahap tdow pun duit masukkkkk... huh !

    ReplyDelete
  10. Ha ha ha... darling... tenkiu2...

    Always love to read ur writings...

    Cayalah berjaya sahut cabaran ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha, trying my best..tu pun sampai split 3 bahagian. Aci tak?haha

      Delete
  11. Balik nnt kita g mkn k... kita blnja cik sal... sbb sporting... hihihi.

    Insya Allah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insya Allah Huda..balik nanti ye. sayang betul huda x dapat ikut. next time lah ye..

      Delete
  12. Dasat weih list hg cik sal...

    Semua best2...

    Tetiba ... kita kawan kan...
    Blh masuk senarai dibelanja cik sal kan.

    Ha ha ha

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh..boleh..kalau kaya, sebut je mana nak pergi semua kte bawak..haha

      Delete
  13. Tetiba macam kita serupa ajelah, Sal. Nak ngaku sedaralah ni, weyh ^_^ Maksud tersiratnya begitulah lebih-lebih lagi nak belanja travel obersi bagai. Eh, Sal bukan ke atok kepada atok Sal punya atok tu ada bau-bau bacang dengan opah kepada opah opah opah akak kat Johor tu???

    Ya ke tak ni?

    I nak claim sebagai sedara nih ^_^

    ReplyDelete
  14. By the way, Sal. Kalau nak jadi travel blogger yang masyuk dan ternama, habiskanlah semua cerita travel-travel awak tu. Ke dah habis tapi akak yang belum baca?

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah nak start travel baru, travel lama tak habis lagi..hahaha

      Delete
  15. Sal ni buat kakak gelak tau bila kata nak macam Dato' Vida
    Jgn lupa bayar GST kalau tak kena dakwa pulak hahaha...

    Alahai dik betullah yg wishlist ni betul-betul kena kaya baru ok

    ReplyDelete
    Replies
    1. ni wishlist edisi berangan tak ingat dunia..hihi

      Delete
  16. cewah...penthouse kat dubai tu mcm sama je wishlist kita..kikik

    smega segala impian Sal tekabul..impian ku jgk..amin.amin.amin.

    ReplyDelete
  17. no 35. saya akan beri anies tiket flight MAS ke anfield tiap2 mggu biar dia tgk liverpool main bola smpi muntah darah kahkahkahkahkahkahkah

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha..time preseason pun aku bagi jugaklah.sampai depan rumah Hendo aku hantar

      Delete
  18. Replies
    1. cuba untuk buat entry blog yang tak bosan..hehe

      Delete
  19. Bestnyaaaaa kalau aku kayaaaaa..... Eh kalaulah betullll..ekekeke

    ReplyDelete
  20. SS pon kena tag... x larat nak list sampai 100... kang jadi mcm kes tong gas... he he he

    ReplyDelete
    Replies
    1. kes tong gas tu apa plak SS? lama ketinggalan berita blogger semasa

      Delete
  21. impian kita samalah utk no 34 tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. tapi kena tengok gak negara apa..salah negara mau menangis mintak balik Malaysia. Hujan emas di negeri orang

      Delete
  22. No 32 tu sis JM org pertama nak beli

    ReplyDelete
  23. No 30 tu kite dh beli tudung LV tau kat china �� Poyo tak

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha..bolehlah pinjam nanti nak matching ngan beg.

      Delete
  24. Bila baca semua wishlist buat sis JM senyum sbb ada tg impian kita sama tp mmg mustahil menjadi kenyataan

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihi...manalah tau kan, rezeki jatuh atas kepala.haha

      Delete

Your comment is highly appreciated. Komen dengan berhemah