Melbourne Part 13 - Brighton Bathing Boxes

Friday 3 June 2016

Assalamualaikum semua! Cak! Mood update cerita Melbourne dah datang so mari kita sambung. Taulah aku ni random nak mati. Kejap Aussie, kejap Krabi, kejap meroyan, kejap cerita bola, kejap movie review, kejap sambung meroyan balik..

Hari kedua terakhir kami cuti-cuti di Melbourne. Sedihnya, rasa macam tak nak balik! Aku ngan Siti decide untuk santai-santai je. Nak tengok antara tarikan wajib kat Melbourne iaitu Brighton Bathing Boxes.

Untuk ke Brighton Bathing Boxes yang terletak di Dendy Street Beach ni, kitorang naik train. Train tau, jangan confuse dengan tram. Tram lalu atas trek atas jalanraya, dan sekitar area City sahaja. Train macam biasalah, lalu atas railway. Macam KTM. Cover lebih banyak area.

Kitorang naik train dari Flinder's Street Station. Sistem train kat Australia ni, complicated tapi sistematik. Tak payah pening kepala nak hafal semua laluan yang ada, guna je journey planner ni untuk segala pengangkutan awam Melbourne :


Taip je dari mana nak ke mana, akan keluar result best transport options. Insha Allah, boleh faham.

Nak naik train ni pakai MyKi. Aku tak sure boleh beli tiket biasa ke tidak. Kitorang tap je kat autogate.



Tips lagi satu adalah kena baca information monitor. Example, nak ke Brighton kena ambil train to Sandringham. So, carilah nama 'Sandringham'. Aku ngan Siti sebut San-de-ring-ghum, rhyme dengan Kabhi Kushi Kabhi Gham. Suka hati kitorang je kan.

Dah nampak nama 'Sandringham', check the earliest pukul berapa dan kat platform mana. Kitorang kena naik kat Platform 13.

Check balik, stesen korang nak turun tersenarai ke tidak. If ada, kita tunggulah sampai train sampai.

Aku ngan Siti dua-dua lupa nak tangkap gambar dalam mahupun di luar train. Teruja sangat gamaknya. Train dia selesa. Orang tak ramai. Maybe sebab time kitorang keluar ni orang dah selamat sampai office.

Dalam train ada announcement bila dah nak sampai stesen. Electronic display pun ada, just in case korang risau terlepas sebab confuse dengan slang Aussie.

Perjalanan makan masa almost 25 minit. Nilah stesen Brighton Beach. Klasik!

Nampak tak dia tulis 1.5 km...30 minutes walk

Kena lintas jalan. Gunalah lampu isyarat kalau tak nak kena hon panjang ngan driver Australia. 

Dari stesen dah boleh nampak laut. Insha Allah tak sesat

Ikon bath house, menandakan anda di jalan yang benar

Air yang jernih, tetap nampak menarik walaupun langit mendung macam nak hujan.

If korang tak nak jalan atas pasir, boleh ikut laluan disediakan. Jalan atas pasir ni sakit kaki jugak.
Sayup-sayup nampak dah bathing boxes

Cak!! Sejuk ke tak? Haruslah sejuk weiihh

Setelah mengheret kaki, akhirnya sampai. Macam-macam jenis. Cantik-cantik dan kreatif.

Bathing boxes ni hak milik peribadi, bukan awam. Digunakan untuk menyimpan surf board dan untuk salin baju bila pemiliknya datang ke pantai. Berkunci tau, so janganlah tanya aku apa ada dalam tu. Dah try intai tapi gelap je. Haha. Setiap satu tu mahalnya macam beli rumah kat Malaysia! Tempat ni meriah time summer, ramai orang mandi manda, sunbathing dan surfing. Sejuk macam ni ada orang-orang macam kitorang jelah. Local biasanya datang jogging dan lepak-lepak kejap.


Bekalan pizza balance dinner malam tadi, biskut dan coklat. Syok wei makan tepi pantai. Angin sepoi-sepoi

Tunggu pakwe Aussie tak sampai-sampai.


Aku tak ingat berapa lama aku ngan Siti kat sini. Rasanya sampai dah tak tahan sejuk. Tak ada aktiviti pun selain dari tangkap gambar sampai jemu.

Untuk balik kitorang decide nak ikut laluan lain pulak. Nak naik train dari stesen Middle Brighton. Aku tak galakkan korang ikut laluan ni sebab takde signboard. Unless guna Waze macam kitorang. Jalan belakang rumah sape kitorang redah pun aku tak tau. Huhuhu.

Rasa nak petik je sekuntum!

Rumah sape entah. Mesti kaya nokharom

Bunga-bunga baru nak keluar

Rumah stail Inggeris cantik-cantik kat area ni.

Mintak daun pisang sikit kak! 

Ada berani? Aku ngan Siti memang misi bunuh diri lalu sini. Adik-adik jangan tiru ye!

Kalau ikut jarak, rasanya sama je kot. Tapi mungkin kurang selamat. Kalau kat KL ni upah RM Sejuta pun aku tak nak ikut laluan atas ni. Hahaha.

Masa aku dah macam was-was diikuti rasa cuak-cuak ayam, aku dengar sayup-sayup bunyi train. Aku ngan Siti pun, apa lagi. Pecutlah nak kejar train tu. Sekali sampai stesen, rupanya train arah berlawanan. Aiyo, buat malu je. Malu satu hal, penat satu hal. Nasiblah tak panas macam kat sini, kalau tak peluh keti je. Dah malu pun, kitorang tetap buat-buat cool. Tap MyKi dan tunggu train seterusnya.

Train sampai, dan kami pun balik ke Flinder's Street Station. Nak ke mana lak tu? Hehe..nanti sambung lagi ye. Bye!

Part 12.4
Part 12.3
Part 12.1
Part 11
Part 10
Part 9

50 comments

  1. meroyan pun masuk listing jugak ea.. hahaha

    ReplyDelete
  2. ooo baru mummy tau .. beza train ngan tram, macam citer dilwale tu.. hehehe :) Ok paham.,

    ReplyDelete
  3. wow bestnya Station Brighton tu macam dalam filem lama-lama la.. Cantekk dan klasik!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sanggup jln kaki jauh2... kasut penuh pasir sbbb nk g tgk "jamban kaler" ni mummy...
      Pastu cerdik g pakai kasut opis yg school tu... patut g sarung crocs... dah satu keeja dekat 2 bulan "mengetuk" kasut sbb asal jalan je ada serpihan pasir... kih kih kih....

      Apa pun worth walking there bg sy lah... hihihi...

      But i call them "jamban kaler2" ... kih kih kih

      Delete
  4. ooo Bathing boxes namanya.. patutlah selalu nampak org update benda alah ni.. cantekk! very colorfull..

    ReplyDelete
  5. Kenapa mahal sgt bathing boxes tu.. ? letak surf board dan salin baju je kot... ciss baru plan nak beli satu., keh keh keh

    ReplyDelete
    Replies
    1. belilah satu..cat kaler pink.dari jauh tau dah tu mummy punya.haha

      Delete
  6. mula dipermudahkan bila nak tulis melbourne..

    ReplyDelete
  7. Suka bathing boxes tu.. selalu tengok lam cita industan... bila mesia nak ada jugak.. hik2

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha..citer apa ntah yang ada salman khan ngan preity zinta lagu dil dil tu

      Delete
    2. a ah la.. lagu dil dil tu kat bathing boxes ohemgi baru tingat..

      Delete
    3. kita patut buat video clip gak..Dol..dol..dol

      Delete
  8. kan kan kan... nasib baik aussie.. kalau mesia, dah lencun baju berlari...

    ReplyDelete
  9. erkk ! jalan tu nampak sangat scary.. me either.. kalau kat mesia, tak balik pun tak pa kalau kena guna jalan tu...

    ReplyDelete
  10. Cantik2nya rumah..bath house tu memang unik..patut pun dok situ berejam tgkp gambar saja.benda cantik kan

    ReplyDelete
  11. Daun pisang tu dah mcm bulu ayam,daun pisang versi aussi.haha

    ReplyDelete
  12. mmg tak la nak lalu jln tu mcm scary je.mcm dlm cerita conjuring hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. takut jugak, kot ada budak nakal ponteng sekolah melepak situ ke

      Delete
  13. tggu next entry pe sal nak cerita ek..

    ReplyDelete
  14. baru tahu namanya bathing boxes dan baru tahu kegunaannya dan siapa pemiliknya. cantik2 pulak tu

    ReplyDelete
  15. Apa yg kakak suka menikmati gambar-gambar yg Sal titipkan. Apa lagi bunga yg subur dan menggoda mata. Makan tepi pantai sikit macam tu kalau kakak tak cukup sayang.. sikit sangat hihi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. pizza tu banyak sebenarnya, tapi dah tinggal sikit baru teringat amik gambar

      Delete
  16. Cantik-cantik gambar waktu perjalanan balik yang mengerikan tu ya, Sal. Kiranya boleh kurangkan kegayatan ikut lorong belakanglah tu.

    Ingatkan apalah ada kat BBB tu, sekadar nak menunggu pakwe Aussie depan tangga aje rupanya ^_^

    ReplyDelete
  17. Apsal gambo Sal kat bathing box tu segan-segan jelita gayanya? Lompatlah macam si sitiroro ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Siti dah up gambar lompat, saya bagi gambar lain pulak..takdelah yang membaca rasa macam dejavu

      Delete
    2. CT up cepat2 gambar Kak Sal lompat.. sebab doubt Kak Sal nak up ke x.. kang dia gambar dia posing lawa2 bukan dia nak share pun..

      Delete
    3. I is pemalu orangnya..sebab tu takde insta..hehe

      Delete
  18. klu cuaca cerah / summer , lagi best kat situ kan ...

    ReplyDelete
  19. kalau x dpt petik bunga, amik laa ank pokok bleh gak tanam kat sini hahahahahahaha

    ReplyDelete
  20. Ohhhh.....rumah kotak gitu pun jadi popular kat sana ek Sal. Tp mmg cantik. Mmg tak rugi duk selpie duduk kat tangga mcm ko buat tu ha hihi....

    ReplyDelete
  21. Oh lupa lah,...no 63 tu akak nyer,...patut hari tu mintak kunci ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. la..tau hari tu boleh gak duduk situ, kurang sikit kena angin..sejuk

      Delete
    2. laaa kami da balik baru nak habaq.. kalo x boleh explore ada apa dalam tu.. bila nak p ? nak braya makan ketupat rendang situ..

      Delete
  22. akak !! perasan x ada satu pokok tu bunga dia still kering rupa macam tengkorak ? mengong tol.. dala lorong seram pastu ada pokok tengkorak plak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang..akak rasa nak petik sekuntum bawak balik tapi takut tersampuk hantu Ostolia pulak..haha

      Delete
  23. dalam train tu tempat paling osem nak cuci mata !! ingat x mamat mamat baca meter kita nampak dari dalam train ? gila hensem tho x nampak muka.. sebab baju kemas gilaaaaa.. terus rasa depa hensem =D

    ReplyDelete
  24. bagus gak orang2 Melbourne duduk melingkar pepagi buta..
    barula kita rasa pantai tu kita punya.. ahaha.. akak !! gambar kita yang seketol tu da macam titanic =D

    ReplyDelete

Your comment is highly appreciated. Komen dengan berhemah