Sunday, 3 April 2016

Suatu hari di Hari Jadi

Assalamualaikum semua! Tiga April tiba lagi. Ada apa dengan tarikh hari ini? Birthday aku. Tu je nak habaq. Cepat wish! Hahaha. Giler tak semenggah perangai!

Well, semalam aku baru touchdown di KLIA 2. Nanti aku cerita panjang lebar. Cite Melbourne tak habis lagi nak update cerita travel baru. Hurmmm..

Cmane aku celebrate birthday? So, aku sampai ke rumah yang kosong, conquer TV lah. Memula tengok game Liverpool, tapi ada a few yang bermain dengan agak bangang, rosak mood aku. Pastu cuba tahan mata sampai kul 2.30 pagi. Konon-konon nak tunggu El Classico, perlawananan epic yang dahlah setahun 2 kali je, kalau terlepas jangan harap Astro nak buat ulangan ( Astro bunguks! ) Sementara tunggu Messi vs Ronaldo, aku pun dah tertido. Sedar-sedar dah Subuh.

Pagi (pagi lah sangat) tu basuh baju, kemas beg dah settle semua baru melepak depan TV. Stail aku memang suka kemas cepat. Rimas tengok beg tersadai dalam bilik. Malas nak keluar so masak dan makan apa yang ada. Blogwalking..draft entry baru..transfer gambar..main twitter. Acah-acah jetlag letewww. Kahkahkah.

Sebenarnya, aku memang ada perangai pelik ni dari dulu. Bila birthday, aku suka bersendirian. Tu yang kat FB pun aku hide birthday. Tak tahulah kenapa, maybe sebab birthday buat aku teringat kat arwah Mak, so aku jadi emosi sikit. Al-fatihah untuk arwah. Yup, aku memang dah lama kehilangan ibu kandung, yang sekarang dengan aku ni ibu tiri, yang aku sayang tak ubah macam ibu sendiri. Sob sob..sedih plak.

Lagipun dah masuk three series ni, tak heran pun kalau tak celebrate birthday. Family terlupa birthday aku, lagi syukur. Sebab tak payah dengar wish yang awkward macam 'bila nak kahwin' bla bla bla.

 Dinner date. Pizza with Riyad Mahrez. Tapi Adam Lallana tetap di hati

Entahla, birthday macam ni aku jadi bitter bitch pulak! Patutnya bersyukur sebab umur dipanjangkan, dikurniakan family yang penyayang, kawan-kawan yang sentiasa ada untuk aku, tak kisahlah kawan-kawan dunia nyata atau alam maya, ada kerja, sihat tubuh badan, diberi kesempatan travel sana sini. Bila dikenangkan, banyak betul nikmat Allah yang aku patut syukuri.

Bukanlah aku ni manusia yang suka complain, tapi makin bertambah umur, 'KPI' hidup pun bertambah. Rasanya korang pun tahu KPI apa yang aku tak capai lagi, aku malas nak mention sini. Nasiblah badan, tabahlah hati. Letih nak hidup ikut acuan manusia.

Dah, tak mau sedih-sedih. Aku nak enjoy 'birthday dinner' aku sat.

Sneak peek holiday aku. Sape boleh teka aku gi mana?

Dah syok cuti lama, malas tul nak gi kerja esok. Jumpa lain entry. Thanks layan aku merapu entah apa-apa. Untuk sesape yang wish birthday, thanks in advance..hehe.

46 comments:

  1. Hepi besday Cik Sal Munge... May Allah bless u always! Aaminnn...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aamin...nak bunga please!haha

      Delete
    2. Jom kita ke pajak gadai... ehhhh... tetiba... Ha Ha Ha...

      Delete
    3. haha..nak bg gelang emas ke? ke gelang zhulian?hehe

      Delete
  2. HAPPY BIRTHDAY SAL...BERGEMBIRALAH SEMOGA SHT WALAFIAT N SEGALA YG TERINDAH ADALAH MILIK MU BERADA DI BAWAH LINDUNG KASIH ALLAH SELAMANYA...

    ReplyDelete
  3. happy birthday kak sal! semoga sentiasa dalam rahmatNya dan ceria selalu. oklah tu ada pizza sebagai peneman

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan..oklah tu, ada pizza dan TV sebagai peneman.pun dah syukur

      Delete
  4. Happy birthday Kak Sal.. semoga dimurahkan rezeki dan diberikan kesihatan yang baik supaya boleh travel lagi...

    Koh lipe kan ???? or yang belah2 situ... hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks Zaf..akak terus google koh lipe kat mana.haha

      Delete
  5. Selamat hari lahir sis.. Senyum sokmo.

    ReplyDelete
  6. Sanah helwah dear...
    semoga Allah merahmati cik sal munge...
    dipermudahkan segala urusan yang baik2...
    jadi orang yang Allah sayang selalu ...
    insya Allah...

    ReplyDelete
  7. Kalau dapat teka cik sal g mana tew ... dapat hadiah tak?
    Ha ha ha...

    ReplyDelete
    Replies
    1. huda tak aci la teka, sebab memang dah tahu

      Delete
  8. sanah helwah kak sal!
    Alfatihah untuk mak kak sal.


    yana pon suka bila orang tak ingat yang tang FB tu pon sama

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks yana..betul tu.lagipun kat FB kang jenuh nak balas.haha

      Delete
  9. happy bezday,may Allah bless u always..
    phuket kot hahaha

    ReplyDelete
  10. Happy Birthday Sal.. May Allah Bless U Always... Amin

    ReplyDelete
  11. Tapi memang best kalo waktu birthday amik cuti, blogwalking, makan dan makan kek bebanyak, makan lagi eh!.... hadoiii bila birthday mummy ni..hahaha :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. sorang-sorang tak makan kek la mummy..makan pizza je

      Delete
  12. Happy belated birthday, Sal! Akak bab wish ni memang selalu terlambat. Nak buat macamana, umur pun tak muda lagi ^_^

    Baru balik Koh Lipe ke, Sal? Hehehe...

    Agak-agaknya bilalah entry untuk cuti-cuti Siam ni akan up masuk blog ya? Harapnya masa tu akak pun freelah nak berblogwalking macam dulu-dulu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha..amboi, entry Siam dh start draft OK..thanks for the wish kak MD..birthday kita sama ngan jiran sebelah tau.dh wish kat dia belum?

      Delete
  13. Eh, lupa nak mengomen! Cepat sangat tekan button 'publish'. Ni baru akak tinggalkan beberapa minggu, dah berwajah baru nampaknya blog Sal ni.

    Nasib baik akak cam ikon bola kat atas nun. Hahaha!

    ReplyDelete
  14. happy belated birthday cik sal..alolo chill la kok birthday sendiri suka bersendiri.apa pun Allah dah aturkan yg terbaik buat kita..jadi bersyukurlah dengan segala nikmat yg ada.

    Seronok dpt travel jauh2.huhu

    ReplyDelete
  15. Happy belated birthday.
    semoga semua doa dan impian Sal akan menjadik kenyataan.. amin~

    ReplyDelete
  16. happy besday sal.
    moga kekal bahagia & ceria ye.

    ReplyDelete
  17. HBG semoga panjang umur, sehat selalu :)

    ReplyDelete
  18. Hepy Bezday Salllllll
    Sama ek....mak kalau dah hari jadi mak mmg tak de sapa yg patut mak ingat kecuali tunggu hadiah dpd Pak Jilapah! Tak bagi kaluuu, siap!!! Sama ada hentak kaki atau pun mogok masak sebulan haha.....

    Ayoooo....apalah hang ni Sal, rilex ar, gilah hang out ngan kengkawan mintak depa belanja barulah best!Seronok tau kengkawan mendoakan kita dihari jadi gitu

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha..takde apalah Mak jilap wei, nama pun baru balik holiday.badan pun lemau lagi.

      Delete
  19. selamat menyambut hari lahir . sebenarnya mmg x syok klu org ingat b'day kita sbb ada display date tu kan ... pergi krabi tu ...

    ReplyDelete
  20. sapa suruh hide birthday.. kalo x dapat dah hadiah.. huurm..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ala,akak kan jarang bukak fb.kang x reply org wish nampak kurang ajar pulak.so, baik hide.u don't know, I pun tenang je duduk rumah sorang-sorang

      Delete
  21. pergh.. untunglaaa sambut birthday kat thailand.. ehehe.. gempak seh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. akak sambut birthday kat rumah la.sorang-sorang makan pizza depan tv.

      Delete
  22. plg benci part adam lallana...apa ke hal dgn birthday ko kan? hak hak hak hak hak

    ReplyDelete
    Replies
    1. ceit...jangan kacau cinta suci kami..hahaha

      Delete
  23. SELAMAT DIMAMAH USIA waarghhhhhh larikkkk

    ReplyDelete
  24. hehe, heppy belated besday kak sal..nk ujung bulan baru wish yer..hehe..ampun..

    ReplyDelete

Thanks sudi baca. Komen je apa-apa korang suka. Lagi panjang lagi best

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Template by BloggerCandy.com