Wednesday, 9 September 2015

Tak puas hati? Kasi turun!

Demonstrasi. Bantahan di tempat awam. Tunjuk perasaan. Panggil apa saja nama pun, kita semua tahu ia menyusahkan. Ia memalukan dan mengganggu keselamatan. Tapi, mereka sama macam kita, ada sesuatu yang ingin dipejuangkan. Bezanya, protes mereka dengan bersuara. Protes kita sekadar mengumpat mengata.

Tapi aku tahu satu yang pasti. Andai objektif tercapai,  kalian yang marah ni pun akan bangun bertepuk tangan. Sebab apa yang korang nak suarakan, telah didengari. Walaupun langkah yang diambil agak drastik. Saluran yang betul? Korang buat lawak ke? Mana ada orang nak dengar aduan. Kalau 'kena kipas' diorang suka la. Jalan terakhir, tunjuk perasaan...

Maaf team Arab Saudi. Bukan kalian yang kami marahkan. Semoga kalian dan para penyokong selamat. Maaf pemain Malaysia, dan terima kasih atas persembahan menarik dan tidak mengulangi tragedi 10-0 yang pahit untuk dikenang. Korang pun tahu kan, jiwa kami tetap berdegup untuk Harimau Malaya. Walau sering menyindir,  namun kami tak pernah putus harap. Keyakinan dan impian untuk melihat pasukan bola sepak kita kembali menjadi pasukan digeruni tetap tak pernah padam. Piala Dunia mungkin mustahil, sedang Piala Asia pun nampak sukar untuk digapai. Tapi yang kami harapkan adalah ada perjuangan. Ada fight.  Bukan kalah mudah, kemudian salahkan padang, salahkan pengadil dan apa-apa lagi.

Untuk berita penuh, baca SINI

Ultras Malaya, sejujurnya aku tak pernah faham korang. Tapi, andai tujuan kita sama, melihat kemajuan dalam bola sepak Malaysia, aku harap perjuangan korang tak sia-sia. Terima kasihlah, sebab at least korang tunggu minit ke-88, kot seawal separuh masa pertama, tak dapat lah kita lihat pasukan Malaysia menjaringkan gol ke atas pasukan yang coachnya bukan calang-calang. Bert Van Marwijck, coach pasukan Arab Saudi yang pernah membawa Belanda sampai ke final World Cup 2010. Alah, yang Spain menang lepas Iniesta score gol minit-minit akhir tu lah. Ingat tak?

Terima kasih jugak, sebab tak buat pasal macam ni masa Liverpool datang. Kalau Manchester United takpelah, diorang setan merah. Setan suka asap. Hahaha, jangan marah ye fan United. Banter manja-manja menjelang game Ahad ni.

Cakap pasal game Ahad ni, semoga Liverpool menunjukkan aksi cemerlang, gemilang dan terbilang. Kalau tak, aku harap Ultras Liverpool baling flare kat Brendan Rodgers. Tu pun kalau Liverpool ada Ultras lah. Tolonglah main pair striker kali ni Rodgers oi! Prove something to us! Lama sangat tunggu ni...

Oh, giler lah update entry ni dalam bas on the way balik rumah. Kalau ajak cakap pasal bola, memang laju je menaip! Kalau ada masalah ketidakhadaman, ambillah Gaviscon. Kah kah kah.

Jumpa lagi! Maaf, terlampau sibuk tak dapat bw. Nanti sembang lagi na...

Nota kaki : Ramai yang sangka entry ni tentang bola, hakikatnya aku bicara tentang umum...

54 comments:

  1. Hehehhe.. Ai fans MU hokey.. Kang merajuk ni.. Moga pjuangan mereka tak sia². Betul sis,macamanapun keadaan bola sepak Malaysia,Harimau Malaya tetap di hati. Cuma kita harapkan Harimau kita kembali bangun dari tidur yang lena dengan taring yg telah di asah dan ngauman yang garang seperti zaman kegemilangan Harimau Malaya di bawah pimpinan D.K.Rajagobal.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha..gurau2 manja sis, jangan merajuk ye..kitorang tak pernah merajuk walau kena maki sekalipun. Tulah, zaman tu dah lama berlalu..

      Delete
    2. Hehehe... Gurau je ni. Dah tua bangka ni kathy takda masa nak merajuk lagi dah.. Hehehe..

      Delete
  2. ambil tanggungjawab mrk yg berkenaan ekoran insiden ni jgn sibuk ckp jer kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha..selalu macam tu.cakap je, takde tindakan apa pun. FAM masih macam tu jugak.

      Delete
  3. kejadian ini sesungguhnya mencemarkan nama negara. dari saya muda sampai tua ni, orang atas (kepala) bola sepak ni orang yang sama, harap lepas kejadian ni pihak atas fikir-fikirkanlah. semua orang nak tengok bola sepak malaysia maju

    ReplyDelete
    Replies
    1. 31 tahun..tapi apa pun takde kan? ranking makin menurun...

      Delete
  4. ingat berleter apalah, bola rupanya.. dah lama buang kisah bola dlm hidup.. haha.tapi sebab kak sal punya pasal, sanggup layan cerita celoteh pasal bola..:-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. not exactly pasal bola, dear..more to general, tapi guna kes baru ni sebagai contoh.

      Delete
  5. Masya Allah, masih lagi ada orang buat benda macam ni ya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada je Farah, even negara maju macam England dan France pun ada penyokong macam ni. hooligans dan bola sepak berpisah tiada

      Delete
  6. Jika nak dimarahkan pengurusan FAM kita boleh faham, jika nak dimarahkan pemain dan jurulatih juga kita masih boleh faham sebab semua peminat bolasepak berkongsi perasaan tak puas hati yang sama. Tapi yang kau pi serang fans Arab Saudi sampai ada yg cedera tu buat apa? Apa salah mereka terhadap mutu permainan bolasepak kita??

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada ke fans Arab Saudi cedera? saya yang kerja suratkhabar pun tak percaya suratkhabar 100 % *senyum*

      Delete
  7. sy pun tgk harimau kita ni mcm xbertaring dah.....FAM perlukan perubahan...kalau x...sukan bola sepak kita xkan pergi mn2....sedih kannnn....huhuuh

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul kak..gaji ribu riban, tapi main macam ntah pape..sedih sangat!

      Delete
    2. Tu diaaa pengulas sukan... Hi hi hi...

      Delete
  8. TINDAKAN PENYOKONG CAM BOLEGH MENYBABKAN EKONOMI SEMAKIN TERUK, NEGARA ISLAM DILEBEL NEGARA PENGGANAS WLUPUN KERANA BOLA SEPAK, MENJEJASKAN INDUSTRI PELANCONGAN DAN MENYEBABKAN FAM BAKAL DIDENDA 150K US DOLLAR .... DARI BAYAR DENDA BAIK BUAT SESUATU UNTUK BANGUNKAN PASUKAN KITA ...ENTAH LA .... YANG PASTI TINDAKAN PENYOKONG YANG BALIK SUAR TU BODOH ... BUAT TAK GUNA OTAK

    ReplyDelete
    Replies
    1. peruntukan tu ada, FAM memang kaya..tapi dari dulu tak pernah buat apa-apa untuk bangunkan bola sepak Malaysia

      Delete
  9. teka dah, mesti pasal bola cik sal kita ni :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. actually, kalau tengok first paragraph, entry ni sebenarnya general..lebih dari sekadar tentang bola

      Delete
  10. Alaaa.....pasal Harimau Malaya mestilah pasal bola takkan pasal masterchef pulak hikhik....
    Yelah adalah sikit pasal bersih....hihi

    ReplyDelete
  11. Eh, ini bukan pasal bola eh? Ingatkan tadi pasal tak puas hati kat FAM. Ya ke tak ni? Okeylah, tuan empunya entri kata pasal umum, pasal umumlah. Maaflah akak memang dah lama ada masalah ketidakhadaman ni. Nak beli Gaviscon tak mampu. Hahaha!

    Dah buat elok-elok tak mahu dengar, kita guna kekerasanlah pulak. Tapi itulah, kita juga nampak buruk di mata orang ...

    ReplyDelete
  12. tak puas hati kasi turun? turun ke mana? padang? gelanggang ke turun pokok kelapa ehehe....pesal ni Sal...jap nk baca

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ni lah bahana kalu komen dulu baru baca... Banyak sangat tanya... Kah kah kah...

      Delete
    2. baru baca tajuk dh nak komen...x sabo!

      Delete
    3. tu bukan komen, tapi komain..hahaha

      Delete
  13. ohh...cite pasal demontrasi...cara tunjuk perasaan tak puas hati ke..ingatkan pasal bola tadi

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha...campur-campur sikit lah sis..citer direct kan dituduh menghasut plak

      Delete
  14. Masa baca perenggan 1 dan 2... Mati2 SS ingat Cik Sal nk cakap pasal BERSIH... Ha ha ha...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaah saya pun sama, SS! Bila makin baca makin konfius, lama sikit baru cerna pasal apa ;)

      Delete
    2. hahaha..saya memang suka buat orang yang datang blog ni pening-pening sikit.boleh tingkatkan kemahiran KBKK..betul tak cikgu?

      Delete
  15. Akak kalau kena asap lebat camtu,...pingsan! ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. samalah saya....semput! pedih mata gak tu...

      Delete
  16. sal... oooo sal.... ko da kuar ke belum ni?

    salll...oooo salll... ko kat gua mana la ni???


    hahahahahahhahaahhahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha...malam tadi nyaris nak masuk gua balik. Gua kat England ni lain macam sejuknya...

      Delete
  17. Replies
    1. thanks Abang MKL.u take care too.kena pakai face mask selalu.

      Delete
  18. sebenarnya klu buat kat padang mcm tu , dah calarkan imej malaysia . Cuba buat kat depan bangunandia org . buat kaw2 punya ... rabu ni lak ada merah ye . harap merah tu tak berasap lah ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. yezza! setuju sesangat! buat kat bangunan FAM!

      Delete
  19. Dalam cerita bola pun terselit cerita.sendiri mau ingat2..pepandai la hadam.hehe..

    Busy sesaja cik sal...hihi

    ReplyDelete
  20. Nak cakap apa lagi eh...
    "Majulah Sukan Untuk Negara".

    ReplyDelete
  21. Nak cakap apa lagi eh...
    "Majulah Sukan Untuk Negara".

    ReplyDelete
  22. tahniah, anda telah berjaya dalam bidaan kumbang dalam kad tu. sila tinggalkan butiran untuk urusan pengeposan barang kat email ni.

    synicalmind@gmail.com

    terima sudi membida. kau memang terbaek...!

    ReplyDelete
    Replies
    1. oh..baru refresh memori aku..orait nanti aku reply.

      Delete
  23. dik, liverpool kalah 3-1 okay! syok sungguh tengok
    dak martial tu hebat betul. baru beli terus buat kejayaan
    seronok tengok liverpool kena lauk...hehe

    betul ke dengan cara begitu suara akan didengari?
    rasa macam tak betul sebab melibatkan ramai yang tak besalah
    tapi entahlah, FAM merupakan pertubuhan yang cukup kebal
    muak melihatnya

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulah, FAM tak akan lut walaupun buat perhimpunan cam BERSIH tu.percayalah..

      seumur hidup saya, ni game Liv vs Man U paling bosan.Prestasi Liv memang teruk giler sekarang,tapi masih tabah menyokong.tapi memang Martial tu memang power.Tapi still my favourite part adalah freekick Juan Mata! Power beb...

      Delete

Thanks sudi baca. Komen je apa-apa korang suka. Lagi panjang lagi best

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Template by BloggerCandy.com