Friday, 21 August 2015

Nak kata tak sibuk, sibuklah jugak

Assalamualaikum dan hai semua!

Korang mungkin tak rindukan aku, tapi aku sangat rindu nak membebel kat blog ni. Sibuk hanyalah satu understatement untuk si bujang macam aku. Lainlah kalau ada anak dua, tiga. Boleh juga buat alasan tak ada masa.

Tapi nak kata tak sibuk, aku sibuk la jugak. Dekat office,workload tak putus dari pagi. Tak menang tangan aku dibuatnya. Menang kaki mungkinlah. Menang kaki ni peribahasa baru. Maksudnya, kalau kau tak nak tolong, jangan menyusahkan aku. Kalau tak, aku bagi kaki.

Gambar takde kena-mengena. Throwback jamuan raya minggu lepas. Yah kaun hai? Inilah Datuk DJ Dave. Ala, yang nyanyi lagu 'Menjelang Hari Raya'. Ah..engkorang dak-dak mana kenal!

Nak kata tak sibuk, aku sibuklah jugak. Bulan depan aku nak terbang. Ugh..finally! Lamanya tak pergi bercuti. Kejadah apa pergi luar negara time Ringgit Malaysia sedang tercampak ke lembah hina! Well, since tiket dah beli, layan kan jelah. Bak kata Mak kalau tak nak duit habis, jangan gi berjalan. Duduk rumah diam-diam. Cuma bab souvenir, korang jangan menaruh harapan, takut kecundang impian. Kalau ada rezeki korang, adalah ye. Bercuti ke mana? Takdelah jauh mana. Sedar-sedar nanti aku dah balik je.

Sibuk aku bukannya apa. Walaupun travel partner dah siapkan itinerary dan budget, agak melampau juga kalau aku hanya bawa perut. Kenalah research sikit- sikit. Dahlah tak pernah jumpa dia. Orang kata, tak kenal maka tak cinta. Tak naklah dah kenal, menyampah pula.

Seronok sekali-sekala buat kerja gila gi travel ngan orang yang aku tak pernah jumpa. Mungkin lepas ni boleh cuba sesuatu yang lebih extreme macam berkahwin dengan stranger pulak.

Gambar throwback jugak - tahukah kalian yang aku ada penyakit takut tinggi? Mohon menyesal awal-awal kalau duduk sebelah aku dalam flight!

Walaupun aku kata nak travel bulan depan, satu hapa aku tak packing lagi. Sebab rumah aku tengah berkecah dengan barang-barang adik bongsu aku yang akan sambung study. Pun bulan depan jugak. Lepas ni, kuranglah sorang geng gaduh aku. Kenalah kembali jadi catlady, bergaduh dengan kucing-kucing.

Bila dah sibuk begini, aktiviti favourite aku macam karaoke dan tengok wayang pun dah lama terabai. Cuma hobi tengok bola je yang masih macam biasa. Baru-baru ni aku menyumpah seranah Astro kerana tidak lagi menayangkan Liga Sepanyol dan Liga Itali ekoran tak dapat hak penyiaran. OK fine, mana ada gadis Melayu terakhir macam aku menyumpah-seranah. Aku cuma mengemukakan cadangan supaya  harga pakej sukan diturunkan since dah takde siaran La Liga (Spain), Seria A (Itali) dan Ligue 1 (Perancis). Bangang apa nak suruh kitorang tengok Liga Jepun, Liga Belanda dan Liga Portugis. Orang nak tengok Ronaldo, Messi, Suarez, Neymar, Torres...

Tapi, tulah... mengadu pada Astro ibarat mengadu pada Ahmad Maslan... Ada je jawapan dia!

Mujurlah masih ada English Premier League, bolehlah menonton aksi kelab terhebat dalam dunia yang dah lima kali menang juara Eropah tapi dah doploh lima tahun tak menang liga tu.

Sekian sajalah sesi luahan perasaan aku. Frust sebab weekend kena kerja, frust sebab cuti dibekukan sampai hujung Ogos, frust sebab umur dah lanjut pun tak kahwin lagi (lol!), dan frust sebab malam-malam hujung minggu tanpa abang Fernando Torres pujaan hatiku adalah sangat menyakitkan.

Jangan nak acah-acah comel sangat boleh tak El Nino?

See ya later, waktu rehat nak habis ni..

106 comments:

  1. Mengekek-ngekek akak baca peribahasa 'menang kaki' Sal tu :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tengah terbayang macamana flying kick! Keh Keh Keh....

      Delete
    2. flying kick..bicycle kick..free kick..hahaha. Semua boleh!

      Delete
    3. Haha... bertingket2 gua gelak baca entri ni

      Delete
  2. Bertingkat-tingkat frust Sal minggu ni. Sabar ye, dik. Selamat bertugas. Senyum banyak2 :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks kak Farrah...stress pun kena senyum jugak kan. Kalau tak nanti naik wrinkles..hehe

      Delete
  3. Hahaha. Menang kaki ya. Boleh jadi tokoh bahasa.
    Menjelang hari raya yg mana satu kak?hahaha. Soalan kurang bijak.
    Selamat bercuti in advance la kak. Mana terbangnya? Burung terbang tinģgi-tinģgi hinggap belakang kerbau jga.
    sorry dah melalut.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahaha...takpe.Terhibur baca komen melalut tu nana. Ala, lagu yang 'menjelang hari raya, berakhirnya puasa...bergema takbir senja....' tu lah lagunya.

      Delete
  4. Biar lambat kahwin kak,jangan gopoh. Biar lambat asal selamat. Hehe. Kerja2 kerja jga xmau stress,stress aaa..

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks nana...takpe, merana sampai hujung Ogos je,pastu kite enjoy!!!

      Delete
  5. Banyak betul yang kak Sal frust kan. Takpe ya kak Sal. Insya Allah ada hikmah :)

    Kak Sal nak bercuti ke mana tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulah Farah..frust, letih..semua bercampur. Tak sabar nak gi cuti ni. Destinasi rahsia...nanti dah balik akak update entry ye

      Delete
  6. haah....en suami pun bebel jugak pasal la liga tu dh xde....byr bulan2 kemain mahal lagi kannn huhuuh

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulah..apa maknanya tengok bola kalau takde Ronaldo ngan Messi. Apa daaaa...diorang ni.Tapi harga mahal. Dia tahu ramai peminat bola bergantung harap kat diorang, tu yang banyak lemak tu

      Delete
  7. waaa....bercuti ehhhh....bestnyerrrr.....nk itut bleh x sal??? acah kot2 sal nk bwk sy dlm beg.....macam la muat kannn....kah kah kah

    ReplyDelete
    Replies
    1. kena guna yg supersize punya kargo kan hahahhahha

      Delete
    2. SS...guni pun lom tentu muat kah kah kah

      Delete
    3. Kalu macam tu bungkos pakai kain batik.... Keh keh keh...

      Delete
  8. DJ Dave masih hensem... He He He...

    ReplyDelete
  9. Dah boleh geng dengan Jay Emm... Travel dengan orang yg tak pernah kenal... Ha Ha Ha...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Akak JM skrang lagi otai.. dia travel solo hehe..

      Delete
    2. yang tu belum mampu nak ikut..

      Delete
    3. pernah beberapa kali travel dgn org tak kenal...jumpa pertama kali time nk travel...hurmmm semua x boleh get long...why? maybe it's my prob

      Delete
    4. bila try travel SOLO...pergh!!! nikmat dalam kesakitan

      Delete
    5. Nikmat sebab x payah layan kerenah orang. Sakit sebab kena bergantung pada diri sendiri 100 peratus. Tul tak?

      Delete
    6. tapi tak berani la nak travel solo.. i is penakut u.. tu yang nak jugak berteman..
      insyallah kena ada tolak ansur boleh travel elok2 sama2..

      Delete
    7. Nikmat dalam kesakitan tu camne rasa dia jay emm?

      Delete
  10. SS lagi frust dengan Astro... Bulan ni je.. 3 kali SS layan kuch kuch hota hai... keh keh keh....

    ReplyDelete
    Replies
    1. bila? di mana? nape time I bukak takde pun...

      Delete
    2. Kuch Kuch Hotak Hey Asterok...haha

      Delete
    3. biasa tu ulang2.. sampai naik muntah hahaha..

      Delete
    4. eh...kalau Kuch Kuch tu...beribu kali pun tak muntah..tetap melting macam aiskrim...hihihi

      Delete
  11. Replies
    1. Saya pun retis jugak...retis pusat karaoke je.haha

      Delete
  12. Replies
    1. Tumpang glamour jap..hehe.kot dapat aura tu

      Delete
  13. Replies
    1. uit..takpe abang MKL boleh mintak kak Cinta bagi CPR..hehe

      Delete
    2. abe MKL x boleh bernafas? ambil inhaler

      Delete
  14. wah ...memang tak lupa ye....kaki bola you...

    ReplyDelete
  15. selamat travel sal...baik2 jaga diri.

    ReplyDelete
    Replies
    1. terma kasih kak PI..Insha Allah, semoga sentiasa dalam jagaan Allah.. ;)

      Delete
  16. banyaknya frust..
    I all pun nak frust, xdapat pergi bercuti pun.. huwaaa...

    ReplyDelete
    Replies
    1. awak duduk belajar elok2 na.. jangan main banyak sngt..

      Delete
    2. hahaha..sabar.satu hari nanti dapatlah peluang tu

      Delete
  17. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maafkan jejari doremon akak..nak tekan reply tertekan delete. Bukan sebab I marah u kata abang Torres I buat2 comel. Dia memang comel pun...mmuah ciked!

      Delete
  18. Kak Sal nak p mana ni.. bisik mai kat cheq... haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nanti kalau I bisik tetibe you nak ikut cmane? I takde duit nk belanja tiket flight

      Delete
    2. psst : sis JM tahu ko nk ke mana and dgn siapa hiksss

      Delete
    3. bisikkkk... Usopppppp taiyoppppp... kah kah kah...

      Delete
    4. Haippppp..kak JM jangan bocor rahsia tau

      Delete
  19. nak terbang p mana? stamford bridge ka? ehhhh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eleh..Bridge tu tak lama lagi runtuh la.hahaha

      Delete
  20. wah banyak throwback..semoga Allah permudahkan urusan oleh Allah

    ReplyDelete
  21. sebok benar akak eh.. huhu..
    membebel kat astro memang macam cakap ngan angin kak oooi.. CT pun penah gaduh ngan astro..
    rumah kan xde tv.. bayangkan.. kami nak terminate service dr tahun 2008 sampai skrang x dpt2..
    macam2 alasan kak oooi.. dok saja2 bayar je tiap2 bulan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Siyes? Ruginya siti..baik bagi Astro tu kat orang then suruh dia bayar. Tapi orang yang boleh caya lah..cakap ngan Astro ni memang buat hati lagi sakit

      Delete
    2. mmg dok bayar dari dulu.. ada saja alasan diorang x kasi terminat.. suruh dtg bulan depan la..
      dtg dengan bil terbaru la macam2.. pastu ada yg kata diorang call cakap nk guna lagi astro la padahal nak terminate kot..

      Delete
  22. Oh.-..siapakah si jejaka stranger itu yer,
    Sal nak ke mana tu?
    Oh sedihnya ringgit malaysia dah jadi POA..( price on application) ...hu hu, duit tak laku-..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha. .ni macam tajuk drama petang-petang. Suamiku Encik Stranger.

      Delete
  23. Akak tak kenal siapakah artis yang bergambar dengan Sal tu. Maklumlah akak kan 10 tahun lebih muda daripada Sal *silajgnbuatmukatakpercayapulak*

    Nak terbang ke mana ni, Sal? Tak kisahlah nilai RM dah menjunam, plan dah lamakan... Asal cukup duit nak balik Malaysia sudah...eh, tiket pun dah belikan, apa nak takut! Jangan pergi Korea Utara sudahlah, Kim Jong Un tengah frust cari bakal isteri tak jumpa tu ~_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amboi, banyak nya Kim kat Korea tu, yang seram tu jugak kak MD mention ye. Hahaha. .seploh tahun muda ye.pun boleh.

      Delete
  24. bertingkat-tingkat ko punya frustrated sal
    sabolah dik non ye...nak buat camne
    mak akak cukup minat dengan DJ Dave tu...tau ko jumpa
    minta ko ambik autograph dia tuk mak akak =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. eh lupa, have a safe journey ye cayang =)

      Delete
    2. Thanks kak YY..doakan saya ye.

      La ye ke mak akak minat . Samala ngan mak saya. Sy pun terkejut tgk company jemput dia untuk jamuan raya.saya memang minat artis2 lama ni.jiwa retro. Haha

      Delete
    3. Keh3x... jiwa retro gitu *_* Alah, YY tu 13 tahun seumur hidup, tak naik turun umurnya. Kalau dia ngaku minat, dapat tangkap pulak dah tua. Itu yang kata emaknya yang minat! Cer tengok macam akak ni walaupun dah 'berusia' tetap maintain ngaku muda. Retro-retro ni tak main beb ~_^

      Delete
  25. ingatkan peribahasa menang kaki tu nak angkat kaki @ blah ... busy tu jadikan kita org bujang ni tak kesunyian . klu tak asyik dok nak fikir yg bukan2 je bila x de keje nak buat ... heh heh heh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha. .tepat sekali sis! Kadang2 sibuk ni bagus kan so that kte lupa sekejap masalah2 kita.

      Delete
    2. Fikir apa yg bukan2 tu? He he he...

      Delete
  26. Assalamualaikum Sal.....Salam Zulkaedah Sal....Apa Khabar Sal? Ada baik Sal.....
    Lama tak menyinggah sini...rindu lak dgn org yg kat dlm gambo tu.....bukan yg pakai tudung ek. Jangan perasan hihi.....

    Tak pe....pergi le berjalan sesuka hati mu sementara masih anak dara ni hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam kakak mertua ku..lamanya menghilang.rindu I nak tgk gambar selfie you. Buat apa akak rindu dia kak, baik rindu saya, at least saya ni nak gak layan akak..hehehe

      Blog update x? Free nanti saya datang ye . Inshaallah

      Delete
  27. jgn kata Sal..sis JM yang BUJANG (nampak..letak tulisan besar tu) ni pun sibuk tau...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jay Emm sibuk apa? he he he...

      Delete
    2. sibuk layan whatsapp hihhihi

      Delete
    3. Sibuk tengok cite Koya...haha

      Delete
    4. Jay emm whatsapp dengan sape? Nak nombor boleh?

      Delete
  28. kah kah kah....bagi kaki lebih cepat dari tangan eh...Sal..Sal

    ReplyDelete
  29. eh eh Dato' hensem tu mestilah kenal..ofcoz i bukan dak dak lagi tapi mak budak heeee

    ReplyDelete
  30. pergh...pergi tak jauh katanya...yang pasti sis JM jeles..iouls x jejak lagi kaki ke sana...uols dh pergi sob sob sob

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takdela jauh...kalau jauh gi kutub utara.hahaha

      Delete
  31. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
    Replies
    1. harap2 dia x baca komen ni jika x mesti dia sentap!

      Delete
    2. Sape? Sape? macam boleh agak je...

      Delete
    3. kih kih kih...SS mmg pandai bab ni....ce tanya cik Sal

      Delete
    4. Kalau bagi klu automatic Ss boleh teka sape. Tapi travel partner I ni nampaknya ok.rajin lak tu..dia buat byk benda I tolong sikit - sikit je

      Amboi sape travel partner yang banyak songeh tu.tak baca kpt blog I..bukannya glamer pun.hihi

      Delete
  32. Ngadu kat ahmad maslan hahahahah... ada punch line kat situ huhuuu

    ReplyDelete
  33. Ahmad maslan sama mcm astro..terbaik lah..hehe

    ReplyDelete
  34. pedulik apa dgn RM janji dpt souvenir hahahahaahahhahahahahahhahaah (gelak setan)

    ReplyDelete
  35. eleh ajet2 comel... comel lg sander westerveld! (apakah??)

    ReplyDelete
    Replies
    1. itu dah masuk History Channel..haha

      Delete
  36. happy holiday sal.. :)

    holiday lepas berpenat lelah lah baru syiokkk!!

    ReplyDelete
  37. Selamat bercuti Sal...tengok gambar DJ Dave tu teringat Bunda era tahun 70an dulu....Bunda membesar dengan lagu2 beliau...

    ReplyDelete
  38. Takut nak terbang tinggi tapi kalau dah kata nak makan angin luar negara nak tak nak kena terbang juga Sal.. Baca doa insya-allah selamat pergi balik. Selamat berhoneymoon dear:)

    ReplyDelete
  39. Nnt update psl cuti2 tu eh...ringgit mesia tgh teruk ni..sabo jela...

    Salam ukhuwah dear.

    ReplyDelete
  40. Rilex lah Sal... sy nk g ostrolia flight pkl 740mlm...
    Pagi tu bag tak kemas lagi...

    Lebih tere lg... hrtu msh kerja sbb x de cuti....

    Blh bayangkan pecutan ku berlari kt airport....

    Haha semput nyawa rasa ...

    Hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan saya ni jenis yang banyak fikir..saya akan resah kalau ada barang tak cukup

      Delete

Thanks sudi baca. Komen je apa-apa korang suka. Lagi panjang lagi best

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Template by BloggerCandy.com