Otak yang mengawal perut

Friday 10 July 2015

Aku tak pasti masalah ni aku sorang je ke yang alami, ke korang pun sama. Korang yang aku maksudkan adalah para wanita dan gadis di luar sana.

Dah memang orang perempuan ni Allah beri keistimewaan, 'cuti khas' setiap bulan. Tapi bila bulan puasa, cuti khas tu buat ramai yang tak puas hati. Lagi-lagi kalau cuti khas tu datang di hujung-hujung Ramadhan. Acah-acah lah konon kalau dia tak datang bulan nak bangun malam buat tahajud, padahal tak pun. Aku lah tu.

Isu yang aku nak highlight ni adalah tentang daya tahan lapar yang tetiba ghaib. Serius! Selama berpuasa, perut tu OK je, tapi bila tak boleh puasa, mak aih, urat macam ditarik-tarik. Dipintal-pintal. Seharian berkeroncong. Aku lah tu.

Secara saintifik, bila seorang perempuan sedang period, dia kehilangan banyak air dan zat besi dari badan. Tu sebab dia letih dan kekurangan tenaga. So, orang lelaki janganlah kata perempuan tengah period ni tetibe mengada-ngada tak boleh tahan lapar, itu keperluan biologi dia.

Yang pasti, 'puasa' tu ada berkatnya sendiri. Niat dah mengatakan 'Aku berpuasa kerana Allah Ta'ala'. Kau buat sesuatu kalau demi Allah Ta'ala, memang Dia akan bantu kau. Lagi satu, berkat sahur. Aku kalau tak puasa memang tak lah nak bangun sahur. Kalau ada pun, takat kejutkan Mak or Adik, then lena balik. Tak ada nya nak makan kurma ke, nasi lagilah tak. Untuk mengelakkan lapar, aku akan sarapan dulu before keluar gi kerja, but then sebelum kul 12 dah lapar balik. Wah, apakah! Kalau puasa ,boleh je tahan sampai petang walaupun makan sejemput nasi pada pukul 5 pagi.

Perut ni berkait dengan otak. Kalau otak tahu kau boleh makan, dia akan suruh perut mintak makan. Tak percaya cuba korang pergi ke negara yang susah nak cari makanan halal. Aku sendiri masa kat Australia, tahan je makan sehari dua kali. Cuba kalau kat Malaysia, tiap 4 jam mintak diisi! Mengada kan, sebab dia tahu dia boleh.

Macam kau tengok orang miskin yang dah biasa berlapar. Dalam otak dok fikir, cmanelah diorang survive. Hati tu memang kesian, tapi sampai situ jelah. Bila kau sendiri berpuasa, baru faham kesusahan orang lain. Baru tau, selama ni dok mewah dengan makanan. Bila dah lapar, baru otak boleh fikir, hati boleh merasa. Selama ni kita biarkan hati mengawal perut.

Selamat mengejar malam-malam terakhir Ramadhan.


43 comments

  1. lunch kat office ngan roti dan susu.. memang kerap makan, tapi nak buat camna, kita mmg lapar..tapi pandai2 lah cover, jgn nampak sangat tak puasa tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalu tak puasa tu... Make sure... Mulut tu tak berminyakkkk! Keh Keh Keh...

      Delete
    2. hahaha..jangan ada cili terlekat kat gigi..kalau tak, kantoi!

      Delete
  2. Sal, you are not alone ~_^ Akak pun selalu dok tertanya-tanya mengapa dan kenapa bila tak puasa di bulan puasa, lapar mengada-ngada tahapnya. Sampai sanggup pergi KFC nak tapau makan dalam surau lelaki yang orang tak guna, sembunyi-sembunyi lagi takut orang nampak.

    Akak kalau tak puasa memang lapar memanjang tapi seganlah nak buat air walaupun orang lain dalam pejabat ni semuanya non-Muslim. Malas nak bagi hujah panjang lebar kalau ditanya 'mengapa hari ni tak puasa?' Kalau boleh, nak minum air pun bawah meja tau!

    Tapi betullah, kalau puasa rileks aje tak minum, tak makan. Takdalah mengada-ngada sangat nampak maggi dalam drawer pun sampai tertelan air liur kebulur!

    ReplyDelete
    Replies
    1. ish, kalau saya lah, non muslim ramai macam tu, semua dah jadi partner in crime-tukang tapau..hihihi.diorang tak tau ke?kawan saya yang non muslim semua tak payah explain.faham je kalau tak puasa sebab tak boleh...

      Delete
    2. Malas nak cakap banyak. Mereka pun tak kisah sebenarnya kita puasa ke tidak sebab mereka pun tak faham sangat! Tapi itulah malas nak tarik perhatian. Kotnya bila nampak kita buat air kat pantry tetiba mereka teringat bulan ni bukan ke bulan semua umat Islam berpuasa, dah penat pulak mulut ni nak explain pasal anak bulan Jepun dan sebagainya :) Bertambah haus dan lapar jadinya...

      Delete
    3. kalau non-muslim Malaysian biasanya faham, tapi kes kak MD ni non-Malaysian. So memang takkan punya, explain lah cmane pun..

      Delete
  3. godaan nk makan time puasa ni memang tinggi...semua benda nk telan...lebih2 kalau time cuti khas tuhh....sy biasanya kalau cuti tak rasa sangat nk makan...tapi kalau ada geng yg sama cuti...aihhh....mmg nak makan jer keje....heheheheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalu ada geng siap potluck... he he he...

      Delete
    2. buat potluck tu memang saja nak kantoi lah tu..haha

      Delete
  4. Betul la tu, kalau sorang2 xmmpu nk makan...tapii kalo ada geng kt ofis tu ada je idea nk mkn apa haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihi...ada geng buat 'projek curi makan' baru best

      Delete
  5. Sekapal! Time tak boleh puasa, over sungguh perut ni berdangdut mintak diisi. Klu tak makan, lemah longlai tak berdaya nak buat kerja! Belum campur craving nak makan benda2 manis lagik!

    ReplyDelete
  6. SS makan sehari 2 kali aje... Camne Cik Sal makan sehari 4 kali? Keh Keh Keh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha, metabolisme lagi laju dari ketapi baru tu SS..hehe

      Delete
  7. alhmdulillah kiter x miss puasa lg stkt nii,, :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. bagusnya...mana tau ada rezeki puasa penuh tahun ni

      Delete
  8. ustaz dan ustazah ckp klau 'bercuti' pun masih boleh bangun malam...x boleh solat tapi boleh berzikir..nak dengan x nk je...tuding ke muka sendiri juga hihih

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu lah, nak dengan tak nak je kan..pucuk pangkalnya diri sendiri.setuju ngan kak JM.

      Delete
  9. alhamdulillah buat masa masih puasa penuh..x pasti esok or lusa Allah Bagi Cuti

    ReplyDelete
    Replies
    1. uish, untunglah..kalau nasib baik, dapat lah penuh..

      Delete
  10. setuju dengna Sal....OTAK yang akan 'memandu' apa tindakan kita...sbb pengalaman si JM ke Korea juga sama...perut leh tahan mkn sehari sekali...kalau d msia...pantang namapk mkanan je terus nak ngap

    ReplyDelete
    Replies
    1. sebab kat Korea kena fikir keluar duit banyak, kena fikir halal ke tidak..tu yang tak ngap tu.haha

      Delete
  11. time berpuasa pun sama..kita dah 'program'kan otak bahawa kita akan berpuasa esok hari kerana Allah taala..and yess...perasaan lapar dan nk mkn tu tak ada..kita boleh tahan dan perut pun x memulas minta di isi....ini semua kerana Allah..Allah bantu

    ReplyDelete
  12. sehari 4 kali Sal mkn? pesal badan sekeping roti je tu...kalau sis JM mkn 4 kali sehari seminggu 3 kilo berat naik

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihi..saya makan sikit-sikit kak JM, cepat kenyang..lainlah kalau setiap kali makan, nasi sepinggan penuh.itu badan dari roti boleh jadi coq badak

      Delete
  13. saya pun masa bujang dlu takde pun nak bangun sahur. bila dah bersuami ni kena bangun jugak kalau tidak rasa bersalah sampai besoknya kalau tak bangun. kita tak bangun dia pun terlajak lah sekali huhuhu

    ReplyDelete
  14. mmg kan..hujung2 puasa ni dia buat bendera je[pun stress jugak..bukan sekadar tak dpt nak beramal.melantak macam apa je camna nak slim dihari raya ni.huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihihi..pastu time berbuka kita pun over mengalahkan orang yang berpuasa...

      Delete
  15. SELAMAT BERPUASA..SALAM SYAWAL MAAF ZAHIR BATIN...

    ReplyDelete
  16. niat ... bila kita niat puasa , Allah permudahkan kita berpuasa ... sis pelik sikit dgn anak buah 3 org . sejak mrk dah baligh , bila masuk bulan puasa tak pulak mrk kena ABC . dah 3 thn mcm tu . feel jeles sih ... heheheee

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe..muda lagi, hormon tak teratur..saya pun pernah dapat puasa penuh masa sekolah menengah

      Delete
  17. memang pun.. kalo time puasa okay je.. tapi kalo dak.. huurm.. CT ritu kan jadi guru ganti..
    naik turun tangga.. time posa okay.. time dak.. hampeh !! trpaksa curik2 minom..

    ReplyDelete
    Replies
    1. baik-baik cikgu, kalau kantoi malu..hehe

      Delete
  18. sangat setuju dengan kak sal.... memang betul, masa puasa niat tuh ada berkat dia...dah bila xpose, mmg betul, kita penat sebab badan hilang banyak air dan sbagainya kan.... kita pon rasa camtuh...igt kan kita sorang...hihiihihihih... btw, nak cakap, selamat hari raya kak sal dan keluarga... maaf zahir dan batin, kalau ada terkasar bahasa yer :D muah!

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulah, rupanya ni masalah ramai kaum wanita kat luar sana..tetiba lah plak tak boleh tahan lapar,,time puasa OK je kan.

      Delete
  19. hahahha ni memang betul sekali kak Sal! adoi, tahu saje kita x boleh puasa. baru makan sekejap dah kebulur.

    ReplyDelete
  20. Betul sal.. Kalau Puasa,cuaca panas pun kita leh tahan,tapi bila dah tak puasa,rasaacam tak leh tahan cuaca panas. (Pengalaman di kampung kathy.. Hehehe..)

    ReplyDelete
  21. ada benarnyalah cite ni sal
    akak pun kalau puasa, orang makan depan kita pun tak terjejas
    tapi cuba kalau tak puasa, cium bau pun rasa lapar
    memang otak tu mengawal perut kita...
    pasal tu agaknya akak susah nak diet...makin beso adalah =)

    ReplyDelete
  22. dugaan terbesar, waktu tghari, puasa hari terakhir...hazab nyerrr masa tuuu

    ReplyDelete

Your comment is highly appreciated. Komen dengan berhemah