Monday, 13 July 2015

Kenapa aku tak buat Almond London


"Kak. tahun ni kita buat kuih raya?."

"Boleh je. Tunggu cuti weekend. Nak buat kuih apa? "

"Cam biasa. Favourite Abah - kuih makmur dan biskut telur rebus."

"Almond London, jom?".

"Hah? Tetibe jer!!!"

Dah berapa kali raya aku tak buat kuih. Kalau ada pun, time raya haji. Bagi aku, kos buat kuih raya ni bandingkan dengan beli, jauh lagi jimat kalau beli. Mana dengan penatnya, kos bahan, elektrik, masa. Buat kuih raya bagi aku, sekadar untuk kepuasan sendiri dan mengeratkan hubungan adik-beradik. Ewah! Memang seronok bila anak-anak sedara puji, Mak Ayah puji, adik-beradik puji , katanya sedap, walaupun kuih kita tu senget-benget. Biasalah kalau hujung-hujung adunan tu, nak menggentel pun malas. Nak cepat siap je.

Dulu-dulu aku buat kuih raya dengan akak aku, tapi sejak dia ada anak-anak kecik ni, servis bertukar tangan pada adik bongsu aku. Kebetulan dia tengah cuti panjang, so dia yang mengajak. Terkejut badak dia aku cadangkan buat Almond London. Sebab dah dekat 6 tahun aku tak buat kuih yang orang London pun tak tau buat tu.

Projek Ahad lepas. Sedaplah jugak (hahaha..angkat bakul!)

Ada apa dengan Almond London sampai aku boikot begitu sekali? (Boikot buat je, makan tak tolak.)

** Flashback**

Lebih kurang 6 tahun dulu aku ada sorang kawan baik lelaki (aku panggil dia Encik A) Kawan je tau, dia dah ada girlfriend! Ada satu raya ni aku bagi Almond London satu tupperware kecik kat dia. Tak sangka Encik A suka dan puji sedap. Bunga-bunga hati aku. 

Hubungan kitorang jadi renggang masa dia bertunang senyap-senyap. Entahlah, mungkin orang lelaki pandang mudah benda-benda camni, tapi at least cakap jelah. Bukan aku mintak jemput datang majlis pun. Aku memang bengang dan merajuk dengan Encik A. Masa tu la aku realise yang aku sebenarnya suka dekat dia. Takut kantoi yang aku ni frust, aku takdelah merajuk lama-lama. Just that aku jarakkan hubungan aku dengan dia. Dia ajak jumpa aku mengelak, dia mesej aku tak reply. Lama-lama Encik A pun malas nak layan aku.

Bulan puasa tahun tu tetiba dia mesej dan tanya aku buat Almond London lagi tak.. Wow, tak sangka dia still ingat kuih aku bagi dia! Aku cakap ngan dia yang aku sibuk, tahun ni tak buat kuih. Dia mintak resepi, aku suruh dia google. Kah kah..gila kejam! Dalam hati aku, suruh jelah tunang kau buat!

Berapa bulan lepas raya, dia contact aku, mintak alamat nak pos kad kahwin. Tahu rumah aku kat mana pun nak mintak alamat. Pffft! Aku tanya dia majlis berapa haribulan, pastu aku reka cerita yang aku kena outstation. Idok le aku nak pergi! Kang ada yang nangis depan pelamin!

Dia pun tak contact aku dah pastu. Yelah, dari dok pening fikir pasal aku, baik dia layan bini dia. Tul tak? Ada sikit rasa bersalah di hati aku sebab memutuskan persahabatan, tapi bagi aku tu cara terbaik untuk aku ubat hati aku.

Sejak tu, aku rasa macam berat hati je nak buat Almond London sebab teringat permintaan dia.. Tak sanggup nak buat sebab teringat kawan yang aku sendiri 'buang' demi perasaan sendiri.

Flash forward ke 5 tahun kemudian, Ramadhan 2015 tetibe aku rasa nak buat Almond London. Tak tahu kenapa. Nak kata aku baru move on, aku move on lama dah. Mungkin sebab raya kali ni ada tetamu dari England. Hehehe!

Untuk Encik A, nanti datanglah rumah bawak anak isteri makan Almond London! Yang dah lepas tu biarlah ye, kita still boleh berkawan. Kalau aku kahwin, jangan tak datang plak.

Oklah, jom kita step off memory lane. Thanks for reading, guys!

**Entry edited**

51 comments:

  1. ada cerita seritun rupanya.. kuih ni nak makan memang layan, nak buat.. hurm xterbuat.. I sekali je buat pastu tak buat dah.. (xlarat nak gentel, pastu letak choc plak)..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalu malas... Duduk aje laa kat kerusi urut Gintell... Keh Keh Keh..

      Delete
    2. letak je doh atas tu, tekan suis terus jadi kuih..hehe

      Delete
    3. Entahhh! Tak yah nak kisar2... Keh Keh Keh...

      Delete
  2. perghh....macam citer drama kat tv3 laa sal punya citer nihh....heheheh.....xpe la sal....mungkin ada jodoh yg lebih baik utk sal nnti..Allah lebih tau apa yg terbaik utk kita kan....yg ptg almond london buat tahun nih....hik hik hik

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pastikan tajuk drama bukan bermula dari Suamiku... Isteriku... He He He...

      Delete
    2. tak sempat jadi suami isteri, so start dengan "Kawan baikku....." hehehe

      Delete
  3. nice sharing..saya suka penceritaan anda.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bak kata Rosham Noor... Andalah yang kami cari..

      Delete
    2. lambai tangan ala-ala retis dapat award..hehe

      Delete
  4. SS sangat faham tu cik sal... Dalam hati cik sal ada serpihan tisu... he he he...

    ReplyDelete
    Replies
    1. jangan serpihan kaca sudah..hehe

      Delete
  5. SS tak paham.. Apa kaitan En A dengan Almond London?

    ReplyDelete
    Replies
    1. kakak oooo kakak !! Encik A lah yang suka almond london tu.. ni soalan KBKK tau kakak..
      kalo masuk exam ni total markah adalah 15 hehe..

      Delete
    2. hahaha, kena edit sikit entry ni..bagi skrip lagi mantap.tahun depan boleh buat drama Raya

      Delete
    3. boleh dah join team gubal soalan PT3 hahaha..

      Delete
  6. Ohhh ada kisah di sebalik almond london ghupenya! Leh buat telemovie raya nih!

    ReplyDelete
    Replies
    1. cutelah.. penangan almond london satu bekas kecik..
      rasanya CT nak buat kuih then kasi kat random people la..
      kot ada sangkot kat sapa2 hehehe..

      Delete
    2. kih kih..boleh gak try CT..mana tau, kot kisah CT nanti lagi menarik..boleh panggil Michael Ang buat drama

      Delete
    3. hahaha tapi CT tak reti buat almond london macam mana ? iols tau makan saja hahaha..

      Delete
    4. buatlah kuih lain..tat nenas ke, semperit ke...janji kuih raya

      Delete
    5. kuih kapit je la.. hahaha senang..

      Delete
    6. senang ek buat kuih kapit? nanti bolehla ajar...haha

      Delete
  7. parah sebenarnya hati bila dok kat situasi tu . bohong klu kata , " aku ok je . " tapi dah bukan jodoh kan ... sian almond london yg jadi mangsa ... heheheee

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan..payah betul bila dah tersuka kawan baik sendiri.terpaksa putuskan persabatan, sebab tu je cara nak move on..

      Delete
    2. Tapi SS lagi kesian... Sebab tak tahu umur Vee... He He He...

      Delete
    3. rasanya muda sikit dari Eja..hehe

      Delete
  8. mcm sedap je kuih..heheh..sila lah datang ke blog sy..http://ajax85.blogspot.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang sedap pun..hehe -puji diri sendiri- thanks sudi singgah n follow sini

      Delete
  9. alaaa comelnya cerita Kak Sal.. hehehe.. i hev good buddy gak cemni but the cutest part adalah..
    when he wanted to have a girlfriend.. dia akan tanya CT and i was like camon man.. ur life..
    and he tot that i liked him.. thats the reason why dia tanya cenggitu.. in ur case diff la sikit sbb suka dia kan hehehe..

    yeah.. still boleh jadi kawan =D kalo CT makan almond london.. almond tu CT tak makan..
    i dont like almond hahaha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. la, nape x makan almond? tu yang sedap tau..

      i think dia tahu akak suka dia.sebab akak kalau suka orang memang obvious..hehe

      Delete
    2. xtau.. tp kalo beli yang tong garden tu almond tu makan plak.. kalo dalam almond london je kenot go.. ada ke orang cemni mcm CT ?

      hehehe xpe bagus gak orang yg obvious ni.. diala slow sket sbb dah tau org suka dok buat tatau je.. ciskek hehehe

      Delete
    3. hahaha..kalau dia tau pun bukan boleh buat apa, dia dah ada girlfriend masa dia kenal akak..tak nak lah akak merampas kebahagiaan orang lain. Ewah, ayat tak boleh blah!

      Delete
    4. uuuu bajet setia la dia tu ? eh dia baca ke dak ni ? ampun abam.. slamat hari raya..
      alaaa jom la kita cari abam mata biru jom jom..

      Delete
    5. dia memang setia pun Ct..bukan salah dia akak tersuka kat dia.uissh..kembang dia kalau baca ni!

      Delete
  10. ada cerita di sebali almond london rupanya.. akak dulu pun b4 kawin ada gak cerita-ceritu mcm awk ni.. tp yg lepas tu biar lepas.. skang dah kawain ada suami n anak.. kalau ingat balik rasa nak gelak.. huhu.. seyes terliur tgk almond awak tu sal..

    ReplyDelete
    Replies
    1. iyeke, nasib baik kak KM dah bersalin, kalau tak rasa bersalah buat mak buyung terliur..huhuhu

      memori macam ni, boleh mematangkan kita.hehe.bila ingat balik, memang rasa kelakar. punyalah frust sampai nak buat almond london pun tak sampai hati.hahaha

      Delete
  11. amboi kak sal...mendalam cerita pasal almond london ni.... senyum2 kita baca... meh anto jerman almond london tuh, terliur teman menengok :D mai resepi satu! :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. resepi? alahai, segannya..resepi biasa je dik oi..orang Jerman tak makan Almond London, makan Almond Berlin..hehe

      Delete
  12. Drama sangat kisah ni kak Sal. Takpelah, kak Sal. Mungkin ada yang lebih baik lagi :)

    ReplyDelete
  13. kak Sal..timm pun tgh dlm situasi kak sal tu..huwa!! mencik..

    ReplyDelete
  14. oh kisah di sebalik almond london. okay la tu dah boleh buat hehehhe. cuma mesti teringat kan. kenapa lelaki buat macam tu eh. senyap je. tup2 dah ada hubungan ngan orang len. saya pernah kena juga macam tu hmm

    ReplyDelete
    Replies
    1. orang lain akak tak tau lah..tapi kes akak ni takdelah sape-sape yang menipu.

      sekarang tak teringat dah.dah move on..takpelah Amy, benda-benda macam ni mengajar kita supaya lagi matang

      Delete
  15. kak sal.. mana nak cari clip yang gerak2 macam tu ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. CT google je apa-apa, then tambah perkataan gif kat belakang. contohnya.. cats gif pastu seard\ch n save macam save image je..

      Delete
  16. La...ada kisah sebalik Almond London rupanya..

    ReplyDelete
  17. fuyooo...cite ni boleh buat filem hindustan lah sal
    akak siap boleh bayangkan situasi tu...
    touching ni...gerenti akak menangis ni kalau jadi filem hindustan

    ReplyDelete
    Replies
    1. nasib tak ada part berpisah kat stesen keretapi macam Rahul ngan Anjali, kalau tak lagi touching kan...haha

      Delete
  18. bleh wat novel ni.

    BUNGA CINTA ALMOND LONDON ;-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. jangan kata bunga, daun pun takde

      Delete

Thanks sudi baca. Komen je apa-apa korang suka. Lagi panjang lagi best

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Template by BloggerCandy.com