Saturday, 6 June 2015

Sabtu yang Malas

Assalamualaikum semua! Salam Sabtu! Dok buat apa tu? Aku macam biasa, kalau takde orang ajak aku keluar memang aku suka dok rumah. Makan, tengok TV pastu guling-guling macam tenggiling. Aku ni jenis manusia yang suka duduk rumah, tapi malangnya aku ada satu kelemahan. Aku tak reti cakap 'Tak nak'. Letih cmane pun, kalau ada kawan or family ajak gi mana-mana or mintak tolong, memang aku gagahkan jugak.


Sabtu yang indah ni, fortunately takde orang ajak aku keluar. Yay! Tengah bulan kot, siapa nak berjimba. So pagi tadi dapatlah kemas rumah, masak dan basuh baju. Rumah aku ni takat Mak Ayah, aku dan Adik yang tengah cuti sem, apa sangatlah kerja rumah yang ada. Walaupun setiap pagi before gi kerja, aku pesan kat Mak tak payah buat kerja rumah sangat, tunggu jelah aku balik, tapi tau jelah orang tua. Kau ingat dia nak biar kain bertimbun tak berlipat. Kau ingat dia boleh biar je tengok taik kucing kat luar pagar. Pastu argue ngan aku, kata kalau duduk rumah tak buat apa badan lagi lemau. Lagi senang sakit. Habis den nak buat cmano. Duduk dengan parents gitulah cabarannya. Takkan kau nak kurung diorang dalam bilik. Pastu adik-beradik lain kata aku 'dera' Mak Ayah. Adoilah ai.. Duduk dengan Mak Ayah ni nampak macam indah je. Tak payah bayar sewa, balik kerja dah siap masak, tapi sebenarnya kesabaran tu kena tinggi. Kalau tak tahan dah lama angkut beg gi pindah rumah sewa. Tapi sebab sayang, takut apa-apa jadi diorang berdua je kat rumah, maka bertahan jelah. Selagi ada umur dan kesempatan ni kumpul pahala jaga diorang dulu.

Ish, panjang nau aku membebel ni kan.. Dalam pada takde idea nak update blog.


Actually hari ni adik aku ada projek khas. Projek apa? Jeng jeng jeng! Kalau aku cakap bahan dia kurma, tepung dan minyak sapi mesti ramai yang boleh agak kan? Layankan jela, walaupun ikutkan hati nak duduk depan TV je layan Hindustan. Filem Shahid Kapoor kot! Adik aku ni memang minat memasak. Tangan dia ada luck sikit. Walaupun aku lagi kerap turun dapur dari dia, tapi apa yang dia try sekali je dah jadi. Berbanding ngan aku, try banyak kali pun tak jadi-jadi. Adik ikut Mak kot, memang berbakat bab memasak. Aku ikut Ayah, berbakat dalam pengetahuan tentang bola sepak.Hahaha.

Cakap pasal bola, peminat-peminat bola jangan lupa kul 2.45 pagi esok final UCL, Barcelona vs Juventus. Sebagai peyokong Spain, of course lah sokong Barca! Majoriti pemain Barca tu pemain Spain jugak. Pastu, Barcelona ada ex Liverpool player, Luis Suarez. Harap dia akan 'menggigit' malam ni! Perlawanan ni juga merupakan perlawanan terakhir the legend Xavi Hernandes bersama FC Barcelona. 6racias Xavi!We will miss you, legend!


OKlah gais, aku nak gi tolong adik aku. Have a blessed weekend! Thanks for reading!

65 comments:

  1. Sal.. Jom join GA GMBM. Esok da tamat da..

    ReplyDelete
  2. Salam hujung minggu Sal.. semoga ceria selalu hehee.. :)

    ReplyDelete
  3. assalam cik sal, terima kasih sudi singgah blog kita ^_^

    azam kita pun macam tu juga. bangun, mengantuk pastu promise kat diri sendiri nak tidur awal. tup-tup pukul 3/4 pagi baru lelap. hak3.

    dapat tengok muka mak ayah hari-hari adalah merupakan satu keberkatan pada kita anak-anak. sebab tak semua orang berada dlm posisi tersebut. karenah mereka, samalah mcm kita kecil-kecil dulu. tak suruh buat, p buat jugak. hak3.. ^_^

    hasil projek bersama adik sila tepek di blog ini ya, tak dapat nak imagine korang bersekongkol nak buat ape. bola? err takpe, terima kasih je la. huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha..tak sempat nak tangkap gambar hasil, dah selamat masuk perut.kitorang buat kuih makmur je, warm up pre raya.hihihi

      kan, kita kecik-kecik pun degil, sekarang terbalik parents plak yang degil..haha

      Delete
  4. iqa kalao cuti dok rumah layan movie la ahaha

    ReplyDelete
  5. Alamak...rasa dah lama pulak tak tengok cerita hindustan. Ni yang rasa nak belek CD2 lama ni..hihi

    ReplyDelete
  6. Serius ni, Sal. Akak kalau ternampak perkataan bolasepak, mahupun tertengok orang tendang bola kat TV, terus teringat kat Sal yang berpengetahuan luas tentang bola ni. Akak tetiba kagum konon naklah juga tengok kejap bola tapi tak sampai seminit lepas tu hilang kagum, timbul kaget sebab serba-serbi terasa baru dan tak faham apa ke benda pun pasal bola!

    Erk... berbalik pada topik perbincangan kita hari ni... Baguslah duduk dengan makpak selagi boleh. Semua tersedia, cuma nak kena tahan telinga aje. Alah, itu benda senang, Anggap ajelah mereka cakap dengan dinding kalau mereka menegur benda yang tak sepatutnya macam errr...tak payahlah explain ya tak ~_^

    Tak sangka akak rupanya Sal ni rajin. Nanti akak upkan rating tu supaya kakak mertua bertambah suka yerk. Untung apa dapat anak dara macam ni punya rajin. Never say no gitu *_* (Bestnya kalau jadi menantu ke adik ipar, bolehlah aktiviti membuli berjalan dengan lancar!)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha, memang pun, muka ni selalu jadi mangsa buli, sob sob..tapi takdelah rajin sangat.kalau rajin takkanlah buat entry tajuk Sabtu yang malas.hihihi.

      tulah, tahan je telinga nak buat apa fikir kan..

      minat ni tak boleh paksa, so baik kita enjoy je apa yang kita suka.ye tak?haha

      Delete
    2. wahh.ada org berkenan la tu

      Delete
    3. haha, ini gosip-gosip liar dunia blogging..jangan percaya ZF

      Delete
  7. 10 tahun yang lepas ..k wa peminat Juventus Sal....hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. suatu hari nanti sy akan cakap 10 tahun dulu saya peminat Liverpool..hehe.dah kawin susah lah kan k wa nak layan sangat bola ni

      Delete
  8. klu dok ngan family mmg leh jadi oo sabtu yg malas ni..klu dok sendri, nak tak nak kena bangun jgk kemas apa patut n masak la apa yg boleh..klu x, perut ni asyik berbunyi mntak diisi.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. dengan family tak boleh nak malas sebenarnya..kalau dok sorang kita tepon pizza je settle masalah.tapi kalau ngan famili depa nak makan nasi.

      Delete
    2. cik sal sayang.. nanti emailkan alamat ke sini k :- syida_11@ymail.com

      Delete
    3. ok, Syida nanti akak email..

      Delete
  9. itu duk rumah sendiri, mak, pak kandung. pun boleh kata dera mak ayah sendiri..heee
    kalau duk umah mak mertua lak sal, tak tau le. pokoknya, manusia ni kita buat macamana baik pun mesti ada yang tak kena. apalagi buat benda tak baik. yang penting sal...mak ayah sal tau duduk perkara sebenar. kalau mereka berdua redha, sal tak perlu ambil pusing redha oranglain yg tak duduk serumah..

    ReplyDelete
  10. Setuju Sal....itu mak ayah sihat walafiat tu kalau sakit? Mmg banyak cabaran dan dugaannya tau.. Sabar jerlah....
    Buat lempeng kurma ke? Mak mertuaku suka buat jejemput kurma kalau bulan puasa....

    ReplyDelete
    Replies
    1. buat kuih makmur..saja tekak teringin.memang selalu buat time raya..

      Delete
  11. Haiii kakkk! Rindunya kat akak. Akak sihat kee tuuu? hehhe. Bagusnya akak ada kt rumah jaga mereka. Mana tahu tetiba sakit ke kan? Orang tua kak. Mana betah duduk diam kt rumah. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. wah, Scha!lamanya tak muncul kat sini!rindus giles..tengok kat twitter jela..haha

      Delete
  12. sal...dalam xde idea nk hapdet blog...bebel2 pon dah dapat 1 entry....hahahahha

    ReplyDelete
  13. teringat suami akak yang beria kunci jam kata nak tengok
    akak dah kata akak tak boleh kejutkan sebab dah kepenatan lepas balik kenduri
    sekali dia tak sedar, wahaha
    padahal dulu memasing dok kejut memasing semata-mata tengok bola
    sekarang dah tak mampu =)

    masak apa tu, akak tak dapat tangkaplah
    hindustan! lama dah tak layan. pun semenjak dah ada anak
    bila nak tengok aje nanti afif kata, mama ni asyik tengok hindustan aje!
    padahal dia yang selalu tengok kartun. ciss!

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha...saya dapat bayangkan suatu hari nanti saya macam tu lah.rugi wo tak tengok match tu, serius best!haha, berebut TV dengan anak ye..

      Delete
    2. tulah, sayang tak tengok
      tengok siaran ulangan aje, jadilah kan walau feel tak sama macam live

      ye, memang berebut dengan anak aje
      tu yang maleh tu, asyik dia aje tengok kartun...tapi sonok juga melayan...hehe

      Delete
  14. WAH ANAK SOLEH N BAIK NI RAJIN BALAS BUDI BAIK AYAH IBU TAHNIAH...

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah kan kak Paridah...semoga si Sal ni cepat bertemu jodoh dengan lelaki soleh dan beriman aminnn

      Delete
  15. masak apa tu,,,,tepung , kurma dan minyak sapi..x boleh nk guess lah

    ReplyDelete
    Replies
    1. samalah.. tak boleh nak guess jugak..
      cekodok kurma ke ? ke kek kurma ? ehehe..

      Delete
    2. kuih makmur..biasa orang buat inti kacang, kitorang buat inti kurma

      Delete
    3. E eh,...kuih makmur inti kurma? Tengah cuba bayang keenakannya.

      Delete
    4. akak tak pernah makan ek?sedap la...tapi nak bakar tu tak boleh lama sangat, nanti kurma jadi keras dan liat

      Delete
  16. rupanya minat bola datang dari darah ayah lah ni eh :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. minat Liverpool tu datang dari dia lah..hehe

      Delete
    2. like father like daughter... hihi

      Delete
  17. sabtu mggu ni nak ikut x g putrajaya??

    ReplyDelete
  18. hehehe iols kalo ada kat KL mmg dah book Kak Sal dah sabtu depan..
    xdok kat KL je citernya.. nanti kita ngedate k Kak Sal.. hehehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak nak lah date kat KL, nak ngedate kat Penang..haha

      Delete
    2. akak kalau turun utara nak sampai Hatyai terus..haha

      Delete
    3. uiiiit mari naik utara ni.. ngedate.. alamak Hatyai pulak..
      satu satulaaaaah akak oooi =D

      Delete
    4. hahahaha, kak Sal kau memang tamak haloba!

      Delete
  19. Betul sangat bahawa tinggal serumah dgn orgtua perlukan sabar yg tinggi.

    Saya yg jaga abah sat sat di hospital pun terpaksa guna seluruh sabar, saikologi n ikhlas yg ada.

    Tapi heran ya.... mak abah boleh jaga kita dulu ramai ramai...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan, padahal kita dulu lagi macam-macam ragam dan perangai..

      Delete
  20. ingatkan sal nak cerita pasal buat biskut tu . tetba je dah sampai kat bola ... hahahaaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha, memang style saya tulis blog macam ni sis Vee..macam-macam cerita nak sumbat satu entry.resepi biskut?huhuhu, belum layak lagi kot. ;)

      Delete
  21. tinggal dengan famili mmg besar cabarannya..tp pahala besar jaga mak ayah.rajin rupanyak cik sal..dah la rajin masak, mengemas, bola depan pun expert..untunglah sapa dapat..lebih2 lagi yg sama2 kaki bola hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. bila time rajin tu rajin la kak PK, tapi most of the time malas..kalau tak, takdelah tajuk entry ni sabtu yang malas.bola sepak?pas kahwin rasanya tak follow dah kot kak..

      Delete
  22. Sempat juga kat hujung2 tu menyelit tentang bola ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha,entry kalau taip sesuka hati macam tu lah..

      Delete
  23. masak apa tu...share resepi kalau senang

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha, kalau nak resepi, bukanlah di blog ni ;p

      Delete
  24. memang syok duk umah parents. tapi betul, kadang2 kena bising juga. x masak la, x bersihkan bilik air la. hehehe. kadang2 bab masak tu, suh adik je. sebab dia rajin. kita masak2 ni, lahai. mals benor..

    SHahid Kapoor! omg, my pakwe!! eh :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama la..bab masak ni memang memanjang pas kat adik..hahaha

      Delete
  25. Cuti yg best dipenuhi dgn pelbagai aktiviti tido...hahaha

    ReplyDelete

Thanks sudi baca. Komen je apa-apa korang suka. Lagi panjang lagi best

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Template by BloggerCandy.com