Tomorrowland Review

Monday 25 May 2015

 Of all the people, why me?

Because we think you can fix the future

Masa kawan aku ajak tengok filem ni, aku blur sekejap. Biasalah aku, bukannya alert pun kewujudan filem-filem terbaru kat wayang. Lainlah kalau filem-filem Superhero dari Marvel atau DC, yang tu memang aku mark kalendar awal-awal supaya tak terlepas. First step, aku google for reviews, dan baca sepintas lalu. Most critics kata filem terbaru Disney ni takdelah best sangat, buatkan aku jadi skeptical. Takut jadi macam filem 'Into the Woods', hype je lebih.

Tapi memandangkan aku percaya yang citarasa orang adalah berbeza-beza, aku pergi menonton filem ni dengan fikiran dan hati yang terbuka. Who knows, it might be fun, right?


Filem ni mengisahkan Casey Newton (Britt Robertson), anak kepada bekas engineer NASA yang sukakan Sains dan risau melihat keadaan dunia yang makin lama makin diancam kebuluran, bencana alam dan peperangan. Suatu hari dia telah menerima pin lapel misteri yang kalau dia pegang je, dia akan terus di bawa ke dunia futuristik yang digelar Tomorrowland. Out of curiosity, Casey pun menyiasat dari mana pin tu datang, dan dia terjumpa budak pelik bernama Athena (Raffey Cassidy) dan Frank Walker (George Clooney).  Together, mereka pun membongkar misteri kewujudan Tomorrowland dan macamana diorang nak menyelamatkan masa depan.

Pendapat aku? OK, I guess. Tak menghampakan kalau kau minat filem-filem Sains Fiksyen. Macam biasa, masalah yang sama just like masa aku menonton 'Interstellar'. Aku cuba mencari logik dan fakta Fizik sampaikan aku lost dalam jalan cerita. Itulah masalahnya kalau kau terlebih faham Sains! Huhuhu. Tapi Tomorrowland takdelah seberat 'Interstellar', boleh enjoy dengan senang hati sebab after all, it is a Disney movie. Ada part kelakar, ada part yang touching. Tapi mesej filem ni besar. Tentang sifat manusia yang mudah putus asa dan dah tak ambil kisah apa nak jadi dengan bumi ni.

Aku suka giler lakonan Raffey Cassidy sebagai Athena! That girl can definitely pergi jauh! Scene favourite aku adalah masa dekat kedai collectibles 'Blast from the Past'. Memang awesome!Aku bagi filem ni tiga dari lima bintang. Tapi tu pendapat peribadi aku. Taste orang kan tak sama.

Till then, thanks for reading you alls! Aku nak gi tidur dulu. Assalamualaikum!!

38 comments

  1. dah lama tak tgk movie kat panggung

    ReplyDelete
  2. Akak baca review ni tak terliur pulak nak download free bila movie ni available untuk ditonton di rumah!

    Baru ternampak kat tepi highway pasal filem ni tapi awat pulak akak dok ingat pelakonnya Jason Stantham yerk! Nampak sangat rabun tahap tak boleh blah sampai pelakon pun silap rupa!

    ReplyDelete
    Replies
    1. jason stantham tu botak kak oi, george clooney ada rambut, mana sama..hehe

      Delete
  3. Kalau anak kakak suka ni Sal
    Tapi kakak ni memang dah malas nak menonton masuk panggung..

    ReplyDelete
  4. Alamak! Cite2 mcm ni sy mmg kureng sket ;) wpn ada george clooney

    ReplyDelete
  5. Anak akak mesti suka cerita macam ni. Kalau mak dia...nak tgk filem2 romantik aje...hihi

    ReplyDelete
  6. sudah kurang minat layan cerita fiksyen, sebab tak tercapai dek akal yg karat ni...hahaha..
    tapi klu k.sal kata best tu kira best la cerita ni kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Samalah ngan akak Syida. Citer2 begini kalau time ada mood baru layan :)

      Delete
  7. oh, macam interstellar juga ke.. saya x layan lagi. malas la. nak donlod je..

    ReplyDelete
  8. Menarik juga review Sal ni.. mcm nak tengok je. Thanks sharing eh.. :) :)

    ReplyDelete
  9. sy tak minat sains fiksyen. belum apa2 dah tak minat, tp baca review ni sampai habis tau..apa filem pun pengajaran n mesej yg nak disampaikan tu penting..sayangilah bumi!haha..

    ReplyDelete
  10. Tgk gazet dlm tv macam best je cite ni...george clooney tu feveret gak tu...tp pe2 hal nk tgk san andreas dulu la...

    ReplyDelete
  11. dah lama ak tgk wayang sejak ada anak!huhu..



    Singgah blogwalking...:)
    Nak tahu ade diabetes ke tak?Jom cek kat sini:
    http://blogmummyrifqiy.blogspot.com/2015/05/tanda-tanda-diabetes-yang-anda-mesti.html

    ReplyDelete
  12. Lama tak nonton wayang...

    ReplyDelete
  13. sis klu cerita fiksyen mmg x blh masuk ... heeee

    ReplyDelete
  14. Singgah pagi...
    mcm menarik je...hihihi..

    ReplyDelete
  15. salam jumaat sal...baca sinopsis ni ok gak ceritanya tapi dah tak larat nak masuk panggung ...giliran anak2 pulak...maknya tonton kat tv je.

    ReplyDelete
  16. Ohhh....cerita fiksyen ek Sal.....okje suka gak layan cite cenggini. Intersteller tu best ......tp betul kata Sal, mmg agak susah jugaklah mak nak faham....

    ReplyDelete
  17. mcm best je review collectibles 'blast from the past' tu..apakah bendanya tu ye..hishh..dgn tonton ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. collectibles..kedai barang-barang lama dan rare.

      Delete
  18. Ok... Nak download... Jimat tiket wayang... he he he...

    ReplyDelete
  19. Ok... My taste science fiction...

    ReplyDelete
  20. saya main redah je cerita apa tapi dah lama tak tengok cerita omputih :')
    last tgk avengers ^^

    ReplyDelete
  21. SESEKALI NONTON MOVIE KAT TV JER HEH...HEH..

    ReplyDelete
  22. SESEKALI NONTON MOVIE KAT TV JER HEH...HEH..

    ReplyDelete
  23. 3 drpd 5? mgkin sbb sain fiksyen...ada gak tgk thriller..mcm best..maybe betul kata Sal...taste org kan x sama

    ReplyDelete
    Replies
    1. OK je...takdelah gempak sangat sampai dah keluar pun teringat-ingat..

      Delete
  24. teringin nk tgk wayang tapi x de org nk temankan

    ReplyDelete
    Replies
    1. alahai ciannya...apa ni SS, temankanlah chenta hati u olls ni..hehe

      Delete
    2. jom JM kita temankan....jnji belanja popcorn hehehhh

      Delete
  25. tgk trailer mcm best ja cita ni

    ReplyDelete

Your comment is highly appreciated. Komen dengan berhemah