Saturday, 16 May 2015

Hilang!

Amaran : Entry ni panjang!

Aku ingatkan lepas selesai Pesta Buku, lepas selesai buat report dan inventori, aku bolehlah rileks sikit. Well, maybe aku agak rileks bab kerja, tapi tidak dari sudut peribadi. Kalau korang berkawan ngan aku kat FB atau follow twitter aku, mesti korang perasan yang something big happened.

Selama ni aku just baca dalam media sosial dan surat khabar, tapi tak pernah menjangka akan terjadi kat ahli keluarga aku sendiri. Sepupu aku hilang! Masa dapat berita tu dalam group whatsapp family Khamis lepas aku ingatkan benda ni bergurau je padahal ikut logik takkanlah orang nak buat lawak tak kelakar macam ni. Aku terus call pakcik aku dan dia sahkan berita tu.

Malam tu aku gi rumah diorang, tapi hanya anak-anak diorang je ada kat rumah. Pakcik aku masih kat luar, mencari berdasarkan cerita random dari orang-orang yang kata ternampak sepupu aku. Tapi akhirnya diorang balik ke rumah dengan tangan kosong.

Sepupu aku tu perempuan, sekolah menengah. Dia keluar rumah petang Rabu , tapi tak balik-balik. So, malam tu parents dia terus buat report polis. Aku rasa ramai orang kat Malaysia ni masih salah faham bab melaporkan kehilangan ni. Ada yang ingat kita kena tunggu 24 jam untuk buat laporan 'missing person'. Kalau yang hilang tu kanak-kanak or remaja bawah umur, tak payah tunggu 24 jam. Even dalam masa setengah jam pun macam-macam boleh jadi. So, take note ya!

Dan semalam aku dapat call dari seorang sepupu aku, dia bagitau sepupu aku yang hilang tu dah dijumpai oleh polis. Alhamdulillah. Semalam katanya parents dia dah pergi ambil dan sekarang ni dah ada kat rumah. Kitorang dah berpakat sesama kitorang untuk bagi diorang ruang selesaikan masalah sendiri dan berehat buat masa ni. Aku tau diorang penat. Pakcik ngan makcik aku tidur ngan makan pun tah ke mana. Dah reda baru kami akan pergi menziarah.

Memang mencabar mendidik anak remaja di zaman moden ni. Zaman aku dulu kawan-kawan semuanya nampak depan mata, parents pun kenal, berbanding sekarang kawan ada di alam nyata dan alam maya. Ada Wechat, BeeTalk, Twitter dan entah apa-apa di luar sana. Macam aku berkawan dengan korang. Even aku yang dewasa ni pun terkadang silap percaturan, apatah lagi remaja macam sepupu aku tu. Bahasa pasarnya orang kata 'budak baru nak up'. Tengah nak mencuba, mudah terikut-ikut kawan. Kita semua pun pernah remaja, pernah melalui fasa 'rebel', pernah jugak nakal.

OKlah guys, aku nak keluar jap lagi. Plan yang hampir aku cancel sebab takde mood. Huhuhu. Nanti lah aku update story aku gi mana. Takdelah teringin sangat pun tapi sekadar memenuhi keinginan kawan baik dan adik aku. Boleh pulak dua-dua sekali request benda sama. Sabotaj aku apa!

'Kehilangan' buat aku realise kita kena appreciate orang-orang yang kita sayang.. So, layankan jelah permintaan pompuan dua orang tu! Hahahaha.


Thanks for reading, lovelies!

46 comments:

  1. Adussssss... SS dulu pon nakal jugakk... Perasaan nak lari umah tu mmg ada... He He He...

    ReplyDelete
    Replies
    1. perasaan je ada takpe, tapi tak buat kan SS?ke buat?hehehe.nakal gak ek SS ni...

      Delete
    2. Zaman muda remaja laa CIk Sal... Sekarang remaja purba pon nakal gak... Ha Ha Ha...

      Delete
    3. I ni pernah tersedu2 nangis kena marah, pack baju konon nak larii.. nasib waras lagi.. xjadi.. haha.

      Delete
    4. hahaha..Syida, biasalah zaman remaja.fikiran tu senang dipengaruhi kawan-kawan.ingat duduk jauh ngan keluarga bahagia sangatlah, padahal lagi hazabedah.

      SS, jangan buat lagi lah..dah jadi remaja purba ni lari orang tak heran nak cari..hehe

      Delete
  2. Alhamdulillah, dah jumpa. Tak dapat bayangkan betapa panik dan resahnya ibu bapa yang kehilangan mestika hati mereka.

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya yang sepupu ni pun dah risau separuh nyawa, kalau ibu bapa lagilah..kesian saya tengok keluarga sepupu saya.nampak tenang, tapi dalam hati Allah je tahu.

      Delete
  3. Betul cakap Sal. Membesarkan anak pada zaman skrg ni cabarannya amatlah besau!

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak taulah anak-anak kita nanti cmane..risau kan?huhu

      Delete
  4. Cabaran anak remaja skg ni lebih hebat dr zaman kita dulu...makin canggih makin hebat cabarannye...tumpang simpati ats pe yg terjadi sal...alhmdulillah sepupu sal dh djumpai..

    ReplyDelete
    Replies
    1. yelah kak D sebab pengaruh luar banyak...diorang boleh terjebak entah dengan siapa-siapa.

      Delete
  5. Syukurlah sepupu Sal dah ditemui. Betul tu, jangan kacau mereka lagi. Beri ruang untuk masing2 koreksi diri..

    Zaman saya remaja dulu tak pernah dengar anak hilang. Budak2 bawah 10 tahun hilang di supermarket pernah dengar tapi dijumpai semula biasanya tak sampai 30 minit. Tapi budak sekarang yg hilang tu peringkat remaja, hilang pula berhari2, berbulan2 dan ada yang bertahun2 tak jumpa. Yang paling malang kebanyakan yg hilang budak perempuan. Usia hormon tengah tumbuh berkembang memang bahaya....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sesetengah kes remaja ni biasanya bukan hilang, tapi lari.

      saya pun dah pesan kat abang-abng kepada sepupu saya tu supaya jangan marah dulu adik diorang.takut dia ulang balik.so far belum sempat nak korek cerita sebenar.takpe, biar diorang rehat dulu

      Delete
  6. Alhamdulillah,lega kan bila dah jumpa ni. Memang mencabar,kathy sendiri merasainya sebagai ibu yg pnya anak remaja.

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang lega sangat sis Kathy...syukur sangat-sangat..semoga Alla lindungi kita dari kejadian-kejadian macam ni

      Delete
  7. masih baik jumpa ye.memang mendidik anak2 Sekarang cukup cabaran..risau dibuatnya kan sal..harap semuanya kembali stabil

    ReplyDelete
    Replies
    1. syukur sesangat PK. Nasib baik dia dijumpai dan dalam keadaan selamat.semoga walau apa pun masalahnya akan selesai.

      Delete
  8. Kecut perut bila baca kes hilang2 ni. Zaman sekarang, agak mencabar juga nak mendidik anak. Garang sangat salah...dibiarkan aja pun tak boleh....eerrmmmm

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulah kak Fidah, garang salah, lembut sangat pun salah...huhuhu

      Delete
  9. panjang? sekali nafas dah habis kih kih kih

    ReplyDelete
  10. ishh...kalau bab org hilang ni mmg cuak lah hai....

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang kak..tak pernah jangka jadi kat keluarga sendiri.masa dapat berita tu memang terkejut sangat.sebelum tu kitorang dok wasap apa semua OK je

      Delete
    2. Bukan cuak lagi.... Rasa nak mati...

      Delete
  11. nasib baik buat laporan polis..hilang hari rabu..selepas berapa hari baru jumpa?..jumpa kat mana?...ke mana dia pegi...ishh...sis JM lak yg cuak

    ReplyDelete
    Replies
    1. hilang Rabu, petang Jumaat baru jumpa...2 hari, tapi cukup lama bagi ahli keluarga yang dok risau ni...huhuhu

      Delete
  12. Aduss.. bab hilang atau lari rumah ni mmg sgt2 suspend.. mmg merisaukan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang risau..dahla perempuan..huhuu

      Delete
  13. Alhamdulillah, nasib baik jumpa.

    ReplyDelete
  14. alhamdulilah ,jumpa akhirnya.Kakak pun risau juga sebab ada 2 anak dara ni ,dah lah tinggal berjauhan...memang mencabar sungguh jaga anak zamn skg kan....

    ReplyDelete
  15. masha ALLAH, nasib baik dah jmpa... jenuh la macam tu. hmmm... info baru pasal kak Sal cakap tu. saya ingatkan mmg sume kena tnggu 24 jam. okay2, maceh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kanak-kanak or remaja kalau hilang, tak payah tunggu lama.nak report immediately pun boleh.24 jam tu untuk orang dewasa

      Delete
  16. bc entry ni tingat kt 2 pupu thn lps hilang jg.. merata cari smpi pakcik dia mintak tlg kt FOBN... last2 rupanya dia menyorok kt umh kwn dia...ggrrrrrrr

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulah,kita kat rumah ni punyalah risau takut kena jual ke apa ke

      Delete
  17. Macam2 budak sekarang ni.. cepat sentap.. Klu kena marah sikit mulalah nak larii.. pantang kawan ajak wat apa2 cepat ja nak ikut.. Risaunya.. Adik i ni pun nakal leh tahan.. Kadang2 susah hati fikirkan dia.. Nasib jumpa balik.. Harap pasni xjadi lagi kan kak sal..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulah Syida, risau sangat. Marah salah, tak marah lagilah..harap-harap kejadian ni tak berulang lagi.pening kepala fikir

      Delete
  18. Replies
    1. tak sempat lagi nak buat edisi siasat la ZF...hehe

      Delete
  19. laaa. sipbaikla dah jumpa no? tu la kan betul kata cik sal. dunia zmn skrg ni mmg cabaran lg besar.

    ReplyDelete
  20. zmn sis dulu masih tertututp . masih patuh dan akur pd ibu bapa wpun marah, geram n sebagainya . berbeza dgn sekrg yg byk sgt pengaruh luaran terutama media sosial . itulah cabaran menjadi ibu bapa zmn teknologi ... alhamdulillah dah ditemui . semoga dipermudahkan segalanya ...

    ReplyDelete
  21. ya Allah risau nya... nasib baik jumpa.. zaman skrg mmg jauh beza dgn dulu... huhu

    ReplyDelete
  22. Ya Allah! Nasib baik jumpa semula. Kalau kita di tempat makpak dia pun, haruslah haru-biru hidup! Anak hilang weyh.... bukan benda boleh buat main. Minta dijauhkan musibah sebegini daripada menimpa diri, keluarga dan kenalan semua. Akak pun ingat kalau hilang mesti kena tunggu 24 jam tapi dok fikir juga, kalau tak melapor dalam masa 24 jam macam-macam hal boleh berlaku. Baik-baik sempat diselamatkan entah ke mana dan apa jadinya kalau ditunggu selama 24 jamkan.

    Eh, seriaulah akak baca kisah sepupu Sal ni. Minta jauhlah.... takutnya bila dengar kisah sebegini. Nak jaga anak di zaman moden ni memanglah susah. Syukurlah ada dua anak lelaki tapi tak tahu lagi. Macam-macam perangai juga walaupun katanya lelaki 'tak luak mana pun' ....

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu lah kak, mintak jauh..anak lelaki pun kena hati-hati jugak.takut pengaruh kawan-kawan.

      Delete
  23. Takutnya Sal......
    Tulah selalunya kita baca kat paper pasal berita hilang ni tup tup kena family sendiri...
    Dah tau ke kemana budak tu pergi Sal masa hilang tu....ko dah investigate lum? Tak sabar mak nak tau ni hihi...

    ReplyDelete

Thanks sudi baca. Komen je apa-apa korang suka. Lagi panjang lagi best

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Template by BloggerCandy.com