Thursday, 26 March 2015

Seminggu dua

Assalamualaikum dan apa khabar semua!! Aduh mak ai (pinjam trademark Hud - Cinta Ilahi), rindu giler nak tulis blog! Kepada yang baca entry ni mesti dapat detect yang seminggu dua ni aku agak jiwa kacau. Berat rasanya nak bercerita kat blog sebab terlalu peribadi, lagipun aku tak nak panjangkan hal tersebut. Aku bukan jenis yang suka meroyan kat media sosial, tapi entahlah bila aku tulis kat sini dan luahkan kat korang, rasa lega sikit hati aku. Sometimes it feels better to confide in stranger, because they don't judge you.

Thanks a lot kak MD, Farah, kak Farrah MF, Ibu Sham, Wanie, Abang Khir, kak Kathy, kak JM, Scha, CT Humairah, SS, Nazeck, abang MKL, kak Fidah, kak Deanna dan ramai lagi (tak mampu nak taip semua!) yang still sudi datang komen kat blog aku ni dan memberi kata-kata semangat walaupun korang tak tau pun apa masalah yang aku lalui. Segan pulak sebab aku sendiri takde mood nak balas kunjungan time tu.

Dalam seminggu dua ni aku belajar banyak benda. Betapa manusia selalunya leka. Bila dah dilanda ujian baru nak berlama atas sejadah. Kalau tak, doa cepat-cepat pastu blah. Allah, sayangnya Kau dekat aku yang banyak dosa ni. Bak kata ulama', mungkin Allah uji kita sebab dia nak kita mengadu dekat Dia. Sebab hati kalau dah keras dengan dosa, memang susah nak menangis! Syukur, ujian ni buat aku makin dekat dengan Dia. Moga aku istiqamah.

Seminggu dua ni aku sedar, yang aku masih ada kawan. Yang still sudi layan aku bercerita walaupun diorang pun sibuk dan serabut dengan masalah sendiri. Thanks korang! You know who you are! (tu pun kalau korang terbaca entry ni lah kan)


Seminggu dua ni buat aku hargai keluarga aku. Sepanjang minggu diorang takde sebab gi bercuti, taulah cuti sekolah. Aku tak ikut sebab plan last minute. Aku tak cerita kat diorang pun pasal krisis aku tapi the moment diorang balik aku terus peluk Mak dan anak-anak sedara aku. Diorang pelik agaknya sebab aku kena tinggal sebulan pun takdelah nampak rindu sampai macam tu. Perhaps, bila diorang takde aku sunyi. Dan bila sunyi, hati makin tak tentu arah. Kehadiran diorang macam sejenis ubat yang boleh numb the pain mungkin.

Seminggu dua ni aku belajar yang aku kena kuat dan 'buat pekak'. People will hurt you, tak kisahlah sengaja atau tidak. Takde sape yang nak jaga hati kita melainkan diri sendiri.

Nanti aku free aku sambung blogwalking lagi ek.. Cerita USS pun cam dah tergantung je. Huhuhu. Lately agak busy, which is good. Busy ni boleh distract kita, so fikiran tu takdelah melayang.

See you next time, peeps! Thanks for reading!


81 comments:

  1. Kadang2 bila kite luah masalah kite... Bukan kite mintak orang selesaikan... Tapi semangat... Tul x Cik Sal? Tak mo sedih2... SS kan ada...

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu SS...bkn nk mtk tlg selesaikan...cukup sekadar jd pendengar....tnpa perlu menambah lgi kesedihan...

      Delete
    2. setuju.. bukan suruh tlg setelkan.. at least tlg jadi someone yg sudi mendengar..

      Delete
    3. Kak Sal pun sedih2 kerr.. kita serupa.. hukhukk.. touching plak ai kat sini..

      Delete
    4. hehe..kan.sekadar cari tempat nak meluah.bukan harap ada orang tolong selesaikan. sebab in the end, kita gak kena settle sendiri.

      Delete
    5. SS...JM nak mengadu....setiap kali g training badminton asyik kalah je...maklumlah x penah main..nak serve pun x pandai...mcm mana ni...tournament 11 april...boleh x JM mengadu kat SS ahahaha...mood mengada2 sudah datang

      Delete
    6. SS...JM nak mengadu....setiap kali g training badminton asyik kalah je...maklumlah x penah main..nak serve pun x pandai...mcm mana ni...tournament 11 april...boleh x JM mengadu kat SS ahahaha...mood mengada2 sudah datang

      Delete
    7. alamak, cmane ni SS, kesian kak JM macam ni.kita nak upah Lee Chong Wei jadi jurulatih tak mampu.

      Delete
    8. Amboi ngadu sampai dua kali komen! He He He... Kalah tu sebab bukan Jay Emm tak reti main... Tapi SALAH REKET! Hi hi hi...

      Delete
    9. haha..belilah reket cap Yonex..jangan pakai yang cap Giant..kena jaga standard blogger retis..hehe

      Delete
    10. SS : ahahaha...pesal 2 kali keluar nih...adoyaiii...malu argghhh

      Delete
    11. Sah...REKET yang salah sbb main 2 tahun sekali...kalau beli Yonex tu nanti buat hiasan je

      Delete
    12. haha..reket tu merajuk..sebab tu akak JM pakai skill Lin Dan pun x lepas

      Delete
    13. tak paham apa sis JM kata....pergi training badminton tapi kalah. training mana ada menang atau kalah muahahaha

      Delete
  2. keluarga mmg sentiasa ada di kala kita susah dan senang....mgkin ada hikmah disebalik kejadian tu...cuba sal carik keindahan hikmah disebalik apa yg terjadi...insyaAllah akan nampak sinar yang mula menerangi....

    ReplyDelete
    Replies
    1. so true kak Deanna..banyak benda yang saya 'nampak' lepas peristiwa menyakitkan hati ni.

      Delete
  3. Ada sesetengah masalah yang kita hadapi tidak dapat dikongsikan dengan orang lain... Tetapi kita boleh berkongsi semua masalah yang kita hadapi dengan ALLAH s.w.t..

    take your time ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks acik..memang dekat Dia lah sebaik-baik tempat mengadu.

      Delete
  4. you still hev me (us) semuaaaaa ada sini for you.. its okay untuk diluahkan.. mana yg concern they will lend their ears.. ada pape cakap je.. kami angkut geng pi balun sape yang kaco Kak Sal tu.. ehehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ewah..pinjamkan telingamu CT,tak payah la gi belasah dia.ahahaha. thanks yunk!

      Delete
    2. Kite boleh pinjamkan mata dan jari menaip... He he he...

      Delete
    3. pinjam mata, pinjam telinga, pinjam jari..kalau pulang lambat kena bayar bunga x?haha

      Delete
    4. eeeeh si SS ni.. babap kang hahaha.. janganla tak pulang kak.. kang jatuhlaaa saham hantaran daku..

      Delete
    5. haha..mesti akak pulangkan..nanti marah MamiZ ngan DediZ kat akak..

      Delete
  5. Walaupun ai tgh mood swing ke laut sekarang ni, nak jugak ai ceriakan hati Kak Sal..
    Be strong akak.. klu tgk akak strong, mayb ai pun akan strong jugak.. Mungkin betul akak kan, ujian dtg sebab Allah sayang kita, nak kita ingat dan lebih dekatkan diri dengan-Nya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. QA pon sedey jugak kerr??? jgn sedey2 tauuuu....nnti stress....jom kita zikir...mgkin hilang sikit rasa xbest tuhhhh

      Delete
    2. aiseh, QA pun sedih gak ke?berjangkit nih! meh la kita ceria-ceriakan diri.ikut nasihat kak Deanna..

      Delete
  6. dunia dan manusia mmg begitu... just pekakkan telinga dan teruskan hidup

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe..betul tu.hidup perlu diteruskan.asyik nak fikir apa orang cakap memang tak ke mana.

      Delete
  7. Sabar ye sis.. Takpe,kami sntiasa ada untuk mu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks kak kathy..terharunya. ;)

      Delete
  8. Masalah itulah yg mematangkan kita. Dan setiap pengalaman adalah guru terbaik yg mengajar kita erti tabah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. so true...kalau tak melalui kepahitan, kita takkan faham indahnya kebahagiaan.ewah pepatah pujangga di pagi hari.

      Delete
  9. adakalanya keseorangan itu perlu utk kita mencari ruang utk diri sendiri . memikirkan apa yg sudah dan mungkin akan berlaku . klu nangis pun family x nampak ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya memang elak menangis depan family, so that diorang tak susah hati.kadang-kadang kita perlu bersendirian untuk evaluate diri.

      Delete
  10. kadang- kadang Sal,kita tak sedar pun sebenarnya masih ramai yang sayangkan kita,walaupun tak pernah bersua kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah kak ana, rasa macam artis kejap.

      Delete
  11. Moga lepas ni benda-benda manis sahaja yang berlaku ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. hopefully..yang lebih penting adalah bila benda pahit berlaku, kita tak mudah melatah.thanks for the prayer my dear ;)

      Delete
  12. mudah2an coretan disini dapat mengurangkan beban yg ditanggung..

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup...bila menulis kan dapat kurangkan tekanan

      Delete
  13. bertabah lah hadapi dugaan sal...kehidupan ini kadangkala memeritkan ,pekak kan telinga apa yang orang kata.

    ReplyDelete
  14. Replies
    1. saya suka..sebab bila busy takdelah nak fikir benda sedih-sedih.

      Delete
  15. Huwaaa, be strong kak Sal. I mish you kakkk! nanti tegur2lah kita kat twitter taw! muahh!

    ReplyDelete
    Replies
    1. of course dear!hehe..mish you too ;)

      Delete
    2. Sedey SS tak de twitter... :-(

      Delete
    3. buatlah twitter SS, boleh bertwit-twittan..hehe

      Delete
    4. kalau dia ada TWITTER..sis JM org pertana nk tweet Sal!!!!

      Delete
  16. assalamualaikum sal, bertabah lah ya semoga sal kembali gumbira di hari mendatang insya allah

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam. thanks kak Noor..

      Delete
  17. berat bunyinya bebanan yang ditanggung tu
    hopefully sal dah gets better now. benar apa sahaja dugaan yang dilalui
    ingatlah ALLAH sebab DIA sentiasa ada
    tak lupa juga keluarga, keluargalah pencetus kekuatan kita
    glad sal ada kawan yang memahami, kalau akak dulu
    mati kering sesorang...hehe

    apapun, perjalanan ni pada akak, kita yang pilih
    kita nak ceria, kita nak jadi sebaliknya, semua kita
    betul, kadang kita kecewa dengan jalan tu
    tapi in the end kita akan rasa bangga sebab kita mampu lalui jalan tu =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu kak YY, kalau kita pilih untuk terus memendam rasa, silap gaya boleh 'mati beragan'. the best thing to do adalah move on, sebab banyak lagi jalan untuk kita pilih. thanks kak YY ;)

      Delete
  18. kak pun diuji sal. berat kepala memikirkan. nak buat aoa pun takde mood. akhirnya akak bangkit dan percaya semua yg berlaku dah ditakdirkan. Allah dah rancang sesuatu yg lebih baik untuk kita, Bersabarlah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks kak Anim...saya doa akak pun be strong jugak, moga Allah permudahkan urusan..

      Delete
  19. walaupun sis JM ngak tahu apa masalah yg Sal tempuhi seminggu 2 ni adakah melibatkan 'perasaan'...yg penting Sal perlu tabah..hadapi dengan tenang..mgkin ada hikmah di sebaliknya. Itulah asam garam kehidupan..Allah beri ujian kerana beliau sayang

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks kak JM..melibatkan perasaan lah jugak, tapi segan nak cerita.tak apalah, saya dah maaf dan lupakan apa yang jadi. sayang kak JM banyak-banyak! lebiu!!!

      Delete
    2. Nampak tu Cik Sal? Jay Emm dah kuarkan perencah asam garam!

      Delete
    3. nnti senang laa nak masak sal...asam garam dh de tuhh hahahaaha

      Delete
    4. hahaha..asam garam tak kena GST kan?hihi..takut kak JM cas plak.

      Delete
    5. SS : nak masak asam pedas...nak?

      Delete
    6. x de asam garam x sedap..ibarat x de KICAP JALEN

      Delete
    7. Sal..utk org2 kesayangan no GST!

      Delete
    8. kak JM nak masak asam pedas ke? saya nak...hehe

      Delete
  20. Mcm berat je masalah kak Sal. Huhu. Sabar laaa.. Ana pun sama cam kak sal..ana ni sebab masalah bertimpa2 jugak sebenarnye sampai xle nak hapdet blog.

    ReplyDelete
    Replies
    1. takdelah berat sangat..cuma bila melibatkan perasaan ni nampak cam berat plak.

      tulah, akak tunggu gak Ana update blog.tapi macam sepi je..huhu

      Delete
  21. Sama-sama, Dik Sal. Ada masa mendengar, kita dengarlah luahan hati kawan-kawan walaupun hakikatnya kita bukan kenal mesra manapun. Nak membantu tak tahu asal usul cerita. Beri nasihat pun main agak-agak aje *_*

    Akak harap by now, masalah itu sudah beransur-ansur terhapus keluar dari hati Sal yang lara tu. Betul tu, Sal. Kita jarang menghargai orang yang rapat dengan kita. Bila dah tiada, barulah kita sedar betapa pentingnya mereka. Kita juga sering terleka daripada mengingati-Nya, tapi bila dilanda musibah, hanya pada-Nya sahajalah tempat paling sesuai untuk kita mengadu. Sekurang-kurangnya kita tersedar bila ditimpa musibah. Itu pun satu kebaikan juga dalam hidup kitakan!

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu kak MD..masalah ni kadang-kadang boleh kejutkan kita dari kelekaan.asyik seronok je,tak sedar diri tu dah lama tak mengadu pada-Nya.

      banyak sangat fikir nanti diri sendiri pulak yang tersiksa kan..saya dah maafkan kesalahan orang yang suka bercakap tak fikir perasaan orang tu

      Delete
  22. Hidup kita bukan hanya untuk please orang semata-mata. Buat aja apa yg difikirkan terbaik untuk kita..
    Stay strong babe!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu kak Fidah!asyik nak fikir orang, kita jugak yang tertekan nanti..huhu

      Delete
  23. Tak suka tau kena jawab teka teki..... cer cite direct to the point ni ha hakak mertua ko nak bizi body hihi....
    Apa pun moga segalanya dipermudahkan yer Sal...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hamboi Mak Jilap ni busy body ye..takpelah, dah forgive n forget..kita bukak buku baru ye

      Delete
  24. Tak suka tau kena jawab teka teki..... cer cite direct to the point ni ha hakak mertua ko nak bizi body hihi....
    Apa pun moga segalanya dipermudahkan yer Sal...

    ReplyDelete
  25. sabar lah banyak2 ye kak Sal. saya kalau ada masalah memang x cerita dekat family. sebab rasa macam diorang dah ada banyak masalah masing2.. dekat kawan2 je boleh cerita. dekat family tempat bermanja..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu!sebab tak nak diorang risau terutama mak ayah.diorang cepat panik...huhuhu.kalau kawan biasanya diorang akan buat lawak lebih kurang, kita pun happy balik

      Delete
  26. Sabar sal setiap manusia diuji oleh Allah SWT. Samada yang patuh perintahnya mahupun ingkar tetap diuji.

    Lain kali kalau ada masalah perlukan seseorang untuk diluah boleh cari sis JM atau SS diorang ada buka kaunter untuk mengadu :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha..memang boleh buat aduan rakyat kat diorang tu..

      Delete
  27. manusia bila senang mudah lupa . .

    ReplyDelete
  28. kenapa ni kak sal... mcm da masalah ja... xmau simpan lama2 dlm hati...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihihi...takpelah yang, dah settle pun masalah tu.akak x nak fikir pun.buat sakit hati je.

      Delete

Thanks sudi baca. Komen je apa-apa korang suka. Lagi panjang lagi best

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Template by BloggerCandy.com