Monday, 9 March 2015

Kenapa aku single?

Hari tu hari Jumaat. Tetibe rasa malas gila nak gosok baju gi keje. Mungkin sebab dah buat rekod pakai baju kurung gi office sampai 3 hari berturut-turut. Since hari tu boleh pakai casual, sambar ajelah jeans, jersey dan shawl cotton.

Satu peristiwa terjadi masa aku naik lif kat tempat kerja. Masuk je nampak penulis lirik lagu 'Di Pintu Syurga', Iman Imran. Dia dengan kawan-kawan dia. Dalam ramai-ramai tu, ada seorang yang sejuk mata aku ni memandangnya. Mungkin kerana dia pakai baju Melayu kaler hijau, padahal kawan-kawan dia yang lain ada je lagi hensem.

Aku senyum kat Iman tu. Tak tengok pun kawan-kawan dia. Dia senyum balik. Tetibe Encik Baju Melayu tegur:

"Wah..penyokong Liverpool ke?".

Aku yang dok humming lagu Di Pintu Syurga dalam hati tergamam sekejap. Alamak, dia cakap dengan aku. Eh...cmane dia tahu ni? Adoi, Sal, kan kau pakai baju Liverpool! Kot kau pakai baju JDT dia kata lah kau sokong JDT! Chill, brain, chill.. nak jawab apa ni? Nak jawab apa ni?

"Sokonglah...kot?".

Ceh, itu je respons yang keluar dari mulut aku! Kot? Kot? Kau tak cukup tidur sebab tengok bola selama ni dan kau jawab tu je?

"Eh, boleh pulak kot. Tak sure ke?." 

Lebih kurang macam tulah Encik Baju Melayu jawab balik. Encik Penulis Lirik tu pun ada cakap something tapi aku macam blur pulak. Untuk mengelakkan epic fail bertambah fail, aku sengih je sambil doa pintu lif cepat-cepat terbukak.

Aku terus keluar tanpa menoleh ke belakang lagi. Tahniah, kau baru screw up kau punya peluang nak masuk AJL tahun depan. nak borak ngan Encik Baju Melayu tu! Bukan selalu lelaki tegur kau dan kau rosakkan macam tu je!!

Bila aku cerita kat kawan aku, ada ke dia gelakkan aku. Kurang hasam! Tapi memang betul pun. Aku ni bab bercakap memang petah. Dengan orang tua, dengan bebudak, dengan client, tadahal punya. Tapi bila dengan lelaki yang 'ada potensi', terus jadi macam gini...


Sebab tu lah kot aku single? Hahahaha. Bukan sombong, lagipun aku bukan cantik nak jual mahal. Tapi, tulah.. Ain't first time it happened!

Aku assume jelah Encik Baju Melayu kaler hijau tu dah kahwin. Boleh gitu?

Aku rasa pas ni Iman Imran dapat inspirasi buat lagu 'Di Pintu Lif' pulak...

96 comments:

  1. haha.. macam2 akak ni..
    bab ni kita macam sama ja.. hehe..

    ReplyDelete
  2. rasanya klu cuma seorg , blh je bersembang . sbb ramai tu yg jadi kaku je lidah ... kan dah melepas dik sal ... heheheee

    ReplyDelete
    Replies
    1. mungkin jugak.rasa macam semua tengah pandang saya tunggu bagi jawapan.hehehe..tu yang entah apa-apa merepek.

      Delete
    2. xpe..mungkin akan da pluang lagi peh ni..heheheh

      kot2 dia tya soklan sama...skg dh leh pikir nk jwb pe...hahahhah

      Delete
    3. kena pakai baju Liverpool lagi lah.kali ni pakai yang merah tu..lagi nampak.hahaha

      Delete
    4. memang frozen macamlah tetibe ada queen Elsa kat situ..hehe

      Delete
    5. ishhh...kalau sis JM lah kan....terus minta no phone atau buat2 hp jatuh ke lantai lift hehehehe

      Delete
    6. haha..walaupun selalu tengok rom-com dan citer hindustan, tak pandai nak practice in real life.hahaha

      Delete
  3. Replies
    1. belum tentu itu jodoh kita ke abe MKL

      Delete
  4. Bagi lelaki kecantikan fizikal bukan perkara no 1, no 1 ialah kecantikan hati. Tapi kalau dah hati cantik, dpt pula isteri berwajah cantik itu kira bonuslah...
    Ada seorang kawan saya masa bujang dulu pegang falsafah: masa kawan cari yg cantik body, masa kawin cari yg cantik hati...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insha Allah..sedang usaha menjadi wanita yang cantik hatinya ;)

      Delete
    2. tapi Bro JR : org lelaki ni cari cantik rupa dulu...JM pernah kena...si lelaki tu tgk gambar terus minta no phone JM dari kawan..JM cakap x perlu beri nanti budak tu nyesal..mmg betul lepas dah jumpa terus JM kena reject...

      Delete
    3. tak apalah kak JM, orang yang memandang rupa ni kita tak dapat pun tak apa.moga dapat jumpa someone yang betul-betul suka kita sebab kita, bukan rupa.cantik nanti dah tua kerepot jugak!

      Delete
    4. hihi tapi banyak lelaki cakap saja cemtu.. tapi dipilih nya yang utama rupa jugak.. ooops okay maybe bukan semua. kang abam JR fire ngan api Goku plak miahahaha..

      tapi CT stuju.. hati cantik otometik muka pun ada nur jadi cantik jugak..
      mari kita bentuk hati kita suci murni so that kita jumpa pasangan yang seangkatan juga..

      good men for good women =)

      Delete
  5. SS pernah ditegur sebab pakai tshirt Liverpool tu... Tapi nasib SS tak sebaik Cik Sal... Sebab... Yang tegur tu seorang PAK GUARD! Jadi single selamanya pon tak pe kot! No regret! Ha Ha Ha... Nampak naaaaa ko ni memilih kan SS! Ha Ha Ha...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pilih SS, jangan tak pilih...hehehe.Ala,nasib baik tapi tak dimanfaatkan pun tak guna jugak.kan dah sesal kemudian tidak berguna..hhii

      Delete
    2. hahahha pak guard pon ok pa SS

      Delete
    3. pak guard akan men'jaga'mu...sekuat dan semampuku...hehe.jangan marah SS

      Delete
    4. nak bli ikan bilis pon kena pilih SS ni kan plak teman hidup kan hik hik hik

      Delete
    5. ya betul!setuju ngan u olls!

      Delete
    6. Lagu Pak Guard SS & Di Pintu Lif bakal masuk AJL tahun depan.

      Delete
    7. SS..pilih jgn x pilih ...same tu me haruslah memilih tapi masalahnya tak ada sorang yg hendak dipilih..mcm mana nk pilih...ehh...faham ke tidak ahaha

      Delete
    8. kalau bodyGuard SS nk tak heee

      Delete
    9. bodyguard lah bagus, boleh teman travel.selamat sikit dari paparazzi.hehe

      Delete
    10. eeeyh kita ada hak memilih.. pilihlah apa lagi..
      xkan kuasa memilih kat tangan lelaki saja *tetiba emo* ehehe..

      Delete
  6. uih ruginya juma iman tu tapi x tegur! ruginya! aku peminat lagu di pintu syurga pulak! btw blogwalking sini. dah lama x blogging. jemput la tolong sapu sawang kat blog aku yer. -blog kerusiburok-

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe, Iman tu selalu jumpa.dia keje bangunan yang sama. ok, Ajim nanti pergi bawak penyapu ngan vakum sekali..hehe

      Delete
  7. Hehehehhehe... Sis sama dgn adik² kathy,semua penyokong Liverpool,Kathy dan Encik Hubby minat MU. Heheheh.
    Wah,nak dgr jg lagu Di Pintu Lif jika dah da. Hehehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha..kak kathy tunggu AJL tahun depan ye.saya penyanyi dia.. ;p

      Delete
    2. Kena train dari sekarang, Sal. Takut nanti Encik Baju Melayu tu ada nonton, terus Sal jadi kelu kaku. Dah tak keluar dah suara nak nyanyi.

      Delete
    3. kena nyanyi tutp matalah nanti...hehehe

      Delete
  8. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  9. insya allah Sal kalau ada jodoh nanti ada lah tu, boleh pergi bulan madu kat liverpool, ajak kaknoor nanti tau hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. kak noor pernah pergi kan?bolehla jadi tour guide...hehe

      Delete
  10. Kalau dah jodoh nantii sal..sekejap jumpa tetus jadi..

    ReplyDelete
  11. Kalau dgn seseorang yg kita suka mmg selalu jadi mcm tu.. ada aura positif tu hehee.. Semoga berpeluang lagi Sal... aamiin.. :) :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. nak kata suka tak lah kot abang Khir, sebab baru sekali jumpa..hehe.aura positif ada, tapi aura awkward saya lagi kuat..huhuhu

      Delete
  12. Acu yg tegur tu oliver g iroud o vincent syarikat... mesti ko tersipu2 kn? Tp kalu emre can tegur, ko jd mcm bertih jagung kan? Kan? ;) ;) ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau Giroud yang tegur, confirm aku keluar cakap Perancis..tapi kalau De Gea, aku pengsan. mesti dia sempat tangkap.

      Emre Can terer ke cakap omputih?hahaha,kang jadi cam ayam itik

      Delete
  13. mungkin dia jg penyokong Liverpool..ke penyokong musuh tradisi..

    semoga bertemu si dia utk kali ke-2, ke-3, etc, etc...boleh borak pasal bola..

    ReplyDelete
    Replies
    1. manalah tau kan...borak lah sangat, takut tetiba gagap..hahaha

      Delete
    2. amin amin.. moga ada pertemuan seterusnya buat Kak Sal dan abam bola ehehe..

      Delete
    3. ahaha..sejujurnya akak tak suka lelaki yang minat bola.kalau boleh biar minat berbeza.takdelah boring.

      Delete
  14. Kalau ada jodoh nanti, sangkutlah kak Sal. Buat masa ni, chill je dulu :D

    ReplyDelete
  15. Lepas ni pakai baju Manchester United.
    Buat study sikit pasal players MU.
    Nanti kalau ada lelaki tegur, awak boleh berborak dgn rancak nya.
    Hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahha..kalau suruh mengutuk M.U itu saya boleh lakukan dengan rancak.mana boleh Doc, saya bukan lalang.

      Delete
  16. Apa-apa pun..yang penting Happy
    Akak doakan semoga Sal dipertemukan dengan yang terbaik..in Shaa Allah..aamiin..

    ReplyDelete
  17. alahai..en baju melayu baru nak masuk jarum..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha..tulah..cik baju Liverpool silap langkah la..

      Delete
  18. Ayat last paling kelakar, Sal.
    Takpe, kalau jodoh x kemana.
    Mane tau kot2 dapat nota cinta..opsss..nota berkenalan dulu..
    Then, dapat bunga..
    And then dapat coklat..
    Later on dapat bebear..
    Kuat verangan si Shikin ni...
    Takpe, Sal..kalau sok2 jumpa lagi kat lif..jawab biar clear tau..

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha..Dr.Shikin macam saya gak ye, kuat berangan..hahaha..harap-harap kalau jumpa pas ni line clear ye.aminn

      Delete
    2. aaaa love notes cutenyaaa !! suka kalau ada orang tulis something kat
      post-it then tinggal kat meja.. hihi..

      Delete
    3. Amboii adik CT pon tengah verangan ni.
      Nanti akak tuliskan ye. :)

      Delete
    4. oooopsie.. CT tngk drama korea la ni bnyak sngt =P

      Delete
  19. hahaha..
    xpela..
    bkn jual mahal pon..cuma kt pompuan kna la jaga diri ..
    insyallah..sampai masa tiba lah jodoh tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu kak..kita perempuan ni ramah sangat pun tak boleh.kena ada rasa malu tu dalam diri.. ;)

      Delete
  20. Kalaulah hari tu pun pakai baju kurung (hijau) juga, dah tentu sempat ni sesi bibit cinta bermula. Takdalah buat lirik je, terus tulis skrip drama pukul 7 malam tu!

    Sebenarnyakan Sal, memang begitulah. Akak ni pun kalau bercakap bukan main, asyik nak gelak dulu sebelum cakap tapi bila tiba part penting dalam hidup, tetiba je gabrah tak tentu arah. Ni nak imbau kenangan sikit (taulah ni blog orang!) masa mula-mula bercinta dengan HD pastu kena berpisah antara benua, masa final moment tu kan sebelum naik kapal terbang, akak siap tulis skrip dalam komputer lagi. Kononnya, nak ikut skriplah final moment tu nanti. Tetiba bila sampai waktunya, bye-bye jerk yang keluar! Tension tak? Ofkoslah tension, nak berpisah antara benua tu tau. Semua skrip lupa nak ucap!

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha..kak MD, tak cukup blog sendiri, tulis panjang-panjang kat blog orang pun boleh..hehehe. biasalah kak, bila emosi mengatasi, otak terus jammed.signal tak sampai. tak dapat langsung nak buat drama, jadi sitcom terus.hehe

      Delete
  21. mcm saya ya kak Sal... kalau ngan lelaki ja mmg jd lain..hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. kita kan wanita melayu terakhir kekdahnya...

      Delete
    2. hehe..jadi lemah-gemalai agaknya..

      Delete
    3. jadi extra ayu hehehe.. okay gak tau uols malu2..
      kalo CT selamba saja orang pun takot ehehe..

      Delete
  22. Kelu lidah ku untuk berkata, adakah ianya cintaaaaa???? Hihihi...
    Takpe, kak Sal.. Nak buat macam mana kan, itu tindakan spontan.. Moga bertemu lagi di pintu lif... Sapa tahu kan;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. wah gitu...hahaha..pintu lif la dulu, pas ni baru pintu syurga.aminnn

      Delete
    2. wow Kak Ros.. ehehe.. topik kalau lovey dovey memang always hot gitu..

      Delete
  23. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  24. satu company ke Kak Sal ? hehehe famous gitu..
    alaaa Kak Sal tah tah dia suka liverpool plak.. gitu caranya cinta berputik ehehe..

    xpe.. omputih kata..
    'love strikes at the correct time..' jadi dont worry..
    ur putera raja berkuda putih mata biru sedang otw =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan..nampaknya Jumaat ni kena pakai baju Liverpool lagi. mana tau boleh jumpa lagi. barulah you'll never walk alone..hahaha

      Delete
    2. gitu sekali.. huurm dari kerana mata turun ke hati katanya..
      kerana liverpool kata 'ull never walk alone' kan..
      jadi i walk with u together laa.. meow =D

      Delete
    3. hahaha..meow balik!penat dah I walk alone, nak jugak walk together-gether...hihi

      Delete
  25. Agaknya camne lah lirik lagu Di pintu Lif..hehehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha..tunggu juara lagu tahun depan ye kak AB,tu pun kalau tercalon..hahaha

      Delete
  26. Hehe..lepas ni kalau jumpa lelaki berbaju melayu tu lagi, anggaplah tu jodoh..yelah jumpa balik kan..hihi.. ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. ala, keje satu bangunan..ada je jumpa.tapi tak bertegur sapa.hari tu first time.tu pun sebab baju Liverpool.hehehe

      Delete
  27. tingkatkan usaha lagi lepas ni sal...chaiyokkk....hihihi

    ReplyDelete
  28. Haha.....biasalah ....katanya anak dara melayu terakhir tentulah shame shame cat hihi....
    Tak pe ada hikmahnya tu manalah tau nanti Allah nak jumpakan dengan lelaki pakai kot pulak hihi... mcm pemain bola Liver the pool...

    ReplyDelete
    Replies
    1. lelaki pakai kot memang hensem, tapi pakai baju Melayu lagi hensem.saya shy meow meow kan...hehe

      Delete
  29. Sikit je lagi kakk. takpee. maybe akak nebes. takpe. kumbang banyak lagiii :p

    ReplyDelete
  30. sis JM rasa jawapan yg di beri tu dah okey...mmg dah spontan kan..kalau si baju melayu tu suka mesti dia akan cakap kejer level berapa? ada no phone? ...barulah permulaan yg menarik...kalau Sal ada jodoh dengan budak berbaju melayu tu mana tahu jumpa lagi dalam lift...boleh buat lagu..Cinta berputik di dalam lift hihiihh

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe..tak sempat kak nak borak lama-lama.nak fikir jawapan kepada soalan dia tu pun dah makan masa 5 saat.nak turun 2 level je.

      Delete
    2. Kak Sal lepas ni kena prepare jawapan siap2.. wah wah dah macam dokter cinta dah ni..

      Delete
    3. hahaha..kena rehearse depan cermin.hihihi.jangan hafal lain, jawap lain...

      Delete
  31. bagi sis JM itu bukan salah satu reason "kenapa Sal masih single"....yg pasti nasihat sis JM..terima lah lelaki yg beriya2 nak jadikan kita suri dalam hati...boleh membimbing kita hingga ke syurga..so jgn sedih2...amalkan surat Yusuf ayat 4...

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah takde idea nak taruk tajuk entry sebenarnya..tu yang main tibai je.hahaha. Insha Allah, saya ikut nasihat kak JM tu.moga kita sama-sama akan bertemu jodoh yang baik..Amin

      Delete
    2. amin amin.. semoga kita jumpa jodoh yang baik membimbing ke syurga-Nya..
      nanti boleh jadi jiran dalam syurga.. ehehe..

      Delete
  32. mintak supaya berjumpa lagi la psani . huhuu

    ReplyDelete
  33. Kak Sal, nak bgtaw, blog wanie yang lama tu dah tak boleh buka.. norniwanie.blogspot.com...virus barangkali..huhu..so wanie buat blog baru.. kisahatiwanie.blogspot.com.. mohon kak sal support blog baru wanie..terima kasih!

    ReplyDelete
  34. jodoh sal, bukan sebab gugup cakap dengan lelaki
    akak ade adik yang sudah masuk 3 series pun belum berjumpa jodoh
    tak mengapa, ALLAH mengetahui apa yang terbaik buat sal dan adik akak =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. nasib baik adik kak YY tu perempuan, kalau lelaki boleh berkenal-knalan..hehe

      Delete

Thanks sudi baca. Komen je apa-apa korang suka. Lagi panjang lagi best

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Template by BloggerCandy.com