Tuesday, 3 March 2015

Bukan drama adaptasi novel

Pagi tadi, bersarapan dengan Encik X dan Encik G di kantin. Ini bukan situasi yang rare bila 70% staff di office anda adalah lelaki. Tengah-tengah makan, tetibe Encik X tanya:

"Sal tengok tak cerita Teman Lelaki Upahan?".

Automatik aku buat kening The Rock. Aku nampak Encik G senyum sorang-sorang sambil menyuap. Nasib dia tak gelak sampai tersembur roti canai kat muka aku. Aku faham kenapa reaksi dia macam tu.

"Saya tak tengok cerita-cerita macam tu, Encik X..", jawab aku, merujuk kepada drama-drama adaptasi novel kahwin paksa yang dok trending sekarang ni.

"Tak tengok? Jiwa awak tak jiwang lah macam ni".

"Jiwa jiwang saya dah mati", balas aku, selamba. Terdiam Encik X.  Kesian pulak aku tengok muka pelik dia. Nasib baik Mamak datang bawak roti Planta aku, so terus perbualan tu mati kat situ.

Aku rasa dalam hati Encik X mesti dia ingat aku ni memang perempuan takde perasaan. Dahla dia tahu yang aku memang tak layan drama Korea langsung. Encik X juga antara 'geng bola' aku kat office tu since kitorang sama-sama sokong Liverpool.

Berbeza dengan Encik G yang kalau aku tengah sedih, sekilas pandang dia boleh nampak. Dia tahu, aku ni sebenarnya jiwang karat tak boleh nak hilang walau disental dengan Brasso. Sebab aku ni kaki filem Hindustan. Pakcik aku pernah cakap yang orang suka tengok Hindustan ni, kuat berangan. Hahaha, betullah tu kot?

Ultimate guilty pleasure aku yang lagi satu adalah romantic comedy. Lagi cheesy, lagi tak make sense, lagi aku suka! Agak-agak korang berapa kali aku tengok 'When In Rome' dan 'She's The Man'? Tak payahlah tahu, terkejut nanti.

Jauh di sudut hati, aku ni perempuan yang sangat jiwang dan romantik. Selalu kawan aku tegur, aku kalau sayang orang, sayang terlampau. Tak boleh kurang. Tu yang bila kecewa bertahun ambil masa nak sembuh. Nak buat cmane, hidup tak semudah novel. Tak semua kisah ada happy ending.

Demographic facts:
 -Encik X tu kira bos lah jugak. Dah kahwin, anak-anak pun dah sekolah. So, tak perlulah nak clarify kat dia yang aku ni sebenarnya jiwang karat. Hahahaha.
-Encik G antara colleague yang rapat ngan aku. Hampir 5 tahun lagi muda, so dah anggap dia macam adik. Mohon jangan gosip.

Nota kaki: Dahsyat kuasa TV. Sampai orang boleh judge kau dari apa yang kau tonton.

Image google

45 comments:

  1. saya tak minat, tapi wife saya tengok...saya kira saya tertengok jugak la... hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau tengok tu, kena amik pengajaran.moga dapat jadi suami perfect 10.hahaha

      Delete
  2. Nasib baik mamak datang bawak roti... Kalu amik order sekali lagi... Lagi mati! He He He...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha, kalau amik order lagi sekali memang nak kena cepuk lah.tak kisahlah walau dia muka cam Salman Khan sekalipun.hahaha

      Delete
  3. hehehehehe..ok la tu..kathy pun kurang layan drama adaptasi ni.bosan..

    ReplyDelete
  4. Drama adaptasi tak seperti di alam yang nyata. Rasanya dah puas berangan kut ms muda-muda dululah. Skrg berpijak dibumi yang nyata.

    ReplyDelete
  5. sis mmg x tgk drama melayu kecuali bila my kakak nak tgk , maka sis join sajalah ...

    ReplyDelete
  6. Bunda pulak tak mainlah filem2 hindustan dan klasik melayu ...agaknya dah terbiasa dr kecik tengok filem2 klasik ni dok ulang2..dah hafal dah..apa lagi filem hindi yang sejak dulu l satu lagu...tukar2 baju...pemandangan gunung ganang....tambahan pulak filem hindi sekarang ni dah macam filem inggeris...sexy nya ..romatiknye lebih2...drama korea pun dah lama bunda tak layan..

    Kalu drama adaptasi tu ada2 jugak yang bunda layan sebab bunda ni malas baca novel...hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. drama Hindustan sekarang memang dah kureng.saya pun segan nak tengok.selalu repeat cerita lama zaman Shah Rukh Khan je.hehe

      Delete
  7. Akak pun geng filem hindustan...
    Cerita2 romantik pun layan jugak...dah namanya jiwang.
    Sorry Sal..lambat balas kunjungan

    ReplyDelete
  8. yg akak pulak langsung tak tgk tv hehe..ntah la..tak minat semuanya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. baguslah kak Kam..Tv ni banyak benda lagha je..

      Delete
  9. Aku pun suka cerita romantik,tpi tak bermakna aku suka suamiku perfect 10 atau suamiku encik sotong

    ReplyDelete
  10. Drama adaptasi mcm tu mmg sebenarnya tak boleh langsung nak lawan 'feel' filem hindustan hehee

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha..yes, finally ada yang sependapat ;)

      Delete
  11. sy dulu2 layan gak movie.cerita melayu drama tipikal kawen paksa pun layan jugak sesekali.cuma teman lelaki upahan je je tak layan.entah kenapa??

    setuju statement yg org suka tgok filem Hindi kuat berangan

    slang ni filem mmg tak sempat dah nak tengok,rasa macam buang masa sejam dua jam.haha kata2 mak2 yg Katanya busy memanjang dengan anak.huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahha...saya yang bujang ni memang in relationship with TV.walaupun tahu TV banyak merapu dari realiti.

      Alamak, lagi sorang setuju dengan statement peminat Hindustan kuat berangan.hihihi

      Delete
  12. Tetiba nak sep-sep dengan Sal. Akak memang tak tengoklah cerita pukul 7 malam entah pukul berapa startnya tu. Tapi, cerita Korea akak tengok juga, but not yang pretty boys jadi herolah. Akak tak main hero drama tak cukup umur ni.

    Cerita Hindustan ni, akak sebenarnya tak minat tapi sebab seluruh family akak minat makanya akak tahulah nama-nama pelakon handalan baik Hindustan mahupun Tamil-stan *_*

    Tak sangka ada lagi saki-baki jiwang karat dalam diri, Sal. Tapi masa akak sebaya Sal (eh, bukan ke kita sebaya sampai la ni?) memang karat juga jiwa akak tau. Selalu sangat bila tengok romantic comedy, akak berpandangan jauh - macam cerita tu berlaku pada akaklah, hero filem siap keluar lagi ke alam nyata, couple dgn akak tau!

    ReplyDelete
    Replies
    1. meh kita sep-sep! haha, saki baki jiwang karat banyak je lagi dalam diri saya. saya suka bunga, suka pink, suka cerita hindustan, suka corak heart shape. tapi tulah, orang suka assume saya ni macam jantan semata-mata sebab saya suka tengok bola. Huwaaaa..

      tapi saya takdelah tahap berangan hero keluar dari TV.it's OK kak MD, hero Uzbek akak lagi hensem dari hero-hero Hindustan or Tamilstan. Dah kata macam TMJ!

      Delete
    2. Eleh, kalau tak sampai hero keluar ke alam nyata tu, tak karat lagilah Sal.... Eh, TMJ mana ada hensemnya! Shhh....cakap belakang je ni! Kalau cakap depan HD nanti ke spital akak kang kena hempuk *_*

      Dulu akak cakap Keanu Reaves handsome (masa muda dululah, sekarang wa tak tahu handsome lagi ke tidak...) HD suruh akak pi cari si Keanu Reaves ni kat Hollywood ajak kahwin. Hahaha!

      Delete
    3. ala, HD tu saja je,kalau kak MD buat betul-betul, dia menangis cam video klip citer Hindustan.Keanu Reeves still hensem walaupun dah tua tau, tapi saya agak HD hensem lagi.Hahahaha

      Delete
  13. Salah satu sebab kenapa aku tak berapa gemar dengar genre rom-com sebab selalu bagi unrealistic expectation. Time remaja awal-awal umur 20-an dulu mudahlah jugak terpengaruh. Konon-konon boleh dijadikan guide atau pickup line time nak mengayat. haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha..kantoi!berkesan tak pick up line tu? dulu masa muda aku tengok terpengaruh la jugak. tapi sekarang kalau tengok sekadar untuk hiburan je.dah besar ni rasanya dah boleh beza mana betul mana tipu. kadang-kadang tu 'terberangan' la juga kejap.

      Delete
  14. Saya baru je tengok She's The Man tu last reading week. Lepas berapa tahun tak tengok, tiba-tiba teringin nak tengok chick flicks pula masa tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. biasanya chick flick ni tengok banyak kali pun tak bosan.sebab macam kelakar dan sweet gitu.

      Delete
  15. ni nk kategorikan dlm hati keras bak roti tongkat or hati cair bak cheese meleleh ni??? ;-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. keras-keras roti...celup air kopi lembek jugak.hahaha.ni peribahasa baru..

      Delete
  16. saya pun tak layan drama melayu ni. kalau adik lelaki tengok, baru saya layan. kalau tak, kirim salam. nama pelakon melayu apatah lagi saya nak tahu...

    tapi kalau tanya pasal hindustan, yes, tanyalah apa sahaja. siapa penerbit, siapa penyanyi dia. hahahhaha... nampak tak obses di situ. >.< ye la kot, kuat berangan tu.. saya kuat juga berangan. wakakkaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha...samalah kita.maybe betul teori pakcik Kak Sal tu!

      Delete
  17. Mmg pelik jugak tau kalau pompuan tak layan cite jiwang cenggitu..... Mak layan jer semua ....boleh jer masuk kecuali bola, satu lagi cite lawan lawan....huh ganas! Hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha..saya ni pompuan pelik, tapi dalam hati ada taman bunga-bunga cam pompuan lain jugak.cite lawan-lawan saya OK je, asal jangan ada kepala terpelanting or isi perut terburai ke.yang tu tak sanggup tengok.

      Delete
  18. Drama adaptasi x seronok sbb terlalu byk cut dr novel...so, I would say no to drama tu and choose Hindustan! Bole chuuuriaaaaa~

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bole ganggenaaaa.. *sambung nyanyi* cing cing cing!

      Delete
  19. Apa salahnya, Sal kalau asben 5 years younger.
    I don't mean En G.
    Anyone can.
    Just don't reveal dekat orang je..pepahamlah kan..mulut orang...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha..kan.tapi kena work harder la nak jaga penampilan diri baru nampak sepadan..hehe

      Delete
  20. kami nak gosip jugak kami nak gosip !!! yeyeyeye.. lima tahun muda apalah sangat Kak Sal.. apelahaaaa sangat. pejam mata sudah.. ehehehe..

    ReplyDelete
  21. Alaa..baru nak gosip..haha...kalau wanie pulak suka tengok cerita yang jiwang2 ni hahahh..melting~..kah!

    ReplyDelete
  22. alaa...baru igt nk gosipkan sal ngn G tuhh...hik hik hik....

    ReplyDelete
    Replies
    1. ahahaha..ramai dah gosipkan kitorang.dah biasa

      Delete
  23. x suka tgk drama melayu...bila ada adegan pegang, peluk, tidur sekatil mula lah mulut nak mengata so better tukar channel

    ReplyDelete
  24. sep sal! saya juga tidak menonton drama adaptasi mahupun korea
    tapi saya tonton hindustan bergantung pada cite of course =)
    dan bola! wahaha
    kite boleh jadi geng =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha..banyak betul persamaan saya ngan kak YY bab TV ni.perangai pun lebih kurang sama kot.boleh jadi adik angkat lah macam ni.

      Delete

Thanks sudi baca. Komen je apa-apa korang suka. Lagi panjang lagi best

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Template by BloggerCandy.com