Perkara-perkara orang belum kahwin tak larat nak dengar

Tuesday 17 February 2015

Sape sini umur dah agak, ehem, lanjut, tapi belum kahwin? Angkat tangan!!! Eh, Akak belum kahwin? Akak pun? Awak kat sana tu..takkan takde orang nak? Nak kahwin dengan saya tak? Hahaha..kidding!

Aku belum kahwin. Dan aku ada ramai cousins dan kengkawan yang belum kahwin. Kitorang OK je,life macam biasa. Tapi, kadang-kadang ada jugak gangguan dari orang-orang sekeliling yang membuatkan kitorang stress. Sekali-sekala bolehla terima. Dah 2,3,4 kali kala rasa nak bertukar jadi Superman Hulk je. Ada beberapa perkara-perkara yang  orang belum kahwin (especially pompuan) malas nak dengar..

1.Kau ni tak nak kahwin ke?

Kebangangan apakah ini? Sape tak nak kahwin oi...Kalau dah namanya manusia normal, mestilah ada naluri nak disayangi dan menyayangi. Tak ada sape yang nak mati reput sorang diri dalam sebuah rumah dikelilingi kucing-kucing yang in the end makan mayat tuan dia sebab lapar. Banyak sangat tengok CSI aku ni!


2.Kau ni memilih kot...

Pfft! Hidup ni penuh dengan pilihan. Nak breakfast roti canai ke coco crunch? Nak pakai baju pink ke baju hitam? Nak beli kereta kena pilih. Nak kerja,kena pilih. Tapi kereta kalau dah jemu, boleh tukar. Kerja kalau cam haram, boleh berenti. Tapi,kahwin ni untuk seumur hidup. Memilih tu lagi baik dari main 'tangkap muat'.

3.Si polan bin si polan tu belum kahwin. Nak tak aku jalankan je?

Ini golongan makcik-makcik yang scary. Yang buat kau rasa nak menyorok belakang mak kau setiap kali dia bukak mulut pasal status bujang kau. Sebab dia berani cakap something yang mak kau pun berkerut dahi dengar...Seriously,woman,mind your own business!!!

4.Kau tunggu .... (insert celebrity name) ke ?

Kau jawab je soalan tu macam ni:" Haahla, mana tahu ni.. Rasanya lagi 10 tahun cukup duit saya nak pinang dia."

5.Bila nak kahwin?

Life doesn't run on schedule. Tak semua orang hidup dia semudah lahir-g sekolah-masuk u-dapat kerja-kahwin-dapat anak-dapat cucu-the end. Tak,Allah atur hidup seorang hamba dengan seorang hamba lagi berbeza-beza. DIA lagi tahu bila masanya. Bila masa tu sampai, adalah nanti. Kau suka ke orang tanya,bila kau nak mati?

6.Kau still tak boleh lupakan ... (insert nama cinta lama)?

Bukan senang nak lupakan orang yang pernah kita sayang. Bukan sebab kita masih berharap, tapi nak rasa feeling yang sama dengan orang yang berbeza bukannya mudah. Kadang-kadang bila ingat balik, rasa tak sanggup je nak frust lagi sekali, go through the same heartbreak all over again.. Serik dah.


7.Sabarlah,nanti ada...

Eh, kitorang sabar. Siapa kata kitorang tak sabar. Korang je yang suka assume kitorang lonely. Tak dinafikan, ada golongan single yang nampak cam desperate sangat nak kahwin. As if finding a husband/wife is the main reason they woke up every morning. Tapi, bagi aku, tak salah.. Hak dia. Jangan dia kacau bini orang, tunang orang lantak dia lah. Tapi majoritinya lebih suka sibukkan diri dengan aktiviti-aktiviti seharian. Sebab kami percaya Allah lebih tahu apa yang terbaik untuk Hamba-Nya.

So,my advice to all my single friends...buat tak tau je. Tapi korang jangan la duduk melopong je seolah-olah siling rumah korang akan terbuka dan jodoh korang akan jatuh atas riba.Tak salah berusaha. Yang penting,bila harus memilih, doa banyak-banyak moga itu pilihan terbaik..Wah,aku bab nasihatkan orang memang pandai la kan!

Tapi kepada yang terasa dengan entry aku, maaf. Aku faham maybe korang nak tengok kitorang bahagia. Aku faham gak kalau korang jeles tengok kitorang hidup bebas bagaikan camar pulang di senjakala. Eh...Tapi,kurang-kurangkanlah cakap benda-benda yang boleh buat orang-orang belum kahwin ni bengang je dengar. Kesian kat kitorang, walau luaran nampak cam happy hahahaha, dalam hati kitorang terguris orang tak tahu. Life kitorang nampak meriah, travel sana sini, beli apa je kitorang nak, berjimba-jimbut tanpa perlu mintak izin sesiapa, tapi kebahagiaan tu kau takkan nampak dengan mata.

Dunia gamat bunyinya, sunyiku hanya Tuhan tahu

72 comments

  1. Sabar akak.. kita geng..keke.. Akak dah nak 30 lagi lah tak larat hadap.. Ai yg masih awal 20 an ni pun dah senak telinga.. Rasa cam nak kasi penampar ja org yg tanya tu kan... Haha..

    ReplyDelete
  2. ni kan kerja Allah.. biar lah Allah yang buat ... inshaaAllah ade le tu nanti ...
    tp jgn dok harap sgt tp tak berusaha pun tak leh .. doa dengan usaha sama naik .... chaiyok chaiyok

    ReplyDelete
  3. bila dorang tanya2, kau tulis nama dorang atas kertas, nanti dia tanya kau cakap..ni senarai org yg tak sabau nak sponsor.

    ReplyDelete
  4. Mmg kdg2 buat hati sakit dgn sesetengah org ni.. sabar je lah. Semua tu kerja Allah. Semoga sentiasa diberi ketabahan & dipermudahkan segala2nya... aamiin..

    ReplyDelete
  5. Kawin bukan benda main2, kecualilah bagi yg pikir kahwin cerai perkara biasa. Biar lambat kawin asal jangan cepat cerai. Dan satu lagi utk kaum hawa jangan tunjukkan diri desperate sangat nak kawin, lepas tu sesal tak sudah. Sekarang banyak kes pompuan berjawatan tinggi yg desperate sangat akhirnya kawin dengan lelaki yg pangkat rendah, malah dengan penganggur. Misalnya di satu hospital di sini ada 2 doktor pompuan, doktor pertama kawin dengan pemandu, kalau bini nombor satu OK juga, tapi jadi bini nombor dua! Seorang doktor lagi kawin dengan penganggur yg akhirnya baru diketahui penagih dadah....

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu abang JR, tapi kadang-kadng orang perempuan ni tertekan, tu yang buat gitu.pressure dengan family, pressure dari kawan-kawan. tu yang main sapu je apa ada, tak fikir panjang.ingat ni macam dalam drama Melayu tu ke..huhu

      Delete
    2. Ssh kan kalau dh terdesak...takut pilih yg tgkap muat jer..tp Allah lebih tau jodoh yg trbaik utk kita

      Delete
    3. Ssh kan kalau dh terdesak...takut pilih yg tgkap muat jer..tp Allah lebih tau jodoh yg trbaik utk kita

      Delete
  6. samoolaa...
    hehe tp da biasa da.rilex je la..
    kann

    ReplyDelete
  7. betul kak Sal...kenapa org nak sibuk sgt... saya relax ja..insyallah ada jodoh.. kalau xda kat dunia.. kat syurga jodoh menunggu kita..

    ReplyDelete
  8. hahahah serius entry ni kelakar...hehehe

    ReplyDelete
  9. huhu...saya tak kawin lagi dan kebanyakkan cousin dah kawen...semua dok pakat tanya wanie bila,wanie bila....haihh...smpai masa nanti adalah..pasal mak cik2 yang nak kenalkan ngan somebody2 tu memang sgt2 scary...tak nak woo...dan mmg jadi dalam life wanie...tak moo!!!

    ReplyDelete
  10. Kenapa akak tetiba rasa sayu dengan entri Sal yang ini walaupun bila membacanya, kelakar semacam bunyinya? Oh, akak faham perasaan mereka yang single mingle di luar sana pada umur ini dan tika ini. Akak kan pernah melaluinya. Betul tu, Sal. Dulu bila orang kahwin, kita yang tengok orang kahwin ni pun punyalah berangan sampai rasa diri sendiri je atas pelamin tu. Lepas tu imagination runs wild sampai ada anaklah, ada keluarga bahagialah, betapa beruntungnya dapat kahwin dengan lelaki yang keluar dalam imaginasi masa tu (entah sapa-sapalah, confused dengan imaginasi sendiri tau). Lepas tu sebak dada, kerana rupanya masih berdiri di dunia nyata sendirian, kerja kahwin orang lain rupanya....

    Akak dulu bila Mak sound sambil melara-larakan hati ini takut anak tinggal sendirian dah tua nanti, akak buat perjanjian! Pertama, akak bagi setahun untuk Mak buat apa sahaja konon nak cepatkan jodohkan, nak kenen dengan anak sesiapa pun suka hati Maklah... Kalau tak berjaya, kena 'biarkan diriku sendiri menentukan jalan hidupku' (Eh, dah macam nak buat lirik lagu pulak!)

    Takpa, Sal. Kebalkan gegendang telinga. Buat je muka menyinga bila orang tanya supaya mereka tahu yang kita terasa. Awakkan kerja suratkhabar. Cetak je satu kad kahwin yang cun melecun lepas tu bila kena tanya, tunjuk je kad tu. Nampak tak kad dah siap, nama pengantin lelaki je yang takda *_*

    Sal, ni akak nak tanya....

    Tak boleh lupakan ex boyfriend si Takenouchi tu ke?

    Hahaha....

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha...saya still menanti pinangan 'Eden Hazard' (sila google). haha, saya dah terbiasa pekakkan telinga, cemaih nak pekak betul-betul je.hehe.saya tak kisah orang sangat sebenarnya, just that tulah, saya tak tahan bila parents saya buat dialog sedih macam mak akak tu.

      hanya orang yang pernah melalui sahaja faham, kan...kadang-kadang bukan diri kita yang risau, tapi orang sekeliling yang buat hati rasa berat je

      Delete
  11. senyum ja la Sal tiap kali mendengar pertanyaan2 tersebut...

    ReplyDelete
  12. Kalau SS... Di tanya soalan "Bila nak kawin?"... SS akan jawap dengan soalan jugak "Bila ko nak mati?"... Tengok boleh jawap tak? Next time Cik Sal tanya orang tu balik "Ko pernah dengar tak Jodoh... Ajal... Maut... Di TANGAN Tuhan... Adakah Tuhan itu bertangan????? Ko boleh jawap????"... Kalu dah JOdoh tak ke mana... Kalu dah HOdoh pon tak ke mana... Kalu dah BOdoh lagi tak ke mana!

    ReplyDelete
    Replies
    1. wah, orang yang komen lagi emo dari penulis entry ni...hehe.suka quote " kalau dah bodoh tak ke mana tu.." hahaha.

      Delete
    2. suka statement SS..give 5..ohh..x cukup give me 10...hanya org BODOH je ckp seperti statement dalam entri Sal tu...JODOH itu kerja Allah...

      Delete
  13. Lambat cepat semua kerja DIA..
    DIA sebaik-baik perancang utk kita..

    ReplyDelete
  14. umur sis lagilah berganda2 dr sal . dah kebal doh telinga ni . bkn tak usaha dan cari . Jodoh kan urusan Allah ... buat dono je ...

    ReplyDelete
  15. Jodoh di tangan Allah..dia maha mengetahui..Buat tak reti jek. Nak jaga mulut orang memang susah. Kadang-kadang yang tak ada kena mengena tu pulak yang lebih2...

    ReplyDelete
  16. Jodoh tu ketentuan Allah..

    ReplyDelete
  17. Betul ke yang no.6 tu, Sal.
    Sorry to hear that:(
    No matter what, life must go on...

    ReplyDelete
    Replies
    1. well, pernah frust.so, jadi takut nak jatuh cinta.setiap kali pun berhati-hati takut tersilap langkah.

      Delete
    2. secara positifnya.. a better one will come =)

      Delete
    3. Kawen cepat is not d utmost important thing.
      Kalau kawen cepat tapi hidup merana buat apa?

      Delete
    4. true to that..selalu cakap ngan kawan-kawan.jangan dok doa kahwin cepat, tapi doa supaya dapat jodoh yang baik..jangan kahwin sebab rasa diri dah 'terlambat'. nanti sendiri menyesal..

      Delete
  18. dont worry, doakan yg terbaik. maybe jodoh belum muncul lgi skrg tp dia tunggu waktu2 tepat utk muncul ekekeke

    (komen je pndai pdhl baru lps spm ahaha)

    ReplyDelete
  19. Singgah mlm jap .....
    Yelah kan.... anak dara pun manusia biasa jugak ada hati ada perasaan, kalau time nak period lagilah sensitipnya....ye dak.....

    Tak pelah Sal, insyaallah satu masa nanti sampailah jodoh tu....alah baru 30 muda lagi tu weyh...relax ar...pekak kan telinga sudah!!

    ReplyDelete
  20. baru nk masuk 30 sal...muda lagi...yg penting enjoy your life...masa ni la nk merayap ke sana sini...ada geng lg bes.. :)

    pedulikan apa org nk kata or nk tanya...

    ReplyDelete
  21. yea! betul kak sal! suka sesgt..yeahh!

    ReplyDelete
  22. i'm so understand my fren...hahaha...kita dah lalui mcm2 sama2 beb....
    kita releks je kan....xde hal lah....

    ReplyDelete
  23. memang aturan Allah tu terbaik.dah smp masa nti ada la tu..hidup bujang ni tak bley stress.teruskan berusaha cari yg terbaikmemang aturan Allah tu terbaik.dah smp masa nti ada la tu..hidup bujang ni tak bley stress.teruskan berusaha cari yg terbaik..ohh cik sal umo 30 la ekk..muda lg tu.hehe.org bkn faham sbb depa tak rasa...anggap ja depa amik berat.hehe

    ohh cik sal umo 30 la ekk..muda lg tu.hehe

    ReplyDelete
  24. percaya sahaja kepada aturan allah... manusia ckp byk pn bkn boleh buat apa2 kan...

    ReplyDelete
  25. jgn cakap yg belum kahwin.. yg dah nak kahwin ni pun org dok tanya bila nak kahwin.. haish, manusia. hahaha

    ReplyDelete
  26. Kahwin bukanlah pengakhiran hidup kita tapi makin bertambah tanggungjawab kita. Dengan kahwin kita penentu samada masuk syurga atau neraka. Saya pun masih bujang. Hehe. Kira kak sal sebaya kakak sy la sebab dia pn nk masuk 30 dah tp masih bujang. Kadang kesian jgk tgk org tny mcm2 kt dia bila nk kawen

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu.. indah kawen yang orang dok sebut tu time tengah kenduri iyeeee la meriah. marriage yang dikejar bukan wedding.

      Delete
    2. betul tu...ramai orang nak kan Wedding tu, padahal yang penting adalah marriage...

      Delete
    3. ramai yg kahwin tetapi ilmu keibubapaan x ada..huhuhu

      Delete
  27. 1. obviously lah nak kan.. betul tu sapa nak ended up seorang diri. tu pun mujur ada bela kucing.. kalo tak ada bela kucing ? huhuhu

    2. i have to lepas apa yang dah dilalui.. kena untuk tak buat benda yang sama berulang. hoooi kena pilih hoi. perempuan kalau kawen tak ada patah balik dah. lelaki lain ahahaha..

    3. belum lagi jumpa spesis scary macam ni..

    4. alasan yang CT slalu cakap kat mak.. nak tunggu (retis kpop) masuk Islam.. sabarlah. pintu hidayah mungkin dbuka untuk dia ahahaha..

    5. betul tu kak.. if hidup A indah saja tak semestinya hidup B akan sama indah.. tapi sejujurnya.. betul ke A rasa indah ? ke dia jeles dengan B sebab dapat rasa cabaran hidup yg bermacam2..

    6. yes !! bukan masih berharap bukan masih terkenang-kenang. tapi tak snggup nak mulakan something yang baru. takut sia-sia sama cam yang lepas. jadi play safe. tak cari pasal dengan sesiapa..

    7. aaha ni paling CT suka.. sebenarnya yang sibuk tanya tu yang lebih2 ahaha.. kita okay aje kan. as long as ada kerja ada duit dah setel.

    soal jodoh ni misteri selamanya. tho dah kawen sekalipun.. tak bermakna pasangan kita hari ni adalah jodoh kita. we will nver know. Allah temukan at the right time and place. kalau bukan masanya means bukanlah. its okay kak.. memang mulut orang kita x boleh tutup. tp kita boleh tutup tlinga kita kan.. buat do no saja.... eeheh

    orang tanya bila nak kawen ?
    "esok.. bak mai duit nak buat kenduri kat pullman.." mesti senyap.

    ReplyDelete
    Replies
    1. panjang lebar CT komen...hehe.betul kan CT...apa yang kita rasa dalam hati, Tuhan je yang tahu.takde sape nak sendirian sampai ke akhir hayat, tapi bila orang asyik tanya, rasa diri ni cam loser je. Cam banyak sangat kekurangan diri.
      nak kahwin kena pilih betul-betul, sebab ni bukan game boleh rewind.

      akak pun tunggu Cristiano Ronaldo masuk Islam nih...hehehe

      Delete
    2. Mak oiiii CT, dah boleh jadik cerpen ni..

      Delete
  28. Okey..nak JAWAB soalan pertama tu...SAAAYAAAAAAAAAAAAAA!!!...saya belum Kahwin..kenapa? kenapa? ada org nk bagi hadiah ke kerana berjaya mengekalkan status MASIH Bujang? :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha..takde hadiah pun, saja nak busy body, berkenalan dengan rakan senasib..hehe

      Delete
    2. kalau ada dpr hadiah saya pon xnak gak la

      Delete
  29. Soalan 1 : ko ni tak nk kahwin ke? org yg tanya soalan mcm tu hanya org bodoh je tanya...tanya soalan tanpa berfikir tapi tanya soalan beremosi...ohoiiiiiiiiii...siapa x n kahwin oi..ada org jaga , ada anak, ada family ada kehidupan..TAPI belum tentu KAHWIN itu akan BAHAGIA...belum ada jodoh, belum bertemu pasangan SERASI dan SESUAI di HATI mcm mana nau kahwin..kalau ada jual kat mana2...cepat2 gi cari tau..itu jawapan dari sis JM!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan..kalaulah bakal suami tu boleh order online, memang dah lama dah buat gitu. yup, dari kahwin tapi merana, baik hidup bujang. bukan apa, kena pilih betul-betul sebab kita nak sampai ke 'sana'..kalau takat pakai kat dunia je, nak buat apa

      Delete
    2. SETUJU dengan Sal..Kahwin nk tambah PAHALA bukan nk TAMBAH DOSA kan...

      Delete
    3. Bukan bodoh jaa..bangang sekali..!
      Sape takmo kawen..Tapi, andai kita tau apa akan berlaku di masa depan..mungkin kita akan lebih berhati2 dalam membuat pilihan.

      Delete
  30. live must go on Sal..peduli kan semua soalan2 tu..tiap2 tahun soalan yg sama menerpa ke teligna sis JM ni tapi x pernah simpan di hati let its go...kenapalah dorangt risau hal org kawin ke tidak..kalau kita x kawin dorang perlu byr kita mkn minum ke..hidup dorang x senang ke...yg dh kahwin korang patut risau kan anak korang nanti kahwin ke tidak..ishh..kenapa si JM lak yg HEMO nih..ahahaha..ye lah dh masuk kategori ANDALUSIA..so mmg dh x kesah kawin ke tidak yg penting ENJOY..boleh travel dengan AMIN...hurm..harap2 jumpa prince charming semasa travel AMinnnnn hihihih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu JM...kdg terpkir jugak cenggitu..kita ni menyusahkan dia agaknye..huhuhu

      Ehh..kita pon pnh rasa semua tu sblum kawen...nek rimas kann

      Delete
    2. Betul tu JM...kdg terpkir jugak cenggitu..kita ni menyusahkan dia agaknye..huhuhu

      Ehh..kita pon pnh rasa semua tu sblum kawen...nek rimas kann

      Delete
    3. Sebokk je..
      Sok2 anak die pulak lambat kawen...
      Haaahhh...menjawablah soklan orang lain pulak.
      What u give u get back..
      Pulang paku buah keras...

      Delete
  31. sy rsa drpda diorg tya soklan cenggitu baik diorg doakan yg terbaik utk kita kan..

    ReplyDelete
  32. Sal..soklan diorg xkan berenti disitu jer nanti..bila dh kawen..soklan seterusnya..bila nk ada anak..kalau dh ade anak..bila nk bermenantu...smpai kesudah soklannye..diorg ni xpernah dgr agaknye semua itu ketentuan dr Allah...doa yg baik2 je sudah la kan...dia pon dpt pahala..

    ReplyDelete
  33. Sal..soklan diorg xkan berenti disitu jer nanti..bila dh kawen..soklan seterusnya..bila nk ada anak..kalau dh ade anak..bila nk bermenantu...smpai kesudah soklannye..diorg ni xpernah dgr agaknye semua itu ketentuan dr Allah...doa yg baik2 je sudah la kan...dia pon dpt pahala..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Karang tetiba menjanda lain pulak soklannya..
      Cabai mulut tu baru padan muka!

      Delete
  34. sy rsa drpda diorg tya soklan cenggitu baik diorg doakan yg terbaik utk kita kan..

    ReplyDelete
  35. hmm... penat dah telinga mendengar.. bila nak kahwin, ha, tengok, jiran sebelah, anak dia sebaya along, dah bertunang dah... << bagi hint la tu... kat uniten kan ramai lelaki, takkan tak ada yang melekat -.- kalau dah boleh gam, akan ku gam semua yang handsome dekat uniten tu. wakakakakka..

    tapi betul. jodoh tu ALLAH sahaja yang tahu. kalau kita tak ada jodoh dekat dunia, moga2 ada di akhirat. akhirat tu kekal abadi. dunia ni sementara je

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha..akak suka kat part gam tu.tapi iyelah, Mak Ayah ni kadang-kadang diorang just risau kita tak kahwin sampai tua, nanti mereput sorang-sorang tkde sape jaga. Tu jelah kot...huhu

      Delete
  36. Apa salahnya kan kalau kita ni single. Single by choice :)

    ReplyDelete
  37. I pun wanita single sal..thn dpn dah masuk 35..i enjoy aja being sgl..sbb belum jumpa yg benar2 sesuai dan ikhlas..mmg ada kwn rapat tnya ko tak nak kahwin ke..ke ko takut nk kawin sebab dengar kisah2 org..tak juga..kdg yg dtg dlm hdp kita tu kita pula rs tak match..kdg yg kita btl2 nak tu..bkn jodoh kita..sadis beb ..serah pd Allah sajalah..Semuanya Allah yg jadikan..dan x semua org ni ditakdirkan bernikah..dlm quran pun ada kata..tak semua org kahwin dikurniakan anak..Quran juga kata..yg pntg kita happy jd diri kita..pekakkan telinga bt bodow aja..mulut tempayan blh tutup..mulut org..🤭🤣

    ReplyDelete

Your comment is highly appreciated. Komen dengan berhemah