Monday, 2 February 2015

Nape tak nak follow balik?

Assalamualaikum semua! Buat apa tu? Selamat bercuti buat yang bercuti, yang tak bercuti tu - apa boleh buat nasib badan... Bokojo lah kito sekueknyo!

Hari ni aku nak meluahkan rasa terkilan dengan sesetengah blogger. Walaupun aku nampak ala-ala macho sebab selalu cerita pasal bola, tapi background bunga-bunga cinta kat blog ni membuktikan yang aku sebenarnya gadis hati tisu suka kaler pink dan romantic comedy.


Baca tajuk pun dah boleh agak kan, aduan rakyat aku ni pasal apa.. Aku nak complain tentang para blogger yang aku follow blog dia. Ingat aku ni main hentam kromo je ke follow blog? Buat semak news feed je tau... Hari ni, aku nak reveal kat korang, 3 sebab yang mendorong aku untuk follow certain blog (dan apa aku rasa bila diorang tak follow aku balik):

1. Blog tu best!
Kadang-kadang bila blogwalking, aku akan stumble upon blog yang dahlah layout cantik, cara penulisan sempoi, entry informatif, gambar menarik dan macam-macam lagi lah yang buat aku terus jatuh cinta. Blog macam ni aku akan terus follow tanpa bertimbang tara lagi. Aku tak harap pun diorang akan follow blog aku balik dan muka tak malu aku akan setia meninggalkan jejak walau kunjungan tak berbalas. Hahaha. Tapi, ada gak yang follow balik. Rezeki aku lah tu. So, korang silalah perasan kalau aku follow korang dulu, tu tandanya blog korang best!  Tapi di mata aku lah..kat oghang lain mana cheq tau!

2.Dia follow aku dulu
I think it's just a simple act of being courteous and polite. Orang berbudi, kita berbahasa. Lain blogger lain stail blogging. Tak buat macam aku ni, tak bermakna dia tu blogger yang sombong. Tapi kalau aku, aku memang appreciate sangat bila ada orang sudi follow blog aku. Every followers count, tak kisah la dia rajin singgah ke, tak ke, datang sekali pastu pergi tak kembali pun ado...

3.Join giveaway/segemen
Perkara biasa apabila penganjur atau penaja giveaway/ segmen meletakkan syarat kita follow blog dia kalau nak join. I have no problem with that. TAPI aku rasa cam tak proper kalau diorang tak follow peserta tu balik. Macam tak appreciate effort orang yang join giveaway atau segmen dia. Ada tu, tak datang blogwalking pun. Buat segmen semata-mata nak tambah follower dia je. Peserta dia buat tak tau. Korang kalau buat giveaway/segemen, tolonglah jangan jadi blogger macam ni ye.

Ini hanyalah pandangan peribadi aku. Maaflah kalau ada yang terasa..

Pendapat korang cmane plak?

82 comments:

  1. Hehehehe..nasib baik kathy jarang anjur segmen,tetapi kathy sebagai owner segmen harus follow balik peserta yang follow belog kathy. Tp klu jd sponsor ada juga terskip nak follow back. Uwaa..

    ReplyDelete
    Replies
    1. maaf tumpang lalu walaupun tempat tak sesuai. Buakan nak reply tapi nak duduk temapat tinggi


      ASSALAMUALAIKUM SEMUA


      UMRAH PERSENDIRIAN APPL TELEGRAM

      Asalnya menggunakan whatsapp (rengkasnya UP) di wujudkan pada awal 05 jun 2014, kini keahlian melebehi 400 org. Disebabkan group UP telah melebihi bilangan 50 yang dapat di tampung melalui satu group whatApp, UP mewujudkan perantara perhubungan "telegram" yg membolehkan lebih ramai ahli UP di add dlm satu group dgn nama yang sama iaitu Umrah Persendirian. Satu group telegram boleh tampung 200 pax. Kini dah ada group 3.

      Apapun yg di gunakan tidaklah di kesahkan salkan matlamat dan tujuan tercapai. tujuan menyampaikan pengalaman individu atau kumpulan dari kalangan ahli yang telah menunaikan umrah cara persendirian ataupun UMRAH DIY kepada bakal jemaah yang bercadang menunai umrah cara ini. Di dalam kumpulan, terdapat beberapa orang yang telahpun menunaikan UMRAH cara UP sebelum group ditubuhkan dan ada ahli group yang menunaikan ibadah umrah selepas UP ini di tubuhkan.


      Perbincangan group hanya memfokoskan pada cara hendak mendapatkan visa umrah bagi bakal jemaah persendirian, penempahan tiket dan hotel, serta cara melaksanakan ibadah umrah dan lain-lain perkara berkaitan umrah. Bagaimana pun berlaku juga muatnaik perkara lain seperti hal haji semasa musim haji ini.


      UP group memang telah membantu memberi penerangan bagi bakal jemaah umrah cara persendirian dari mula sampailah kepada perlaksanaannya.

      Semangat dan keinginan yang bagitu membara di kalangan ahli terhadap UP telah membawa kepada satu perjumpaan tidak formal yang telah berlangsung pada 14 sept 2014 bertempat di Dewan Mesyuarat DBKL bersebelahan Padang Merdeka Kuala Lumpur. Kehadiran dari pelbagai daerah di Malaysia, ada dari Kelantan, Johor bahkan ada yang sanggup terbang dari Sarawak selain dari lembah Klang termasuk Seremban dan Melaka. Kebetulan juga ada tiga orang yang hadir adalah ustaz yang pernah belajar di Pakistan, Mesir dan Jordan dan tinggal di Jedah menguruskan perniagaan termasuklah menguruskan para jemaah umrah persendirian. Dalam sesi taaruf memang banyak pengalaman dari para hadirin, sebelum ini kurang terdedah kepada pengetahuan umum khasnya rakyat Malaysia yang ingin menunaikan umrah.

      Dindalam group UP terdapat juga penterjemah khutbah ke Bahasa Melayu di Masjidil Haram iaitu Ustaz Aswadi yg sering memberikankan maklumat semasa di Mekkah dan beberapa pelajar lain di Mekkah. Dua pelajar Universiti Islam Madinah dan beberapa orang petugas Meccametro (ERL ARAFAH-MINA) dimusim haji yg lepas.

      Jika pembaca di sini berhajat menyertai group telegram ters3but dgn syarat seorang berugama Islam dan berumur melebihi 18 tahun, bolehlah menghubungi dgn memberikan no telegramnya ke email, umrahsenang@gmail.com. Tuanpuan juga boleh menghubungi terus ke ID telegram saya @umrahpersendirian bagi yg arig sistem telegram.


      Tiada apa kewangan terlibat oleh itu tiada apa bayaran di kenakan oleh UP.

      Terima kasih semua pembaca dan terimakasih tuan rumah

      Delete
    2. sis Kathy : kalau terlupa tu takpelah, jangan buat-buat lupa..saya percaya kalau sis Kathy akan follow orang yang follow akak kan...

      Delete
    3. en. Abdullah Ahmad : sama-sama...saspen tengok komen panjang, ingat apalah tadi...hehe

      Delete
  2. Terima kasih Sal krn masih teringat utk singgah di teratak buruk saya walaupun dari segi design, isi dan segala segi saya memang kalah..
    Yg no 3 tu nampak kurang ikhlas, ada letak syarat pula...

    ReplyDelete
    Replies
    1. erm, biasa kot orang buat segmen macam tu..tapi bagi saya kalau penganjur segmen tu peramah dan appreciate orang yang join rasanya takde masalah..huhu

      Delete
    2. Bro JR : JM suka terjah blog tu cuma x boleh hari2..so keep it up sharing apa2 aje ye :-)

      Delete
  3. SS dah tersengih2 kupang yang 1st tu... He He He..
    Yang 3rd tu... SS memang setuju 100%! Terus terang SS pon tak berapa pandai nak join2 giveaway yang syarat dia leceh... Kalu simple insyallah SS join...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ZF : lebih kurang sengih kerang lah..tapi mahal sikit..haha

      SS : haha, nak perasan lah tu..silakan, silakan..

      Delete
    2. Betul tu kupang lagi mahal dari kerang.... He He He...

      Delete
    3. blog SS mmg BEST..itu sbb kalau ada entri yg tertinggal JM mesti Qado'

      Delete
    4. tiga² memang best...cita mengenai travel tu best

      Delete
    5. Betul kan ZF. Cerita in detail pulak tu..memang best. Kalau blog SS tu tak tahan nak gelak sebab banyak betul nama pelik2 dia bagi. Tergelak sorang2 dibuatnye.

      Delete
    6. haha..bab reka nama tu memang dia terer.

      Delete
    7. tu sbb dia minum susu yg mmbolehkan otaknya berhubung dgn cepat.. hihihi...

      Delete
  4. Kita berkawan sebagai blogger sampai bila-bila...

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks Abg. MKL..n thanks jugak selalu komen kat sini ;)

      Delete
    2. harap2 abe MKL masih sudi berkawan dengan JM ye..

      Delete
    3. Alamak, MKL..
      Sorry x sempat lagi nak singgah teratak tuan.
      Hehe..

      Delete
    4. that true... berkawan sampai bila2.. jgn putuskan hubungan silaturahim..

      Delete
  5. anyway, saya doa yang baik-baik untuk semua

    ReplyDelete
  6. Mungkin depa terlupa nak follow back kot. ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. mungkin jugak..aiyo akak emo lah 2,3 harini..bulan nak mengambang kot...hehe

      Delete
    2. Saya pun rasa camtu, Sal.
      Sebab saya pun jarang check kat Follower. Susah nak check dengan phone.
      Tapi, kalau yang rajin komen insyaallah saya perasan dah follow ke blom.

      Delete
  7. nk tnya leh... kak sal follow blog saya sebab apa... hihihi jgn marah gurau ja

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha, sama macam SS jugaklah..akak jumpa blog awak pun melalui blog dia.nombor 1!

      Delete
    2. Dari mana Cik Sal dapat blog SS? Ha Ha Ha... Dah macam bangau ohh bangau plak soklan... He He He...

      Delete
    3. haha..yang tu tak ingatlah..dah kenapa tanya soalan macam polis daaaa

      Delete
    4. okey..nak menyampuk kat sini..Mcm mana kita leh kenal eh Sal...sis JM juga dh lupa bila kenal dengan ZF ni..

      urmm..utk SS juga...dh x ingat kita kenal kat blog mana eh..tiba2 je rasa menjadi rapat lebih rapat dari isi dan kuku hehehe

      Delete
    5. blog kak sal saya kenal dri blog sapa taw.. saya terbaca tajuk entry kak sal pegi Sydney kot...
      yerus saya baca... saya dah tertarik... so mula la nk slali terjah.. so letak ja kt bloglist

      Delete
  8. bloggers are buddies..akak more to No. 1 & 2, jarang join segmen..

    kadang2 followers ni tak letak link, takleh nak follow back..huhu..

    ReplyDelete
  9. masalah mcm ni xkan pernah settle sal kalau blogger tu sendiri xubah perangai. kdang2 geram juga. dh follow lepas tu bila follow balik dia boleh unfollow blog. memang geram.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ouch!macam tu pun ada ke..so far tak pernah kena..harapnya tak terjadi kat blog ku ini...

      Delete
  10. Saya pun agak selective kalau follow blog orang ni. Sebab tu saya tak suka orang paksa-paksa saya follow blog diaorang.

    Tapi, saya ni pun salah seorang manusia yang kalau buat giveaway, saya tak follow sangat peserta. Sebabnya, saya tengok, kadang-kadang, blog yang diaorang guna tu, blog khas untuk business atau blog khas untuk giveaway. Tapi, kalau blog yang best, saya follow.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye betul Sal, kalau sesuatu blog tu buat berusaha ambik masa GA. Then, ambik masa update senarai peserta, which take quite some time jugak..bermakna tujuan dia secara tak langsung adalah untuk tambah follower kat blog dia. Melainkan kalau dia janji nak follow balik.
      Kalau segmen blogwalking tu mungkinlah dia kene jugak follow back. Tapi, depends jugak syarat2 segmen blogger tu kan:)
      * jangan marah tau. Pendapat ikhlas saya.

      Delete
    2. Sorry typo..
      Berusaha ambik masa buat GA.

      Delete
    3. haha..takde marah lah.every blogger have their own style and opinion..maybe saya yang kena belajar banyak lagi tentang dunia blogging ni kan ;)

      thanks for your insights Farah and Nazeck.

      Delete
    4. Tapi SS lain... Tak join Giveaway pon SS buat muka tak malu follow jugak... Tak kira sapa... Ha Ha Ha...

      Delete
    5. haha..luaskan kuasamu SS!!!!

      Delete
  11. Alamak..cepat2 saya check nama saya.
    Alhamdulillah memang dah follow sebelum ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha...blog Nazeck kategori nombor 1..kalau saya yang follow blog tu dulu, saya tak paksa pun diorang follow saya balik.

      Delete
    2. Thanx Sal.
      Terharu bila Sal cakap cenggitu :)

      Delete
    3. hehe..ikhlas ni, bukan bodek tau ;)

      Delete
    4. zaman dulu2 berblogging mmg slalu ja nk sruh org follow balik..
      skrg ni dah xsuruh.. xkisah org org follow ka x.. nk komen ka x... jnji saya suka blogwalking ke blog2 lain. hehhehe

      Delete
    5. haah kan...awal-awal dulu macam tu lah...

      Delete
  12. Sal antara blogger yg best, sporting & my top komenter..
    Will support u.. In shaa Allah

    ReplyDelete
  13. Selagi berkemampuan berblog selagi itu akan terus menjaga silaturrahim yg terjalin. Support menyaport dan beramah mesra semoga kehidupan kita semua sentiasa ceria... All the best Sal.. :) :)

    ReplyDelete
  14. sis klu blh nak follow byk blog tapi google sis problem . sis cuma blh follow guna g+ jer . mmg sedih la . cuma sis amalkan komen setiap blog yg sis terjah wpun x blh follow ...

    ReplyDelete
  15. biasalah tu sal.. org akan follow blog kita kalau best mcm blog sal.. daebak !!

    ReplyDelete
  16. biasalah tu sal.. org akan follow blog kita kalau best mcm blog sal.. daebak !!

    ReplyDelete
  17. terimakasih Sal sudi singgah blog akak, walaupun kekadang tak sempat nak balas kedatangan Sal ya

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak apa kak Noor..saya faham akak busy.saya suka gi blog akak sebab suka tengok gambar makanan..hihihi.nak masak sendiri tak tau jadi ke tidak nanti

      Delete
  18. terima kasih banyak Sal..
    rajin singgah blog sy walaupun sy jarang tinggalkan jejak kat blog ni.. huhu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. takde apa Sue..suka baca blog Sue, lagi-lagi kalau cerita pasa Hadirah..best baca.

      Delete
  19. yang lastu tu cari trafik je kot . huhuu . suka dengan gambar tu :)

    ReplyDelete
  20. samalah macam kak ana Sal, ada blog juga yg menarik minat kita untuk menfollow mereka ni,lebih-lebih lagi macam kak ana ni yg dah 4 siries ni nak baca blog pun yg sesuai .kat sini memang kak ana dah follow tapi tak keluar kat reading list ,so kak ana tepek kat bloglist senang tahu update dari Sal.. :)

    ReplyDelete
  21. 1. Blog sis JM best x? hhaahha...sbb sis JM rasa mcm x best je, tulis carca marba x ikut tatabahasa yang betul main tulis je

    2. Dia follow aku dulu? hurrmmm yg ni pun sama..jika dorang follow blog sis JM..in sha Allah i will follow back tak perlu di minta bersyarat please follow me back ..x perlu coz kalau blog tu best ofcoz akan follow. Yang pasti sis JM dh follow blog ni kan..ke belum? dh x ingat sbb rasa dh lama kenal Sal ni hihih

    3. No 3 tu sis JM sokong gak ckp Sal tu sbb itu sis JM suka pegang prinsip as a blogger we support each other baru meriah rasanya..barulah ujud kemesraan di alam maya..harap2 lah Sal x bosan dengan blog sis JM kan..suka kawan dengan sis JM tak hihi..soalan maut tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. 1.hahaha,blog JM mestilah best..biasalah tu blog tak ikut tatabahasa.so far, saya rasa blog abang Khir Khalid je yang macam tu.hehe

      2.follow kot?entah?tak pun dok follow url lama?saya yg follow akak JM dulu so tak pernah check akak follow balik ke tidak.hehe

      3.mestilah suka kawan ngan kak JM.kalau tak,takkanlah saya ajak akak buat keje giler cam dalam email tu..hahahaha.mmuah sikit!!!

      Delete
  22. Weyh Sal ...ko dah folo blog mak ke belum? Hihi...mak pun lupa ingatan, mak dah folo blog ko ke belum dik....Tak kisahlah....janji rajin komen ye dak hihi....

    La ni okje pun tak kisah dah depa nak balas balik kunjung ke tidak. Yg pasti mak ikhlas berkomen, mls nak pikir.

    ReplyDelete
  23. Hokaloh...akak baru follow blog sal.
    Selama ni datang drop komen jer..
    Kihkihkih

    ReplyDelete
  24. Follow blog takde limit kot. haha. Malas dah nak fikir siapa tak follow balik, asalkan rajin komen. hhehe

    ReplyDelete
  25. Dik Sal,

    'Hubungan' kita dulu macam mana erk? Akak ingatlah Sal pernah komen kat entri akak pastu tinggalkan link baru. Lepas tu puaslah akak tak jumpa link hang tu, Sal. Sampailah satu hari yang indah, akak tersinggah kat sini dan tak ingat nak balik-balik lagi :)

    Anyway, thankslah sebab kita rajin kunjung mengunjung. Akak ni memang appreciate sangat kelab blogger berjemaah mengomen ni *_* Akak pun macam Sal, kalau suka sangat tak dan tunggu terus follow blog orang. Kalau tidak, dok perhati juga what is the next step... ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hurm..saya pun tak ingat kenangan manis kau dan aku takkan terhapus tu . Kadang - kadang bila fikir, buat apa nak pening fikir orang yang tak nak follow kita.baik fokus untuk appreciate followers yang ada *ayat insaf tetibe dapat kesedaran*

      Delete
  26. no 2/3 memang samalah.. dah dia sudi follow means dia sudi nak jadi kawan kita. apalah sangat kita follow balik kan..

    ps : Kak Sal.. CT pun ade aja dua tiga blogger yang CT rajin singgah drop komen tapi xpernah dapat kunjung balas. tapi CT still pegi sebab blog dia best.. cuma sedih sikit sbb kat blog org lain dia komen.. huwaaa tak mengapalah. daku sedar diriku..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nak buat cmane..tak boleh paksa kalau orang tak sudi..ramai lagi rakan blogger yang sudi datang. Ada tu macam tak nak balik. Hahaha.

      Delete
    2. ayat " ada tu macam tak naj balik tu" merujuk kpd siapa tu.. hahahah..

      Delete
    3. haha..sape yang makan cili...

      Delete
  27. no. 3 tu setuju...jenis2 macam tu nk tambah follower dia je...kasi gempak...ramai follower kan... :)

    ReplyDelete
  28. i singgah, i baca, i suka, i folo! hehe

    (saya follower #182) *sambil angkat tangan*

    salam ukhwah :)

    ReplyDelete
  29. setuju dengan ketiga tiga pendapat

    ReplyDelete
  30. no 3 tu ada yg nk bajet glamer hahahaah

    ReplyDelete
  31. setuju semua, appreacite sgt kalau ada org yg sudi follow kita, that's means sudi mejdi kwan di alam maya..

    ReplyDelete
  32. 1st time singgah sini & follow tewos..
    hihii

    ReplyDelete

Thanks sudi baca. Komen je apa-apa korang suka. Lagi panjang lagi best

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Template by BloggerCandy.com