Thursday, 26 February 2015

Kongsi

Kenapa ek..

kalau diri sendiri tengah sedih atau ada masalah, masih mampu nak gelak. Kalau hati sendiri tengah gelisah, pandai je cari penawar, ubat luka sendiri. Kalau bab berlakon, sembunyikan perasaan, bukan takat Anugerah Skrin, Academy Award pun boleh agaknya.

Tapi kenapa kalau yang sedih atau tengah susah tu orang yang rapat dengan kita, kita yang tetiba nak emo lebih? Kenapa bila dia harapkan kita bagi dia kekuatan, kita nampak lagi rapuh dari dia? Kenapa bila dia susah hati, kita yang rasa terbeban?

Mungkin sebab selama ni senyuman diorang yang buatkan hari-hari kita gembira. Mungkin sebab selama ni diorang yang buat kita lupa masalah yang kita tengah lalui. Mungkin sebab selama ni, kekuatan kita tu sebenarnya datang dari diorang.

Kita tak kisah menangis, tapi tak sanggup tengok orang-orang kesayangan kita sedih. Kan.. Peliknya manusia, masalah sendiri pun tak selesai, lagi nak kongsi masalah orang.

Kalaulah, boleh aku 'kongsi' masalah kau tu, memang aku sanggup.

Sebab bila kau susah hati, aku yang rasa peritnya.

33 comments:

  1. Itulah fitrah kita sebagai manusia :)

    ReplyDelete
  2. Itu bermakna kite ade perasaan dan hati budi ....

    ReplyDelete
  3. Replies
    1. bagi chance lah..nak tulis ala-ala Fynn Jamal sekali-sekala.hahaha

      Delete
    2. ok2...apa la SS ngan sis JM ni

      Delete
    3. Haha. .takpelah, anggap tu gurauan yang menceriakan hari-hariku yang suram * komen pun nak ala2 Fynn Jamal dah kenapa

      Delete
  4. betul tu..contoh kalau mak sedih, itu buat wanie lebih sedih berbanding dengan masalah yang wanie hadapi sendiri..

    ReplyDelete
  5. Betul tu sis.. Selalu mcm tu la.

    ReplyDelete
  6. Betul tu..berkongsi rasa itulah yg membuatkan kita turut merasa beban yg dipikul seseorang..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau boleh kongsi masalah tu memang nak kongsi jugak..tapi kongsi rasa je..huhu

      Delete
  7. kita jadi emo sbb kita 'syg' pada org tu...ehh ye ke

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe..mestilah sayang.kalau benci, peduli apa..hahaha

      Delete
    2. kalau saya benci pon saya emo..hihi

      Delete
  8. Kalau kita dapat meluahkan dan berkongsi kesedihan kita akan rasa lega...begitulah juga sebaliknya bagi diri mereka.

    Secara tak langsung sedikit sebanyak kita juga dapat merasa kesedihan itu..

    ReplyDelete
  9. Betul tu, Sal. Akak memang setuju. Kalau kita bermasalah, masih boleh lagi berlakon gembira ala-ala aktres menang award gitu. Kalau tengok orang yang rapat dengan kita sedih/susah, kita pulak yang emo lebih-lebih mengalahkan Neng Yatimah, si ratu air mata filem Melayu klasik tau!

    Mungkin kita faham dan dapat merasakan keperitan yang dialami oleh orang yang kita sayangi tu sebab kita pun pernah rasa begitu. Samalah macam akak baru-baru ni. Patutnya my eldest sis yang bersedih haru-biru, tapi akak pulak yang over nangis-nangis.... Melampau betul celeb macam akak ni tau *_*

    ReplyDelete
    Replies
    1. Samala saya..ratu air mata jugak. Tengok orang nangis sendiri lagi lebat air mata..huhu

      Delete
  10. Itulah sifat insan yg prihatin.. Allah suka insan yg mcm tu. Bukan yg hati batu tak ada perasaan mcm kayu.. Org yg baik pasti akan turut merasai kesedihan dan kesusahan org lain. Turut gembira bila org gembira atau berjaya.. :)

    ReplyDelete
  11. mungkin sebab kita tahu yg kita boleh tahan sakit sendiri.

    ReplyDelete
  12. Replies
    1. Ada masalah sikit. Sedang cuba atasi. huhuhu.

      Delete
  13. Orang baik-baik yang selalu saya jumpa jarang nak kongsikan perasaan dia yang sedih. Diorang suka sembunyi-sembunyi masalah sebab konon tak nak menyusahkan orang yang terdekat. Tapi, kalau kawan-kawan tengah susah, mereka-mereka ni lah yang paling terkedepan untuk membantu. Kadang rasa bersalah pulak bila diri kita nampak macam ambik kesempatan kat orang-orang yang baik ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kira saya ni orang baik2 la? Perasan jap.hehe.tapi tulah, Mak selalu pesan "jangan baik sangat nanti orang amik kesempatan".

      Delete
  14. Saya ni walaupun marah kat 'sorang tu' hingga saya dah x dapat nak maafkan dia... Tapi, bila dia jatuh sakit...sedih juga yang bertandang kat hati ni.

    ReplyDelete
  15. hmmm... entahlah.. naluri sebagai manusia dan juga rapuhnya hati wanita kot? kita masih ada perasaan dalam diri.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu.
      Kalau typical lelaki = takde perasaan..

      Delete
    2. tak jugak Nazeck, ada je lelaki yang OK

      Delete
  16. Sapa yg tgh sedih ni Sal?....Memang kawan sehidup semati tu namanya.
    Kalau okje sebaliknya pulak ... nampak sungguh selfish kan....hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. kawan baik saya.ni kes jiwa terlebih rapuh.hehe

      Delete
  17. tapi itu la yg kita akan rasa bila da org yg kita sayang disekeliling kita kan...pernah jugak merasai perasaan mcm ni

    ReplyDelete

Thanks sudi baca. Komen je apa-apa korang suka. Lagi panjang lagi best

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Template by BloggerCandy.com