Monday, 23 February 2015

Di mana dia?

Aku kalau takde 'Dia' ni, aku memang tak update blog. Kalau dia ada, terpijak taik ayam pun boleh buat entry 300 patah perkataan. Tapi kalau dia takde, nak taip 3 ayat pun payah, walaupun baru balik dari London.

Rasanya dah dekat dua minggu 'Dia' tak datang. Sebab dia tak muncul-muncul, previous entry aku ni sebenarnya repost, antara entry terawal aku masa buat blog dulu. Kot ada yang pernah baca dan rasa tertipu ke..hehe.

Aku rasa setiap blogger ada 'Dia' diorang yang tersendiri. 'Dia' bagi aku adalah : MOOD. Macam yang aku pernah bebelkan dalam entry ni. Kalau takde mood, memang aku tak jenguk lah blog ni. Lately, mood update blog aku tak tau ghaib ke mana. Nak kata takde bahan, melambak je benda jadi. Habis-habis kering idea pun aku boleh cerita pasal bola. Padahal bukan tau banyak pun. Syok sendiri je, walaupun korang suka usik aku konon boleh gantikan Allahyarham Hasbullah Awang kan..Trust me, takde sape suka pengulas sukan perempuan hokey! Melainkan kalau dia hot, orang lelaki sukalah. Aku tak hot.

Gambar lama seround..hiasan semata. Hahaha

Motif entry ni? Walaupun takde sape tanya, tapi sebagai blogger perasan femes, aku tetap nak clarify kat korang nape aku jarang update blog. Hahaha. Nanti korang ingat aku gi holiday plak. Aku balik kampung je dik non, cuti Chinese New Year baru ni. Fridge Magnet I LOVE MUAR pun takde nak bagi souvenir.

OKlah,  nak masuk kerja. Banyaknya suratkhabar nak kena belek, dah cuti lama. Welcome to my job! Where you get paid to read newspaper at your workstation.. Tak best sangat pun, lainlah kalau suruh baca komik atau majalah.

Buat penyokong Liverpool, marilah kita ulang kembali memori manis malam tadi.. klik SINI.

Oklah..nanti aku tulis lagi. Duhai Mood, menjelmalah dikau..

71 comments:

  1. Replies
    1. nak jugak tanya.. dia tu siapa???????haha

      Delete
    2. DIA tu MOOD.. MOOD tu sape? Kah Kah Kah...

      Delete
    3. yes MOOD tu siapa ? tolong carikan untuk Kak Sal..

      Delete
    4. "DIA" tu kat sini ha...nampka x?

      Delete
    5. CT..kalau MOOD tak de...sis JM carikan En mahMOOD tuk kak Sal ko boleh?

      Delete
    6. mahMood tu hensem tak bak kata abang KK?hehehe

      Delete
    7. mesti lah carik yg emchem tuk cik Sal tu heee

      Delete
    8. Klau dia bergigi pelesu i reject

      Delete
  2. Ingatkan apa tadi. mood rupanyaa. hehehe ^^

    ReplyDelete
  3. Replies
    1. siapakah 'DIA' yang bertuah tu abe MKL

      Delete
  4. Kami menunggu cerita dia dengan penuh kesabaran....

    ReplyDelete
    Replies
    1. nampkanya abe MKL perlu tunggu si MOOD tu datang dulu baru lah ada cerita pasal si DIA

      Delete
  5. Assalamualaikum dik Salbiah..
    Kita 'sewaktu' dengannya la..

    ReplyDelete
  6. assalamualaikum..

    betul sgt tu dik, kalau 'dia' tak de... alamat nyer berhantu la blog akak.. hihihi. nice blog. jemput singgah blog akak.

    http://lineyghazali.blogspot.com/

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insha Allah...thanks follow sini.nanti saya balas kunjungan ye

      Delete
  7. Saya tak minat Liverpool, saya lebih minat City. Walau tak minat Liverpool tapi saya suka Balotelli, terutama bila dia mengamuk..

    ReplyDelete
    Replies
    1. nama pun Super Mario kan..budak nakal Itali.sekali-sekala dia perform, memang meletops!

      saya kalau City, minat Samir Nasri...

      Delete
  8. ko menari mcm sturridge ek sal mlm td? hahahaahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. alamak, mana tau ni..kantoi la.

      Delete
    2. jgn lupa pg ni........selamat tggl sal...wa da smpi attaturk stadiummmmmmmmmmm

      Delete
    3. kau pergi attaturk stadium tak ajak..kan dah kalah.putih mata jelah tengok Lovren sepak penalti tak kena

      Delete
  9. betul tu kalau mood tak ade nak jenguk pun malas.

    ReplyDelete
  10. Replies
    1. masalah nya abe MKL..nk BW pun x ada MOOD mcm mano huhuh

      Delete
  11. Mesti hensem Mood tu kan hehee.. Senyum2 selalu Sal, nanti pasti abg Mood tu dtg.. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. bro KK...yg hensem je nk yg x hensem moh tolak ke tepi hahaha

      Delete
    2. alolo..kesian yang tak hensem tuh..

      Delete
    3. x hensem kalau hati baik, beriman duit banyak peluk kuat2 hihhii

      Delete
  12. mood scha pun dah kelautttt. hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Scha : MOOD dah ke laut?.."DIA" pergi menjalan ikang ke

      Delete
  13. mood ni kalau dibiar kelaut mmg haram kelaut aje. haha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. bukan takt laut dah ni, dasar terus..haha

      Delete
  14. boleh dikenang kenang memori manis liverpool tu..bukan selalupun menang ye tak :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha..so far dah lima game league menang berturut-turut kot...

      tapi, mengaku jelah, gol tu memang cantik.hehehe

      Delete
  15. Memang kalau mood ke laut mmg payah nak menaip..

    ReplyDelete
  16. Saya fan liverpool. Hehe. Kak sal orang muar ke? Best r keje bace surat kabo :)
    Saya pun ada "dia" jugak ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha...video tu memang untuk awak lah..hehe. #YNWA
      ye, akak orang Muar, tapi lahir kat KL..membesar di Selangor.
      tak mampu nak baca suratkhabar dah..hehe.banyak sangat baca news boleh jadi depressed.

      'Dia' awak tu apa?

      Delete
  17. kalau 'dia' tak ada memang susah tol nak up entry segala macam..
    tak jadi apa.. skali skala memang 'dia' hilang..

    ReplyDelete
    Replies
    1. 'DIA' lagi..siap si 'DIA' tu...sis JM kenal x hahaha

      Delete
  18. MOOD tu siapa..ce explain sikit...kenapa dia hilang...dia merajuk dengan Sal eh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha, tak taulah sebab apa dia hilang..kena report polis ni

      Delete
  19. best argghh..keje mcm Sal ni...keje BELEK sorat kabor je hahahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak larat dah nak baca suratkhabar..cemuih bak kata oghang utagha

      Delete
  20. Sal balik dari LONDON pun x de gak DIA..sah tertinggal di LONDON..bek g cari cepatan hihihhi

    ReplyDelete
  21. nampak nya sis JM ada byk MOOD itu sbb komen masuk bertalu - talu..Sal nk sikit heee

    ReplyDelete
    Replies
    1. mood nak blogwalking n komen blog orang tu ada..nak update blog sendiri je malas...hahahaha

      Delete
    2. samalah tite...update blog seminggu sekali huhhu

      Delete
    3. tapi komen blog orang hari-hari.hehehe

      Delete
  22. Sal...kirim salam kat Cik MOOD tu eh..
    Pesan kat dia, kalau senang2 tu, datang lah kat blog akak jugak

    ReplyDelete
  23. Comelnya aweks baju kurung tu... memang ye Sal, kadang-kadang tanpa dia memang lost lah nak berblog ni ..nak-nak lagi lepas lama bercuti kan..cepat2 refresh kan 'dia' mu.

    ReplyDelete
  24. Nk tggu en mood dtg mmg lmbt skit kan...tp bila dia dh dtg..tu diaaaa..xmenang tgn nk menaip..hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. selalu dia datang time tengah sibuk..hehe

      Delete
  25. Nk tggu en mood dtg mmg lmbt skit kan...tp bila dia dh dtg..tu diaaaa..xmenang tgn nk menaip..hahaha

    ReplyDelete
  26. terima kasih kerana friend dengan saya... blogger otai...

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama-sama.baca coretan blogger otai ni kadang-kadang best jugak ;) thanks follow balik

      Delete
  27. samalah kita pun ni ha kak sal..kadang2 mood blogwalking ada,nak up entri tu kelaut..hahah..

    ReplyDelete
  28. Akak ada 'dia' ke, takda 'dia' ke memang rajin menulis. Entahlah apa yang menyebabkan akak kuat meroyan dalam blog ek? Maybe sebab dok baca suratkhabar kat pejabat walaupun tak dibayar untuk membacanya kot... Hehehe!

    Lama-lama kempam idea dalam kepala boleh jadi mereng, Sal. Lebih baik tulis entri banyak-banyak, takdalah kena repost selalu *_* Aha, bab repost tu akak tak perasan sebab blognisalpunya akak baru je buat blognisukahatiakulahnakkomenbanyakmana!

    Datanglah 'Dia' tu selalu. Kalau tidak, boringlah akak takda 'esei' nak baca dan buat exercise mulut! Cerita bola pun takpa asalkan bukan cerita Sal tanam bunga!

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha..akak ingat saya tak reti tanam bunga ke? selalu tanam bunga lah, dalam Farmville.hehehe

      tulah, idea tak boleh kepam, kena let it go..let it go..

      Delete
  29. Mood rupenye..
    Saya pun, bukan xde benda nak up kan..
    Tapi, mood mmg ke laut sekarang ni memandangkan 'banyak perubahan dalam hidup' yang saya tengah buat sekarang ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. lately post Nazeck macam sedih je...saya doa semoga ditabahkan hati dan dipermudahkan urusan.yelah, tak semua benda kita boleh share dalam blog kan. .be strong ;)

      Delete
    2. Betul tu,Sal.
      Selalu ngadu kat colleague...
      Nak buat macamana.. Dah tertulis itu takdirnya.
      Thanks, Sal..

      Delete
  30. oh, rupanya ramai juga makin hilang mood nak menulis ye... macam wabak pula. hahahhahaha.. xpelah, selagi ada masa boleh menulis, tulislah apa yang terbuku di hati :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha..kan? dia macam ada musim-musim tertentu pulak.tetibe semua blogger takde mood.

      Delete

Thanks sudi baca. Komen je apa-apa korang suka. Lagi panjang lagi best

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Template by BloggerCandy.com