Friday, 2 January 2015

This will be our year - katanya..

Assalamualaikum semua..Hari pertama di tahun 2015 semalam korang buat apa? Aku..kerja. Lumrah la kot, aku kerja syarikat suratkhabar. Selagi ada production, selagi tulah ada orang kena kerja. Actually kerja aku tak susah pun. Bukan kena naik bot angkat kamera demi nak buat liputan banjir. Ataupun menunggu berjam-jam demi sebuah press conference bersama puluhan wartawan lain demi jawapan yang semua orang nak tanya. Jauh sekali bersengkang mata di kilang sepanjang malam memastikan suratkhabar dicetak sempurna.

Antara azam terunggul 2015 aku adalah nak bekerja dengan lebih cekap dan amanah. Bukan untuk bos atau company, tapi untuk setiap sen yang tercatat dalam slip gaji aku. Aku tak nak dapat rezeki yang tak berkat, kemudian suapkan duit tu ke mulut mak ayah dan adik. Mintak dijauhkan!

Azam nombor dua..( atau mungkin azam utama) adalah nak kahwin. Tak percaya? Klik gambar bawah ni


See.. aku dah bawak azam ni dari tahun 2011 lagi. Hahaha..janganlah kalian menggelakkan aku sebab dah 4 tahun berazam benda sama. Well, bukanlah aku dah gatal sangat, tapi sebab Abah aku ni teringin sangat nak jadi wali (bukan Wali Band tau). Mak pun asyik dok bising pasal aku yang macam takde perasaan je nak kahwin. Demi diorang, bukan untuk aku..

Azam lain-lain tu macam biasalah, nak jadi insan yang lebih solehah. Nak rajinkan diri bangun malam untuk solat sunat. Nak upgrade the way I cover my aurah and so on. Nak lebihkan hadir majlis ilmu dan solat berjemaah jugak.

Other than that, aku nak usahakan gak atasi fobia driving aku ni, terutama area KL. Entah apa-apa fobia, padahal bukannya aku pernah langgar orang atau binatang, cuma penakut je. Kot ada rezeki nak beli kereta.

Tahun depan umur aku masuk tiga puluh wei! Cam tak caya je, so aku berazam nak improve diri aku supaya lebih matang, lebih rasional dan belajar kawal temper. Ala, nak berazam ni bukan payah tunggu setahun sekali. Hari-hari pun boleh, cuma nak poyo je set setiap kali tahun baru. Aish, baru tadi berazam nak lebih matang. Pfft!

Pinjam tagline 'This will be our year' dari penyokong Liverpool FC ye..hehe.

Gambar lama... Torres hensem. Motif?

Tu jelah nak membebel..Selamat tahun baru semua! Apa azam 2015 korang?

Nota kaki : Azam nak update blog sehari sekali...*autopublish*

59 comments:

  1. hahaha..selamat menunaikan azam yg tergendala itu.. ada jodoh sampailah masanya.. mak pun suka tanya kau tak ada kawan lelaki ke..aisy..muda lagi..! huhu
    sya takut nak ambil lesen sampai sekarang.. T__T

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe...nanti kalau dah dapat lesen kena beranikan diri tau nana..

      Delete
  2. moga tahun ini..tahun bolasepak...dapat tengok permainan yang kaw2 dari tahun sebelumnya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hopefully!terutamanya Harimau Malaya

      Delete
  3. Kalau azam yg baik tak salah berazam yg sama sehingga 5-10 tahun sekalipun.

    ReplyDelete
  4. slamat tahun baru sal...moga azam sal akan terkabul tahun 2015 ni terutama bab kawen tu..hahaaa

    ReplyDelete
  5. semoga termakbul segala yg diazamkan tu..:)

    ReplyDelete
  6. Selamat tahun baru 2015 Sal..Moga azam sal akan tercapai..

    ReplyDelete
  7. Selamat tahun baru..semoga apa yg dihajatkan tercapai...^_^

    ReplyDelete
  8. Selamat tahun baru :-)

    Liverpool dengan England tiap kali mesti akan mention This is our year! Tapi last-last tak kemana pun. Hehehehe. Jangan mara arr.. Gurau jer.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha... lahir kat Malaysia , nak buat apa kecik hati kan..kot IC London yelah jugak. haha, tulah pentingnya kita jadi orang yang tahan maki dan tak kenal putus asa..macam penyokong Liverpool.hehehe

      Delete
  9. dah dekat 30 ke..takpe..slow2 ye..in sha Allah ada jodoh..dan tercapai semua impian sal ni

    ReplyDelete
  10. Replies
    1. relax la baru 30..hihi
      tapi nmpk muda la..

      Delete
  11. Semoga tercapai semua hajatnya, kak Sal :)

    ReplyDelete
  12. Semoga di permudah semua nya sis..

    ReplyDelete
  13. Happy new year, Sal. Moga semua azam Sal berjaya direalisasikan :)

    ReplyDelete
  14. oh nak kena panggil kakak lah ni. hehehe.. okay jom ramai2 kahwin tahun ni.. hikhik...

    all the best untuk azam2 yg mungkin sama mungkin beza tiap tahun tu. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe, terpulanglah Aisya, panggil adik pun takpe..hihihi. Aisya kahwin dulu lah dengan En.Barney, nanti I follow.. ;) all the best n happy new year to u too ;)

      Delete
  15. Selamat Tahun Baru dan Salam Maulidur Rasul, Sal apa jua harapan dan impian kak ana doakan segalanya akan dipermudahkanNya buat Sal, all the best dear :)

    ReplyDelete
  16. nak kahwin tu boleh masuk ke dalam azam ke...ahahaha..sbb sis JM dah berpuluh tahu simpan azam tu tapi until now tak kesampaian then KAHWIN bukan lagi satu azam buat akak kerana ia sukar utk di capai. Serah kepada qado dan qodar Allah..percaya kepada ketentuan Allah..hanya mampu berdoa kepada Allah di pertemukan dengan insan yg boleh membawa ke Syurga..Jodoh itu urusan Allah..hanya dia yg lebih tahu

    ReplyDelete
    Replies
    1. bila saya masuk dalam azam, saya akan lebihkan berdoa dan istiqamah untuk mengubah diri menjadi perempuan yang lebih baik.ewah..tulah dia tujuannya.saya pun dah masuk tahap 'berserah' je sebenarnya.huhuhu.tapi demi parents, saya usaha la jugak.. ;)

      Delete
    2. betul2 kita serah pada qado dan qadar... tapi dlam masa saya kita cuba meminta padaNya...insyaallah..

      Delete
    3. Nak kawin try cari lelaki bernama azam.... Usahkan tiap awal tahun je berazam... Hari2 pon berazam... He He He...

      Delete
    4. haha..hampeh..takpe, boleh dipertimbangkan.

      Delete
  17. sis dah berthn2 azam nak kawin tapi sampai la ni masih x de yg masuk meminang ... huhuhuuu

    ReplyDelete
  18. Bagus betul,Sal.
    Banyak betul azam yang ingin dilaksanakan.
    Semoga ketemu insan yang betul-betul ingin sehidup semati & sayang kan, Sal kerana Allah. Doakan semua yang terbaik buat,Sal.

    ReplyDelete
  19. Just nak share experience with everyone..
    http://drshikinzainal.blogspot.com/2014/09/kerja-sebagai-ibadah.html

    ReplyDelete
  20. hai Sal.. moga terlaksana azam Sal tu :)

    ReplyDelete
  21. semoga dipermudahkan segala azam tersebut.

    ReplyDelete
  22. hi... blogwalking n terclick link sal.. isi menarik... salam kenal sal.. n happy new year too... semoga tecapai apa yang dihajat ya.. =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jauh benor Luna Paris berjalan... He He He..

      Delete
  23. K wa doakan azam nak kahwin tu akan tercapai tahun ni tau...

    ReplyDelete
  24. Sal, banyakkan solat malam dan doa bersungguh2 yea, in shaa Allah moga sampai segera jodohnya lelaki yg baik

    ReplyDelete
  25. Selamat tahun baru Sal..Moga-moga azam sal yang tertunggak tu tercapai ya..he..he

    ReplyDelete
  26. baru ada kesempatan singgah sini...

    ReplyDelete
  27. Umur dah dekat 30?..
    Akak nampak macam muda lagi..
    Semoga sagala impian dan hajat tercapai...aamiin..aamiin..

    ReplyDelete
  28. Bila pun tarikhnya apa yg penting jangan lupa jemput semua blogger peminat Sal makan nasi minyak...

    ReplyDelete
  29. Semoga 2015 ini membawa kejayaan yg lebih cemerlang buat Sal... aamiin. Salam ceria selalu.. :)

    ReplyDelete
  30. kak sal.. experience kawan saya la.. dia kata doa kita tgh bermusafir pon insyaallah Allah akn tunaikan..apa lagi saya xingat la.. pas2 mak dia pegi umrah berdoa kat sana.. alhamdulillah lah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalu camtu SS pon nak doa masa bermusafir laa...

      Delete
  31. semoga azam kak sal tercapai ya... semoga di berkati olehNya...

    ReplyDelete
  32. hihi, i'allah kak Sal..klau kita berusaha utk berusha utk mnjadi yg lebih baik..
    nnti Allah akn hntar org yg baik utk kita..+ klau Allah tahu kita dh btul2 brsedia mnjadi istri..
    p/s: Kak Sal nmpk muda dr usia lar..hehe..

    ReplyDelete
  33. hahaa part mak bising cakap tak ada perasaan nak kawen tu samalah. tapi mak ayah CT xde pester sangat. diorang just kalo ade anak2 kawan yang kawen mulalah.. kau bila lagi ? heeey ingat kawin main boleh pilih macam pilih baju ? bhahahaa insyallah Kak Sal.. ada keinginan insyallah Allah tunjukkan jalan..

    Happy New Year \\^^//

    ReplyDelete
    Replies
    1. Errrr.... Kalu pilih skandal boleh macam pilih baju? He He He...

      Delete
  34. amin , semoga cepat kahwin :) hehee

    ReplyDelete
  35. azam 2015 -- cepat dapat kerjaaa. doakan kakk?

    ReplyDelete
  36. torres tu tggl dlm history channel je sal...wat apa dikenang barang yg da lepas hehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan..ke JDT tidak, balik Liverpool pun tidak..kembali ke Atletico rupanya...

      Delete
  37. bagus keazaman tu sal
    moga dapatlah merealisasikan keazaman tu =)
    akak tak ada azam sangat rasanya
    cuma nak jadi lebih baik aje di sisi DIA =)

    ReplyDelete
  38. Mentang mentanglah peminat bola tag line pun ikut liverpool ek hihi ...

    Ok...ok.....azam jodoh tu okje sokong 500 percent hihi...

    ReplyDelete
  39. Sal, lupa pulak akak nak ucap Selamat Tahun Baru 2015 buat Dik Sal yang cute mute super comel dan sepesen mulut membebel macam akak. Baru 9hb, okey lagikan akak wish tahun baru :)

    Akak memang tak pasang azam. Azam akak dulu-dulu selalunya jadi angan-angan je. Baru sempat tersemat dalam hati lepas tu terus hilang. Tak sempat nak laksanakan tau :) Alahai, akak pun ada azam yang dah makan sedekad rasanya, Sal. Konon nak belajar bahasa Jepun sampailah ke hari ni, akak masih lagi rileks guna penterjemah gitu :) Akak ni spesies yang hampir pupus dah kat sini sedangkan junior semua fasih berbahasa Jepun. Oh, sedih pulak bila teringat azam zaman tok kaduk nih!

    Bab nak kahwin tu, akak doakan Sal cepat bertemu jodoh. Janganlah nak kata bapaknya dok sibuk nak jadi wali, dalam hati tu pun memang menggebu-gebukan pasang angan-angan nak naik pelamin! Tapi warning siap-siaplah ya, Sal. Kahwin tu indah tapi pancarobanya mak hai, nak pitam kadang-kadang kalau tak kuat iman!

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau akak tanya sayalah kan, dari sudut hati yang paling jujur lah ye..teringin memang teringin, tapi dah tahap pasrah+malas dah nak berharap.kalau ada, ada..kalau takde, sudah..kalau fikirkan diri sendiri, nak fikir pun malas..huhu

      Delete
    2. Akak faham sangat :) Pernah dah melalui saat ni. Yalah, tak semua orang yang akan melaluinya unless by 30, kita masih tak kahwin-kahwin lagi. Serius, akak pernah menghadapi situasi ini. Bercinta monyet sejak 14 tahun, ingatnya habis je belajar by 25 tahun dah kahwinlah hai. Sampai dah late 20's pun tak kahwin, akak masih lagi mengharap tapi sinar jodoh tak nampak batang hidung pun! Akak pun redha ajelah lepas tu -kalau ada jodoh, kahwin; kalau takda jodoh, redha ajelah dengan ketentuan Tuhan. Siap plan nak ambil anak angkat lagi kalau tak kahwin! Mak dah menangis tersedu-sedu dok fikir anak tertutup hati tau mau kahwin padahal Mak tak tahu betapa merontanya hati kita ni nak bertemu jodoh masa tu :) Mak takut akak sendirian bila dah tua. Sampai akak kata, dah tua tak larat nanti akak register diri sendiri masuk rumah orang tua. Lagi melambaklah airmata orang tua tu!

      Bila kita tak duga, tetiba aje Mr. Right tu muncul akhirnya....

      Harapnya hidup Sal pun akan berakhir dengan kegembiraan macam akak. Insya Allah!

      Delete
    3. betul lah tu kak..kalau ikut hati memang tak lalu dah nak fikir.tapi bila pandang muka Mak ngan Abah buat-buatlah macam kita berusaha ke arah tu.kita tak nak lah kan, dia susah hati..so selalu je cakap 'Allah kan ada..'.huhuhu.orang yang pernah mengalami je faham...sob sob *tumpang bahu adik cute, nak nangis ni..* hehehe

      Delete
  40. sis JM dh lama aim nk kahwin gak tapi asyik kena reject alasan?..muka kurang seri huhuh

    ReplyDelete
    Replies
    1. samalah kita JM, dah berkilo tepek bedak sejuk pun seri tak datang lagi..huhuhu

      Delete

Thanks sudi baca. Komen je apa-apa korang suka. Lagi panjang lagi best

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Template by BloggerCandy.com