Wednesday, 26 November 2014

Apa dah jadi dengan blog aku ni?

Kalau dah lama follow blog ni, korang mesti dah biasa dengan peel aku yang suka edit blog. Kejap tukar header, kejap tukar template, tukar nama blog pun pernah. Paling extreme sekali (dah paling, sekali pulak, rosak bahasa!) tukar url..hehe. Tapi tu kes lain, bukan masalah teknikal.

Malam kelmarin, saja try template blog baru. Cantik memang cantik, tapi tak tau kat mana silapnya, 'label' kat bawah blog post tak kelihatan. Related post widget pun hilang. Dahlah susah nak buat, kena edit coding. Pastu header cam tak matching je, nampak serabut.

Pada pendapat aku, 'label' merupakan elemen paling penting dalam sesebuah blog. Especially untuk blogger yang main tulis ikut sedap macam aku. Kalau tanya apa niche aku, memang serius tak boleh jawab. Bila ada 'label', pembaca boleh pilih apa yang diorang nak baca. Kalau suka baca pasal travel, boleh klik kategori travel. Kalau nak cari tutorial, klik label tutorial. 'Related post' pun penting, untuk galakkan pembaca explore blog kita lagi dan lagi.


Tengok blog aku dah serabut, tunggang terbalik, widget bertindih-tindih gara-gara template baru, aku revert kepada template 'simple'dan 'private' kan blog . Yelah, macam kau tengah kemas rumah, mesti segan kalau tetibe ada orang datang. Belum habis edit, tetibe blackout! Apa nak buat? Nak tunggu ada lektrik balik, aku pun dah ngantuk. Tido jelah! Makanya, sampai ke siang blog aku tak boleh dibaca. Tak sangka peminat nombor satu (merangkap satu-satunya peminat blog aku) hantar sms bagitau yang blog tak boleh access. Mesti dia ingat kes merajuk tu yang tetibe block orang dari baca. Hehehe, takdelah, aku tak sempat nak buang setting private tu. Sampai office kerja bertimbun-timbun, tak dapat nak sambung edit. Lagipun, blog aku still tunggang-langgang so aku biar jelah 'hilang' sekejap dari alam maya. Ala, korang bukan perasan pun ketiadaan blog sendu aku.

Curi masa lunch hour kejap semalam, untuk sambung edit. Ha, nak tau kat mana nak dapat background layout yang comel ni? Aku dapat kat Shabby Blog. Diorang ada banyak background blog dan header yang cantik-cantik. Kalau korang suka design vintage dan cute memang akan rambang mata.

Tapi, kalau nak guna background blog diorang ni ada trick supaya blog korang tak tunggang langgang. Tips ni untuk yang guna Blogger.

1. Klik dekat link aku bagi tu pastu pilih mana yang berkenan di hati.


Dah pilih? OK, rileks dulu jangan gelojoh.

2. Tukar template blog kepada Picture Window. Template lain tak berapa menjadi.


2. Edit coding, susun widget dan layout ikut kesesuaian korang. Penting buat ni dulu. Pastu preview. Dah puas hati baru save.

3.Dekat bawah background yang corang nak tu ada button 'get the code'. Klik situ, akan keluar instruction nak install dan code.


4.Gi kat Layout - Add a Gadget - HTML/ Java Code. Aku letak kat bawah header, tapi korang nak taruk kat sidebar atau bawah blog post pun boleh. Klik edit content dan paste code dia bagi. Save!

5. Mula-mula aku frust sebab header aku tak center, so terpaksa lah aku adjust width supaya header betul-betul ada kat tengah.

Siap! Hasilnya cam yang korang nampak.

Oh ye, aku tukar balik nama blog ni kepada 'Blog Sal' sebab aku malas nak create header panjang-panjang. Kalau sesape yang taruk blog aku dalam bloglist, terpulanglah korang nak pakai nama apa. I olls OK je.

Thanks baca ye. Selamat edit-mengedit blog.


34 comments:

  1. Cantik wajah baru blog ni. Saya pun teringin nak edit blog tapi pasal malas nak main coding, saya biarkan sahaja la.

    ReplyDelete
  2. hiksss....malu saya....kikiki...

    ReplyDelete
  3. Cantik wajah baru blog sal..baru semalam nk tanya kt ruang komen, tapi tak jadi. Eloklah sal nk wat entry ni..

    ReplyDelete
  4. tu yg akak malas nak tukar templete Sal...widget2 akan hilang..kena buat dan susun semula

    ReplyDelete
  5. Pandainya Kak Sal ^_^ Akak ni terliur ajelah bab-bab membega-begakan blog ni honestly speaking London, akak memang tak pandai. Yang akak pandai asyik tukar font jek! Hihihi...

    Itulah pasal hari tu masuk terkejut chimpanzee tengok dah berubah. Cutelah gaya gini. Nampak simple dan kemas!

    ReplyDelete
  6. cantik..kita memang tak berapa pandai nak tukar template ni..biar je lah..

    ReplyDelete
  7. Bukan nak puji tapi blog Sal ni memang simple dan comey ... macam lepas makan produk terlajak laris pulak, berseri-seri...

    Saya bab nak tukar-tukar wajah blog paling malas. Tekan sana, tekan sini sampai nak patah jari. Sebab tu blog saya wajahnya lebih kurang macam tu jugak dari dulu...

    ReplyDelete
  8. Replies
    1. hehe..tak pandai sangat nak edit blog orang ni..semua pun tutorial dari google

      Delete
  9. wah, comel pula background blog akak yang ni. hehehhee... tapi mana header dulu? saya suka header dulu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. header dulu tak matching..hehe.lagipun cam segan plak ada muka sendiri.tak boleh blah kan..

      Delete
    2. la.. awat nak segan... lawa lah kak header dulu... hehehe. tapi betul juga. sebab background dah bercorak kan. kalau letak header sekali, takut jadi serabut pula.

      Delete
    3. betul tu..kalau background corak, header kena simple..kalau ni blog adik-adik comel lah jugak.kat makcik tak sesuai..haha

      Delete
  10. wahh jelita la templete baru dia..simple! Akak pon selalu gak cuba2 tukau, tak pandai pon main belasah jek..kadang jadik kadang tak hihi

    BTW thanks yek bg sebenia tu..dh received dahhh...suke sangattt :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah sampai ek..alhamdulillah ;) edit blog ni memang kadang-kadang kena cuba-cuba

      Delete
  11. Nasib baik saya sempat masuk utk curi header blog tu tampal kat entri semalam hehee. Kebelakangan ni pun sibuk & ada waktu juga blog jadi tunggang langgang.. Apa pun, selagi mempu kita teruskan berblog kan... :) :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Header yang abang kk amik tu memang dah baru.kalau terambil header lama mesti orang confused. .hehe

      Delete
  12. K.Sham tak brani nak adjust apa-apa yg ada kecuali and certain that ada "masa".
    Sebab once K.Sham dah godek.. sure ralit.
    && once ralit.. means really "ralit".

    ReplyDelete
    Replies
    1. So true kak. .kalau nak edit blog kena time betul2 ada masa.kalau tak memang ralit. Dia jadi seronok kalau jadi cantik.kalau tak kenan dah kena ubah lagi.

      Delete
  13. saya suka part headerr! simple je. tapi omeyy

    ReplyDelete
  14. Akak pulak, pesen org paling pemalas nak edit blog..Header pun tukar setahun sekali kut..hehehe

    ReplyDelete
  15. no wonder lah tadi masuk ehh..blog sal berwajah baru lah :-)
    nak edit blog ni pun perlu spend masa beberapa jam jugak sbb tu buat masa ni ni sis malas nk edit2 dulu nanti rajin boleh try jgak

    ReplyDelete
  16. Sampai sudah okje tak tukar header Sal sebab tak tau haha...Tp okje rasa simple mcm header okje tu dah cantik sgt dah tu haha....
    Yg tau tukar kaler jer lah haha....design yg standard tu mcm langsung tak mengghairahkan mak jer haha

    ReplyDelete
  17. Akak bab edit2 ni sangat tidak pandai, Sal. Malas nak cuba2. Haru jadinya!

    ReplyDelete
  18. rajin sungguh akak mengedit sana sini.. CT givap hahaa.. btw CT nye related entry lagi pelik.. tah turki mari agaknye hahaa..

    ReplyDelete
  19. huhu, nak edit blog jugak..tapi pemalas ya ampun..hihi..

    ReplyDelete
  20. Saya ritu pun glabah jadinya bila everything loss. Dah pulak xtau camne boleh jadi camtu.

    ReplyDelete
  21. Saya perasan blog kak sal hilang kejap haritu. Hehe

    ReplyDelete

Thanks sudi baca. Komen je apa-apa korang suka. Lagi panjang lagi best

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Template by BloggerCandy.com