Thursday, 6 November 2014

#1- 11 tempat ingin dilawati di Malaysia - Cabaran November 1

http://kathyrbain.blogspot.com/2014/11/cn1-1-11-tempat-ingin-di-lawati-di.html

Blogwalking hari tu, terjumpa pulak blogger Kathy Rbain buat challenge ni. Terus rasa nak join sebagai tanda sokongan. U olls nak join? Klik je banner atas tu..hehe.

11 tempat ingin dilawati di Malaysia

1. Pulau Dayang, Johor
Aku suka gila snorkelling, walaupun tak reti berenang. Seronok tengok batu karang, ikan, penyu dan hidupan laut lain. 

2.Royal Belum Rainforest
Gara-gara tengok drama Rafflesia lakonan Rita Rudaini yang femes di zaman remaja aku dulu, aku terus teringin nak tengok bunga Rafflesia dan menikmati keindahan hutan Belum yang kaya dengan khazanah semulajadi. *Ayat skema iklan biodiversiti *

3.Mabul - Sipadan
Snorkeliing heaven! No wonder tempat ni still menjadi tumpuan walaupun ada banyak kes culik berlaku. Nak pergi sangat, tapi takde kawan yang berani..huhuhu!

 4. Gua Mulu, Miri
Aku dah pernah sampai Gua Niah, tapi ramai orang kata Gua Mulu lagi menarik dan mencabar.

5. Masjid Kristal, Pulau Wan Man, Terengganu
Teringin nak tengok masjid cantik ni depan mata.

 6.Genting Highland
Dah berkurun tak jejak kaki ke sini. Aku suka theme park walaupun spesis takut tinggi fikir 80 kali nak naik roller coaster.

7.Kundasang Dairy Farm
Pernah sampai ke Kundasang, tapi tak dapat naik ke dairy farm sebab masalah kenderaan tak sesuai. Terlepas nak feeling ala-ala kat New Zealand.

8.Taman Negara Endau-Rompin
Tengoklah air terjun dia...geram kot!

9.Pantai. Asalkan bersih dan selamat untuk mandi-manda.
10.Mana-mana tempat makan yang best dan halal!
11. Mana-mana tempat yang orang dia baik-baik dan sedang mencari calon menantu. Hahahaha

Nanti sambung lagi ek...

20 comments:

  1. great2! Banyak tempat cantik2 kat malaysia ni kan!

    Anyway, i enjoyed reading ur australia post!

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks dear!nanti i sambung entry Australia ye.

      Delete
  2. no 11 aka last tu mmg x blh blh utk bujang mcm kita ... heh heh

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha..saja je, dah takde idea nak taruk apa

      Delete
  3. jom round 1 malaysia..hehe..btw, thanx sbb tinggalkan link blog di blog aisyah...

    http://aisyahambris.blogspot.com/2014/11/nak-url-blog-boleh-tak.html

    ReplyDelete
  4. Hahaha...yang No.11 tu memang tak boleh blah bila dibaca berulangkali ^_^ Hutan belantara, gua gelap gelita, akak takda hati dah nak pergi. Masa zaman mudabeliaremaja dulu dah puas melenjan. Sekarang ni rasa scary pulak kalau masuk tempat cam ni. Rasa tak bernafas, semput dibuatnya! Masjid Kristal tu dah lama teringin tapi tak sampai-sampai lagi. Cuti sekolah dah nak dekat tapi plan asyik je tak menjadi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. timu muda remaja ni lah nak melenjan (muda ke?)..cuti sekolah dah dekat ni, plan cepat kak.

      Delete
  5. eh, best juga 1 dengan 2 tu... saya suka kalau dapat g hutan2 ni. hahaha

    ReplyDelete
  6. terbaik betul tempat no 11 tu sis...hehehehehe..

    ReplyDelete
  7. tempat yang ke 11 tu mmg kelakar ahahaha

    ReplyDelete
  8. mabul dgn kundasang ! rasa mcm tgk lembu NZ je. hehe

    ReplyDelete
  9. hahaa. akakk, nak kenal kawan saya tak kak? serius nii. mohon email kiteww

    ReplyDelete
    Replies
    1. hurm..kenal untuk apa ek?agak kurang faham di situ.

      Delete
  10. Malaslah nak berangan.... buat penat jer bukan dapat pegi pun huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe, dalam Malaysia kak OKje, kalau berangan rasanya boleh sampai.

      Delete
  11. gua ? hahaha okay nanti tunggu entry CT masuk gua k Kak Sal ^^ tragis sangat hahaha.. Kak Sal ske adventure macam ni eh.. kalo CT ske yang girly girly la.. taman taman bungeee ke.. park park cantik n scenery hihihi.. mandi mandi ni kureng unless kalo dah pi tepi laut o pulau mmg mandi la kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. maybe sebab akak duduk kl kot CT...asyik tengok KLCC hari-hari, nak jugak tengok pokok..akak pun girly girl jugak sebenarnya.kalau gi hutan pun takat nak chill, trekking sikit-sikit je.

      Delete
  12. Makin meriah nampaknya Gentimg.Highland.
    Dah bertahun tak pergi.
    Last masa tahun 2 medic rasenye.

    ReplyDelete

Thanks sudi baca. Komen je apa-apa korang suka. Lagi panjang lagi best

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Template by BloggerCandy.com