Friday, 24 October 2014

Apa kena-mengena cuaca dengan update blog?

Assalamualaikum dan Salam Jumaat semua!

Akhirnya, dapat jugak aku mengadap blog kesayangan aku ni. Dekat seminggu aku sajikan korang dengan entry-entry autopublish je. Amacam, berjaya tak aku memperdayakan korang seolah-olah aku ni seorang yang istiqamah dalam berblog. Muahahaha!!

OK, cukup-cukup gelak tu. Sungguh tidak sopan kau ni. Follower dahla tak ramai, sampai hati pulak ko gelakkan diorang.

Nasib baik rakan-rakan alam maya ramai yang dah jumpa jalan balik ke sini. Tulah, tiba-tiba 'pindah rumah' manalah blog tak dimasukkan dalam kategori hilang tanpa dikesan. Padan muka aku. Huhuhu.


Tangan aku ni gatal je nak sambung cerita trip ke Australia. Tapi dalam seminggu ni, terpaksa batalkan hasrat nak online kerana faktor cuaca. Baru nak on pc, guruh dah berbunyi. Streamyx kat rumah tu sensitip ya amat! Sat lagi kena panahan arjuna terus apa pun tak boleh.

Nak curi-curi masa mengarang dan edit gambar kat opis payah sikit, ramai busy body. Lagipun kerja boleh tahan banyaknya. Tapi biasalah, hari Jumaat macam ni memanglah malas nak siapkan. Lagi-lagi bila opis kosong, ramai yang cuti. Bos pulak takde, hurm..lagi berganda-ganda lah tahap kemalasan aku.


Actually aku ngantuk tahap gaban ni. Tak, bukan sebab dok layan Champions League. Korang tahu tak aku terlepas Liverpool lawan Real Madrid gara-gara tidur lewat sebab layan cite Tamil ' Maatraan'? Sape tengok, angkat tangan!! Hensem kot hero dia, kalah hero Hindustan! Dah tidur lewat, memang cancel lah 'qiamulail'. Tak senonoh betul, bangun tengah malam sebab nak tengok bola. Kalau sebab nak solat hajat or solat taubat takpe jugak!

Malam tadi aku tidur lewat dok edit gambar Gold Coast. Nanti kalau cuaca OK, aku pun tak busy, ingat nak siapkan entry tu weekend ni.Busy apalah sangat Sal oi, macam ada anak lima! Sebenarnya, masa cuti Deepavali baru ni, Mak jatuh terseliuh masa turun tangga. Dah berbalut kaki.Doktor tak bagi dia lasak-lasak sangat selagi kaki belum baik. So, aku kenalah tingkatkan prestasi, kurangkan air liur basi, supaya rumah tak macam Titanic karam. Kalau ada Jake Dawson tak apalah jugak.

Doakan kaki Mak cepat sembuh ye.

Tu jelah kot nak merepek kali ni. Seminggu tak membebel, panjang aku merapu ye!

Lupa pulak, pesanan dari tuan tanah. Selamat Menyambut Tahun Baru 1436 Hijrah. Semoga tahun baru ni membawa seribu satu kebaikan buat kita semua dan semgoa kita dapat hijrahkan diri ke arah yang lebih baik, ikhlas demi Allah.

Petang ni kalau dapat, bacalah doa penutup akhir tahun.InshaAllah, moga Allah memberkati.

Till then, thanks for reading dearies!

30 comments:

  1. mmg tertipu...hahahaha...

    Selamat menyambut Maal Hijrah kak.. :)

    p/s : Sally dah bg email kat contact form akak...jemput datang esok! :)

    ReplyDelete
  2. salam maalhijarah sal.. lama tak bw kemari.. huhu..

    ReplyDelete
  3. kena update siang...sekarang musim hujan malam..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. masalahnya siang kerja..huhu. tak syok update blog kat opis.

      Delete
  4. salam maal hijrah sal
    moga mak dia cepat sembuh aminnnnn
    alaaahaii akk tak nengok la cite tamil tu..best ekkk...hero ensem ek??? rugiii rugiiii hihi...dasarrr

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah kak..hero Tamil sekarang putih-putih macam hero hindustan.nama pun hero..hihi

      Delete
  5. hahaha CT pun bakal buat entry otopublish beberapa hari akan datang ni :P hahaha biasala tu kan otopublish hahahahks.. mmg sungguh Kak Sal.. petir kilat nak bukan intrnet pun takut. lastnya ttp strimix and pasang yes aje sebab tak payah direct letrik hahaha

    makcik..!! jangan melasak sangat. bawak bawak duduk berehat. suruh aje Kak Sal buat semua mende.. bila
    lagi nak buli dia kan makcik hahahha..

    ps : entry ostrolia please dipercepatkan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha, tu lah..2,3 hari ni kak Sal ko jadi 'woman of the house'. camni agaknya perempuan-perempuan bekerjaya dok kalut uruskan rumah tangga.

      Delete
  6. Ramai betul orang tengok cerita Maatraan ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. citer tu best jugak..filem tamil ni ada tarikan dia sendiri, boleh beat filem hindustan

      Delete
  7. salam maal hijrah sal. sedap sangat ke cerita tamil tu? ke minat nak tengok hero hensem..
    ky malas nak tengok, takut terketagih..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau movie camni biasanya tak ketagih kak,lainlahkalau bersiri..hihihi.bestlah jugak, jalan cerita dia unik, ada unsur saintifik sikit

      Delete
  8. Salam maal hijrah kakk.

    Woahh. Busynya akakk. Mcamanalah scha bila dh keje nnti. haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. nama pun kerja, hehe..mestilah busy.lagipun tak syok nak curi-curi menaip time kerja.jumaat lainlah, break lama

      Delete
  9. Salam Maal Hijrah Sal. Semoga bersama kita semua diberi kejayaan & kehidupan yg diberkati Allah swt... aamiin.

    ReplyDelete
  10. Sama la xsuka b'blogging masa org ramai kt ofis, semak kot

    ReplyDelete
  11. cuaca dan internet sangat berhubungkait. hehe.
    salam maal hijrah XD

    ReplyDelete
  12. Hero Tamil pun dah ensem skrg ni.
    Tapi, tak boleh lawan Bro Shah Rukh Khan lagi kott..hehe, I like him:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. peminat shah rukh gak ye..sekapal lah kita!dia memang hero yang takde tandingan :)

      Delete
    2. I labyu SHK.
      Alamak..marah pulak en asben kalau tgk ni.

      Delete
  13. Ahah, no wonderwoman lah sebelum ni dok nak terjah tapi tak wujud. Sib baik kali ni try terjah ada blog ni. Kalau tidak memang kirim salam sayanglah, tak dapat tambah sorang lagi follower gojes gitu ^_^ Minat citer Tamil? Saya ni Hindustan pun tak khatam. Kalau tengok, memang sah mimpi indah. Tak sempat nak tengok hero heroin tukar-tukar baju nyanyi keliling pokok semalu!

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya rasa saya ada inform kot kat komen akak yang saya tukar url blog.kalau terlepas mintak hampun ye..huhuhu.tulah, nasib baik tak kehilangan follower goges nama Mummydearie ni.
      Takdelah minat sangat Tamil...kalau best, saya tengok je.kadang-kadang lagi best dari hindustan tau sebab diorang pandai imaginasi..hehe

      Delete
  14. ha, pelakon dia hensem? macam best je cter dia. hahaha... sori kak, dah lama x datang blog akak. saya duk copy url blog akak yang lama. sebab tu x terupdate cter nya dalam favorites saya T____T rupanya dah banyak cter akak. adoi..

    la, siannya mak akak. dah elok ke belum tu kak? kat sini pun asal petang je hujan. xpelah, hujan bawa rahmat..

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha, no wonder lah..akak ingat busy dok study.takpe, pelan-pelan bw.akak pun bukan selalu update blog.

      ok dah mak akak.tapi tulah, tak duduk diam, so kejap-kejap sakit balik. nama pun 'Mak'..mana reti rehat

      Delete
  15. bagaiamana keadaan kaki mak SAl skrg..harap2 dh sembuh ye

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah..dah Ok dah kak JM :)

      Delete

Thanks sudi baca. Komen je apa-apa korang suka. Lagi panjang lagi best

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Template by BloggerCandy.com