Saturday, 4 October 2014

Aidiladha buatkan aku rindu

Assalamualaikum semua..Hari ni arena blog agak sepi, mungkin sebab masing-masing sibuk dengan persiapan hari raya Aidiladha dan ada yang dah pulang ke kampung halaman. Biasanya raya haji ni orang jarang ambil port sangat bab balik kampung ni. Gitu gini pun KL jam teruk semalam. Tambah pulak dengan hujan dan orang sibuk nak masuk ke highway. Ah, apalah sangat jam kat Malaysia berbanding 'jam' di Mekah sekarang ni.

Masa aku pergi ni, Masjidil Haram sedang under renovation

Mekah oh Mekah...Bila tengok footage jemaah haji sedang berwukuf di Arafah semalam hati terus diusik rindu. Walaupun aku hanya berkesempatan menunaikan umrah namun masih terbayang suasananya di depan mata. Masih terasa indahnya berada di Tanah Haram. Rindu!!! Pergilah ke mana sahaja dalam dunia ni, tapi perasaan bila dengar azan berkumandang di Masjidil Haram dan bersolat jemaah dengan jutaan manusia lain dari pelosok dunia yang bersatu di bawah agama Islam - adalah perasaan terindah yang takkan dapat kat tempat lain.

Sempena hari raya Aidiladha yang bakal tiba esok, aku nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha buat semua yang beragama Islam. Buat yang tak dapat sambut dengan ahli keluarga kerana komitmen lain, bertabahlah dan anggaplah ia sebuah pengorbanan. Kepada yang buat korban tahun ni semoga korban kalian diterima Allah. Same goes to buat yang menunaikan haji. Semoga mendapat haji yang mabrur.

Google Image

Aku doakan kita semua akan dijemput sebagai tetamu Allah di tanah haram suatu hari nanti.

Boleh baca pengalaman Umrah aku di SINI

Korang balik mana raya ni? Aku kat KL je..dah memang keluarga kat sini, mana lagi nak pergi kan?

Till then, thanks for reading :)

39 comments:

  1. Salam Aidil Adha Sal...Kita pun rindu nak ke Sana lagi..sedih & sayu tengok dia orang berdoa di Padang Arafah..

    ReplyDelete
  2. akak dah pergi umrah? bestnya... saya x dapat lagi... harap-harap adalah rezeki. haritu sebab duduk asrama. so, adik-adik yang lain je g dengan ummi and nenek.

    kalau dapat g, teringin nak melawat kubur arwah abah dengan arwah ashu.. hmm..

    anyways, selamat hari raya aidil adha kak Sal sayang :)

    ReplyDelete
  3. Insya Allah kak. Nak jugak jejakkan kaki ke sana. Insya Allah.

    Saya raya kat rembau. hehe. makan daging. yumms!

    Selamat hari raya aidiladha kak Sal! :)

    ReplyDelete
  4. salam aidiladha..follow blog ni^^

    ReplyDelete
  5. Salam Aidiladha... pasti kerinduan tu akan tiba setiap kali menjelang Aidiladha. Semoga kita semua sentiasa dibawah perlindungan serta beroleh keberkatan Allah swt... aamiin. :)

    ReplyDelete
  6. Selamat menyambut hari raya aidil adha maaf zagir dan batin dari saya sekeluarga.

    ReplyDelete
  7. selamat hari raya aidiladha juga... berhati2 semasa beraya :)

    ReplyDelete
  8. Raya kL jugak. Kita geng. Haha. Salam AidilAdha kak Sal.

    ReplyDelete
  9. at least dah merasa sampai sana. insyaAllah sampai jugak nanti, one fine day..

    salam aidiladha jugak ye sal. :D

    ReplyDelete
  10. wahhh kak sal pernah buat umrah? bestnya...kita belum berpeluang lagi...doakan kita yer... :D

    ReplyDelete
  11. Salam Aidil Adha dan salam perkenalan..

    ReplyDelete
  12. Salam Aidil Adha dan salam perkenalan.

    ReplyDelete
  13. CT belum ada rezeki menjejakkan kaki ke sana. mudah mudahan ada rezeki tahun depan nak pegi. nak jugak rasa mcm mana rasa kerinduan yang orang orang dah pegi rasa :D

    selamat hari saya aidiladha kak..

    ReplyDelete
  14. SAlam Aidl Adha Sal..sis JM pun x balik kampung kerana cuti pendek..raya kat sini je..mmg ramai x balik bila hari raya korban or haji ni

    ReplyDelete
  15. Salam aidil adha Sal ,maaf zahir batin yea.

    ReplyDelete
  16. Rindu Baitullah itulah dipanggil matsaba Sal.
    Menggamit rasa yg sukar digambarkan dgn kata-kata kan

    Selamat Hari Raya Aidiladha dari kakak juga

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh first time dengar istilah matsaba tu kak..thanks for sharing

      Delete
    2. Matsaba tu bahasa Arab ke kak Zakie

      Delete
  17. Salam perkenalan.

    Sebut pasal mekah...memang rindu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ehh..kak Zi pun ada kat sini...Assalamualaikum Kak Zai heee

      Delete
  18. salam aidil adha....salam perkenalan ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam kenal jugak buat KopiO tu hahaha...matilah kena marah nanti

      Delete
  19. salam aidiladha sal..(^_^) banyak ke makan daging korban?hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Banyak la jugak. .kena exercise ni buang lemak .hehe

      Delete
  20. Alhamdulillah Sal, diberiNya kesempatan ke sana.. :)

    ReplyDelete
  21. seronoknya dah merasa buat umrah....saya sgt teringin nak ke sana suatu hari nnt..insyaAllah...doakan saya k :-)

    ReplyDelete
  22. baru hari ni sempat singgah blog Sal..akak cuti raya balik kedah..meriah betul raya kat sini..budak2 pun sampai dalam hujan pun tak lepas beraya..nak duit raya punya pasal.heheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya raya haji x bg duit raya..hehe. ziarah pun kurang. Biasanya duduk rumah makan tido je.

      Delete
    2. Owh, kat sana bagi duit raya ea DR?
      Kitorang kat sini pun x bagi.jugak time raya haji.

      Delete
  23. Salam aidiladha juga.. Bila la dpt pluang nk ke sana agknya...

    ReplyDelete
  24. Ameenn... semoga kita semua dapat jejakkan kaki dan melaksanakan ibadah disana kan... insyaallah...

    ReplyDelete
  25. selamat hari raya aidil adha Sal.. baru singgah sini. hihi. Sal dah pernah ke Mekah yer. Alhamdulillah...
    Kak Ros pun teringin nak ke sana. moga dipermudahkan untuk kita semua !

    ReplyDelete
  26. Salam Aidil Adha sis.. Alhamdulillah kan sis dah pernah smapi ke sana.. Akak belum lagi.. selalu berdoa moga ada rezeki untuk kesana suatu hari nti.. memang rindu panggilan Baitullah...

    ReplyDelete
  27. salam aidil adha yer? moga suatu nanti kathy berpeluang menjadi tetamu Allah..

    ReplyDelete
  28. muda2 sal dah dapat menunaikan umrah..syukur..

    ReplyDelete
  29. Moga ada rezeki dapat jejak kaki di sini macam Sal..aminn

    ReplyDelete

Thanks sudi baca. Komen je apa-apa korang suka. Lagi panjang lagi best

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Template by BloggerCandy.com