Fernando Torres ke Johor?

Wednesday 3 September 2014

Assalamualaikum semua! Sape tengok match JDT vs Kelantan malam tadi? Aku tak dapat tengok sebab anak-anak sedara datang rumah, so TV kena conquer. Apa-apa pun, Salam 3-0! Nanti nak tengok ulangan since nak tau sangat kenapa George Boateng mengamuk sampai serang pengadil. Marah bebenor tu...

Malam tadi sambil nak check result FT, terbaca berita ni. Tersedak aku dibuatnya!

TMJ buru Torres bantu JDT musim 2016

Selasa, 2 September 2014 @ 8:38 PM JOHOR BAHARU: Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim mengesahkan baginda sudah memulakan rundingan awal bagi mendapatkan khidmat penyerang Sepanyol, Fernando Torres bagi pasukan Johor Darul Takzim (JDT) untuk musim 2016. Baginda yang juga Presiden Persatuan Bolasepak Negeri Johor (PBNJ) bertitah sudah bertemu dengan ejen bekas penyerang kelab Liga Perdana Inggeris, Chelsea itu yang kini dipinjamkan ke kelab AC Milan selama dua tahun. "Kami memulakan rundingan untuk mendapatkan Torres yang akan menjadi 'penjaring paling penting' untuk kita pada musim 2016. Beliau akan menggantikan penyerang JDT, Luciano Figueroa yang akan bersara pada musim 2016," katanya pada majlis taklimat dengan media dan penyokong JDT di Stadium Larkin, hari ini.

Berita ini dikukuhkan dengan kehadiran gambar ini :


Haha, rileks dulu peminat-peminat El Nino..ni gambar edited!

Nak kata aku die hard fan si Fernando Torres ni idokle.. Circa tahun 2000 something aku mula menyokong Sepanyol dalam World Cup dan Euro, so mestilah aku perasan kehadiran dia. Aku jarang follow liga kelab, tapi dulu-dulu masa dia dengan Liverpool FC layan jugak game sekali sekala. 

Once dia masuk Chelsea, aku pun dah start kerja, tak bolehla nak kemaruk sangat layan bola. Cuma yang aku dengar, dia kurang menyerlah berbanding bersama Liverpool. Dah nama striker, mestilah prestasi dinilai dari berapa banyak gol yang dijaringkan, tapi kalau shoot asyik missed je, ramailah yang mengutuk. Dalam World Cup 2014 pun nampak dia tak sehebat dulu. Biasalah bang oi, hidup ibarat roda..

Sekadar trivia, Torres merupakan top scorer ketiga Sepanyol di belakang David Villa dan Raul Gonzalez. He's more than just a pretty face you know. Ewah, speaking pulop...

Kalau jadi dia ke Johor, bolehla aku belanja dia goreng pisang cicah cili kicap dan mee bandung. Agak-agak dia pandai makan asam pedas tak? *Verangan lebih!*

Comel kan anak dia? Macam bapak dia jugak!

Nah..belanja gambar si hensem ni satu. Nak tengok lagi sila google sendiri.

Esperare, Fernando Torres...Broken Spanish, tak silap aku maksudnya "Saya tunggu awak, Fernando Torres". Sudahlah, ini penangan zaman remaja banyak nau tengok telenovela!

OKlah, tu je nak merepek

51 comments

  1. Akak penyokong Torres sekian lama..harap2 Torres tak terima hahahahh...semoga Torres lebih mementingkan kualiti permainan..sayangi lah karier anda wahai encik torres..Tiada apa 2 di sini..percaya lah..heheh..Larikkk!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha..komen kak Diana ni memang awesome! saya rasa possibilty nak dapat tu cam kureng je.Ingat murah ke, dengan pengalaman dia kat Piala Dunia and main dengan kelab-kelab hebat cam Liverpool (sape kata Liverpool tak hebat memang nak kena!). Tapi kalau dia datang sini, pemain-pemain kita boleh belajar dari dia.

      Delete
  2. hensem gak rupa torres ni.. saya tak berapa sangat bola.. sebelum ni dengar nama je.. tak kenal orangnya.. lepas ni ramai la sokong jdt kalau torres jadi datang johor kan..haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha, ni lah orangnya...sokong tu tak pasti la, tapi dia training je pun nanti orang dah penuh kat stadium..

      Delete
  3. Akak tgk game mlm tadi..si boateng ngamuk psl anak buah dia kena kad merah..sape ke nama ntah..nengok tak pokus gitu le...
    Tu la dgr gak torres nk ke JDT tu..agak2 nye TMJ ingat gaji torees 25 sen seminggu tak hahahaha...tp sejak main chelsea dia mmg tak menyerlah langsung...stok2 nk pencen le tu kikiki

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh, sebab tu ka? ? Huhuhuhu, yang ada kat match tu je tau siapa betul sape salah.
      Maunya agen si Torres tak ketuk harga.ni bekas pemain world cup kot.tak serasi dengan Chelsea kot .Lagipun dah umur 30an, kira dh senior dalam bidang sukan

      Delete
  4. tak tengok game pon..kat umah tak dpt channel..tv ade tapi..haha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha...sebab akak bukan penyokong Johor atau Kelantan kot. Kalau sokong mesti gigih nak tengok.

      Delete
  5. Ana tak tau ngat pasal bola nih. Haha. Kakak ana ultras malaya cakap, jdt selalu ambik pemain import. I dont know laa sejauh mane kebenarannye. Hihi. Btw Torres ni ensem gak, baru nak ngorat beliau, tetibe da de anak. Tak jadi laa. Haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Beliau sudah ada anak dua la ana..haha.
      Jdt memang ramai import.kalau zaman dulu-dulu yelah ana, pemain pasukan negeri tu biasanya anak jati. skang semua team main import je.janji ada duit

      Delete
  6. Jangan mention pisang goreng cicah sambal kicap, nanti aku jadi gila.

    Walau pun aku fan selangor kelahiran johor, aku sokong jugak kalau torres masuk JDT. At least dapat la jugak tempias tengok player taraf dunia main depan mata kat stadium). Bukan taraf asia tenggara semata.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau betul TMJ dapat beli Torres, harap pemain dan coach Malaysia manfaatkan pengalaman dan skill dia. silap-silap fan negara jiran pun turun sini tengok dia main. takat training je orang dah beratur tepi padang.haha

      Delete
  7. kak baca kat paper tapi tak reti nak ulaslah...hee

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha..takpelah kak, nanti saya ulas sendiri :)

      Delete
  8. Huhu.. kaki bola sure teruja ni..

    ReplyDelete
  9. Mesti torres terharu kalau sal belanja dia makan mee bandung dan goreng pisang cicah kicap tu..he..he

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha la, kalau dapek la kan..berangan banyak ni.. ;p

      Delete
  10. jgn masuk nnt terus lingkup udah lerrr ;-) cam pablo aimar

    ReplyDelete
    Replies
    1. gitulah harapnya...kadang-kadang keserasian tu penting.main bola ni bukan main sorang-sorang cam main badminton.huhu

      Delete
  11. Sayangnya duit rakyat Johor akan mengalirlah ke tangan Fernando Torres kalau ini yg akan terjadi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. yang tu saya no komen, tapi memang tak terjangkau kos perpindahan dan gaji dia nanti.phewww...boleh buat lagi satu Legoland kot!

      Delete
  12. Lagi 5 tahun, sila bawa masuk C. Ronaldo ke JDT ya wahai TMJ....:P

    ReplyDelete
  13. SAl mmg minat bola kan..akak ni bila sebut je nama tu ..eh..siapa ni pelakon ke, penulis lirik ke hahaha...teruk tul

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha..nasib akak tak ingat ni ahli wrestling.hehehe.

      Delete
  14. Replies
    1. ala, taste dr.shikin tinggi sangat ni..haha.hensem dalam TV kot dari dalam PC (boleh ke jawab gitu). ;p

      Delete
  15. wlpn pun ioulls buta bola tapi smlm dgr gak kat radio yg johor nk ambik torres ni..sy mcm aikk? ehh....hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha..kan?macam tak caya je.kita tunggu dan lihat.

      Delete
  16. eh yeke?jeng jeng jeng..wait n see

    ReplyDelete
  17. mahal tu perbelanjaan kalau nak bawak Torres ke sini..
    p/s: Secara peribadi Ros lagi suka pemain tempatan dalam liga tempatan :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu sis...tak tahu mana silapnya,banyak bakat bola sepak muda di Malaysia tenggelam macam tu je. Tak salah ada pemain import, tapi pemain tempatan pun kena 'sama naik'

      Delete
  18. Huh.. klu TMJ berjaya memikat Torres tu mmg dikira hebatlah Johor. Tp rasa mcm tak berbaloi je harga dia utk main kat Johor je & klu Johor kalah jugak boleh jatuh saham dia tu huhu.. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. macam invest dalam saham gak..tak tahu akan untung atau rugi. ada pro dan kontra, harap TMJ fikir betul-betul sebelum buat keputusan.Wang bukan segalanya :)

      Delete
  19. Mesti jutaan RM akan dibelanjakan untuk membawa dia ke Johor nanti... huhuhu... duit siapakah itew? :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha..tak mampu nak jawab soalan tu. tertanya-tanya jugak :)

      Delete
  20. uih sal lebih minat bola dari saya huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha,minat sikit-sikit je.takdelah fanatik macam peminat lelaki :)

      Delete
  21. Ada jgak dgr berita tu..berani jdt nak ambik dia. Mahal tuuu. Tp kalau tak mng liga gak.. habislah

    ReplyDelete
  22. Fuhhh best la.. mesti lepas nie yg tak minat tgk bola pun akan jadi minat..akak la tue..hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Silap2 pasni blog Mrs secretary cerita pasal bola lagi banyak dari blog sal ni..hehe

      Delete
  23. adik kathy minat dengan si torres ni..tapi kathy kureng....hehehe..

    ReplyDelete
  24. Mesti dia penyokong Spain, tak pun Chelsea.

    Sis Kathy kalau pemain Germany ye lah kot suka. Tul x?

    ReplyDelete
  25. nih feenando torres..akak bru knl...hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha, kalau jadi dia ke Johor, boleh berkenalan lebih rapat lagi..(macam la dapat!)

      Delete
  26. hahahaha. harap tak lahhh. tolonggg, jangannnn

    ReplyDelete
  27. Tau jugak cerita ni sebab laki mak bagi tahu hehe...... nak harap mak baca pasal bola ni mmg tidaklah....hehe

    ReplyDelete

Your comment is highly appreciated. Komen dengan berhemah