Tuesday, 26 August 2014

Ironinya Mati

Mati..
walau dari dulu kita tahu ia datang secara tiba-tiba,
kehadirannya tak pernah gagal memberi kejutan.
walau dari dulu kita tahu ia tak terjangka,
kita masih mengharapkan secebis amaran.

Ironinya Mati,
bila ayat 'sudah, jangan menangis..'
hanya menambahkan linangan air mata.
Pelukan yang kononnya mengurangkan duka,
hanyalah medium berkongsi derita.
Kalaulah boleh kuredakan hatimu yang gundah,
Dengan pujukan agar kau redha dan tabah.

Ironinya Mati,
bila Talkin dibaca,
seolah-olah ditujukan buat yang telah pergi.
Namun ramai yang lupa,
ia sebenarnya peringatan buat yang masih bernyawa
Agar kita tahu dan bersedia,
Esok lusa mungkin giliran kita.

Ironinya Mati,
ia nampak seperti pengakhiran,
hakikatnya ia suatu permulaan.
Alam baru buat yang mati,
berjuang hingga kiamat nanti.
Hidup baru buat yang ditinggalkan,
kerana segalanya akan berubah,
tanpa dia yang selama ini di sisi.

Mati,
Tiada manusia yang boleh lari,
Kerana ia sesuatu yang pasti.
Tabahlah wahai jiwa-jiwa yang kehilangan
Semoga yang pergi ditempatkan di kalangan yang beriman.

Al-fatihah... Menulis entry di rumah, selepas pemergian pakcik tersayang, Uda Faizal petang Isnin 25 August.  Sempat menghadap arwah di hujung hayatnya. Dari pengalaman memang dah dapat agak masa memang dah sampai tapi masih mengharap keajaiban. Menabahkan hati sambil baca Yasin di hujung katil hospital sambil sesekali memandang ke arah isteri arwah yang berdiri di sisi. Ummi (panggilan untuk isteri arwah) bukannya sihat sangat, tapi beliau enggan duduk. Cucu-cucu arwah tak putus mengajarkan sebutan Lailahailallah di telinga walau nampak keadaan Uda Faizal memang tak sedar. Time tu memang rasa nak nangis. Teringat masa kedua-dua arwah nenek aku meninggal dulu, macam gitulah suasananya.

Dah tersurat umur Mohd. Faizal bin Abdullah akhirnya di situ. Al-fatihah buat arwah. Seorang pakcik yang sporting dan suka buat lawak cuma makin sensitif sejak umur menginjak ke usia emas.

Al-fatihah dan salam takziah buat MH17 juga...kalau aku di tempat ahli keluarga mereka, belum tentu aku setabah itu.

Allah maha mengetahui...

23 comments:

  1. Salam takziah dan Al-Fatihah kepada pakcik Sal tu..amin..semoga mereka berasa di kalangan orang-orang beriman. Amin..MATI itu pasti cuma kita je tak tahu bila turn kita akan tiba..huhuh

    ReplyDelete
  2. takziah sal ....moga roh pakcik sal dicucuri rahmat....aminnn

    ReplyDelete
  3. takziah buat sal sekeluarga...
    alfatihah

    ReplyDelete
  4. takziah sal...nak nangis baca :(

    moga roh arwah pakcik ditempatkan bersama mereka yang beriman..moga ummi sentiasa tabah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya kesian kat Ummi sebenarnya..selama ni dia tak sihat pakcik saya yang jaga.tapi yelah bab umur ni, kadang-kadang yang sihat ni dipanggil Allah dahulu

      Delete
  5. Salam takziah...

    Alfatihah..

    ReplyDelete
  6. Al Fatihah..sejak semalam di kawasan cikgu ni mendung je..(T T)

    ReplyDelete
  7. Salam Takziah buat Sal dan keluarga..Janji Allah itu pasti..

    ReplyDelete
  8. semoga syurga hadiah buatnya ye kak...tabahkan hati ummi :')

    ReplyDelete
  9. Al fatihah..salam takziah..

    mati itu pasti..
    kita kena jadi manusia yg bijak..Rasul SAW dah pesan, org yg bijak ialah org yg sentiasa mengingati & buat persediaan utk mati

    ReplyDelete
  10. Innalillahhiwainnailaihirajiu'un.
    Semoga kalian tabah dengan pemergian insan tersayang.

    ReplyDelete
  11. Alfatihah ..
    salam takziah untuk keluarga..

    ReplyDelete
  12. Innalillah wa innalillahirojiun...
    Alfatihah...
    Salam takziah buat keluarga arwah...
    Semoga tenanglah beliau disana bersama org2 yg beriman...

    ReplyDelete
  13. salam takziah buat sal sekeluarga..

    ReplyDelete
  14. Innalillahhiwainnailaihirajiu'un...

    Semoga arwah ditempatkan di kalangan orang beriman..

    ReplyDelete
  15. Takziah Sal.. semoga Allah sentiasa merahmati rohnya & menempatkan beliau dikalangan org2 yg beriman.. Al Fatihah... aamiin.

    ReplyDelete
  16. al-fatihah.. mati itu pasti. semoga kita mendapat pengakhiran yang baik disisi-Nya.
    amin..

    ReplyDelete

Thanks sudi baca. Komen je apa-apa korang suka. Lagi panjang lagi best

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Template by BloggerCandy.com