Friday, 8 August 2014

Aku bukan Puteri Balinan


Malam Khamis lepas, sambil menunggu mata terlelap, sebagai blogger perasan femes, aku pun check stats blog aku. Padahal aku baru check sebelum blah dari office. Poyo aje ko ni Sal. Sekali tengok, mak ai..

Apa kejadahnya yang pageview aku sampai 589 tu..biasa nak dapat 100 view sehari pun perit. Tu pun ihsan follower-follower setia datang menyinggah.


Rupa-rupanya rating naik sebab  Lemak Kampung Santan ditayangkan di TV3. Makanya, ramailah dok google keyword kat bawah ni.

Wah..wah.. ramai sungguh yang singgah sini mencari Puteri Balinan ye.. Malangnya, review aku tulis SINI masa filem ni sedang ditayangkan di pawagam. So, takkan la aku nak buat sinopsis penuh ye dok? Nanti orang kata spoiler pulak! Marah pulak Hans Isaac kat aku, sape nak jawab dik non.

Filem Lemak Kampung Santan tu memang complicated sikit. Susah nak faham kalau tengok dalam keadaan yang riuh-rendah ataupun sekejap tengok sekejap tidak. Aku yang tengok kali kedua baru faham..hehe.

Seumur hidup aku, tak pernah dengar pasal cerita Puteri Balinan ni. Kalau Puteri Lindungan Bulan, Puteri Santubong atau Puteri Gunung Ledang tu biasalah. Kecik-kecik dulu suka baca cerita-cerita lagenda gini sambil berangan-angan nak jadi puteri. Hahaha. Tak kisahlah, yang penting kita enjoy!

Image by shutterstock

Aku rasa hikayat Puteri Balinan ni hanyalah rekaan panel skrip Tall Order Production je. Diingatkan, haram bagi umat Islam untuk percaya dan taksub dengan cerita-cerita mitos macam ni. Sebab tu filem ni diratingkan sebagai PG13. 

Oklah, kalau nak tahu sangat meh sini aku cerita berdasarkan pemahaman aku selepas menonton dengan menggunakan bahasa yang korang senang faham..Nak baca silakan, kalau tak nak skip je perenggan ni. *Spoiler alert!* So, here goes... cerita tentang Sumpahan Puteri Balinan.

Al-kisah, ada sebuah kerajaan (tak dinyatakan nama) yang sangat handal menakluk negeri-negeri lain. Tapi, bila sampai kat kerajaan Balinan, macam susah je nak takluk negeri yang satu ni. Dalam dok perang tu, entah cmane, sempat lagi si Sultan (pun tak dinyatakan nama) dan Puteri Balinan terpaut hati. Suatu hari, tentera-tentera Sultan ni dijamu nasi lemak kampung Balinan yang sedap. Punyalah sedap giler tak hengat sampai tentera diorang terus insaf dan membatalkan hasrat menakluk negeri tersebut. Tengok keadaan dah aman, Sultan ngan Puteri ni pun decide nak announce kat rakyat jelata yang diorang ni bercinta. Rakyat Kampung Balinan tak restu sebab Sultan tu kan bekas musuh perang, takkan nak bagi puteri diorang kahwin ngan baginda. Sultan merajuk,  kembali ke medan perang tapi terkorban. Sempat dikirimkan keris untuk Puteri.  Puteri yang sedih telah bunuh diri pakai keris tu. Nak dijadikan cerita khurafat, mayat Puteri Balinan tetibe hilang. Keris tu pun entah ke mana perginya. Rakyat pun insaf, tapi dah lambat sebab Puteri Balinan dah sumpah diorang ni. Diorang hanya boleh menetap dalam Kampung Santan (tetibe dah tukar nama),  kalau nak keluar pun, mesti selepas Subuh dan balik sebelum Maghrib. Kalau diorang berkasar dengan manusia lain diorang akan ditimpa bencana. Tu yang korang tengok ada scene Awie dan Nadia Mustafa tetibe tersejat pastu hilang. Penduduk kampung ni ada keistimewaan masing-masing dan immortal selagi tak melanggar syarat dalam sumpahan diorang.

Tu dia, jenuh Kak Sal kau mengarang. Sorry aku tak pandai bercerita..huhu.

Pendapat aku, filem ni best. Idea dah ada, jalan cerita dah menarik tapi kurang kemas. Banyak benda yang orang boleh persoalkan dan nampak macam kurang logik. Memanglah filem ni tak logik pun in the first place, tapi kalau diorang susun cantik sikit mesti lagi mantap.

Aku rasa kat Malaysia ni masalahnya bukan tak ada filem-filem yang fresh dan lain dari yang lain macam filem ni, tapi penonton Malaysia yang balik-balik suka tengok filem genre yang sama. Tu yang produser filem 'malas' nak berkarya dengan idea luar kotak sebab tau sambutan mesti tak menggalakkan.

Filem kita, wajah kita. Katanye.......

53 comments:

  1. tak pernah tengok, makanya akak pun tak tau ceritanya macam mana huhu..

    ReplyDelete
  2. Lohh ramai pulak yg search keyword tu ek akak pertama kali dgr mmg ketinggalan zaman tul

    ReplyDelete
  3. aka tak tengok cerita ni, tapi ada satu cerita tak silap tajuknya..aku tak bodoh, bestttt...tapi tak laku kat pawagam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cerita tu tiru cerita Singapore "I'm not Stupid". Tiru sebijik-sebijik. Tak laku mungkin sebab orang dah boleh agak jalan cerita dan scene dia.huhu

      Delete
  4. ialah sal tngk kali pertama sambil2 je mmng xfhm ...dh kali ke 2 duk relax dpn tv pun xbrpa fhm lgi ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. samalah saya kak...ada banyak 'loophole' dalam filem ni yang mungkin penulis skrip terlepas pandang..huhu

      Delete
  5. baca sinopsis memang best ni tapi saya tak pernah sekali pon tengah cite ni..kena tengok la lepas ni..

    ReplyDelete
  6. Tak pernah dengar pun pasal movie ni. hehe

    ReplyDelete
  7. Jarang sgt tgk drama kat tv...byk abiskan masa dpn pc...tak berapa minat nak tgk drama...

    Entri terkini MINDAKABUR : Cara Untuk Mengemaskini Metadata dan Album Cover Pada Fail MP3

    ReplyDelete
  8. kekadang apa yang kita tulis sekarang pageview tak tinggi...tapi kemudian hari boleh naik mendadak..hehehe

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe..masa taip review tu baru lagi blogging, so memang tak tahu pasal pageview ke apa ke...just tulis ikut suka

      Delete
  9. macam2 orang cari ye.. tapi tak tgk lagi cerita tuh

    ReplyDelete
  10. Wahh tahniah... kisah2 mitos mcm tu sekadar kita tengok utk hiburan je. Cuma bahaya kpd yg tak berapa nak memaham.. takut syirik pulak jadinya kan... :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu lah sebab saya mention dalam entry ni..harap yang mencari tersinggah sini dan baca

      Delete
  11. bagus juga sal buat revieu filem tu ..boleh meningkatkan rating dengan cerita Puteri Balinan..

    ReplyDelete
  12. fuyyo banyak tu hee tahniah..lepas ni susun strategi la nak naikkan lagi viewers.:D

    ReplyDelete
  13. Good one Sal...Moga bertambah-tambah lagi pageviewnya ya..salam hujung minggu...

    ReplyDelete
  14. hihiks.. famoussss gitu Kak Sal.. CT pun hari hari 100 lebey saja hihiks..
    cerita apalah ni Kak Sal.. hihiks.. CT tak tengok sangat cerita cenggini kekeke.. layan drama kepop :P

    ReplyDelete
  15. wah.. hebat tu dear.. cuba menulis lagi, mungkin akan bertambah lagi semangat untuk maju dalam dunia blogger ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks for the support Mama...still merangkak lagi dalam dunia blogging ni.. :)

      Delete
  16. saya pun x pernah tengok cerita ni. untunglah pageviews banyak ^^,

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha..sekali tu je Amy, pastu terus kembali ke zaman kejatuhan.. ;p nak tunggu naik mungkin bila TV tayang filem ni lagi sekali

      Delete
  17. tahnia blog awak makin maju ya...sudilah jenguk pula Pesona..http://ezawarna-warnakehidupan-etuza.blogspot.com/

    ReplyDelete
  18. ye la..akak tengok dalam keadaan hiruk pikuk anak menangis,berbual sana sini..mna nak paham..sudah nya dah habis baru perasa,,"eh!dah habis citer ni"ekekek

    ReplyDelete
  19. CN mmg tak berapa faham cerita ni pun, bukan jiwa seni..hehe

    ReplyDelete
  20. teruskan menulis..kita suka jer membaca..hihi..

    ReplyDelete
  21. Faktor usia agaknya kakak kurang minat menonton cerita-cerita sekarang ni.. apa lagi bila hari sekolah, anak-anak semua belajar memang mama dia pun cuti samalah dari menonton tv..

    ReplyDelete
  22. Ada tengok malam bila hari tu...tapi tak layan sepenuhnya...tengok lompat lompat so tak tau sangat jalan ceritanya

    ReplyDelete
  23. Idea filem Lemak Kampung Santan memang aku suka. Isu yang diketengahkan juga menarik dan agak berat. Masalah dia cuma cara penceritaannya yang kurang kemas membuatkan tema utama filem ni sukar melekat dalam fikiran penonton. Patut kalau lebih kemas, aku rasa boleh jadi cult filem Melayu dah ni.

    ReplyDelete
  24. TAK SEMPAT TGK.. PG BERAYA.. TGK KAT RUMAH ORG ITU PUN X PAHAM SGT HUHUHUHU

    ReplyDelete
  25. tak bereksempatan nak tengok. wah ramai yang mencari ni rupanya yer :)

    ReplyDelete
  26. maknanya masih ramai peminat filem melayu kan... :)

    ReplyDelete
  27. wahh ramai yg datang singgah eh . makin fmes la blog nie nanti . hehe rajin2 update tao :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks pykaa..okay, terus update entry baru.hehe

      Delete
  28. x tengok pun cerita lemak kampung santan aritu... sebabb beraya...
    Singgah sini & salam kenal... :)

    ReplyDelete
  29. saya jarang tengok tv..huu.. Baguslah camtu. Gunakan tajuk y ada keyword kemas. Baru syok.

    ReplyDelete
  30. haha todia...dahsyat penangan lemak kg santan...ioulss tak google pun..men hadap je tgk..boleh tahan la cerita..ala2 kayangan sikit..kehkeh

    ReplyDelete
  31. Tak pernah jugak dengar pasal Puteri Balinan ni.
    Filem baru ke? Saya tentang filem2 ni tak berapa up-to-date.

    ReplyDelete
  32. Neway, tahniah Sal.
    Memang berbaloi -baloi.

    ReplyDelete
  33. Producer filem juga orang bisnes yang membikin dan menjual filem mesti ada keuntungan. Jika filem mesejnya terlalu tinggi tidak sesuai dengan kemahuan dan taraf pemikiran masyarakat maka filem itu tidak dapat membuah keuntungan untuk dijadikan sebagai sebahagian dari modal pusingan.

    ReplyDelete
  34. taraf pemikiran masyarakat tu yang kena diubah..balik-balik layan cerita hantu dan rempit, bila industri dan pemikiran kita nak maju

    ReplyDelete
    Replies
    1. sgt setuju.... kena buat cerita2 yg bagi motivasi ke, buat cerita yg boleh improve humanity ker...kan bagus gtuh kan... :D

      Delete
  35. wahh lajunye naik sampai 500++ baguslah! :D

    ReplyDelete
  36. Tahnniah. keyword yang hebat sampai orang cari ya

    ReplyDelete

Thanks sudi baca. Komen je apa-apa korang suka. Lagi panjang lagi best

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Template by BloggerCandy.com