Thursday, 31 July 2014

Tiga hari di Hari Raya

Assalamualaikum semua. ..amboi sakan tengok rakan - rakan blogger share gambar - gambar raya. Aku jugak yang tak upload aku punya gambar raya lagi. Mesti u olls ingat raya aku hambar,  al maklumlah team raya Kl!

Actually raya kali ni best berbanding tahun lepas sebab akak aku n famili beraya ngan kitorang. Ada bebudak of course lagi meriah! First day raya, ramai jiran-jiran geng raya KL datang sampaikan petang tu kitorang semua tertido keletihan.  Tu kelebihan raya kat bandar. Rilek-rilek je. Nak gi rumah sedara lain semua kat kampung lagi. Malam dok layan Chennai Express  dan sukan Komanwel je kt tv sambil makan.huhu.

Syawal kedua,  pagi layan tetamu dan pas zohor memenuhi undangan kawan adik aku. Siap ada gulai kambing lagi derr..Malam tu abang aku n wife dia sampai.  Bawak durian la pulak. Cuaca dah panas, makin panas jadinya.

Syawal ke-3, kitorang masuk team raya kampung plak. Ke mana lagi kalau tak ke Muar. Sayangnya adik aku kena balik KL malam tu jugak sebab esoknya nak balik Uni. Parents aku n adik beradik lain pun ikut sebab ada komtmen lain.Maka tinggallah aku tido kat umah atuk aku ni ha jadi wakil ziarah sedara mara yang tak sempat diterjah. Maybe aku stay sampai Jumaat kot. Sesape kat Muar buat open house tak? Hehe.

Tu jela aku nak share. .gambar tak dop sebab semua tangkap pakai kamera digital,tak transfer n tak taruk watermark lagi. Eleh, ada ke orang nak tengok? :p Rasa awkward sebab dah lebih 2 bulan tak up entry ada muka aku kat sini. Dah feeling blogger anonymous plak.

Thanks baca entry lepas gian nak blogging aku ni. Auto publish ngan taip dan publish terus lain feel dia.

Selamat hari raya peeps!!

26 comments:

  1. bloggers anomues cik sal.. aiyoo... ha..ha..
    eh kl meriah apa raya..rilex2 sikit.. :)
    anyway selamat hari raya cik sal..maaf zahir dan batin..
    dikesempatan utk next entry blehlah tempek skping dua gbar kmeriahan raya di kl :)
    he..he. :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sekeping dua cukup la ye..haha. salam aidilfitri

      Delete
  2. cepat-cepat kak sal, saya nak tengok gambar juga. tak kira! hehehehe....

    amacam Chennai Express? best kan. saya suka. ^^,

    saya lagi dua minggu nak g Johor. weee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Chennai Express memang best.dah 2 kali tengok . hehe

      Delete
  3. ala... upload la nak tengok jugak... tak de makna blogger anon nye... hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha..lambat lagi kak KM. Adik terlupa transfer gambar, memory card kat dia.raya haji nanti kot baru dapat. Terpaksa hampakan perasaan peminat. Kuikuikui

      Delete
  4. Ini entri segar bugar..sakan beraya ye sis..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah. .taip pakai phone je. janji dapat lepas gian. Haha

      Delete
    2. sama sis..kathy pun banyak taip pakai phone..hehehehe..

      Delete
  5. X best aaa citer pasal raya tp x der gambar x feel tau heeee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pemalu kak JM.haha. tu yang takde gambar tu.

      Delete
  6. Selamat Hari Raya buat Sal sekeluarga... maaf zahir dan batin... :)

    ReplyDelete
  7. Salam 5 Syawal Sha...hari ni baru berkesempatan nak beraya dengan bloggers-bloggers di alam maya..he..he

    ReplyDelete
  8. Singgah2 raya.. ziarah 6 Syawal. Baru hari ni dpt berblogging... :) :)

    ReplyDelete
  9. Replies
    1. orang muar gak ye..ala, dah balik KL dah ni.huhu

      Delete
  10. ooo kg kt muar ye..suami akak org melaka sg rambai smpdn muar...tp akak balik ari jumaat mlm..kalo x leh jmp sal

    ReplyDelete
  11. Replies
    1. Eh upload lah,sal. Mestilah nk tengok.

      Delete
    2. gambar tak sempat suruh adik transfer, sorry.. ;p tunggu dia balik cuti, tak tau bila

      Delete
  12. selamat hari raya buat sal sekeluarga.. bila nk upload gambar raya? hehee

    ReplyDelete
  13. Selamat hari raya.. :)
    Nti upload gmbr raya buat WW pun okay.. Orng lebih suka tgk gmbr dr bca entry..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh ye ke. .baru lagi dalam bidang blogging ni. Tak tahu plak . huhu. Thanks for the tip!

      Delete
  14. Kalau dah tempek nak aje OKje tengok....seronok weyh sambil baca sambil tengok gambo hehe

    ReplyDelete
  15. meriah juga raya tu . yg tak beraya bila dok umah x de org dtg dan kita pun x beraya kemana - mana ...

    ReplyDelete
  16. meriah juga raya tu . yg tak beraya bila dok umah x de org dtg dan kita pun x beraya kemana - mana ...

    ReplyDelete

Thanks sudi baca. Komen je apa-apa korang suka. Lagi panjang lagi best

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Template by BloggerCandy.com