Saturday, 26 July 2014

Salam Aidilfitri 2014



Assalamualaikum dan apa khabar semua..

Entry kali ni short n sweet, just nak ucap Selamat Hari Raya Aidilfitri buat semua pembaca blog aku. Tak kisahlah follow ke tak follow ke, rajin komen ataupun baca senyap-senyap, aku appreciate korang semua sebab sudi spend time kat blog sendu aku ni

Sempena Syawal yang bakal tiba ni, aku nak mintak maaf segala salah silap aku samada nampak atau tersorok. Kosong- kosong ye..Manala tau ada tulisan atau komen aku yang menyakitkan hati atau buat korang terasa. Kalau ada yang aku terlepas pandang tak follow balik atau tak balas kunjungan pun aku mintak maaf. Kadang-kadang aku tak perasan. Sorry geng blogger, tahun ni takde kad raya. Tahun depan, Inshaallah akan usahakan. Thanks a lot kepada yang sudi memberi.

Semoga amalan kita sepanjang Ramadhan diterima oleh Allah dan Dia mengampunkan dosa-dosa kita. Teruskan istiqamah 'berkelakuan baik' walaupun lepas habis bulan puasa ni. Jangan time puasa je kita tak mencarut dan marah-marah, kalau boleh tanam terus sifat tu dalam diri. Semoga kebiasaan kita melakukan amalan-amalan sunat dan mengimarahkan masjid akan terus diamalkan lepas ni. Sama-sama la kita saling mengingatkan. Aku pun selalu gak lupa. Lepas habis Ramadhan, ringan je kaki tangan nak buat maksiat (~.~)

Buat yang balik kampung, hati-hati di jalan raya. Semoga selamat sampai dan dipermudahkan urusan perjalanan. Banyakkan berdoa supaya dalam peliharaan Allah.

Untuk yang baru kehilangan keluarga tersayang, bekerja atau beraya di perantauan, jangan sedih-sedih ye..Semoga korang terus tabah..

Buat para tentera,polis, doktor, jururawat, bomba, paramedik dan ramai lagi yang terpaksa bertugas di hari lebaran, korang sebenarnya adalah hero sejati! Semoga pengorbanan kalian mendapat balasan pahala dari Allah. Massive respect for all of you!

Akhir sekali, dalam kita bergembira, janganlah dilupakan golongan yang tak dapat berhari raya dengan meriah kerana kesempitan hidup. Hulurkan tangan ringankan beban..ewah. Terus kirimkan doa buat saudara seagama kita di bumi berdarah Palestin, Syria, Mesir, Myanmar, Pattani dan ramai lagi. Semoga suatu hari nanti kemenangan tu akan menjadi milik Islam. Inshaallah.

Short n sweet lah sangat..huhu. Selamat Hari Raya semua.. ('',) Taqabballahu minna wa minkum. Semoga Allah terima amalanku dan amalanmu.

*autopublish*

26 comments:

  1. selamat hari raya aidilfitri kak sal. tunggukan kedatangan kad raya saya ye ^^,

    ReplyDelete
  2. oh, maafkan saya andai saya pernah terkasar bahasa dengan akak. or terkurang ajar je. kosong kosong erk. heee

    ReplyDelete
  3. selamat hari raya sal . sis mohon maaf sekiranya ada komen - komen sis yang buat sal terasa hati . semoga berbahagia bersama family di hari lebaran nanti ... thanks klik nuff sis . nape sal tak pasang nuff ye , blh sis klik2 juga nanti .

    ReplyDelete
  4. Selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri Sal. Maaf zahir & batin.
    Salam ceria Aidilfitri dari saya... :) :)

    ReplyDelete
  5. Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf kalau ada salah silap ye;)

    ReplyDelete
  6. Sal, awak di tag... jgn lupa join...
    http://karyamahirah.blogspot.com/2014/07/bloglist-nelly-strange-2014-simple.html

    ReplyDelete
  7. selamat hari raya aidilfitri.

    ReplyDelete
  8. Salam Aidil Fitri. Maaf zahir & batin.

    ReplyDelete
  9. Salam Aidil Fitri. Maaf zahir & batin.

    ReplyDelete
  10. Selamat Hari Raya Sal...Mohon maaf zahir batin yaaa....

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
  11. Selamat hari raya Sal, mmg short n sweet entri nih. In sha allah akan ingat pesanan Sal tu sbb akak kadang2 terbabas jgk :-)

    ReplyDelete
  12. Ketupat pulut di atas para,
    Hendak direbus di tepi perigi,
    SMS dihantar penganti kad raya,
    Tanda ingatan tak luput di hati.

    Salam Aidilfitri maaf, zahir dan batin drp saya Kamil Salleh sekeluarga.

    ReplyDelete
  13. Selamat hari raya k.sal. ^_^ maaf zahir dan batin.

    ReplyDelete
  14. Selamat hari raya maaf zahir batin ; pcl singgah blog beraya di hari ke2 Syawal...ada makan x ni ?

    www.nazlee.com

    ReplyDelete
  15. Amboi..short la sangat ye Sal? :P

    Salam Aidilfitri...maafkan saya zahir dan batin andai terkasar bahasa..

    ReplyDelete
  16. Selamat hari raya sal.. Norh ni yg tak brapa rajin singgah blog org lain.. Terima kasih banyak2 sbb sudi jengah blog akak.. ;)

    ReplyDelete
  17. Salam aidilfitri Sal..
    Maaf zahir & batin..

    ReplyDelete
  18. selamat hari raya.. dh seminggu kan. maaf juga kalau ada terkasar bahasa ke. hehee

    ReplyDelete

Thanks sudi baca. Komen je apa-apa korang suka. Lagi panjang lagi best

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Template by BloggerCandy.com