Wednesday, 16 July 2014

Oh my baju raya!


Assalamualaikum semua..

Selasa hari tu kan cuti Nuzul Quran, aku pun keluar ke KL. Aku ni sebenarnya malas nak bersesak-sesak di kawasan ramai orang. Lagi-lagi musim panas dan bulan puasa lak tu. Tapi, disebabkan kekalutan aku sehingga terjatuhkan jam tangan sendiri Isnin sebelumnya, membuatkan aku terpaksa menggagahkan diri mencari kedai jam. Aku suka pergi satu kedai jam kat Ampang Park ni. Apa entah namanya. Dekat-dekat dengan Guardian dan kedai perfume.

Dipendekkan cerita, jam aku telah direpair dengan bayaran hanya RM 5. Tu pun sebab ganti benang apa entah. Auntie tu ada mention tapi aku dok busy humming lagu raya sampai tak tumpu perhatian. Berani kau Sal tak bersopan dengan orang tua! Nasib baik takde orang rakam perbuatan kau dan haplod ke youtube!

Pas settle hal jam aku ke KLCC plak. Orang dok kalut cari baju raya, aku dok cari seluar jeans. Berikut adalah perbualan aku dengan salesboy di kedai *****

"Akak tak nak beli dua ke? Second piece boleh dapat 50%."

"Iye ke, tapi design ni warna lain semua akak dah ada.."

Hakikatnya seluar-seluar kat situ mahal nak arwah! Aku beli pun pasal dah tak larat keluar masuk kedai-kedai lain. Tapi, aku rasa jeans adalah sesuatu yang berbaloi kalau nak invest lebih sikit, boleh pakai lama. Yang penting, aku sarung je jeans tu aku terus jatuh cinta. Tak ketat, tak gelobos, labuh pun macam dah ngam-ngam tailored untuk ketinggian aku, tak payah alter.

"Akak tak nak try skinny?". Amboi dik, mentang-mentang aku kurus ye!

"Takpelah dik, akak ni pakai tudung. Kang pakai skinny orang kata baik tak payah pakai," jawab aku diiringi senyuman yang lawa takde tapi manisnya ada.

"Betul jugak tu kak..".

Harapnya jawapan aku akan membuatkan adik itu berfikir dua kali untuk suggest skinny jeans dekat orang bertudung lepas ni..hehe.

Settle kat situ, aku tiba-tiba bernafsu membeli baju raya pulak. Ini semua salah Suria KLCC sebab pasang lagu raya! Haha, ada je alasan.

Dari KLCC aku naik  bas je ke area Masjid India. Orang takdelah ramai sangat, mungkin sebab tengah bulan. Aku perhatikan trend baju raya perempuan tahun ni lebih kepada dress chiffon dan baju kurung moden yang sarat dengan manik-manik sebesau mata ikan. Walaupun cantik, taste aku tak melekat langsung. Mungkin sebab aku ni pemalu, tak suka bling bling sangat. Hahahaha. Ingatkan nak cari baju kebaya je alang-alang dah kurus ni, tapi baju kebaya dah tak intrend sekarang. Susah nak cari kedai yang jual. Hampa sekejap perasaan Ratu Kebaya Ampang tahun 2008 (bulan puasa pun nak menipu). Baju kurung cotton yang ada pun design biasa-biasa je.

Yang pasti, Jakel sesak dengan orang sampaikan terpaksa bukak kiosk depan kedai! Ni penangan baju raya Aaron Aziz ngan Zizan la ni.Mesti ramai akak-akak nak beli untuk husband diorang dengan harapan laki diorang tampil kacak macam Aaron di pagi raya. Ala kak, janji kacak di mata akak sudahla.. Buat bakal Imamku, pakailah baju Melayu Aaron, Zizan atau Ramli Sarip, bakal makmum mu ini akan tetap terima seadanya. Hahaha. Sudahlah Sal, geli pulak orang yang baca ni nanti.

Last-last aku beli sehelai pashmina je. Aku ni suka berangan, nak pakai shawl chiffon la, half moon la, hakikatnya muka aku yang bulat ni mampu dijinakkan oleh tudung bawal sahaja. Tengoklah cmane, kalau aku berjaya melilit di hari raya nanti aku pakailah. Kalau tidak, aku bagilah kat orang lain.

Aku pun balik ke rumah selepas itu, tak larat dah nak pusing-pusing kat situ lagi. Lagipun aku ada banyak baju baru pakai sekali dua. Baju-baju yang aku beli semata-mata nak gi dinner atau wedding ada a few dalam almari. Buat apa membazir ye dok?

So, korang cmane? Dah beli baju raya belum?

Baju raya Jovian Mandagie..berangan je!

Thanks sudi baca entry entah apa-apa aku ni. Pecah kaca pecah simen, sudah baca harap komen.

69 comments:

  1. sal...apa kt raya ni sama2 kia pakai shawl?? ekekekeke...


    bj raya da beli siap2 sblm puasa sbb tahu bla time puasa selalu kering hahahahah

    ReplyDelete
  2. teringin jugak anis, tapi tak berapa pandai nak pakai.kena belajar kat youtube.hehe.
    memang bagus pun beli sebelum puasa, sebab bulan puasa kan penat,dari bersesak-sesak baik dok umah mengaji.huhu

    ReplyDelete
  3. akak tak pandai pakai pashmina..akak lebih suka pakai shawl halfmoon.. persiapan raya akak ada la sikit2 lagi yg belum settle.. tengok la cuti weekend nie kot nak kasi settle semua..=D

    ReplyDelete
  4. aiiii cik sal kita dah beli baju raya dah noooo

    ReplyDelete
  5. hai sal...akak pon belum beli baju raya lagi...bila nak gi beli pon entah ler, bz jer nmpknya.

    ReplyDelete
  6. adik akak pun pegi area jln tar dan masjid india smlm..tapi blik tgn kosng sbb semua desgin old fashion dan tak ada yg berkenan di hati katanya...so sudahnya Sal pun tak membeli lah ye..kalau baju kai shiffon batu or manik besar 2 tu fesyen lama..dh tak best nk pakai

    akak pun belum ada baju raya ni nampaknya pakai baju g pejabat je lah heee

    ReplyDelete
  7. kak farah: samalah saya ni tak pandai, selalu pakai bawal je.shawl pun jenis yang cotton lycra, senang bentuk.hehe
    selamat buat persiapan raya kak..

    ReplyDelete
  8. montana: tak beli lagi..pakai apa yang ada je kot..

    ReplyDelete
  9. oh tu fesyen lama ek?haha, tak arif la bab fesyen-fesyen ni.tapi tak sesuai la pakai raya.glamour sangat.

    ReplyDelete
  10. kak khairul bariah: takpe, ada masa lagi..hehe

    ReplyDelete
  11. Tak sempat lagi nak shopping. T_T.

    ReplyDelete
  12. Baju raya sume dh siap...tinggal nk cari baju jln anak2 jer..ntah bila nk pegi ursha...org penuh manjang...malas nk bersesak!

    Pandai jakel buat promosi kan...pki baju melayu konon blh hensem mcm aaron aziz...padahal duk rupa camtu jgk...haha..

    ReplyDelete
  13. Mama kaori: haha, saya tengok cam baju melayu biasa je.

    ReplyDelete
  14. Nad : sian dia, dok sibuk prepare kahwin sampai tak sempat prepare raya.

    ReplyDelete
  15. gigih, kau memang gigih sebab berani cari baju raya naik bas! kalau aku, ampun...

    ReplyDelete
  16. haha,setakat aku sorang.lagipun tak dirancang.dari rumah aku naik bas ke KL hanya 20 minit kalau jalan tak jam.

    ReplyDelete
  17. Salam singgah di sini jugak~

    Akak dah settlekan bab baju raya suami n anak2 sebelom raya lagi.
    x larat lah nak shopping dlm bulan puasa nih. nak mengejar anak2 lagi. adehaiii.. skrg cuma nak carik baju basahan untuk anak2 jer. tu pon carik kat mall yg ade ekon. anak2 semua masukkan dlm troli.. hek hek hek.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe. .org dah berkeluarga macam tu la kak..tapi memang seeloknya shopping sebelum puasa sebab bln puasa byk benda lain nak buat

      Delete
    2. Hehe. .org dah berkeluarga macam tu la kak..tapi memang seeloknya shopping sebelum puasa sebab bln puasa byk benda lain nak buat

      Delete
  18. kak ada koleksi shawl tapi jarang2 pakai..hihi..
    malas nak gosok, malas nak lilit..
    sapa kata muka bulat tak cantik sal, ok aper...kak ni lagi bulat, haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe..kan.syukur dengan apa Allah bagi..bulat pun bulatlah..

      Delete
  19. Baju raya? Hehe..lame dah tak beli. Selalu kawan2 ana balik dari jordan, diorg beli jubah sane kasi adiah kat ana. Jubah tu la jd baju raya ana. Tahun ni pun sbnrnye saje tempah jubah kembang payung kat kakak ana. Konon2 utk baju jalan. Sekali fikir, buat baju raya sekalilah. :D

    ReplyDelete
  20. saya dah siap...beli kain buat baju melayu..upah RM100... mahal.

    ReplyDelete
  21. nasib baik aku de,,kalau tak dah lama aku rakan dan uplode dlm youtube sal..bg kau femes!! ha..ha.. sebab kau rasis memhormati makcik cina tu..komen2 pembuli siber :P

    ReplyDelete
  22. tak cantik sungguh pakai tudung dengan skinny.

    muka saya ni bersegi. tapi saya hentam je pakai apa-apa. asal tutup aurat sudah. hahaha. boleh tak macam tu?

    ReplyDelete
  23. kak Anim:saya yang tak pandai pakai, katalah sebab muka bulat..hehe.

    ReplyDelete
  24. ana: akak pun suka pakai jubah..tengok-tengok gak semalam tapi tak ada yang berkenan.sarat sangat intan berliannya.

    ReplyDelete
  25. Abg MKL: la, nape tak beli kat Jakel je?barulah nampak cam Zizan di hari raya..hehe

    ReplyDelete
  26. sobri: hahaha,tak baik tau.aku cuma dok menghayati lagu raya kat background tak pay attention pun kat auntie tu.auntie tu mesti assume aku letih puasa sebab biasa aku ni pot pet tak henti..huhu

    ReplyDelete
  27. Amy J:kan...yang penting tutup aurat.pakai tudung tapi pakai skinny/legging...memang terbakar biji mata nengok.huhu

    ReplyDelete
  28. Nampaknya kita beli baju rayalah Sal coz banyak lagi baju yang dah ada tapi masih belum pakai...so kira baju rayalah..he..he

    ReplyDelete
    Replies
    1. raudz: samalah kita ye..yang ada pun tak terpakai..hehe

      Delete
  29. Dah dapat sepasang. nak cari sepasang lagi. hehe. dan ingat nk try pakai shawl raya ni. ewahhh

    ReplyDelete
    Replies
    1. scha: amboi raya sakan...janji jangan membazir dahla ye. hehe

      Delete
  30. tahun nih temam beli 2 pasang baju melayu dengan 2 sampin
    tahu dek mak mahu menjerit dia
    hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hans: jarang orang lelaki beli baju Melayu lebih dari satu.biasa u olls ni pakai masa sembahyang raya je kan..

      Delete
  31. Minggu ni mmg dah kena beli baju atau apa2 yg patut kan... klu minggu depan mmg akan lagi huru hara... :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. abang Khir: betul tu..nest week lagi sesak...huhu

      Delete
  32. Baju raya Aaron Aziz ni selesa sikit pakainya compare dengan kain baju Melayu lain. Jenis lain, pakai memang tak selesa. Kain panas.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sylarius: oh ye ke?logik la jugak, sebab Jakel kan tokey kain, mestilah pandai pilih kain bermutu untuk produk dia.No wonder beratur orang depan kedai cam nak beli tiket raya.

      Delete
  33. baju raya, oh baju raya..pakaijelah yang lama, Rasulullah kata pakai yang bersih, bukan yang baru..oh, oh..
    takpela,,sape nak beli, belilah..asal jangan membazir

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau ada rezeki lebih apa salahnya, lepas tu boleh pakai lagi di kemudian hari untuk ke kenduri atau ke pejabat..

      Delete
  34. sakannya dia shopping..xletih ke bulan posa ni?hehe..akak dah siap2 shopping sblm posa lagi..peace!

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe..orang perempuan kan ada time tertentu.akak faham-faham jela.kalau puasa saya pun malas.. ;p

      Delete
  35. akak pun buat n3 pasal tudong..:)

    ReplyDelete
  36. amboi, kemain naik bus dari klcc ke masjid jamek. nape tak naik lrt?.. hihi. saje tanya..
    Kak Ros pun tak beli pun baju raya lagi. tak tahu sama ada nak beli atau pakai je yang mana sebab husband cakap tema tahun ni, kesederhanaan.. hahhaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. sebab naik bas 80 sen je..hahaha.takdelah, lrt kalau weekend/public holiday tak kerap.,lagipun jalan tak sesak n bas memang melambak-lambak lalu.
      baguslah tu kak Ros, amalkan kesederhanaan. menyimpan untuk masa depan.

      Delete
  37. kak ana belum lagi Sal, baju akak ke anak2 ke belum berkesempatan lagi, memang malas nak ke Jalan TAR siang2 hari ni..last2 nanti dekat2 sini pun boleh jumpa kut..cantik profil pic baru tu..huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya ke Jalan TAR pun sebab dekat.last-last balik tangan kosong je..jalan-jalan tak sampai sejam dah boring sebab sorang-sorang.

      Delete
  38. acik dah tua sal..baju pi keje pun boleh pakai jadi baju raya..anak2 dah besar beli sendiri..tunggu hero bongsu acik balik je nak beli baju raya dia

    ReplyDelete
    Replies
    1. ala,akak ni macam Mak saya.puas ajak gi beli baju baru tapi dia tak nak..hehe.takpe, baju tak penting.yang nak raya orang bukannya baju.. ;)

      Delete
  39. Salam kenal Sal...

    Seronoknya soping.
    Ummi ni dah tua2 ni malas dah nak soping, balik soping penatnya bukan main lagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sopping bulan pose memang penat Ummi.huhu.tu sebab ramai orang suka shopping awal-awal.

      Delete
  40. singgah sini lagi..
    nape x update?..hehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau takde idea entry baru saya x update la kak..huhu. asyik cakap pasal bola takut korang muak pulak..

      Delete
  41. sis blm beli apa2 pun utk persiapan raya . hujung minggu ni nak settlekan umah dulu ... TAR tu mmmg meriah bila time camni cuma x larat nak bersesak lagi pun baju yg dijual di sana , saiz sis ss no hado . klu beli yg ado kena alter ... huhuhuuu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rumah biasa kemas last minute. Takut anak2 sedara sepahkan dh kena kemas balik.

      Delete
  42. k idah pun tak beli baju raya lagi sal... mood belum mari laaa... kalau ikut hati rasa nak pakai jeans jer dipagi raya... tapi kang kena sound dengan mak plak... :D ermmm tengok la nanti ada ker tak baju raya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Biasala akk, dh besar ni mood raya dah kureng. Kalo budak2 seronok la

      Delete
  43. Dah beli Sal....settle hehe....oh okje beli tak ikut trend ....tak mmpu...pakai ajelah apa yg ada yek.
    Kalsu okje dilepaskan ke masjid india sesorang tu ....harus sampai ke Kedah kot haha....tk pernah sampai KL sesorang Sal...

    ReplyDelete
  44. Suka pantun yang akhir tu, "Pecah kaca pecah simen, Sudah baca harap komen." Saya tak beli baju raya. Banyak baju lama yang tak terpakai. Ada baju baru yang belum pakai lagi. Pakai jelah baju2 yang ada.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Huhu. .ayat last tu sebab terkenang zaman dapat kad raya... kan famous pecah gelas la, sampan la, tongla.

      Delete
  45. baju raya suami akak dh belikan tp blm siap jhit lg..pakcik akak jhit xkisah la lmbt asalkan siap...yg lain akak beli jubah aje

    ReplyDelete
  46. Bulan puasa thn ni...akak x sempat lagi nak round2 Jalan TAR..

    ReplyDelete
  47. wah dah siap persiapan raya.
    ramai sungguh minat baju raya aaron dan zizan tu kan? harap segak macam aaron. tapi yang sebenarnya tak perlu baju tu untuk kelihatan segak.
    Macam saya pakai baju raya dari mydin ja. tetap orang puji segak :P hakhakhak
    kbai

    ReplyDelete
    Replies
    1. itu semua teknik marketing nak melariskan jualan.no komen bab segak tu sebab tak tengok depan mata kan..haha

      Delete
  48. sungguhla kemain baju nak manik2.. dahla tak berapa nak suka.. pastu cutting meeeow sngt.
    CT ni dahla moolat mana nak ada size baju selim melim T.T nak nangis rasa cari baju raya..

    ReplyDelete

Thanks sudi baca. Komen je apa-apa korang suka. Lagi panjang lagi best

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Template by BloggerCandy.com