Thursday, 3 July 2014

Kenapa ada orang alergik dengan MLM?


Multi-level-marketing, atau MLM memang sinonim dengan orang Malaysia. Ramai yang melibatkan diri dan ramai yang 'alergik' dengan tiga huruf ni. Kenapa dan mengapa? Jom, kita ikuti laporan pendek yang disediakan oleh nak-jadi-reporter-tapi-tak-dapat, Salbiah. (Untuk kesan dramatik, korang diminta baca dengan nada pengacara rancangan 999).

Haha, udah-udah la drama tu, Sal. Moh le kita kaji kenapa ramai orang Malaysia cabut bila nampak penjual MLM.

1. Fobia ditipu
Mungkin someone tu trauma sebab pernah ditipu, dianiaya dan diperdaya sampai tinggal sehelai sepinggang gara-gara skim cepat kaya. Mungkin juga dia kenal someone yang pernah terkena so dia takut jadi macam orang tersebut. Atau mungkin juga dia dengar dan baca banyak kes penipuan menyebabkan dia takut nak terjebak. Ingat senang ke, dah cari duit penat-penat pastu lesap macam tu je! Apa-apa pun, majoriti orang alergik MLM adalah golongan ini.

2.Too good to be true
Kalau dengar orang MLM sembang kencang, korang pasti akan terbayang dunia di mana tiada langsung orang miskin. Seolah-olah lepas sebulan ko join diorang, ko upgrade dari naik LRT ke Volkswagen Passat. Macam terlampau susah nak percaya (rujuk point nombor 1).

3. Halal ke? Syariah compliance ke? Tak riba' ke?
Ha..korang ingat nak makan coklat je ke kena kaji dulu halal ke tak. Nak join sebarang skim pun kena tengok jugak. Ramai orang takut dengan MLM sebab takut skim yang ditawarkan tu tak menepati syariat. Wallahu'alam..korang boleh rujuk pada Ustaz bertauliah bab hukum-hakam ni.

4. Tak pandai nak 'cari orang'
One thing kalau nak business ni, kau kena tebalkan muka. Anggap semua orang di sekeliling sebagai potential. Kalau ada rasa malu atau takut orang akan benci kita, susahla nak berjaya. Ramai orang tak nak join MLM sebab diorang ada masalah ini, tak pandai nak persuade orang.

5. Malas nak jual barang
Kadang-kadang MLM ni kena jual barang. Tak semua orang minat berniaga. (Ni lebih kurang point nombor 4)

6.Penjual MLM adakalanya nampak cam memaksa dan annoying
Bayangkan kawan hot korang yang dah lama tak jumpa tetiba ajak lepak, nak belanja makan lagi. Korang pun berbunga-bunga hati, pakai comel-comel dan gi jumpa dia. Tup tup dia bawak keluar folder MLM dia dari dalam beg. Pastu dok explain dan elaborate sampai mood korang dah takde. Nak berniaga dik, memang camtu. Semua orang adalah potential! Nasib baik aku tak pernah kena lagi, dok lepak kedai makan tetibe ada orang datang bawak pamplet pastu duduk lama-lama tanpa dipelawa ! Kalau ada memang stress, dahla aku jenis tak boleh pay attention lama-lama.

So, korang cmane? Alergik ngan MLM? Ke korang kaki MLM? Share la kat sini dengan berhemah. Sebarang komen promosi MLM akan didelete oleh Tuan Tanah Kedaung. Hahaha..

Selamat berpuasa semua, thanks for reading!

50 comments:

  1. Yup, allergy jugak.
    Malaslah nak berMLM ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau setakat bercerita takpe. tapi kalau paksa2 saya x suka.

      Delete
  2. MLM ni masalahnya terletak pada sistemnya yang menindas downline dan menguntungkan upline. Aku banyak kali jugak kena tarik, tapi memang terpaksa keraskan hati tolak ajakan kawan tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. MLM kalau nak buat kena all in tak boleh sikit-sikit. Kalau tak, memang nganga jela tengok upline makin lama makin kaya

      Delete
  3. ha'a dulu pernah join. sebab orang kata kalau tak join, jangan suka-suka bagi komen MLM tu tak best lah mengarutlah. apa tahu. so, bila dah join, rasa menyesal pula. haish...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak pernah join gak..nape yang menyesal tu Amy?

      Delete
  4. perkara pertama kena pertimbangkan , mesra syariah ke idak ...

    ReplyDelete
  5. Yup betul tu. Nak kaya pun kena la dengan jalannya

    ReplyDelete
  6. Ahaksss dgr pun dh seram sbb pernah terjebak dan terjerat leher sendiri sampai skrg masih tanggung hutang huhuh pengalaman ngeri ngan MLM ni so kpd mereka d luar sana klau boleh jgn d coba2 :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. La ye ke kak JM..Kesiannya. tak tau nak cakap apa selain dari bertabahla ye. Ada rezeki lain nanti. Amin..

      Delete
  7. Assalammualaikum...sal bee yah,

    mselim3 sebenar nya memang fobia dengan MLM .. pernah terjebak suatu masa dulu. Tapi tak pernah serik hehehe...

    mselim3

    ReplyDelete
    Replies
    1. pernah trjebak gak ye mselim3...skim apa tu? Busy body lak nak tau

      Delete
  8. one word. menyampah sakit hati benci dengan MLM.. (lebih one word nie..hahah)

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha..marah betul nampaknya ..mesti ada tragedi ni

      Delete
  9. sama lahhh... tak suka jugak MLM..

    ReplyDelete
  10. MLM = Meniaga Larut Malam... malam jer ada talk... siang kena cari downline pula... banyak juga rumah tangga yang hancur dek MLM nie... mana tak nyer isteri asik dok tinggalkan suami kat rumah sorang2 malam2... suami sunyi... cari lain... kan.... tu belum criter anak2 lagi... haish... ngeri la MLM nie...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulah, banyak yang kena dikorbankan kalau nak naik dalam MLM ni. buatnya jenis yang tak sabar memang jadila macam yang kak idah cakap tu. biarlah sedikit, janji bahagia..

      Delete
    2. Make Life Meaningful. Fikir yang positif, maka positiflah hidup kita. Usah menuding jari jika gagal dek kerana usaha yang sejemput. MLM juga macam pekerjaan lain juga. Perlukan usaha. Bukan 5D (Duduk Diam Diam Dapat Duit). Peace!!!

      Delete
  11. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  12. Ana dulu pernah kene tipu ngan kawan, dia ajak lepak. Sudahnye bwk ke sarang MLM. Pastu time tu gak mintak modal. Pergh..then bila bagi modal, ana tarik diri. Diorg kata nak bagi balik modal tu. Bile tanye kawan, dia kata dah bg. Pdhal dah lesap rm800 ana kat dia. Btw, ana memang tak caye ngan mLm. 1whp atau whatever. Semua penipu. Eh2. Mule la rase cam nak marah jek! Aduii

    ReplyDelete
    Replies
    1. sabar ana..bulan puasa ni.aiyo, sampai hati betul kawan buat macam tu. pujuk la betul-betul kalau nak ajak gi talk MLM, orang takdelah marah..moga Allah gantikan duit yang hilang tu dengan rezeki lain.Sabar ye..kang meletup pulak adik comel sorang ni

      Delete
  13. huhuhu.... sy bukan takat alergik, tp mmg fobia ... huhuhu.. x suka sgt jumpe org mcm ni.. tau.. lg² yg suka paksa beli brg.

    ReplyDelete
    Replies
    1. orang meniaga memang pushy sikit kak Masya. saya selalu senyum, cakap tak nak then buat tak tahu je.

      Delete
  14. Memang ramai yang allergic a.k.a forbia bila sebut MLM ni sal..Kebanyakan cerita yang kita dengar berunsur negative. tak tau dimana silapnya..yang pasti setiap apa pekerjaan yang kita buat mesti ikhlas dan tiada jalan mudah..yang mudah tu selalunya memang tak menjadi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan...kalau mudah sangat macam tak boleh percaya je.saya lagi suka melabur. walaupun dapat balik sikit-sikit je, tapi at least tak payah cari orang dan tak payah jual barang.

      Delete
  15. Akak rasa semua point yang sal cakap tu betul sesangat, akak ni dah berapa banyak joint MLM, tapi satu pun tak berjaya, ha ha ha.. buat habis duit je sbb nak joint ofkos kena bayar duit pendaftaran.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulah, cakap bayar ratus-ratus je.tetiba kena bayar ribu-ribu..hadoi la

      Delete
  16. same.. pernah hampir kena tipu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nasib baik tak sempat ditipu..huhu

      Delete
  17. klu nak join mlm better cari yang produk dia kita guna..klu bab persuade org tu mmg jenuh..cikgu paling x suka mlm yg org atas goyang kaki harap org bwh kerja mcm nak gila..huhu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tapi memang itulah konsep dia, goyang kaki dapat duit. Hakikatnya ramai naj patah kaki

      Delete
  18. Saya kurang meminati mlm ni.. mmg x berapa minat

    ReplyDelete
  19. kalau produk tu kita guna, jd ahli jer.. tak yah nak join mende2 yg dorg anjurkan.. mmg buang masa kot..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau setakat jual barang tu saya boleh terima lagi.tapi nak kena keluar duit, ke hulu ke hilir cari orang, dengar talk, saya pun tak minat fiza..huhu

      Delete
  20. x alergi kalu xada unsur2 paksaan dan x berminat nk join wpn ada rsnk kaya cpt ;-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. bukan MLM la namanya kalau takde unsur-unsur itu.. ;p

      Delete
  21. betul tuh..akak pun dh terkena...akak xsuke mlm yg jenis lebihkan pd cri org drp jual produk..igt seng ke nk cri org??akak lebih suke pd yg focus jual brg yg hrga mampu milik..kalo mahal memg xla

    ReplyDelete
    Replies
    1. jual barang mungkin OK sikit la, kalo orang tu jenis yang minat berniaga.betul tu kak mimi, bukan senang nak cari orang.

      Delete
  22. hahaaaha
    allergic la jugakk..
    sbb mmg x minat, dan mmg x nak dengar pun..
    prnah kena dgn kawan, rupanya jmpe org MLM nie.
    last2x ble x nk byar ke kang tarik muka pulakk, itu yg x gemor tuu..

    ingatkan pasal maharaja lawak mega td, hhee

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha..maharaja lawak akak tak alergik.ketagih lagi ada..haha.
      banyak jugak dengar cite orang kena trick ni.kata nak ajak lepak, tetiba bawak gi talk MLM.

      Delete
  23. Allergic gak..x pandai cr customer..mula2 mcm semangat je dgr pasal untung tp bila nak jual brg tu...haisshhh

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalo dengar diorang citer memangla semangat..haha.nak jual barang kena rajin norh.kalau barang-barang tu harga berpatutan dan ramai orang guna takpelah jugak..huhu.barang mahal tu yang susah sikit

      Delete
  24. pernah join sekali. last2 kena tipu jugak.. tapi nk kata sampai tahap fobia tu, x de la.. bagi saya, sistem mlm tu xde masalah.. masalahnya bila dalam sistem tu mudah berlaku penyelewengan..
    tapi part annoying tu mmg stuju..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Biasala, kalau dah ramai. Kena pandai kalau nk naik cepat.yang slow tu yang kena tindas

      Delete
  25. sya memang kurang gemar dengan sistem MLM nie sebab pusing kot mana pun, yang paling atas gak yang dapat untung..heheheh

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
    Replies
    1. Piramid kan gitu sistemnya,lagi ramai di bawah, lagi kaya yang di atas

      Delete
  26. akak tak rajin dgn MLM ni...dah cuba tapi tak boleh go... so bye2 jelah... haha..

    ReplyDelete

Thanks sudi baca. Komen je apa-apa korang suka. Lagi panjang lagi best

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Template by BloggerCandy.com