Wednesday, 23 July 2014

Dapat kad raya lagi!

Semalam sampai je rumah, tengok ada dua envelope atas meja. Ingatkan walimatul 'urus, al-maklumlah lepas raya ni kan ramai nak naik pelamin. Sekali bukak, kad raya da..


Yang pink tu dari blogger Kathy Rbain pemilik blog Coretan Hati Kathy. Thanks a lot sis !! Cantik kad tu, akak memang kreatif! Blog sis Kathy ni blog personal, so banyak share cerita dan pengalaman peribadi . Selain dari tu, kalau korang suka edit blog dan tambah widget, boleh follow blog Kathy ni sebab ada banyak tutorial yang simple dan sesuai untuk beginners. Apa lagi, sila terjah dan berkenal-kenalan sebab blogger Kathy Rbain ni ramah orangnya walaupun tak pernah bertentang mata.

Lagi satu kad tu dari blogger Nor Azimah tuan punya blog Asam Garam Kehidupan. Terima kasih banyak-banyak kak ye... Jemput korang follow blog kak Nor Azimah ni sebab dia banyak share cerita tentang family, pendapat peribadi, info agama dan cerita teladan.. Asyik baca benda lagha je kan, baik baca benda ilmiah sikit.

Dapat kad raya ni sedikit sebanyak menaikkan jugaklah 'mood' raya aku. Mungkin tak berapa nak ada sebab belum sempat berbuka dengan adik-adik tersayang. Diorang tengah exam sekarang ni. Rindu nak 'gaduh' ..haha. Abang aku yang baru kahwin tu raya rumah mertua tahun ni. Lagi sorang, beraya di perantauan. Nasib baik akak aku dan keluarga dia kerap datang berbuka sekali dan tahun ni giliran diorang beraya di rumah aku. Takdelah sunyi bila ada budak-budak berlari dalam rumah walaupun pening gak la kepala.

Sedih bila kenangkan Ramadhan hampir sampai ke penghujung, tapi teringat pernah dengar seorang Ustaz ni cakap :

Barangsiapa beramal kerana Ramadhan, ketahuilah bahawa ia datang dan pergi,
Beramallah kerana Allah, kerana Allah itu abadi

Maksudnya, semoga kita istoqamah dalam berbuat baik dan beramal soleh. Kekalkan walaupun selepas habis bulan Ramadhan. Easier said than done, right.. Semoga kita semua berjaya meraih keampunan-Nya di bulan mulia ni. Amin amin ya rabbal 'alamin.

Nota kaki: Tak boleh blah hari ni datang kerja pakai baju raya tahun lepas..hahaha.Nasib baik dah selalu pakai, kalau tak mesti ada yang kata aku tak sabar nak raya. Hehe.

Thanks for reading, guys!

43 comments:

  1. dapat kad raya lagi wah wah... hehe

    ReplyDelete
  2. Begitulah indahnya sebuah ukhuwah walau tak jumpa depan mata dgn kad raya terasa dekatnya di hati.
    Moga ramadhan yg akan pergi memberi kemenangan buat kita semua dan raya pula sebagai tanda kesyukuran kita kepada Allah...

    ReplyDelete
  3. bestnya bila dapat kenal kawan2 baik di alam maya ni kan Sal..boleh berkongsi ilmu jugak tu..kalau mcm tu akak nk try terjah jugak lah 2 blog tu...harap2 dorang sudi terima kunjungan dari akak nih :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Inshaallah, diorang ni peramah..kak JM pun peramah gak, boleh ngam punya

      Delete
  4. wah.. tahniah sal... dapat kad raya dari blogger fofular... :D

    ReplyDelete
  5. Seronoknya dpt kad raya...mmg ada sentimental value bila terima kad raya kan? Syieda pun masih hantar kad raya kat kengkawan yg rapat. Tapi yg tak bestnya..kad raya tak banyak pilihan dah skrg ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah..nak cari kedai yang jual kad raya punyalah susah.kalau dulu siap ada lagu la, pop up la, kartun la, besar A3 pun ada..

      Delete
  6. betul , beramallah kerana Allah . seronok kan dapat kad raya ... semoga hubungan terjalin lebih erat .

    ReplyDelete
  7. salam dan singgah sini
    sis follow awk ya, keep in touch

    ReplyDelete
  8. Kunjungan hari ini petanda kakak akan bercuti bermula esok
    Mengambil kesempatan nak ucapkan selamat hari raya, maaf atas segala salah silap kakak ye..

    ReplyDelete
  9. seronok bila dapat kad raya kan?.. :)

    ReplyDelete
  10. seronok kan Sal, tahun depan hantar kat kak ana ye,hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau ada umur dan rezeki, boleh aje..

      Delete
  11. pakai baju raya thn lepas tu tanda mood raya dah sampai lah tuuuu
    selamat hari raya dr akak sekeluarga. maaf zahir batin :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe..dah sampai office baru perasan. lambat sikit sampai mood raya tahun ni sebab sampai ke sabtu kena kerja lagi..

      Delete
  12. Sally tahun ni baru dapat 3 je...hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. tahun depan kita bertukar-tukar kad raya ye sally.. ;) inshaallah

      Delete
  13. p/s SELAMAT HARI RAYA, MAAF ZAHIR BATIN SEPANJANG PERKENALAN & PERSAHABATAN KITA MESKIPUN HANYA BERLEGAR DI ALAM MAYA. JEMPUTLAH DATANG KE RUMAH YA...

    ReplyDelete
    Replies
    1. selamat hari raya Anies..thanks for the friendship walaupun kita tak pernah berjumpa. Inshaallah, kalau bagi alamat akan sampai ke rumah.

      Delete
  14. Selamat hari raya sal!! maaf segala salah silap atau terkasar komen di blog sal..0-0 yer..

    moga raya kali ni lebih bermakna utk sal..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama la kita kak..

      manala tau raya kali ni bertemu jodoh ke.haha -berangan-

      Delete
  15. masyuknyaaaa kad banyak dapat.. abam posmen tak singgah sini lagi pos kita punya.. sob sob..

    ReplyDelete
    Replies
    1. sabar..sabar..abang posmen penat tu dok hantar kad raya geng-geng blogger ni.hehe

      Delete
  16. Amin amin aminn. Selamat hari raya :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks scha..selamat hari raya maaf zahir batin ye. .

      Delete
  17. wah kad raya ...saya tak pernah dpat..haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya pun terkejut bila diorang mintak alamat. rajin betul hidupkan tradisi kad raya ni..lama tak buat

      Delete
  18. Yeayy dapat kad raya lagi..! Huntung laa..asyik dpt kad raya. Jeles ai. Hik3

    ReplyDelete
  19. Replies
    1. kalau ada umur, raya tahun depan ye anies ;)

      Delete
  20. tahniah kak.. kenangan tu simpan kad raya blogger :)

    ReplyDelete

Thanks sudi baca. Komen je apa-apa korang suka. Lagi panjang lagi best

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Template by BloggerCandy.com