Monday, 9 June 2014

Tak nak masuk hospital!!!

Assalamualaikum dan apa khabar semua? Hopefully sihat-sihat belaka lah ye. Lama rasanya tak membebel kat sini,blogwalking apatah lagi. Korang jangan ingat aku takde sepanjang weekend sebab dok cuti-cuti Malaysia, berjimba-jimbut atau bermovie marathon seperti yang dicanangkan dalam entry yang ini. Empat hari yang lepas aku hanya terbaring lesu mengenang dosa-dosa silam akibat diserang demam panas.

Khamis:  Pagi masa nak gi kerja ada kena hujan, tapi sikit la. Tengahari dah start ada rasa tak best, tapi gagahkan diri juga konon nak bertahan sampai pukul enam. Last-last gi klinik kat office. Doktor bagi time-off slip, so kul 4 dah balik rumah. Makan ubat dan tido dengan harapan esoknya sihat semula.

Jumaat: Still demam. Aku sebenarnya tak suka gi klinik. Tapi kalau tak gi, cmane nak dapat MC? Dahla doktor kat klinik tu akan bagi aku MC 2 hari. Haippp, jangan ingat aku rasuah doktor tu plak! Sebabnya, aku memang jenis kalau demam tak cukup sehari dua. Dari zaman sekolah menengah lagi tu lah klinik Mak bawak aku gi, so memang doktor tu tau sangatlah aku ni cmane.

Sabtu : Aku ni jenis malas makan ubat. Adoilah, cmane nak sihat! Jadi, Mak n Abah carikan aku air kelapa muda. Badan kalau sihat, memang laju je minum air kelapa ni, tapi kalau tak sihat, nak menelan pun payah. So aku terpaksa membayangkan minum di persisirang pantai ditemani Izzue Islang dang Zizang. Air kelapa muda ni, bagus untuk menurunkan suhu dan buang toksin-toksin dalam badan. Syaratnya, jangan makan ubat sejam sebelum atau selepas minum air kelapa, dikhuatiri akan cancel each other. Khasiat air kelapa tak dapat, ubat pun tak berkesan nanti.

Gambar hiasan ihsan Google Image

Selain dari air kelapa, aku amalkan minum air masak banyak-banyak dan telan madu. Sebaik-baiknya madu tu campur dengan limau nipis untuk cairkan kahak, tapi dah kepala aku pening nampak madu je, malas nak mencari limau dalam peti ais.Huhuhu. Untuk supplement tambahan aku makan tablet PTar Luban . Ptar ni bagus untuk migrain, senggugut dan untuk kecerdasan minda jugak.

Ahad: Aku dah rasa lega sikit, so aku pun membuat keputusan untuk memotong rambut aku yang lebat ni. Dah pendek macam Miley Cyrus! Ha, ni lagi satu traits yang pelik dalam family aku. Kitorang semua memang tak boleh berambut panjang, conform demam. Dari bapak aku sampai la ke anak-anak sedara aku. Ikutkan aku sayang nak potong, tapi kenangkan tahun ni je dah 3 kali aku demam, so terpaksalah jugak. Harap bakal suami faham.. Haha, sape bakal suami ko tu, Sal??

Isnin: Pagi ni bila bangun aku still rasa 'tingtong'. Aku dah cuak. Adakah aku dijangkiti denggi sebab dah 4 hari demam tak elok-elok jugak. So aku pun gi check up dan doktor dah sahkan bukan denggi. Dia tak buat blood test pun tapi dia kata suhu badan aku dah normal dan aku tak ada simptom-simptom demam denggi mahupun dengki.Alhamdulillah...lega rasanya. Aku paling takut kena admit sebab ada trauma ambil darah . Bukan salah nurse pun, tapi si kurus ni darah sikit sangat. Hehe.

Dipendekkan cerita, doktor bagi aku MC hari ni walaupun aku merayu-rayu depan dia cakap aku nak gi keje (Percaya tak ni?) Aku pun terima la dengan penuh rasa berterima kasih. Harap-harap esok dah boleh kerja balik. Doakan aku ye kawan-kawan.

Apa-apa pun sangat berterima kasih kat Mak, Abah n Kak Ngah sebab susah-payah carikan ubat dan bawak gi klinik. Tak sangka dah besar-besar macam ni pun ada peluang 'bermanja' lagi. Malu pulak sebab menyusahkan Mak n Abah. Patut aku yang jaga diorang, tapi terbalik pulak. Nantilah, Mak, Abah, orang cari seorang suami untuk disusahkan pulak lepas ni...Hahaha.

"Ala, Sal tu senang je nak tau dia dah sihat ke belum. Kalau lalu makan tu tandanya dah sihat lah tu!" 

Aku dah lupa kawan aku yang mana keluarkan statement ni, but Bro that is so damn true :)

OKlah u olls, thanks coz sudi membaca coretan mintak kesian aku ni..Take care ye!

p/s: Nikmat sihat itu lebih hebat dari nikmat wang ringgit.Wallahu'alam

37 comments:

  1. moga cepat sembuh minum air ecpi bnyk membantu kalau demam tak baik² ni... lagi satu makan sup ketam, lg bagus sup ketam tu masak sendiri.. tak suspek denggi pun boleh makan.. janji demam kan.. insyaallah membantu cepat sembuh.. good luck

    moga cepat sembuh...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ermmmm....sedaapnya sup ketam. thanks masya :)

      Delete
  2. Semoga cepat sembuh ye Sal. Bestnyaaa air kelapaaaa. Eh eh kita pun sama , kalau rambut panjang -- memanjang sakit kepala. Ni nak potong tapi sayang , so hadaplah dulu sakit kepala ni. Kekekeke. :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. oh sama gak ye...Sal terpaksa gak korbankan, tak tahan asyik mc je nanti bos menyampah pulak.hehe

      Delete
  3. syafakallah...rehat secukupnya ya

    ReplyDelete
  4. Siannye kak Sal. Patut laa lame tak nampak. Be careful yeah. Antibodi kak sal tak kuat niy. Jgn mandi ujan lagi tau. Kalau nak mandi ujan, jgn lupe ajak. Miahaha #gurauje

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah,sihat dah sikit.ok nanti kalau nak main ujan akak ajak ye..hehe

      Delete
  5. La tak sihat ke..kesian dia..Nway sekarang musim orang sakitkan..so take care...

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks raudz..ok dah ni rasanya sebab dah kembali bekerja. u take care too.cuaca tak menentu, tu yang macam-macam sakit. :)

      Delete
  6. memang pun..kalau demam ,tak selera je tengok air kepala.cer kalau sihat,siap sedut sampai ke titisan terakhir..heheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha,tau takpe..kalau tak sihat, ayam tergolek-golek pun tak lalu jugak.haha

      Delete
  7. kita geng r..takleh simpan rambut panjg..confirm migrain, sakit kepala pening deman bagai..haha tp jrg la kn demam..huhu apa pun get well soon ye...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau Sal memang selalu demam...kulit kepala tak bernafas kot..haha

      Delete
  8. hehehe..rambut berat kot..tu yg jadi sakit kepala demam bagai.. tapi mmg agak ramai yg saya kenal tak boleh simpan rambut panjang sebab macam tu..semoga cepat sembuh ya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. iyela, lagi-lagi cuaca panas..huhu.ramai rupanya ye yang tak boleh rambut panjang ni..

      Delete
  9. Hebat.. sampai nak minum kelapa kene fikir izzue islam atau zizan teman hahahaa.. pun boleh yer asalkan dapat habiskan air kelapa tu :D
    Kita pun tengah demam ni.. harap cepat sembuh.. tapi dah kata blogger demam2 pun nk jugak buat blogwalking hehehe :D

    Sala Kenal - http://timetravelafif.blogspot.com/2014/06/royal-belum-part4-chalet-sg-tiang.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam kenal Atif, thanks singgah jalan-jalan sini. semoga cepat sembuh ye.

      p/s: biasalah bila demam, kepala pun start fikir benda mengarut.hehe :)

      Delete
  10. Demam me? Ala ciannye dia.

    Skit tu ujian Allah Samada utk hapuskan dosa2 kita atau sbg peningkatan darjat kita di sisi Allah, tapi utk muka2 camni kita ni, utk basuh dose jela....

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe...betul tu kak Azimah. setuju sesangat :)

      Delete
  11. Mujur tak kena denggi. Kalau terkena, memang lambat nak baiknya. Kalau dah baik pun, lenguh-lenguh otot tu yang paling makan masa nak pulih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah bukan denggi...lega sesangat.demam sebab cuaca tak menentu agaknya.

      Delete
  12. Lorr...sian..demam rupanya...moga cpt sembuh...

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks mama...alhamdulillah.berkat doa kawan-kawan semua, dah sihat dan dah kembali bekerja hari ni :)

      Delete
  13. Emm.. demam menghapuskan dosa kecil.. moga cepat sembuh

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu chegu...lagipun sakit dapat membuatkan diri ingat mati. :)

      Delete
  14. alhamdulillah bkn denggi . kat sini demam biasanya minum 100 plus n air kelapa . semoga cepat sembuh .

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah...banyak jugaklah air kelapa saya minum. ni dah sihat pun teringin lagi ni..hehe

      Delete
  15. kadang kita kena biarkan tubuh badan utnuk berehat... kesian kita duk hanyak sana sini...dia pun perlukan rehat

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulah...bila badan memberontak..hehe

      Delete
  16. betul tu, bukan duit je rezki
    sihat juga adalah rezki

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu antara bentuk rezeki yang selalu manusia tak nampak kan kak...

      Delete
  17. lama juga demamnye.. alhamdullillah dah sembuh tu.. musim panas pula sekarang nie.. banyakkan minum air kosong... take care yer..

    ReplyDelete
  18. Badan tak sihat tu tandanya kita perlukan rehat. Sometimes it's good to give in, biar jd lebih sihat pada waktu2 yg akan datang..

    ReplyDelete
  19. Maybe viral fever tu.
    ** Susah nak jumpa patients xmo MC..tapi, ade je.

    ReplyDelete

Thanks sudi baca. Komen je apa-apa korang suka. Lagi panjang lagi best

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Template by BloggerCandy.com