Thursday, 26 June 2014

Salam Ramadan dan Salam 1-0

Assalamualaikum semua.. Kawan-kawan kat Johor dah bangun ke? Untungla hari ni dapat cuti. Orang-orang Johor dan separa Johor yang duduk di negeri-negeri lain jangan feeling-feeling ye. Ayuh luaskan kuasamu di tempat kerja!

 Image credit : FB SukanStar

Buat yang tercengang-cengang baca intro aku, meh nak bagi news update. Malam tadi JDT menang final Liga Super menentang Sarawak, so untuk meraikan, Johor cuti sehari. Aku tak dapat tengok live, dok masak Puding Kastad Jagung nak bawak gi office. Dah lama tak buat, berpeluh-peluh mengacau. Dahlah cuaca panas. Air kat Ampang dah slow. Siap sedia bawak keluar tong-tong air untuk menadah sebab sesetengah kawasan kat KL dah start takde air! Dugaan betul. Aku sebagai rakyat Malaysia sejati, takde masalah dengan cuaca panas, cuma risau kalau bekalan air terputus. Sambil-sambil korang qiamullail  tengok bola tu, tumpang-tumpanglah doa supaya hujan akan turun dan kesan El Nino ni akan berkurangan. Moga Allah ampunkan rakyat Malaysia yang banyak dosa dan sering lalai , termasuk yang menaip dan yang membaca ni. Doa sekali buat saudara seagama di Mesir, Syria, Afghanistan, Palestin dan di segenap pelusuk dunia. Kalau bukan kita yang tolong, nak harap siapa lagi..

Lagi tiga hari kita akan masuk bulan Ramdhan, In Sha Allah. Doalah supaya panjang umur dan sempat berpuasa dan beribadat tahun ni. Al-fatihah buat rakan-rakan dan ahli keluarga yang sempat bersama kita dalam Ramadhan sebelum-sebelum ni tapi tak panjang umur untuk merebut pahala together gether tahun ni.

So, alang-alang dah bukak cerita bulan puasa , aku nak ucap Salam Ramadhan in advance untuk semua . Selamat beribadat banyak-banyak, perbaiki diri dan sucikan hati. Antara dugaan terbesar di bulan puasa adalah menahan diri dari mengumpat dan membazir. Mungkin fitrah aku sebagai perempuan. *Sendiri yang tak kuat iman, nak salahkan fitrah...pffft!*

Image by Google

Buat yang masih demam bola, semoga team pilihan korang akan menang. Aku punya demam dah suam-suam kuku sejak abam David Villa kesayangan balik ke negara Matador. Layankan Abah aku je yang masih setia menyokong Germany. Buat yang lalang forever, atau pasukan pilihan dah tersingkir, mungkin boleh pertimbangkan France, Germany, Brazil atau Mexico dalam senarai pilihan.

Tu je nak merepek kali ni. Thanks for reading peeps!

50 comments:

  1. Kita dah start tak ada air dari semalam. The best part tak sempat nak simpan air..he..he..So faham-faham ajelah guna air yang suam-suam kuku lagi...Nway Salam Ramadhan Sal...kena banyak berdoa ni....

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup...kan antara doa yang mustajab adalah doa orang yang berpuasa. tula, kesian kat ada kawan-kawan yang rumah tiba-tiba takde air, tak sempat tadah.

      Delete
  2. Yeahh JDT menang.

    Nak cuti juga....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yeah...cuti untuk orang kerja dan sekolah Johor je ye..haha

      Delete
  3. huhuhu tak minat bola tapi tahniah JDT wakakaka..
    syok ar Johor cuti..
    Selamat menyambut ramadhan yaaa..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulah, cuti direct sampai sabtu..
      selamat menyambut ramadhan to u too :)

      Delete
  4. saya duk johor.
    pagi tadi siap2 dah iron baju.
    tengok wassap kawan cakap cuti arini..yayyyy..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe...best la..nasib baik kat rumah lagi. kalau dah sampai sekolah pening pulak tengok bebudak tak ada

      Delete
  5. tahniah buat penyokong JDT.. FIFA malas nk ikut sbb spain dah gulung tikar.. huhu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. frust sungguh penyokong spain sorang ni ye...encik hubby sokong mana?join lah dia sekali

      Delete
  6. seronok la depa JDT menang heh heh heh..cuti lagiii

    ReplyDelete
    Replies
    1. cuti memang la seronok..yang tak tengok bola pun tumpang sekaki

      Delete
  7. Alhamdulillah... tahniah buat penyokong jdt sebab menang final dan dapat cuti sehari... heheee :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah...selama ni JDT kena kutuk je..hehe

      Delete
  8. utg lah org johor , cuti 4 hari tu ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulah, Johor memang cuti 1st Ramadan

      Delete
  9. Sal, kak ana baru tahu cuti rupanya..pasal bola lah yer..erm itulah tak pernah sepanjang hayat tengok bola ni hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha. .saya ni kira separa Johor gak kak Ana. So bila sepupu2 dok update kt fb amik tau gak la

      Delete
  10. Skrg mmg teruk pun keadaan msia, dahla panas..dengan gangguan bekalan air lagi. Rase cam nak pindah luar negara. Hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kt mana 2 pun panas sekarang ni. .jomlah pindah new Zealand. Hahaha

      Delete
  11. Cuti straight 4 hari. Rezki nak sambut ramadhan.. bangga jadi rakyat johor

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat bercuti chegu n selamat berpuasa. ;)

      Delete
  12. nasib baik france tak out lagi

    ReplyDelete
    Replies
    1. France cam bagus je main kali ni. Ada harapan nampaknya..

      Delete
  13. Selamat meyambut ramadhan dan selamat bercoti jugak :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks kak JM. Duduk Kl, tak cuti pun.hehe

      Delete
  14. Tahniah buat penyokong JDT. Tahun depan dah boleh layak ke Piala AFC wakil Malaysia pulak. Mana tau, kot rezeki jadi juara Piala AFC ke.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan..tapi Piala AFC boleh ke main pemain import?Huhu.

      Delete
  15. Masak custard puding tu sempena celebrate kemenangan JDT ke? Mehla sini sikit..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. masak puding tu sebab ada potluck kat office..hehe.habis dah shikin.. nanti raya datang umah na boleh makan banyak-banyak

      Delete
    2. rumah kat mane? jauh tak? nak datang ni kalau dekat..

      Delete
  16. yeaaahaa ayuh luaskan kuasamu..ececehh tetibe sokong jdt
    apa nk buat melaka takde team, sokong la team suami hihi
    risau ek takde air tu, tu ari kena sebulan pon dah huru hara, ni lak bulan pose
    moga Allah ampunkan dosa kita semua dan permudahkan ibadah kite kann
    selamat berpuasa yekk..take care :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. melaka ada team, tapi belum ada rezeki lagi.hehe.
      tapi alhamdulillah KL n certain area kat Selangor pagi tadi hujan. syok tidur, x fikir dah nk tengok bola.
      selamat berpuasa to u too

      Delete
  17. selamat berpuasa utk tuan rumah...jom kita berpesta ibadah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks kak..itulah pesta setahun sekali yang kita semua kena rebut

      Delete
  18. Salam ramadhan buat Sal dan keluarga yek, masih duk ngan parent ke? kalau duk ngan mak lagi..bestnya dapat makan maka masak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah..masih duduk ngan parents.Sebab keje pun dalam KL lagi, so tak payah pindah.hehe

      Delete
  19. Mak aiiii..
    Jenuh tekan ke bawah.. berpuloh dah komen peminat adik kita yang sorang ni.
    Selamat menunaikan solat terawih mlm ni.
    Esok jgn lupa bangun sahur..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Blogger baru kak sham..belum belajar buat option 'jump to comment form'. Thanks kak sham..selamat berpuasa di Tanah Malaya..hehe

      Delete
  20. Tahniah JDT...

    Selamat menjalani ibadah puasa Sal.. :)

    ReplyDelete
  21. Selamat mnunaikanibadah puasa...
    Alhamdulillah... Air dh kmblipulihdh kt tmpt sy

    ReplyDelete
  22. Thanks acik idah : Selamat berpuasa to u too

    ReplyDelete
  23. Maria : alhamdulillah, area rumah saya pun dah 2 hari berturut-turut hujan

    ReplyDelete
  24. Replies
    1. Hehe. Kena kutuk pun sokong gak. Kalau menang tumpang happy sekali ;)

      Delete

Thanks sudi baca. Komen je apa-apa korang suka. Lagi panjang lagi best

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Template by BloggerCandy.com